Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Sunday, January 31, 2010

Mahkamah: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Pastinya Menjadi Tumpuan Selasa Ini, Tangguhkan Atau Meneruskan Kes Liwat Anwar !!

Inilah dia wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (foto), yang bakal menjadi tumpuan umum berikutan beliau akan mendengar permohonan Anwar supaya kes liwatnya ditangguh Selasa ini. Segalanya terletak di tangan dan atas kebijaksanaan beliau. Jika beliau memutuskan kes diteruskan, maka Anwar terpaksa berhadapan dengan satu keputusan yang amat berbahaya sebenarnya. Di saat barisan peguam Anwar tidak mempunyai salinan dokumen rasmi kes untuk membuat pembelaan. Sedangkan pihak pendakwaraya telah menyediakan berbagai bukti untuk mensabitkan beliau dengan kes ini. Maka, rakyat sudah menjangkakan keputusan yang akan diketahui sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah Hakim Zabidin akan bertindak adil berlandaskan undang-undang atau beliau juga terpaksa akur dengan arahan pihak atasan agaknya. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lalu sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata, kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Makanya, bersandarkan kepada undang-undang, Hakim Zabidin ajar menangguhkan perbicaraan demi keadilan. Mahkamah Rayuan belum mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan pertuduhan liwat itu maka sewajarnya Mahkamah Tinggi tidak wajar untuk meneruskan perbicaraan. Kenapa terlalu tergesa-gesa hingga tidak sabar-sabar untuk meneruskan perbicaraan agaknya?. Siapakah yang memberi arahan agar kes ini dibicarakan segera tanpa menunggu Mahkamah Rayuan mendengar permohonan yang dibuat oleh Anwar. Kenapa begitu pincang dan rosaknya sistem kehakiman dan keadilan di negara kita in agaknyai?.

[Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ini jelas terwujudnya satu konspirasi jahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes memandangkan pihak Pendakwaraya sudah menyediakan bukti-bukti yang "tidak relevan" untuk mengaitkan Anwar dengan kes ini. Akan terjadi nanti, peristiwa usung tilam, video, CCTV palsu, DNA palsu dan berbagai-bagai lagi dokumen yang jelas telah dipesongkan. Bahkan, kemungkinan besar laporan perubatan tiga doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful juga akan bertukar daripada tiada tanda-tanda diliwat kepada terdapatnya bukti dia diliwat. Semua ini pasti akan terjadi dalam keadaan mereka tergesa-gesa meneruskan kes ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat diseru berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar menghancurkan manusia yang jelas mahu bertindak zalim sesama manusia di mukabumi ini].

Mahkamah: Datuk Seri Anwar Ibrahim Sekali Lagi Bakal Membuat Permohonan Agar Kes Liwatnya Dengan Saiful Bukhari Di Tangguhkan Selasa Ini !

KUALA LUMPUR, 31 Jan [2.10 pm] - Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama. Sama ada perbicaraan yang telah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lepas sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Pada 1 Disember tahun lepas, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Januari bagi perbicaraan. Namun perbicaraan itu ditangguhkan ke 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya. Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menolak permohonan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu.

[Perbicaraan wajat ditangguhkan selagi rakyat melihat keadilan tidak terwujud dalam kes ini berlandaskan kebenaran yang hakiki. Mahkamah hanya mahu menjalankan perbicaraan bersandarkan kepada akuan sumpah dan repot polis Si Saiful Bukhari semata-mata. Mahkamah langsung tidak mahu mengambilkira andainya Saiful khianat dan membuat fitnah jahat terhadap Anwar berasaskan kepada skrip yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah, amat malang sekali bila perbicaraan dijalankan dalam keadaan timbul berbagai syak wasangkan dan fakta yang jelas menyeleweng dalam kes ini. Terdapat usaha untuk mematikan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Oleh itu rakyat perlu bangkit untuk menyatakan kebenaran, yang hak pasti tertegak dan yang bathil itu pasti dihapuskan. Ulamak terkenal seperti Sheikh Yusoff Qardawi mahukan undang-undang Islam digunakan terhadap kes Anwar, namun kerajaan Islam Malaysia hanya menutup sebelah mata sahaja dan mereka lebih berselera untuk menggunakan undang-undang Sivil yang mudah untuk diperalatkan sesuka hati mereka itu sebenarnya].

Saturday, January 30, 2010

Kontroversi: Seperti Di Rancangkan, Mahkamah Persekutuan Akhirnya Memutuskan Anwar Tidak Berhak Dapatkan Dokumen Penting Kes Liwatnya



PUTRAJAYA, 30 Jan [2.30 pm] - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak untuk mendapatkan dokumen penting termasuk sampel spesimen Saiful Bukhari Azlan kerana perbicaraan liwatnya belum bermula. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes tersebut. Pada peringkat pra-perbicaraan, korum itu berkata Anwar hanya boleh mendapat akses dokumen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tuduhan, untuk membolehkannya memahami pertuduhan dan menyediakan pembelaan. Penghakiman bertulis setebal 31 muka surat itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong yang bersidang bersama Hakim Arifin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Md Raus Sharif. "Perayu tidak berhak mengetahui apakah cara pihak pendakwaan akan membuktikan fakta-fakta itu selaras dengan tuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. "Ia kekal sebagai kuasa pihak pendakwaan," kata Abdull Hamid. Beliau juga memutuskan perbicaraan kes itu bermula apabila pihak pendakwaan memanggil saksi pertama memberi keterangan dan bukannya sebaik pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dan pengakuannya direkodkan, seperti yang dikatakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh. "Pada pandangan kami, permohonan untuk dapatkan dokumen masih lagi di peringkat pra-perbicaraan dan bukannya dibuat semasa perbicaraan," katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008. Antara dokumen penting yang diminta ialah kenyataan-kenyataan saksi yang direkodkan daripada Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia, laporan perubatan dan rakaman CCTV di kondominium tersebut pada waktu kejadian. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan yang dibuat Anwar agar pendakwa membekalkan beliau dokumen tersebut tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwa. Dalam penghakiman tersebut, mahkamah tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mendapatkan dokumen tersebut, tidak boleh dirayu kerana keputusan itu dibuat pada prosiding mahkamah dan dianggap keputusan muktamad. Karpal berhujah demikian dalam cubaannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi Anwar sebaliknya memohon Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, Abdull Hamid memutuskan sebaliknya dengan menyatakan perkara itu boleh dirayu kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tersebut mengikut Seksyen 51 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) bebas untuk dibicarakan, oleh itu perintah hakim Mahkamah Tinggi dianggap perintah akhir yang akhirnya menghapuskan hak-hak Anwar. Susulan keputusan itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan permohonan semakan di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan. Katanya Mahkamah tertinggi itu telah mewujudkan satu kedudukan yang akan melambatkan perbicaraan kes kerana keputusannya membuka ruang kepada pihak-pihak dalam kes mahkamah bagi mengemukakan permohonan interlokutori untuk rayuan. Katanya ini bercanggah dengan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman yang dipinda pada 1988 bagi mengatasi masalah perbicaraan berlanjutan dengan melarang permohonan interlokutori untuk rayuan. Anwar tidak hadir ke mahkamah hari ini.
[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu sedikit mencalarkan keadilan yang perlu ditegakkan dalam kes ini. Dunia melihat apa yang berlaku di Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan perlu utamakan perbicaraan ini dari sudut jenayah Syariah. Undang-undang Qazaf terhadap Saiful perlu dilaksanakan segera sebelum perbicaraan di mahkamah sivil dijalankan. Namun, bagai tersurat kerajaan menggunakan jentera yang ada untuk melambat-lambatkan Qazaf dan sengaja mahu membawa kes tersebut ke mahkamah sivil terlebih dahulu. DNA masih lagi mahu digunakan sebagai senjata utama, selepas melihat dubur Saiful tidak dirodok oleh mana-mana senjata tajam. Begitu hina mahkamah kita bila perkara sebegini diperlakukan terhadap rakyat yang berhak mendapat pembelaan sewajarnya. Jika dibicarakan di mahkamah sivil, maka kita tidak hairan berbagai bukti baru akan dikeluarkan kerana mereka sudah merancang dan berpakat untuk mensabitkan juga Anwar dengan kes ini agar masa depan dan karier politiknya terus hancur selamanya].

