PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, December 6, 2010

Panas: Kenaikkan Harga "Minyak Petrol RON95", Terbukti Rakyat Terus Di Tipu Oleh Janji Kosong Kerajaan BN Sejak Dulu, Kini Dan Selamannya !!

Bila rakyat marah isu kenaikkan harga minyak RON95 baru-baru ini, mungkin ada yang berkata ia tidak wajar kerana niat kerajaan itu baik. Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan api itu untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi membangunkan insfastruktur lain di negara ini. Malah, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi kerana ramai pihak yang memanipulasi perkara itu. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dikatakan amat bertepatan sekali kerana ia selaras dengan kenaikkan harga minyak di pasaran. Paling memeritkan bila mana kenaikkan itu dibandingkan pula dengan harga minyak yang lebih tinggi di negeri yang bukan pengeluar minyak iaitu Singapura dan Indonesia. Itulah jawapan dan alasan yang diberikan setiap kali tindakan tersebut diambil. Bila rakyat mempertikaikan keputusan tersebut, ada pula mereka yang mengutuk kononnya mereka tidak bersyukur dan tindakan kerajaan itu betul. Inilah dia tindakan zalim dan kejam kerajaan UMNO BN kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Bukan masalah harga minyak naik di pasaran, tetapi masalahnya mereka menipu rakyat Malaysia. Bukti terbaru ialah ketika kerajaan menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. TPM Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa kenaikkan itu tidak membebankan rakyat. Malah katanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan RON97 untuk kegunaan harian mereka. Majoriti rakyat katanya menggunakan RON95, sebab itulah kenaikkan itu tidak memberi impak besar dan tidak wajar dipolitikkan. Muhyiddin merasakan bahawa jumlah minoriti penduduk di negara ini bukanlah rakyat Malaysia. Sebab itu beliau sanggup memberi alasan bangang bagi menutup kelemahan yang berlaku. Dalam diam-diam tiba-tiba pula minyak RON97 dinaikkan lagi selepas itu. Alasanya tetap sama, sangkaan kita ia tidak akan menyusahkan rakyat. Namun, akhirnya minyak yang digunakan oleh majoriti rakyat iaitu RON95 dinaikkan oleh mereka tanpa belas kasihan. Bukankah ini bererti kerajaan UMNO BN itu ternyata menipu rakyat dengan omongan kosong.

Jaminan "Menteri Naik Harga" Auta Semata-Mata

Soalnya sekarang, apakah rakyat Malaysia harus terus ditipu oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Masih kita ingat kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob (foto), mengatakan bahawa harga minyak RON95 akan terus kekal pada tahun ini (2010). Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu. Dalam kenyataannya, Ismail mengatakan kabinet tidak pernah berbincang soal menaikkan harga minyak RON95, maknanya tiada bukti ia akan dinaikkan seperti yang diwar-warkan. Maka, rakyat pun terbuai lena dan layu dengan kenyataan tersebut akhirnya terpedaya untuk terus memberi undi kepada BN dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi itu. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ternyata kenyataan Ismail Sabri adalah "dusta dan auta" semata-mata. Kerajaan akhirnya berjaya menaikkan juga harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Makanya, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan menteri berkenaan lagi selepas ini?. Terbukti, Ismail Sabri tidak layak lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi parlimen Bera dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau bukan sahaja berdusta soal minyak, malahan juga soal gula. Sedangkan masalah tersebut begitu kronik melanda kawasannya satu ketika dulu. Ismail hanyalah "menteri pak turut" yang terpaksa akur dengan kehendak kerajaan biar pun beliau sendiri takut dengan keputusan tidak popular itu sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak dan wajib menolak kerajaan UMNO BN jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi pada masa yang akan datang.


Bukti, inilah keratan laporan sebuah akbar berkaitan satu kenyataan
oleh Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini


[Minyak naik harga, mereka juga menanggung sengsara. Namun masih ada puak-puak UMNO yang gembira membuta tuli dengan kenaikkan tersebut. Antara lain mereka mengatakan kenaikan harga barang (minyak) mungkin ada rasionalnya. Kononnya rakyat perlu mengkajinya dalam sudut dan konteks yang lebih luas sama ada menaikkan harga barang untuk mencari keuntungan atau menaikkan harga barang bagi mengelakkan negara rugi teruk atau jatuh. Maknanya, mereka tetap akan menyokong 100% biarpun diri sendiri yang menanggung bebannya. Bagi mereka apa saja yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu akan tetap disokong biarpun terpaksa menipu diri sendiri. Semuanya dilakukan demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Hanya rakyat yang berhak menilai, apakah mereka mahu terus ditipu atau mengajar pemimpin UMNO BN cara untuk menghormati rakyat. Laungan rakyat didahulukan hanyalah khayalan mereka sebenarnya, sebaliknya apa yang berlaku ialah kroni yang didahulukan daripada segalanya. Itulah hakikat yang sebenarnya].

