KUALA LUMPUR 27 Dis [3.25 pm] - Nampaknya, kontorversi melibatkan Felda bakal meledak kembali apabila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan pemimpin UMNO BN yang pernah dikenakan tindakan penggantungan akibat terlibat dengan rasuh ketika Pemilihan UMNO iaitu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Soalnya, kenapakah Isa Samad yang sudah sah terlibat dengan rasuah itu dilantik sebagai Pengerusi Felda?. Bukankah rakyat terutamanya peneroka Felda kini sedang melihat apa yang berlaku kepada agensi itu sejak berita "Felda Bankrap" dihebohkan sebelum ini. Kini, UMNO BN mencipta sejarah "malang" buat Felda apabila melantik "pemimpin kotor" untuk menerajui agensi tersebut. Jika dulu, Dato' Md Bakke Salleh, salah seorang pemimpin yang dikatakan menjadi punca Felda merudum dilantik selepas merosakkan imej Bank Islam dan Tabung Haji. Kini, Isa Samad yang sudah jelas "terang lagi bersuluh" diangkat ke jawatan itu. Apakah sudah tiada lagi pemimpin lain yang lebih sesuai untuk dilantik?.
[Kini ramai yang menganggap perlantikan Isa Samad yang diperkenankan oleh PM Najib Razak itu ada kaitan dengan "Tragedi Port Dickson" satu ketika dulu. Difahamkan Isa adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Najib daripada dituduh berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal ketika itu. Malah, pihak yang cuba mendakwa Najib juga telah ditukarkan serta merta oleh Isa Samad selaku MB Negeri Sembila ketika itu. Soalnya, apakah Najib takut Isa Samad menyerahkan fail sulit beliau itu kepada WikiLeaks untuk didedahkan kepada umum?. Maka, akhirnya seperti di Bagan Pinang Najib terpaksa akur untuk memberi kedudukan istimewa kepada pemimpin terbabit biarpun satu dunia tahu yang Isa Samad memang terlibat dengan aktiviti rasuah ketika pemilihan UMNO dulu. Makanya, perlantikan Isa ini mungkin untuk menutup mulut beliau supaya tidak membocorkan segala rahsia berkenaan. Hanya mereka yang berada di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan jabatan agama yang berkenaan sahaja yang lebih mengetahui kes ini sebenarnya. Tahniah Isa Samad kerana berjaya menyelamatkan Najib Razak dan diberi kedudukan penting itu. Ia pasti akan menyebabkan kerajaan UMNO BN itu lebih cepat tumbang dalam pilihanraya umum Ke-13 nanti sebenarnya. Itulah hikmah disebalik semua ini].












13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
lari dari mulut rimau, masuk mulut buaya tembaga, nasib hampa warga felda, nasib hampa la rakyat malaysia, lepaieh ni hampa tunggu la, barang naik.
sungguh malang tokey babi ni dilantik jadi pengurusi felda, hak hak tuih!!
HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAAHAAHH.........sukanya aku tgk bangsa sendiri hanyut....mcm mana xhanyut minda langsung xnak berkembang...yg xbetul pun pi sokong....yg mana da celik tu Alhamdulillah sama2 la kita tumbangkan kerajaan yg zalim ini..
Korang tak tahu lagi ke UMNO memang pembela perasuah Malaysia.
memang betoi dier tokey babi xp totey dier xbasah,heeeeee heeeee heeeeeeee
yang totay basah tu aku tau la kan orang panggil dia menteri pukimakindon,katok dulang paku serpeh,ngata orang kita yang lebeh.
perlantikan isa samad dan khusrin munawi, malapetaka bagi umno-bn.
putrajaya den lapeh...
Habislah duit FELDA di lapon dik Isa Samad ni.
Makin golak bosar la si penyangak ni.
Hancai bocai lah Felda nanti.
Yang mampos ialah k/tangan dan pekerja Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB), yg terpaksa bekerja bagai nak rak cari duit utk Felda, dia pulak tukang ngabihkan duit.
SEMEMANGNYA TERANG LAGI BERSULOH KEBODOHAN UMNO INI. PEGI LANTIK ISA SAMAD,HABISLAH DUIT FELDA DI SAPU BERSIH. BARULAH BETUL2 BANGRAP.INI PUN PENCACAI2 UMNONGOK NAK MEMPERTAHANKAN LAGI PERJUANGAN UMNO YG SESAT INI... MEMANG SAH MATA HATI PENCACAI2 INI SUDAH DI GELAPKAN OLEH PENCIPTA...APA NAK BUAT MEREKA SENDIRI YG MENEMPAH KESESATAN INI. HIDUPLAH BERSAMA2 ROSMAH.... YG WARAK ITU. HAHAHAHA
kalau nak kira mcm tu payahla, sebab ustaz pondok pun ada yg menjunub budak lelaki, ustazah pun kekadang gila seks, orang pas pun berkawan dgn babi (brother anwar bin ibrahim), peliwat pun masih disokong jadi ketua, habih camno..inilah dunia namanya, selagi bernama manusia. Tetapi nasihat buat warga Felda, lihatlah dalam diri sendiri, lihat anak anak di sekeliling kita yang berjaya sekarang, lihatlah keadaan rumah kita, alhamdulillah...jangan termakan racun oleh mereka yang pendengki,yg dulunya tak ngesahkan kita pun, susah senang kita bersama Felda...think positive, jgn jadi mangsa eksploitasi politik yang menumpang tui atas kesusahan kita, di mana mereka selama ini...
betoi tu bro klu puak2 ni nak mai umah jgn bg masok kaki balun bini orang tu nak pulak yg pakai serban dan ada jawatan dlm pas.suruh depa pee main jauh2,klu yg ada jawatan pkr hangpa kena jaga bontot.
hahaha ok la tu org mcm pua2 umngok ni bg duit rm10 kain pelikat sepasang cukupla...dorg ni memang jenis katak bawah tempurung langsung xnak buka minda...mudah je di beli...lepas tu bila harga barang naik melenting pulak...bongok...
sedap molot ko panggil org babi yek..taruk la nama klu hebat sgt..aku anak felda la beb..dpt 10A spm felda bagi RM1000 jek..patut nye bole bagi scholarship ape klu betol felda duit byk..last2 MARA/Petronas gak yg sponsor..bukak la mata org felda..jgn dok think positive jek,biar org wat suke ati tok wan depa..tu thnik tongngok nama nye..bkn positive..tk yah layan si anon sengal tuhh..
Post a Comment