Friday, January 29, 2010

Eksklusif: Sandiwara Liwat II, Awas !! Iklan Yang Memaparkan Nombor Telefon Serta Email Anwar Kini Disebarkan Di Laman Blog Penyokong Saiful

Perbicaraan kes "Sandiwara Liwat II" yang paling memalukan sistem kehakiman negara kononnya melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Februari ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia. Apa tidaknya, biarpun perbicaraan dan kes itu sendiri dipertikaikan oleh banyak pihak. Namun, berkat usaha yang bersepadu antara penulis skrip, pengarah dan pelakon utamanya maka kes tersebut mahu dibicarakan juga di Mahkamah Sivil tanpa menghormati pandangan tokoh ulamak Islam sedunia termasuk Syeikh Yusoff Al-Qardawi. Kes jenayah syariah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang "Qazaf" itu sengaja dilewat-lewatkan oleh mereka agar keadilan bukan ditegakkan untuk Anwar tetapi kepada Saiful Bukhari Azlan. Belum pernah terjadi dalam sejarah, mangsa mengaku diliwat tanpa bersandarkan laporan klinikal hospital dan disahkan oleh doktor perubatan. Kes yang cukup memalukan ini hanya mahu dijalankan berlandaskan kepada bukti DNA yang kononnya terdapat dalam tubuh Saiful. Soalnya, bagaimanakah DNA Anwar boleh berada dalam tubuh anak muda itu sedangkan pakar perubatan mengesahkan dia masih suci dan tidak ternoda oleh sesiapa pun. Jika kes ini berlaku kepada tertuduh selain Anwar, sudah pastilah ia akan dibuang kes sebenarnya. Tambahan pula, mana mungkin pihak polis dan mahkamah mahu menyiasat serta membicarakan kes tersebut hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful semata-mata. Tanpa mengambilkira unsur-unsur fitnah dibuat oleh anak muda itu, serta rentetan perjalanan kes yang cukup diragui maka ia mahu diteruskan juga dalam keadaan fakta yang jelas mengeliru dan benar-benar menyeleweng itu. Sepatutnya bukti DNA digunakan selepas laporan perubatan hospital mengesah kejadian itu berlaku. Tetapi jika kejadian pun tidak berlaku, kenapa DNA mahu digunakan?. Bukankah ini menunjukkan sudah ada perancangan jahat dan satu lagi konspirasi peringkat tertinggi untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes kontroversi ini sebenarnya.
Anwar semalam, menfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan pada 2 Februari ini. Banyak alasan munasabah yang dikemukakan, tetapi dianggap tidak masuk akal oleh pihak Pendakwaraya. Salinan dokumen yang sepatutnya diberikan hak kepada Anwar, sehingga kini masih lagi dinafikan. Malah, mereka mencuba sedaya upaya untuk memastikan mantan TPM itu terpenjara jua kali ini. Mereka menganggap Anwar menipu mahkamah dan hakim sehingga berjaya meloloskan diri dari Penjara Sg.Buloh dalam kes liwat pertamanya dulu. Lantaran itu, mereka tetap yakin Anwar memang meliwat Saiful. Walhal telah disahkan yang anak muda itu tidak mempunyai tanda-tanda diliwat. DNA mahu digunakan sebagai bukti kukuh kejadian tersebut, sedangkan sampel seperti itu boleh diambil melalui berbagai cara sama ada secara paksa atau dalam keadaan tidak sedar, ketika Saiful bekerja di pejabat Anwar dulu. Semua ini menimbulkan keraguan rakyat sebenarnya. Apalah malangnya nasib rakyat yang terpaksa seklali lagi menyaksikan satu perbicaraan yang paling "malang" dalam sejarah negara. Namun, demi kuasa politik semua ini terpaksa dijalankan juga. Maknanya, perbicaraan yang bakal dijalankan itu nanti sudah pasti penuh dengan trick serta adengan yang cukup memalukan kita sebenarnya. Masih kita ingat dulu adengan mengusung tilam, tompok air mani yang bertaburan, adengan liwat di lokasi yang tidak wujud, kehilangan diari harian Anwar dari simpanan polis serta berbagai lagi adengan yang cukup mengejutkan. Apalah kini ia bakal berlaku lagi dalam kes liwat dua yang bakal disaksikan perbicaraannya tidak lama lagi.
Inilah iklan banner yang dicipta oleh penyokong Saiful itu
Bagi penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat, apa yang boleh dilakukan sekarang ialah sekadar berdoa agar kes tersebut dibatalkan atas masalah teknikal seperti yang dinyatakan tadi. Namun, mahukah hakim menurut arahan tersebut jika skripnya telah disiapkan sejak awal-awal lagi. Maka langkah terbaik ialah kita harus tunggu dan lihat adengan misteri ini. Sementara itu, bagi puak-puak UMNO dan barisan penyokong mereka seperti biasa menuduh Anwar penakut dan tidak berani menghadapi kenyataan. Kononnya jika Anwar berani dan tidak bersalah, maka hadir ke mahkamah dan berhadapan secara anak jantan dengan Saiful. Tanpa mengambilkira faktor kekeliruan kes tersebut dan keengganan pihak pendakwaraya memberikan salinan dokumen yang diminta, mereka jelas sekali melihat Saiful berada di pihak yang benar. Kebenaran saiful hanya dengan kata-kata yang sering dinukilkan dalam blog peribadi beliau selama ini. Rayuan dan doa dipohon daripada rakyat agar memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi kes ini. Kebenaran dan keadilan akan tertegak jua akhirnya, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Aneh bukan, bila seorang manusia beriya-iya mahu orang percaya kepada kata-kata dan sumpah laknatnya tentang satu perkara yang masih menjadi tanda tanya. Bayangkan jika semua ini adalah satu fitnah dan tuduhan jahat untuk menjatuhkan karier politik Anwar, maka siapakah yang menjadi mangsa sebenarnya?. Mutakhir ini kempen besar-besaran telah diadakan menerusi blog dan website pro-Saiful. Satu banner telah dibuat oleh mereka yang bertemakan "Warkah Buat Anwar", dengan memaparkan nombor telefon peribadi serta email mantan TPM itu untuk membolehkan penyokong mereka menghantar SMS. Malahan, warkah itu turut memberi amaran supaya penghantar tidak menulis SMS yang berbaur ugutan dan ancaman terhadap Anwar Ibrahim.
Sila copy paste url link iklan ini dan masukkan dalam blog anda
[Privacy Anwar pasti akan terganggu dengan SMS yang bakal diterima itu. Soalnya, siapakah dalang yang mendedahkan nombor telefon peribadi Anwar kepada mereka. Sudah pastilah dikalangan mereka yang rapat dengan Anwar dulu agaknya. Apapun, paparan itu sudah dibuat (rujuk foto atas) dan Anwar terpaksa menghadapinya. Beliau boleh menutup talian tersebut jika mahu atau menukarkan nombor talian peribadi beliau. Namun, semuanya tidak wajar dilakukan dalam masa terdekat ini. Susulan daripada itu, kami dengan bangganya ingin membalas banner yang dihasilkan oleh para penyokong Saiful itu. Maka disini kami paparkan satu banner yang serupa khas untuk Saiful Bukhari Azlan agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Turut kami paparkan ialah nombor telefon peribadi ayah Saiful iaitu Azlan Mat Lazim untuk memudakan orang ramai menghantar SMS supaya beliau menasihatkan anaknya supaya menyedari segala kesilapan yang telah dilakukan. Dengan paparan ini, diharap dapat memberi ruang yang terbuka kepada rakyat hendaknya. Paparan talian telefon peribadi Saiful Bukhari Azlan akan dibuat selepas ini, jika puak-puak mereka masih memaparkan iklan berkenaan. Sila copy paste URL iklan dan masukkan ke dalam blog anda untuk dihebahkan].