27 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

pisangmalaysia said...

Salam...
Tuan Blog,
Bukan "Naik" cuma "diselaras" dan "diseragam" sahaja!.Oleh kerana rakyat pun sudah "selaras" minyak dan "seragam" darah maka adalah WAJIB ameno dikuburkan dalam PRU nanti...Cukuplah 446 dijajah orang luar dan 53 tahun dijajah bangsa sendiri...Gaji kakitangan awam bila nak "diselaras:?

BudakJepon said...

Apa kita takut nak cuba kepimpinan baru.. tengok negara luar laaaa, tak puas hati saja tukar dan nilai bagaimana mereka bekerja. Kita dah lebih 500 tahun/ 50 abad/ sampai bila bila penakut dan negatif dan tak mabu mencoba yang mungkin terbaik. Nasib baik aku bangsa Jepun...pemerintahan dah tukar berkali kali... semakin maju dan terus maju .

Anonymous said...

memg penipu besaq...menyshkan org...gaji seribu keje krjn...pakai ron95...klu setiap 6 bln minyk 95 naik...kmi nak mkn ape????...

hampeh!!!

tok malim said...

Sugar price hike: Who benefits?


So the prices of sugar and petrol have gone up again. But who stands to gain?

This is the third time this year that the price of white refined sugar prices has been hiked. It was raised by 20 sen on 1 Jan and by 20 sen on 15 July. Now it’s going up another 20 sen to RM2.10 per kg. Okay, we all have to cut down on sugar for health reasons, but it’s going to have a spin-off effect on a host of other products like your coffee at the kopi tiam.

But who actually benefits? Only four refineries are allowed to import raw sugar into the country.
Robert Kuok exited from the sugar industry in Malaysia last October. His PPB Group’s sugar refining operations came under MSM and a joint venture with Felda – Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd. These two outfits produced over 700,000 tonnes of refined sugar annually.

In a RM1.5 billion deal, Felda’s main commercial unit, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, bought over PPB Group’s entire sugar assets in Malaysia including a sugarcane farm in Perlis and PPB Group’s 20 per cent share in Tradewinds (M) Bhd.

Tradewinds, linked to the well-connected Syed Mokhtar Al-Bukhary, controls Central Sugars Refinery Sdn Bhd and Kilang Gula Padang Terap Bhd.

Now, will the higher prices result in savings in government subsidies on raw sugar imports or translate to higher profits for the refineries? Earlier this year, The Star reported:

It is estimated that Malaysia imports about one million tonnes of raw sugar a year, or 90% of its total requirement. Refiners in the country sourced their raw sugar needs through long term contracts negotiated by the Government with overseas suppliers.

Imported raw sugar price is set by the Government. By subsidising raw sugar prices, the Government is able to maintain domestic retail sugar prices in a volatile market….

PPB’s sugar business had been profitable in the past years, thanks in part to the price control mechanism and the group’s highly efficient commodity trading operations.

Recent annual figures for the year ended 31 Dec 2009 showed PPB’s sugar refining and cane business contributing RM1.4bil in revenue and RM283mil in earnings before interest and tax (EBIT) to the group. PPB’s EBIT margin was at an impressive 20% for the full year, according to HwangDBS Vickers Research.

No doubt the sale of the lucrative sugar business would leave a big gap in PPB’s income stream.

tok malim said...

sumber di atas daripada blog anilnetto. siap ada carta lagi.www.anilnetto.com

Krai Utara said...

salam bro mohon linkkan blog saya di sini,

http://kraiutara.blogspot.com/

saya dah berbuat demikian.tq

Anonymous said...

Kau orang kena ingat,kalau Umno dan BN tak ada nanti kau orang lagi susah,baik lah kau orang sokong je apa yg BN dan Umno buat.Rakyat susah sikit pun tak apa asalkan,kroni-kroni Umno dapat cari makan,ada projek yg boleh di beri kepada mereka.Sekarang kerajaan dah kurang duit,jadi kena lah potong subsidi itu dan ini.

Apalah lu orang ni tak mengenang budi Umno langasung,susah payah Najib dan Rosmah 'menjaga' negara sikit pun kau orang tak ambil kira,main kritik je yg kau orang tau.BayarN utk APCO dan consultant PEMANDU tu pun belum sattle,tak akan Najib dan Rosmah kena pakai duit poket sendiri.

Penyokong Najib dan Rosmah.

Anonymous said...

Alo org Jepon maju depa jual keta,tv,hand phone dll lg.puak depa asyik jual ubat keras ngan taik telinga nak maju lekmna.bagi sapa pon perentah kompom hampa lagu tu jugak.bini aku ingat bolihlah.he...he....he...

Anonymous said...

Lain x klu xada duit nak beli minyak hangpa sema naik basika atau jln kaki pe kerja.apa hang ingat telaga minyak kat malaysia ni mak bapak hangpa yg punya.xada duit sapa suruh pee beli keta.naik baslah.sema benda nak subsidi.klu aku jd menteri org mcm hangpa ni,bawak ubat gigi berus gigi dan gulong tilam ngan bantal moh duk kat rumah aku bawak anak bini 1x.arap teloq jer besak.

Anonymous said...

Alah naik pon masih murah lagi berbading dengan negara jiran sebelah kita tu....lagi mahal minyak depa....itu jawapan menteri kita budak sek.darjah 6 punya jawapan..

Chi Kuan Tai said...

Hello bro...
Minyak mahal naik basikal...gula mahal...kasi kurang itu gula laa...beras mahal...makan ubi kayu laa...apa susah...menteri tipu...kasi potong dia punya lancau laa...inilah dia akibat PM yang tak sekolah...sapa pilih...kamu juga...itu sebab kalau nak cari ketua mesti yang cerdik supaya orang luar negara tak boleh tipu..tipu telaga minyak...tipu tanah KTM...last-last tipu pulau...kah..kah..kah...bodoh punya PM...pigi mampus laa sama lu..cilakak...ptui.

Anonymous said...

Aku ni memang orang susah sampai seluar kecik pun payah nak beli 'spare'. Tapi sial gula naik ke minyak naik, rasanya aku masih boleh terma, itu lepas aku tengok rasionalnya. Itupun juga lepas aku berbual panjang lebar dengan sultan brunei, menteri minyak negara-negara arab ngan negara pengeluar minyak utama yang lain.

Kesimpulannya kenaikan itu semua boleh ku terima, baik dengan hati terbuka atau tertutup.

Korang nak tahu kenapa? Mulanya aku berkira nak gunapakai and terima 'HARI INI MEMERINTAH, ESOK MINYAK TURUN'... Akan tetapi yang ini lagi ku tak boleh terima. Kalau ku terima juga, samalah halnya ku minum air kencing dan kahak pekat orang yang empunya ayat keramat tu.

Hehehehe sape nak kutuk aku, sialkan, aku tak heran punya. Hehehehhahahahhuhuhu...

Anonymous said...

Gua sukong luuu blader.takjadilah aku nak suruh depa gulong tikar bantal bawak anak bini pee umah menteli padan ngan umah hang jer blader seluar kecik.bravo-bravo xp blader dlm pd tu hang kena jaga-jaga bab puak-puak ni bukan leh caya kaki balun bini org tuuuuuuu.

Anonymous said...

Kah,kah,kah,berbaloi juga bila subsidi kau orang kena potong,tup,tup aku dapat projek buat jalan RM 1.2juta.Kan aku dah kata sokong Najib ni bagus mudah je dapat untung atas angin rm 120,000.Aku to se wat keja,janji atas angin 10%.Ya hooo.

Hidup Umno,Hidup Bn. Eh jangan lupa pangkah BN nanti ye leh gak aku dapat projek lagi.

ali said...

HADIAH KEMENANGAN BN DI DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI..TERIMALAH BUAT PENYOKONG BN SEMUA,(BARANG NAIK) ANDALAH PENYEBAB BN JADI ANGKUH, NAIKKAN HARGA MINYAK SESUKA HATI...

ali said...

HADIAH KEMENANGAN BN DI DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI..TERIMALAH BUAT PENYOKONG BN SEMUA,(BARANG NAIK) ANDALAH PENYEBAB BN JADI ANGKUH, NAIKKAN HARGA MINYAK SESUKA HATI...

Anonymous said...

YG KORANG UNDI UMNO/BN SAPA SURUH? KAN DAH DAPAT HADIAH TAHUN BARU!!!

Anonymous said...

ali/anon 10:17,
Korang pergilah buat demo jalanan untuk sokong Anwar dengan ayat keramatnya 'HARI INI MEMERINTAH, BESOK TURUN HARGA MINYAK' Hahahahaha...

Anonymous said...

Nak salahkan kerajaan 100% fasal harga minyak (dan barangan lain), rasanya tak adil. Lainlah kalau kita memang kita jenis yang memangpun sengaja nak cari kesalahan orang.

Minyak tu sendiri memang dah nak naik harga, nak buat macam mana? ingat dulu ramai/banyak yang buat 100% confirm Najib TAK AKAN boleh jadi PM, tapi skrang tengok apa dah jadi? Dia memang dah nak jadi/dijadikan PM, jadilah. Kita menangis/meratap/ketawa ke, dia dah jadi PM.