Edisi Pahang: UMNO Di Minta Melupakan Hasrat Untuk Pancing Azan Ismail Kerana Beliau Tetap Setia Serta Akan Kekal Berjuang Bersama PKR !!

KUANTAN, 29 Jan [1.30 am] - Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman semalam meminta puak-puak UMNO melupakan hasrat cubaan "memancing" Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto). Dalam kenyataannya Fauzi berkata, UMNO perlu melupakan hasrai itu kerana beliau yakin Azan tidak akan mengkhianati malah meninggalkan Parti Keadilan rakyat. Beliau juga menganggap perletakkan Azan baru-baru ini tidak langsung menyentuh dasar perjuangan parti dan PKR negeri sebulat suara menerima perletakkan jawatan bekas Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang itu. "Perjuangan PKR bukan bersandarkan kepada seorang individu, tetapi bergerak atas dasar rakyat dan isu Azan itu kecil sahaja dalam parti" katanya. Beliau turut menegaskan bahawa PKR Pahang tidak menolak kehendak Azan untuk melepaskan jawatan tersebut, kerana itu pendirian peribadinya. Rakyat katanya harus faham perjuangan sebenar PKR adalah untuk rakyat yang inginkan perubahan dan itu yang sedang dilaksanakan. Fauzi turut menyatakan bahawa seluruh kepimpinan PKR Pahang masih bersatu untuk memperjuangkan agenda rakyat dan isu konflik itu sebenarnya tidak timbul. "PKR Pahang turut akan membantu Azan, memandangkan beliau masih Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota. Malah kita sama sekali tidak akan meminggirkan Azan kerana beliau adalah sebahagian daripada perjuangan parti" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menyatakan bahawa Azan akan terus bersama PKR, memandangkan beliau pendukung kuat serta ahli parti yang setia. Penjelasan Fauzi ini menamatkan spekulasi dan khabar angin yang mengatakan Azan akan melompat parti bagi menyertai UMNO. Dengan kenyataan terbuka Dato' Fauzi yang disiarkan di muka depan akhbar Sinar Harian semalam (28/1), maka spekulasi ini dijangka telah selesai. Maka tidak timbul lagi soal lompat parti atau tawar menawar seperti yang digembar-gemburkan.
[Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail dipercayai tetap setia bersama PKR biar apa pun yang berlaku. Malah, kami difahamkan malam tadi beliau telah mengadakan siri ceramah terbarunya di Dungun, Terengganu. Jika senario ini tidak berubah, maka akan kempunanlah puak-puak UMNO Pahang untuk melihat kes lompat parti berlaku di negeri ini. Ternyata Azan Ismail tidak semudah itu untuk meninggalkan PKR, beliau lebih matang sebenarnya dan apa yang berlaku baru-baru ini mempunyai hikmah agaknya. Diharapkan pemimpin PKR Pahang akan terus matang dalam membuat sebarang tindakan yang boleh menimbulkan spekulasi selepas ini. Perbincangan dan rundingan peringkat dalaman harus diutamakan sebelum sesuatu sidang media itu dilakukan oleh mana-mana pemimpin].

Thursday, January 28, 2010

Mahkamah: Anwar Ibrahim Failkan Permohonan Untuk Tangguhkan Prosiding Bicara Kes Liwatnya

KUALA LUMPUR, 28 Jan [3.35 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini. Peguamnya, SN Nair memberitahu pemberita bahawa beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini. Nair berkata, mahkamah telah menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah. Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan hakim. Katanya, perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Disember, 2009. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu. Pada 1 Disember, 2009, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Januari 2010. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda kepada 2 Februari sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan. Mahkamah Persekutuan dijadual memberikan keputusannya berhubung perkara itu esok. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara KL pada 26 Jun, 2008.
[Penangguhan terpaksa dilakukan demi mendapatkan keadilan sebenar dalam kes ini. Apa guna diteruskan perbicaraan jika pendakwaraya masih gagal untuk menyerahkan segala salinan dokumen berkaitan hatta laporan polis yang dibuat Saiful terhadap Anwar Ibrahim. Oleh itu, adalah menjadi hak beliau untuk mempertahankan haknya untuk dibicarakan secara adil dan saksama, bukannya perbicaraan yang penuh dengan tipu helah dan kemusykilan dikalangan rakyat. Memang kita tahu, penyokong UMNO pasti akan mengatakan Anwar takut untuk berhadapan dengan Saiful di mahkamah selepas ini. Namun, mereka harus ingat bahawa terdapat seribu keraguan dan kekeliruan dalam kes yang akan dibicarakan itu].

Edisi Pahang: Zakaria, Isu YB Azan Diharap Tidak Pudarkan Semangat Perjuangan PKR Dalam Misi Menawan Negeri Pahang Dalam PRU Ke-13 Nanti !!

KUANTAN, 28 Jan [1.30 pm] - Krisis kepimpinan Parti Keadian Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini dilihat semakin panas biarpun ada yang mengandaikan isu itu sudah selesai. Di dalam blog PKR Pahang tertera satu fakta yang kononnya Azan Ismail memutar belitkan fakta bahawa beliaulah yang membawa masuk Parti Keadilan ke Negeri Pahang. Sila klik sini untuk maklumat lanjut. Azan dipercayai mendedahkan perkara tersebut di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Jan lalu. Ramai yang melihat krisis yang berlaku ini tidak harus dipanjangkan. Namun, berdasarkan pengamatan pihak-pihak tertentu, perselisihan faham antara Azan dengan pemimpin PKR Pahang bakal menemui jalan buntu jika "pokoknya" tidak ditumbangkan. Memang, umum melihat bahawa krisis yang berlaku ini hanyalah melibatkan kes terpinggir yang dilihat sekarang, walhal ada perkara besar yang harus dibereskan jika PKR Pahang mahu terus berada pada landasan yang betul. Kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Namun, segalanya telah dibuktikan. Azan mengatakan bahawa terdapat kepincangan dalam pentadbiran PKR Pahang sejak setahun yang lalu. Soalnya sekarang, apakah kepincangan tersebut sebenarnya? Sedangkan rakyat di Indera Mahkota sendiri melihat Azan juga mempunyai banyak masalah dengan mereka sebelum ini. Mungkin media tidak pernah memperbesarkan perkara tersebut. Namun, penyelesaian yang terbaik haruslah dicari jika tidak mahu masalah yang lebih besar melanda. Malah, di saat PKR Pahang dilihat berada pada landasan perjuangan yang betul serta diterima rakyat sekarang ini maka semua pihak perlu kembali ke meja rundingan dengan segera. Memang kita tahu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanggil beberapa pemimpin PKR Pahang termasuk Dato' Fauzi, Azan dan Fuziah Salleh beberapa hari yang lalu. Soalnya, apakah jalan penyelesaianya diterima oleh semua pihak. Ada kalanya Anwar juga tersilap membuat percaturan. Samalah ketika beliau menggantikan Zakaria Hamid dengan Dato' Fauzi memimpin PKR Pahang hujung tahun 2008 dulu. Kes ini kecoh hingga menyebabkan PKR Pahang bergegar. Anwar juga tersilap membuat percaturan apabila mengambil Saiful Bukhari Azlan untuk bekerja di pejabatnya tanpa usul periksa siapakah anak muda itu. Biarpun diberi banyak nasihat namun Anwar tetap percaya kepada Saiful. Akhirnya bala datang ke dalam dirinya.

Maka itu, apakah jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai segala kekalutan yang berlaku dalam PKR Pahang. Kenyatan Dato' Fauzi yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini (28/1) tidak boleh dijadikan alasan isu itu sudah selesai sebenarnya. Mengulas lanjut tentang perkara ini, kami cuba mendapatkan pandangan salah seorang pemimpin kanan PKR Pahang yang juga mantan Pengerusi Perhubungan Negeri iaitu Zakaria Abd Hamid (foto). Beliau kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, yang telah banyak mengetahui selok belok perjalanan PKR di negeri Pahang sejak di awal penubuhannya. Menurut Zakarian beliau sangat kecewa dengan situasi yang berlaku ini. "Kita bina bersama PKR Pahang lebih 10 tahun dengan keringat dan airmata, bergolok bergadai demi rasa cinta membela masa depan nasib rakyat. Ianya tercemar dek pertembungan beberapa individu. Hakikatnya tiada gelora dan tiada krisis kepimpinan" katanya. Menurut Zakaria lagi, pemimpin boleh letak jawatan pada bila-bila masa dan tidak perlu disuruh serta dihalang. "Perjuangan rakyat harus diteruskan. Yang tidak mampu bertahan akibat susah berkerjasama, tidak menghormati sesama jemaah, sikap elit dan ego tinggi boleh pergi" tambahnya lagi. Apa jua masalah adalah perkara lazim dalam organisasi dan akan segera diperbaiki kata Zakaria. "Saya yakin rakyat faham proses pembersihan dalam parti adalah perlu untuk memilih antara pemimpin yang banyak berkokok atau yang banyak bekerja" katanya. Disamping itu juga Zakaria menegaskan bahawa semangat perjuangan terus mantap dan tidak akan pudar dengan serangan media perdana dan gerak kerja menawan Pahang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

[Kami amatlah berharap agar krisis kepimpinan PKR Pahang dapat diselesaikan dengan segera. Kita tidak mahu ada pilihanraya kecil akan berlaku di kerusi parlimen Indera Mahkota menjelang PRU-13 nanti. Kematangan dan kebijaksanaan kedua-dua pihak untuk merungkai segala kekaluan amatlah diperlukan pada masa ini. Orang tengah perlu dicari bagi membantu memudahkan segala urusan. Tidak perlu mengadakan sidang media atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya. Jalan terbaik ialah kembali ke meja rundingan untuk mencari perdamaian. Kini terpulang kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada untuk menerima atau membiarkan kudis itu terus bernanah. Masa depan rakyat Pahang perlu diberi keutamaan dan bukan kepentingan individu tertentu semata-mata. Niat yang suci dan ikhlas harus datang dari hati setiap pemimpin yang memegang amanah rakyat itu sebenarnya].

:: GALERI FOTO KONVENSYEN KEADILAN PAHANG 2010 ::

Wednesday, January 27, 2010

Gempar: Azmin Ali Mendedahkan Pemuda UMNO Dipercayai Jadi Dalang Yang Dituduh Membakar Gereja Metro Tabernacle Dekat Desa Melawati KL


PETALING JAYA, 27 Jan [12.32 am] - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (foto), akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO. Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum. Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian UMNO kesemua mereka yang didakwa terlibat. "Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda UMNO bahagian Gombak dan bahagian Ampang. "Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api. Pada masa sama, beliau mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli UMNO dalam kes terbabit. Saya lihat trend hari ini, survival UMNO itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama. "Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini. Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut. Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk. "Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

[Perkara ini memang sudah kami dedahkan sejak dari awal lagi. Rasionalnya, tidak mungkin penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan kerja tersebut. Bukankah ia sesuatu yang berbahaya dan hanya mereka yang dilindungi sahaja tergamat melakukannya. Soalnya sekarang, kumpulan manakah yang begitu teruja dengan isu khalimah Allah ini sebenarnya?. Bukankah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Perkasa, Pribumi, Pakida dan sebagainya. Kebanyakkan ahli-ahli mereka bukankah terdiri dari kalangan ahli UMNO itu sendiri. Maka itulah kita tidak hairan mereka sanggup melakukan perbuatan tersebut].

Cyberita: Mahkamah Tinggi Tetapkan 19 Mac Ini Untuk Mendengar Permohonan Khairy Ketepikan Penghakiman Ingkar Saman Fitnah Oleh Anwar !!

KUALA LUMPUR, 27 Jan [2.30 pm] - Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah. Penolong Pendaftar Kanan A Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K Vasanthi. Pada 4 Disember, 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal hadir di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya. Khairy memfailkan permohonan pada 20 Februari, 2009 untuk mengenepikan perintah itu. Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September, 2007 mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak. Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyatakan kenyataan memfitnah yang dibuat oleh Khairy telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007. Beliau mendakwa kenyataan Khairy itu menggambarkan yang beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mementingkan perjuangan orang Melayu dan hak mereka, dan bahawa beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini. Beliau juga berkata, Khairy telah membuat kenyataan itu untuk memberi gambaran yang beliau (Anwar) adalah ejen politik kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, dan juga bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya. Beliau mendakwa Khairy mempunyai niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan itu yang semuanya adalah bohong, tidak berasas dan tidak benar. Selain memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejennya daripada mengulangi kenyataan.
[Terkadang kita naik hairan dengan tindakan Khairy yang cuba mengenepikan saman fitnah yang dibuat oleh Anwar terhadap dirinya itu. Jika beliau benar-benar anak jantan dan yakin akan kebenaran segala apa yang diucapkan itu, maka kenapa beliau harus takut serta gusar berhadapan dengan Anwar di mahkamah. Ternyata kini, mereka semua mula tidak yakin akan kekuatan diri sendiri. Samalah seperti pendedahan Ezam Md Noor tentang kotak rasuah, wang RM3 billion serta aset jutaan ringgit yang dimilik oleh Anwar. Sehingga ke hari ini, mereka masih terkial-kial mencari bukti semua itu. Akhirnya, kes liwat juga yang digunakan sebagai senjata untuk menjatuh serta mengaibkan Anwar. Walhal, rakyat Malaysia keseluruhannya sudah tidak percaya lagi sandiwara politik UMNO ini sejak Anwar didapati tidak bersalah dalam kes liwat I dulu].

Spekulasi: Isu Perletakkan Jawatan Azan Ismail, Apakah Anwar Bakal Merombak Pucuk Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Pahang Agaknya !