Kalaulah sekarang ini DSAI masih dalam kerajaan, saya pasti dan yakin (YAKIN SEYAKIN-YAKINNYA)bahawa dialah orang pertama yang tampil untuk menjelaskan rasional di sebalik kenaikan ini. SIAPA BERANI NAFIKAN??

Anonymous said...

Yang sokong barang naik tu semua nya balaci UMNO.

Mereka dah kenyang dapat projek dari UMNO

PRU akan datang BN jadi sejarah.

Tanya dengan Najib tu ia tahu tak berapa harga 1 kg. ikan selar kuning kat pasar

Itu lah yang mampu dibeli oleh kami yang ada anak ramai.

Bila nak bagi gaji minimum pekerja kilang macam kami.

Anonymous said...

Klu ikan selar mahal lain x beli sardin atau ikan kurong.cara mknnya klu nak lg jimat mcm ni. 4 jari suap nasi dan jari telunjuk cecah sardin yg di goring pas tu jgn di makan letak kat idung jer ambik bau.satu tin seminggu pon xhabis.jimat apa.pas tu klu nak jimat lg ikan selar tu pee tangkap sendiri.biar puak nelayan tu xblh cari mkn lak.he he he

Anonymous said...

Anon 7:19,
Tak semestinya orang yang boleh menerima rasional di sebalik kenaikan harga minyak (dan barangan keperluan asas yang lain)itu semua balaci UMNO (yang pada kamus anda KENYANG bahana dapat projek UMNO. Kalau itulah pendapat anda, saya tak ragu untuk mengatakan anda ini gila atau sekurang-kurangnya mereng otak.

Siapa yang boleh menafikan bahawa penyokong UMNO?BN juga terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk nelayan/penoreh getah/peneroka/peniaga kecil/kuli dsb...?

Rasionalnya memang tiada siapa yang suka dengan kenaikan harga bahan keperluan asas. Namun seperti kata anon 7:25, kita perlu juga tengok rasional di sebalik kenaikan harga itu. Saya setuju bahawa kenaikan itu lebih mampu diterima berbanding slogan 'HARI INI MEMERINTAH, BESOK TURUN HARGA MINYAK'.

Bravo anon 7:25.
Aku ni memang orang susah sampai seluar kecik pun payah nak beli 'spare'. Tapi sial gula naik ke minyak naik, rasanya aku masih boleh terma, itu lepas aku tengok rasionalnya. Itupun juga lepas aku berbual panjang lebar dengan sultan brunei, menteri minyak negara-negara arab ngan negara pengeluar minyak utama yang lain.

Kesimpulannya kenaikan itu semua boleh ku terima, baik dengan hati terbuka atau tertutup.

Korang nak tahu kenapa? Mulanya aku berkira nak gunapakai and terima 'HARI INI MEMERINTAH, ESOK MINYAK TURUN'... Akan tetapi yang ini lagi ku tak boleh terima. Kalau ku terima juga, samalah halnya ku minum air kencing dan kahak pekat orang yang empunya ayat keramat tu.

Hehehehe sape nak kutuk aku, sialkan, aku tak heran punya. Hehehehhahahahhuhuhu...

Monday, December 06, 2010 7:25:00 PM

Anonymous said...

jgn pangkah BN dlm PRU 13 nanti, krn lps menang besaq ada hadiah istimewa utk rakyat..khusus nya rakyat Marhaen..

Anonymous said...

Anon 1:19,
Terus pangkah BN dalam PRU13 nanti sebagaimana kita telah pangkah dan menangkan BN dalam PRK Galas dan Batu Sapi.

BN
DULU
KINI
DAN SELAMANYA!

Anonymous said...

Akupun rakyat marhaen...
Tapi aku tetap sokong BN
Kenapa?
Sebab aku suka, sayang and cinta BN la..
Sebab-sebab lain?
Suka hati aku la...
Jangan ada siapa marah...
Nanti kena jual tau..
Heheheheh...

Anonymous said...

Aku klu sebut pasal sayang dan cinta kompom aku sayang bini2 aku. xp klu sebut pasal benci bin meluat kompom aku benci PAS. bapak segala HIPOKRIT dlm dunia ni. xada tolok bandingnya. 1x diaorg ni punyalah terrornya, taik telinga tu diaorg gentel2 goreng blh jual lg.

Anonymous said...

KAH KAH KAH , Petrol naik Lagi. Padan Muka. Anggap sahajalah kenaikan petrol sebagai HUKUMAN kepada penyokong PR, SAGUHATI kepada atas pagar dan yg tak layak mengundi TAPI kah kah kah sebagai HADIAH untuk penyokong BN.

MuhaHirang