Susulan isu perletakkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail daripada menjadi Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang baru-baru ini, maka heboh di sana-sini orang memperkatakan tentang perkara tersebut. Ada yang menyokong tindakan Azan itu, malah tidak kurang juga yang kecewa dengan tindakan tersebut. "Saya gusar isu ini akan menjadikan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Ini menyukarkan kita untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang" kata seorang peniaga. Apapun, kes Azan ini bolehlah dikatakan tidak sehebat kes-kes terdahulu, kerana beliau bukannya "lompat parti" yang menyebabkan pilihanraya kecil perlu di adakan di kerusi parlimen tersebut. Maka, kenapakah keputusan ini diambil di saat rakyat memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat sekarang ini?. Azan mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Beliau kononnya tidak mahu PKR Pahang terus dijadikan seperti sebuah syarikat dan ditadbir secara sembrono oleh pihak-pihak tertentu. Beliau mahukan adanya ketelusan dalam sistem pentadbiran yang diamalkan. Alasannya, banyak perkara-perkara penting terutamanya dari sudut kewangan yang gagal ditangani dengan betul. Malah, beliau tidak mahu PKR Pahang dijadikan alat untuk kepentingan peribadi semata-mata. Rakyat melihat dan mahukan ketelusan katanya. Jika ia gagal dilaksanakan, maka PKR Pahang samalah sepeti parti UMNO dalam hal-hal tertentu. Untuk rekod, Azan ialah bekas Pegawai Audit dan Bendahari GPMS Pahang sebelum menyertai PKR. Lantaran itulah, kita tidak hairan beliau mahukan akauntabiliti dikawal dengan baik dalam menguruskan sesebuah parti atau persatuan.
Pemimpin PKR Pahang Dipanggil Oleh Anwar
Difahamkan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak memanggil Azan, Dato' Fauzi dan Fuziah Salleh untuk membincangkan perkara ini semalam. Dalam pertemuan itu, masing-masing diberikan ruang untuk mengeluarkan hujjah dan pendapat secukupnya tentang perkara ini. Kami difahamkan, Anwar telah memberi kata dua agar imej PKR Pahang dipulihkan semula secepat mungkin. Beliau tidak mahu kekalutan yang melanda ini boleh menggagalkan usaha Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pahang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. "Saya telah memberi berbagai kenyataan, kenapa tindakan perletakkan jawatan terpaksa diambil" kata Azan. "Lagi pun buat masa ini PKR Pahang mempunyai tiga orang Timbalan Pengerusi. Makanya, masih ada dua pemimpin yang boleh dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Tambahan pula, saya terpaksa memberi tumpuan kepada kawasan parlimen saya yang lebih utama selepas ini" kata Azan. Dalam pertemuan itu juga kami turut dimaklumkan bahawa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi turut menyatakan hujjahnya kepada Anwar berhubung dengan tindakan Azan itu. Kenyataan Fauzi itu turut disokong oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang baru dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat. Satu kekesohan kecil telah berlaku semasa Dato' Fauzi dan Azan mempertahankan hujjah masing-masing. Kami tidak mendapat maklumat lanjut tentang kenyataan Anwar selepas itu, namun menurut sumber besar kemungkinan satu rombakan akan dilakukan oleh Anwar terhadap kepimpinan tertinggi PKR Pahang. Jika benar perkara itu berlaku, maka sudah pastilah ia merupakan satu lagi isu besar yang akan menjadi buah mulut rakyat Pahang selepas ini agaknya.
[Apapun yang berlaku, diharapkan kepimpinan PKR Pahang dapat duduk semeja bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Perkara konvensyen PKR baru-baru ini, bukanlah pokok utama yang menjadi asas kekecewaan Azan sebenarnya. Memang terdapat satu "rahsia besar" yang masih tidak dirungkaikan selama ini yang menyebabkan timbulnya perasaan iri hati dan tidak puas hati pihak-pihak tertentu. Jalan terbaik ialah kembali duduk di meja rundingan bagi menyelesaikan perselisihan faham ini. "Bom Jangka" boleh meletup bila-bila masa sahaja apabila perkara yang besar dianggap kecil oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini. Kami memang sudah menjangkakan semua ini akan berlaku, tetapi ia dinafikan oleh sesetengah pihak atas alasan ia satu isu terpinggir dan tidak perlu diperbesarkan. Kini, semuanya sudah tersurat. Apa yang tersirat selama ini akhirnya menjadi barah baru dalam PKR Pahang. Semoga sokongan rakyat tidak berubah melihat segala apa yang berlaku ini hendaknya. Ketua Umum PKR perlu mengambil tindakan bijak dalam menyelesaikan isu ini hendaknya. Membuat rombakan kepimpinan negeri, mungkin bukan jalan penyelesaian yang paling utama. Oleh itu, satu langkah bijak yang boleh diterima oleh semua pihak perlu diambil tindakan segera bagi menjaga keharmonian, keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Pahang].

Kontroversi: Kes Liwat, Pihak Polis Cuba Kenakan Tindakan Terhadap Keluarga Anwar Bila Menyoal Siasat Isterinya Selepas Lebih Dari Dua Tahun !!

KUALA LUMPUR, 27 Jan [10.14 am] - Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto) yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis. Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini."Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan," Azizah memberitahu pemberita. Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari ini.
[Satu tindakan yang jelas amat memusykilkan kita sebenarnya. Ternyata mereka sudah tiada jalan lain untuk menyekat kebenaran dan suara rakyat yang inginkan keadilan terhadap Anwar. Cubaan yang sengaja digunakan bagi menakutkan keluarga Anwar dalam kes ini. Apapun rakyat diseru terus memberi tekanan supaya masyarakat antarabangsa dapat melihat kes ini adalah satu fitnah jahat untuk menjatuhkan karier politik Anwar].

Tuesday, January 26, 2010

Isu Perak: MB Zambry Serta Exconya Bagai Cacing Kepanasan Kerana Gusar Ir.Nizar Bubarkan DUN Jika Beliau Menang Di Mahkamah 9 Februari Ini !!

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu. Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin (foto)?. Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini. Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya. Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat. Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.
Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah. Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya. Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka. Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan. Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini. Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu. Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini. Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini. Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?. Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.
[Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini. Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat. Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula. Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka].

Mahkamah: Isu MB Perak Di Putuskan 9 Februari

PUTRAJAYA, 26 Jan [1.06 am] - Hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya. Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan PAS, DAP dan PKR. Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
[Sesungguhnya amat menghairankan kita, dalam mana kes MB Perak yang masih belum selesai sepenuhnya tiba-tiba MB Zambry dari BN boleh memerintah sesuka hatinya dan meluluskan Bajet Negeri tanpa mengambilkira keputusan mahkamah. Bayangkan jika keputusan mahkamah berpihak pula kepada MB Nizar. Bukankah ia pasti akan memalukan UMNO dan BN sebenarnya. Apapun rakyat Perak tidak boleh terlalu yakin dengan keputusan yang akan dibuat pada 9 Februari 2010].

Monday, January 25, 2010

Edisi Pahang: Perletakkan Jawatan Azan Ismail Dijangka Memberi Tamparan Yang Cukup Hebat Dalam Menguji Tahap Kepimpinan Dato' Fauzi !!



KUANTAN, 25 Jan [5.00 pm] - Perletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang Azan Ismail telah mengejutkan orang ramai terutamanya di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya. Ramai yang beranggapan bahawa Azan tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. Tindakan Azan itu jelas sekali membuka jalan dan ruang untuk musuh menghentam PKR dari pelbagai sudut sebenarnya. Tambahan pula, bila beliau memanggil satu sidang media di pejabatnya pagi tadi. Apapun segalanya sudah berlaku, biarpun ia mungkin tidak digemari oleh pengundi beliau sendiri. Hakikatnya, Azan mempunyai prinsip dan pandangannya yang tersendiri sebelum membuat keputusan. Beliau mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, atau mungkin juga Azan amat terkilan atas segala tindak tanduk pemimpin atasan parti yang semakin hari semakin meminggirkan beliau. Azan, 44 menang dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu dengan majoriti melebihi 1,000 undi. Persoalannya sekarang, kenapakah beliau mengambil tindakan sedemikian di saat sokongan rakyat yang semakin melonjak sekarang ini. Tambahan pula, tindakan yang beliau lakukan ini dibuat selepas kehadiran Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Ramai yang sangsi dan menganggap tindakan beliau itu terburu-buru. "Saya hairan dengan sikap Azan yang terlalu emosi dalam sesetengah isu. Beliau sering mencari masalah dengan ramai pemimpin parti. Banyak isu-isu kecil yang diperbesarkan, sedangkan ia boleh selesai di peringkat dalaman dan tidak perlu sehingga mengadakan sidang media" kata seorang pemimpin kanan PKR Pahang. Apapun Azan punyai pandangan tersendiri dalam menentukan keputusannya itu.

Azan, Budaya UMNO Mula Menular Dalam PKR

"Saya melihat PKR Pahang kini sudah berpuak-puak dan gejala itu sukar untuk dibendung lagi jika kepimpinan sedia ada tidak dirombak dengan segara. Perkara ini sudah lama berlaku dan sukar untuk diperbetulkan. Budaya UMNO sudah mula masuk dan berakar dalam PKR Pahang" kata Azan (foto). "Saya melihat, jika keadaan seperti ini berterusan maka amatlah sukar dan cukup berliku untuk PKR menawan negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang" tambah beliau lagi. Azan juga mempertahankan kenyataan awalnya bahawa budaya UMNO semakin menular dalam PKR sekarang ini. Kehancuran yang berlaku dalam parti itu akan menimpa PKR jika masih ada pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu. Mereka yang suka mengadu domba dan melaga-lagakan antara satu sama lain, pasti seronok melihat apa yang berlaku ini. Malah menurut Azan, beliau sudah beberapa kali menyatakan pendiriannya ini, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, langkah terbaik ialah beliau menwar-warkan perkara ini agar ia diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR Pusat sebenarnya. "Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan ini. Kudis yang sudah sekian lama membara itu akhirnya telah bernanah kini. Ada pihak dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang sengaja mahu menafikan hak-hak saya sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Banyak program yang diadakan dilihat membelakangkan kepentingan pihak saya, biarpun ia diadakan di kawasan parlimen saya sendiri. Konvensyen PKR yang berakhir 17 Januari yang lalu, menatijahkan segalanya. Terbukti terdapat satu pakatan yang mahu menjatuhkan saya secara terhormat. Justeru itulah saya hanya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang tetapi bukannya Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota" katanya lagi.

Dato' Fauzi, PKR Negeri Kini Ditahap Terbaik

Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) ketika dihubungi mengatakan beliau tidak terkejut dan sudah menjangkakan tindakan Azan ini. "Saya tidak faham apa yang beliau mahu lakukan sebenarnya. Beliau menyatakan keputusan itu diambil kerana kecewa dengan pentadbiran PKR negeri. Masalahnya PKR negeri Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Malah PKR kini diterima oleh masyarakat orang asli dan juga para peneroka Felda yang dulunya amat takut untuk menyokong pembangkang" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menegaskan memang ada beberapa perkara yang terdapat perbezaan pendapat antara sesama pemimpin, namun ia tidak harus dijadikan isu sehingga perlu mengadakan satu sidang media khas. "Meja rundingan masih terbuka, malahan PKR negeri juga banyak memberi peluang kepada pemimpin meluahkan pandangan, kritikan dan pendapat mereka secara terbuka. Tetapi ia harus dilakukan secara profesional dan bukan dengan menghebahkan kepada musuh. Masalah peribadi tidak boleh diletakkan dihadapan jika mahu perjuangan membela rakyat itu membuahkan hasil. Kita tidak pernah meminggirkan beliau, cuma terkadang ada beberap perkara yang beliau sendiri menolak tawaran untuk menyertainya atau mengambil tanggungjawab untuk menguruskannya. Maka itu, kenapa harus melenting dan bersikap emosi? sedangkan masih banyak ruang musyawarah boleh dilaksanakan sebenarnya" tambah Dato' Fauzi lagi. Kita menerima keputusan Azan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Negeri, tetapi ia tidak bermakna kita tidak menghargai khidmat yang telah beliau curahkan selama ini. Oleh itu, tidak perlu Azan menghebahkan bahawa pentadbiran PKR negeri bermasalah. "Sebenarnya kepimpinan negeri semakin kuat dan utuh, terutamanya selepas konvensyen yang diadakan. Malah, kunjungan Anwar ke sini baru-baru ini telah memberi harapan baru buat PKR Negeri Pahang untuk mengorak langkah bagi mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini pada masa akan datang" kata Dato' Fauzi lagi.

Fuziah, Tidak Perlu Sensasikan Sangat Isu Azan

Manakala itu, Pengarah Pilihanraya PKR yang baru dilantik Fuziah Salleh (foto) pula menegaskan isu perletakkan jawatan Azan tidak perlulah terlalu disensasikan sangat. Ini katanya, ia boleh melemahkan tumpuan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya akan datang. katanya. Justeru itu kata Fuziah, ia langsung tidak menjejaskan kekuatan parti sebenarnya. Malahan Azan katanya masih lagi Ketua PKR Cabang Indera Mahkota. "Tindakan Azan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang adalah hak peribadi beliau sebenarnya. Tambahan pula, Azan bukannya melepaskan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota atau pun lompat parti" "Saya tidak faham kenapa beliau perlu sensasikan isu perletakan jawatannya itu. Beliau sudah menyatakanya di dalam mesyuarat pimpinan parti sebelum itu. Maka itu keputusannya dan tidak perlu menghebahkan menerusi media. Masalah dalaman parti perlulah diselesaikan secara rundingan" kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan. Mungkin dalam sesetengah perkara kami tidak sependapat, namun terus terang saya katakan yang kami masih menghormati beliau selaku Ahli Parlimen. Malah, Azan banyak membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab-bab berkaitan ekonomi dan kewangan ketika berbahas di parlimen. "Saya hairan dengan tindakan beliau yang mempertikaikan beberapa perkara remeh temeh terutamanya tatkala kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Isu-isu tugas, nama, kedudukan dan penghormatan yang dipertikaikan oleh Azan adalah satu isu biasa yang tidak perlulah untuk diperbesarkan sebenarnya. Malahan, kita sudah pun memaklum perkara ini kepada beliau. Memang kita akui, ada kalanya kesilapan dan perselisihan faham berlaku. Namun ia boleh diperbetulkan dari masa ke semasa, dan tidak wajar disensasikan sedemikian rupa" kata Fuziah ketika diminta mengulas isu perletakkan jawatan Azan.

[Perletakkan jawatan YB Azan ini sebenarnya sudah lama kedengaran dan dihebahkan oleh ahli PKR sendiri. Justeru itu ia tidak wajar untuk disensasikan sangat kerana memang benar beliau hanya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Masih ada dua orang lagi Timbalan Pengerusi yang boleh memikul tanggungjawab yang beliau tinggalkan itu sebenarnya. Cuma, apabila perkara ini dihebahkan menerusi media maka ia sedikit sebanyak telah mencalarkan imej PKR Pahang dan Pakatan Rakyat negeri ini sebenarnya. Jalan penyelesaian masih ada, oleh itu pimpinan PKR Pahang perlu duduk semeja dan mengambil pendirian tegas atas perkara ini. Jika tidak sudah pasti bom jangka yang lebih besar akan meletup sedikit masa lagi. Apakah kita mahu melihat Pakatan Rakyat berputih mata di Pahang, sedangkan mood dan harapan rakyat semakin tinggi menggunung sekarang ini. Rakyat perlu diutamankan dan bukannya kepentingan peribadi masing-masing jika mahu kejayaan dalam PRU-13].

Kontroversi: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail Umum Letak Jawatan Timbalan Pengerusi II Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang Hari Ini !!

KUANTAN, 25 Jan [12.20 pm] - Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) hari ini mengadakan satu sidang media mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi II, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang berkuatkuasa serta merta. Tindakan tersebut dilakukan setelah mendapati pucuk pimpinan PKR Pahang tidak lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersama-sama membangunkan parti itu di negeri ini. "Saya amat terkilan dengan beberapa tindakan kepimpinan parti yang begitu jelas membelakangkan saya dalam banyak program yang diadakan mutakhir ini" katanya. Azan juga menegaskan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota, dan tidak sama sekali akan keluar parti biarpun terdapat "khabar angin" yang disebarkan oleh ahli-ahli pemimpin PKR sendiri . "Saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), cuma ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan terlebih dulu jika benar PR bercita-cita dan bersungguh-sungguh untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti." katanya. "Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang," katanya. Sementara itu Azan berkata beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri "Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota," katanya. Pada PRU-12 lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional dari UMNO Solomon Ali Rizal Abd Rahman dengan majoriti 1,027 undi.

[Sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak sebenarnya dengan isu perletakkan jawatan Azan Ismail ini. Namun begitu, sebagai pemimpin beliau bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang dirasakan perlu. Perletakkan jawatan Azan tidak menjejaskan PKR Pahang secara keseluruhannya kerana masih ada dua lagi Timbalan Pengerusi sedia ada. Azan mungkin ingin menumpukan perhatian beliau kepada tugas utamanya sebagai Wakil Rakyat Indera Mahkota. Justeru itu perkara seperti ini tidak perlu diperbesarkan sangat kerana Azan bukannya membuat keputusan lompat parti seperti yang sering kita dengan sebelum ini. Semoga kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan isu ini].

Sunday, January 24, 2010

Edisi Pahang: Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh Kini Dilantik Sebagai Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Yang Baru Mulai Februari !

KUANTAN, 24 Jan - Rakyat Kuantan dan negeri Pahang Darul Makmur mengucapkan syabas serta tahniah kepada YB Fuziah Salleh (foto) yang telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR yang baru. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Dr.Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR semalam. Ahli Parlimen Kuantan itu dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Saifuddin Nasution, yang akan bertugas secara rasmi sebagai Setiausaha Agung PKR 1 Februari ini. Dalam pada itu Fuziah menegaskan bahawa beliau lihat iperlantikkannya itu sebagai pengiktirafan, tanpa mengira diskriminasi dan tanpa mengira gender "Maksudnya apabila seseorang itu mampu dalam parti keadilan, seseorang itu diberikan tanggungjawab tersebut” kata Fuziah. Keputusan perlantikkan Fuziah ini sebenarnya telah dicapai Mesyuarat Biro Politik PKR 20 Januari lalu. “Tentu sekali cabaran pertama saya ialah pilihanraya di Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, dan saya dengan saudara Saifuddin merancang untuk pergi ke Sarawak dalam masa terdekat ini” kata Fuziah. Sementara itu, jawatan Ketua Biro Latihan yang disandang Fuziah diserahkan kepada Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa Mustaffa Kamil Ayub.

[Perlantikkan Fuziah merupakan satu pengikhtirafan baru kepada Parti Keadilan Rakyat di negeri Pahang. Malah, sebagai Ahli Parlimen Kuantan beliau telah banyak berjuang membela rakyat tanpa mengira masa. Beliau juga sanggup bertemu secara empat mata dengan MB Pahang semata-mata bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya, parlimen Kuantan. Justeru itu perlantikan Fuziah diharap dapat mengukuhkan lagi perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya di negeri ini. Perlantikan beliau juga merupakan tamparan hebat buat Kerajaan Negeri Pahang yang semakin hari semakin hilang popularitinya].

Saturday, January 23, 2010

Eksklusif: Gara-Gara Taksub Kononnya Mencari Kebenaran, Saiful Bukhari Azlan Akhirnya Kini Terlupa Siapakah Diri Beliau Yang Sebenarnya !!

Tahun 2010 dikatakan "Tahun Kebenaran" oleh Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang masih tidak mahu beralah dan mahu mempertahankan dirinya berada dipihak yang benar dalam kes "liwat" terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biarpun publisiti terhadap Saiful dilihat semakin berkurangan mutakhir ini, selepas kes berkenaan senantiasa tertangguh-tangguh akibat beberapa masalah teknikal yang terpaksa dielakkan. Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Maknanya kes tersebut ditangguhkan lagi, biarpun amat mengecewakan pelakon utamanya iaitu Si Saiful Bukhari. Anak muda ini meronta-ronta di dalam blog peribadi beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap dirinya. "Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak" kata Saiful mungkin dalam nada yang merayu.

Saiful Tergamak Berdoa, Buktikan Dia Diliwat

Dalam nada yang bangga Saiful juga mengatakan beliau kan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah "Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!". Tanpa menyedari apakah ucapan yang beliau lontarkan itu sesuai dengan kesnya, maka Saiful sanggup mengajar umat Islam berdoa supaya kebenaran berpihak kepadanya. Soalnya sekarang, kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran apa yang mahu orang ramai berdoa kepadanya?. Amat memalukan kita sebagai umat Islam, Saiful sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal kebenaran. Kerana apa, kerana kebenaran yang dimahukan itu ialah supaya mahkamah memutuskan bahawa "beliau memang diliwat oleh Anwar". Maknanya beliau mahu rakyat Malaysia seantero dunia percaya yang "duburnya telah ditembusi oleh anunya Anwar". Itulah kebenaran yang dimahukan oleh Saiful agaknya. Sungguh menjijikkan melihat senario ini sebenarnya. Manusia yang tidak tahu malu sahaja sanggup menyuruh orang lain berdoa supaya kebenaran terletak kepada dirinya. Jika kebenaran insiden itu tidak berlaku, mungkin kita boleh untuk kita mendoakannya. Namun, Saiful tergamak mahu didoakan agar dia "sudah hilang teruna" akibat dirodok oleh "senjata" Anwar Ibrahim. Inilah yang memuykilkan kita sebenarnya. Amatlah tidak masuk akal langsung orang yang mahu dikatakan menjadi mangsa liwat sanggup merayu dan merintih supaya orang lain mempercayai kesnya itu.

Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam
Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya. Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.

Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak
Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri. Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.


Saiful berbangga mengangkat tangan keran mahu satu dunia percaya
dia diliwat. Apakah dia cemburu lihat cara Anwar angkat tangan dulu?
Kenapa menunggu begitu lama baru beliau mahu membuat laporan polis kononnya dia diliwat. Kenapa pula Saiful terlupa berapa kali dia diliwat Anwar dan mengatakan dia dipaksa atau sukarela. Bukankah semua ini menimbulkan kecelaruan sebenarnya dalam kes ini. Jika benar diliwat, bukankah elok Saiful jumpa tokoh-tokoh ulamak atau sebagainya sebelum membuat laporan polis. Soalnya, kenapa perlu berjumpa Najib, jika mereka berdua tidak ada hubungan "sulit dan intim". Apakah Saiful tidak tahu yang bossnya Anwar itu adalah musuh Najib. Kenapa beliau berjumpa Najib diketika beliau masih bekerja dengan Anwar. Siapa yang membuka jalan untuk Saiful diterima mengadap Najib yang bukan senang untuk berjumpa rakyat, tambahan pula insan kerdil seperti Saiful. Bukankah ini menunjukkan yang Saiful memang "dihubungkan" dengan Najib oleh seseorang. Siapakah yang menjadi "Agen Saiful" itu agaknya?. Paling mengejutkan, Najib pula sebelum itu mengatakan Saiful berjumpa dengan beliau 3 bulan sebelum tarikh kejadian, maknanya pada bulan April. Kemudian menarik balik dan mengatakan sehari sebelum dia membuat report polis, selepas mendapati Saiful sudah dibuang Uniten dan bekerja dengan Anwar. Bukankah ini bukti jelas terdapat percanggahan kenyataan dalam kes liwat Saiful ini sebenarnya. Makanya, Najib perlu dipanggil ke Mahkamah selepas ini bagi menjadi saksi yang Saiful mengaku dia diliwat Anwar. Pasti bercelaru bila Najib terlupa bila tarikh dan masa bila Saiful berjumpa dengan beliau. Soalnya, mahukah Najib ke Mahkamah?

Saiful Bangga Dirinya Popular Kerana Kes Liwat

Kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran dia "diliwat"? Bukankah ia memalukan dirinya sendiri sebenarnya. Tetapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menutup mukanya setiap kali muncul di media? Malah, dalam sesetengah kes beliau begitu bangga menjadi mangsa liwat dan sanggup mengangkat tangan seperti yang dilakukan oleh Anwar dulu. Malah, Saiful nampak begitu seronok dengan "publisiti murahan" yang beliau terima sekarang ini. Beliau seolah-olah berbangga, namanya dikenali dan popular tanpa mengambilkira apakah yang beliau lakukan. Kerana taksub untuk mencari kebenaran akhirnya Saiful lupa siapa dirinya. Beliau terlena dalam desakan "glamour". Bagi Saiful, biarpun dia tidak setanding Mawi namun namanya lebih harum dari Mawi. Inilah agaknya yang diiginkan oleh Saiful. Lantaran itulah, beliau satu-satunya mangsa jenayah liwat atau rogol di dunia ini yang gemar menayangkan muka kepada media. Beliau tidak pernah terfikir dirinya itu dihina atau sebaliknya. Apa yang penting ialah beliau dikenali ramai. Biasanya dalam kes seperti Saiful ini, si mangsa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Tambahan kes Saiful adalah seks luar tabiee dan bukannya normal. Saiful bangga bagi dapat membuktikan "duburnya telah ditusuk Anwar". Apakah ini yang dinamakan ingin mempertahankan kebenaran demi maruah?. Sedangkan maruahnya kini telah jatuh pada darjat yang paling rendah sekali. Beliau sanggup menggunakan agama untuk mengaku dan bersumpah kononnya diliwat. Anehnya sumpah Saiful berlaku sehari sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Seolah-olah Saiful bersumpah selepas mendapat perkenan puak-puak UMNO.

Si Saiful Tidak Sedar Dia Kini Jadi Blogger UMNO

Jika dilihat kepada agenda Saiful, nampak benar kes liwat yang dikatakan berlaku itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebenarnya. Apa tidaknya, Saiful sanggup mengadap pemimpin UMNO dulu sebelum membuat laporan polis. Bukan seorang dua pemimpin UMNO yang ditemuinya, malah ramai lagi sebelum itu. Malahan Saiful juga tersilap, kerana di laman blog peribadi beliau kini terdapat begitu banyak link puak-puak yang menyokong UMNO dan bencikan Anwar Ibrahim. Seolah-olah blog beliau itu kini sudah menjadi sebuah blog politik, sedangkan beliau sepatutnya lebih neutral dalam sesetengah isu. Malahan, beliau juga tidak berminat untuk meletakkan mana-mana link yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Apa yang jelas, Saiful kini sudah terlupa siapa diri beliau sebenarnya. Beliau akhirnya kini menjadi blogger UMNO. Walhal beliau tidak sepatutnya bersikap begitu, kerana jika dia merasakan dirinya tidak dipolitikkan. Tindakan Saiful ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya mengikut arahan pemimpin UMNO dalam membuat sesuatu tindakan terhadap Anwar. Sebab itu, kita tidak hairan bila mendengar pertemuan sulitnya dengan pemimpin UMNO dan kelibatnya dilihat bersama proksi UMNO sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Malahan beliau juga menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertindak mengatakan Anwar meliwatnya dulu. Apakah beliau sedar apa yang dilakukan di dalam blonya itu agaknya?

Negara Islam, Tapi Takut Undang-Undang Qazaf


Sesuatu yang amat aneh dan ajaib berlaku di dunia ini. Sebuah negara Islam seperti Malaysia sanggup menghalang undang-udang Qazaf ditegakkan terhadap seseorang yang menuduh dirinya menjadi mangsa liwat. Bukankah, ia sudah termaktub di dalam undang-undang Islam sebenarnya. Maka kenapa Saiful dan peguamnya takut. Bukan sahaja mereka, malahan pihak pendakwaraya juga amat takut kepada Qazaf. Mereka tahu, Saiful tidak akan mampu mengemukan bukti empat orang saksi bahawa beliau diliwat. Apa yang pasti dan ada hanya empat orang saksi yang membuktikan dirinya tidak diliwat iaitu satu doktor Pusrawi dan tiga lagi doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Maka, kenapa mereka masih mahu mendakwa Anwar?. Bukankah ini bermakna terdapat unsur politik yang menjadi faktor utama kes ini. Terlajak kata boleh diulang semula, tapi terlajak perbuatan sukar untuk dimaafkan. Saiful kini berada di dua persimpangan. Mahu meneruskan atau menarik balik akuan sumpah serta laporan polisnya terhadap Anwar. Jika hanya bersandarkan bukti DNA, bukan sahaja peguam Anwar boleh mempertikaikannya. Malah rakyat sebagai hakim negara juga boleh meraguinya. Tambahan pula Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sebelum itu. Siapalah tahu mereka sudah merancang ketika itu lagi. Cuma tarikh Julai 2008 Saiful terpaksa diarahkan membuat laporan polis, kerana mereka amat takut dengan laporan ahli parlimen BN dikatakan akan melompat ketika itu. Jalan terbaik ialah undang-undang Islam (Qazaf) dikenakan ke atas Saiful, jika terbukti dia gagal membawa saksi dalam kes ini maka secara automatiknya Anwar tidak wajar didakwa atas kesalahan yang belum tentu dilakukannya.

[Apapun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya kes tersebut pada 29 Januari ini. Pertuduhan yang bercelaru akhirnya menyukarkan perbicaraan dijalankan secara normal. Mana mungkin perbicaraan dapat dilaksanakan dalam masa kertas pertuduhan dan pendakwaan itu sendiri boleh dipertikaikan. Bukankah kes ini sekali lagi memalukan Malaysia pada mata masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara Islam sendiri. Malah, ulamak tersohor Islam Syeikh Yusoff Qardawi sendiri mahukan Qazaf dilaksanakan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Jika tidak bermakna Anwar akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh kerana mereka sudah menyiapkan segalanya untuk mensabitkan mantan TPM itu. Langkah terbaik, ialah kembali kepada Islam jika kerajaan Malaysia benar-benar merasakan negara ini adalah negara Islam. Tambahan pula apa yang berlaku ini adalah jenayah syariah. Kebenaran yang dicari oleh Saiful Bukhari pula adalah satu ciptaan yang sengaja ingin menguatkan cerita sahaja. Amatlah memalukan bilamana seorang yang tidak disahkan menjadi mangsa, tiba-tiba mahu rakyat dan umat Islam di seluruh Malaysia berdoa agar mahkamah membuktikan dirinya mangsa liwat!!].

Edisi Pahang: Penyelewengan Tanah Pembalakan Di Mukim Bebar, Cucumatkilau Membuat Laporan Polis Dan Gerak Terhadap Menteri Besar Pahang !

KUALA LUMPUR, 23 Jan [4.30 pm] - Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Caves terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob berhubung dengan isu penyelewengan kelulusan tanah pembalakan di Mukim Bebar, Pekan sejak tahun 2000 yang lalu. Laporan dibuat oleh Blogger Cucumatkilau yang mewakili rakyat Pahang dan Pahang Daily Online sekitar jam 2.30 petang semalam. Dalam laporan itu antara perkara utama yang dipertikaikan ialah tentang kelulusan permohonan pembalakan yang didapati jelas melanggar Akta Perhutanan Negara. Malah kawasan yang diluluskan itu pula bercelaru, sekejap tanah kerajaan dan sekejap tanah milik UMNO Pahang. Malah dokumen berkaitan juga telah ditunjukkan sebagai bukti kukuh tentant penyelewangan ini. Malah, tindakan meluluskan permohonan pembalakan atas tanah kerajaan yang dikhabarkan milik UMNO, sedangkan ia tidak mempunyai geran jelas bertentangan dengan amalan undang-undang sebenarnya. Laporan berkenaan kemudian telah diserahkan kepada Pengerusi Gerak, Nazree Md Yunus (foto) sekitar jam 3.00 petang untuk dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini. Satu sidang media khas telah diadakan selepas laporan itu diserahkan kepada Gerak. Kes ini mungkin menjadi fail terakhir yang diterima oleh Nazree, sebelum beliau dengan rasminya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Gerak hari ini.

[Laporan polis yang dibuat itu adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mana-mana pemimpin UMNO terutamanya di negeri Pahang supaya tidak lagi bercita-cita untuk menyelewengan dan merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Akibat kecuaian isu tanah terbabit maka Kerajaan Negeri Pahang telah kehilangan premium yang berjumlah jutaan ringgit. Rakyat perlu sedar dengan apa yang berlaku ini sebenarnya. Maka itu, mereka mesti berusaha menolak pimpinan yang jelas tidak berupaya untuk berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab itu lagi].

Almarhum Sultan Johor Selamat Disemayamkan Di Makam Diraja Mahmoodiah Jam 3.30 Petang !!

JOHOR BAHRU, 23 Jan [3.40 pm] - Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail (foto) yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi selamat disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 3.30 petang ini. Permakaman jenazah Almarhum telah disiarkan secara langsung selama lebih dua jam oleh TV1, TV3, TV9 dan lain-lainnya. Antara orang kenamaan yang dilihat Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Johor Darul takzim.

[Seluruh warga kerja Pahang Daily Online mengucapkan takziah di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar itu. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan. Apa yang mengejutkan ialah, Sultan Kelantan yang dihebohkan gering sejak sekian lama tetapi Sultan Johor yang doanggil mengadap Allah terlebih dahulu. Apapun semoga roh Almarhum akan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmatNya. Salam dari krew penerbitan PDO].