Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Wednesday, March 31, 2010

Sekitar Liputan Dari Sidang DUN Perak 31 Mac !!

Nizar Dedah Punca Sebenar Kekecohan Berlaku

IPOH, 31 Mac [5.00 pm] - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak. Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram". Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya. "Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar. "Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.

[Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya. Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah. Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

Speaker Bodoh Punca ADUN Pakatan Keluar


Speaker haram DUN Perak, R.Ganesan (foto) ternyata tidak memahami Aturan Mesyuarat sidang Dewan Negeri. Selain tidak mengindahkan Peraturan Tetap yang memberi kebenaran 'point of order' oleh YB Pantai Remis, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaca dan dihujjahkan, beliau telah membelakangi aturan biasa mesyuarat. Selepas sesi soaL jawab lisan berakhir, sepatutnya agenda yang diutamakan ialah Perbahasan Ucapan Junjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sebaliknya Ganesan teruskan agenda untuk pembentangan Rang Undang-undang dan Enakmen. Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana ia sama sekali bercanggah dengan aturan mesyuarat sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Tetap 13 (1). Ganesan dengan bodoh dan sombong menolak teguran tersebut yang dikemukakan oleh para Adun PR. Ganesan digesa ikut peraturan, kesombongan dan kebodohan mengatasi segala-galanya. Adun PR mengambil tindakan keluar dewan apabila berlaku perlanggaran aturan mesyuarat. Sudahlah pembesar suara dimatikan sewaktu Adun PR berucap, aturan mesyuarat yang begitu asas sekalipun tidak dipatuhi. Apa yang dikesalkan, selepas Adun PR keluar beramai-ramai sebagai bantahan dan protes terhadap pencabulan dan pelanggaran ini, barulah kedengaran suara dari luar dewan yang Menteri Besar membetulkan kesilapan tersebut lalu mengusulkan supaya perbahasan titah ucapan didahulukan sebelum pembentangan Rang-rang undang. Nampaknya sangat puak-puak ADUN BN dan Ganesan sendiri memang jahil tentang sidang DUN

Ganesan, Speaker Haram Yang Bertindak Biadab

Adun PR bertindak jujur membetulkan agenda yang salah dan silap, minta diperbetulkan. Ganesan berlagak lebih tahu dan pandai, akhirnya ternyata beliau melakukan kesilapan besar. Ini adalah satu penghinaan dan biadabnya Ganesan sebagai Speaker haram. Sepatutnya beliau memohon maaf dalam dewan, bukan memohon maaf pada anggota dewan tetapi kepada Tuanku, Perbahasan Ucapan Tuanku tidak diberi keutamaan. Bekas Setiausaha Dewan Negeri sewaktu menghubungi YB Khalil terperanjat dan tidak sepatutnya berlaku. Kalaupun tersilap, Ganesan dan MB Perak sepatutnya menerima teguran adun PR dan membetulkan kesilapan lalu memohon maaf pada dewan dan DYMM Tuanku. Setelah Adun PR keluar dewan kerana bantahan, barulah pembetulan dibuat oleh MB Perak. Tetapi tidak ada artinya pembetulan tersebut. Adun PR yang membantah telahpun berada di luar dewan.

Lucu, Zambry Mengaku Ditawar Jawatan MB

IPOH 31 Mac [3.05 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan DUN Perak hari ini.

Zambry, Kekecohan Di DUN Sengaja Dirancang

IPOH 31 Mac [12.25 pm] -Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan wakil rakyat pembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi tadi seperti sudah dirancang dari awal. Beliau berkata, tindakan mereka seolah-olah sengaja dirancang serta menimbulkan isu persidangan yang kononnya tidak mengikut peraturan dewan. Katanya, ia boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan.


Sidang media para ADUN Pakatan Rakyat di luar DUN Perak
BN Cadang Gelaran Nizar Dan Ngeh Dilucutkan

IPOH 31 Mac [11.22 1m] - Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masingadikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak. Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pera. Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Nizar sedang bincang sesuatu dengan ADUN Pakatan Rakyat

Semua ADUN Pakatan Rakyat Keluar Dewan


IPOH 31 Mac [10.45 am] - Semua 28 wakil pembangkang bertindak keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi. Sidang yang bermula jam 10 pagi kecoh selepas mereka membuat bising ketika sesi lisan apabila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan soalan. Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang daripada PAS, Nizar Jamaluddin berkata wakil rakyat pakatan meninggalkan dewan kerana Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai Speaker dan tidak mengikut Perintah Tetap.

[Jika senario ini terus berlarutan, maka kami amat yakin yang kerajaan UMNO BN di Perak tidak akan kekal lama. Tindakan menghalang ADUN Pakatan Rakyat untuk bersuara di dewan yang mulia itu jelas sekali melambangkan ketakutan puak-puak mereka. Inilah akibatnya jika merampas kuasa secara haram demi survival perjuangan. Zambry dan konco-konconya bakal dikapankan dalam pilihanraya umum akan datang. Percayalah, dengan ketakutan yang ada dalam diri mereka sekarang pasti akan membawa kehancuran buat selamanya].

Sidang Parlimen: Terkini Isu APCO Worldwide !!

APCO Nafi Kerja Dengan Israel Cipta 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Mac [11.45 pm] - Firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide hari ini mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan kerajaan Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dakwaan yang diulangi terhadap APCO Worldwide di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. APCO Worldwide tidak bekerja untuk Israel. Kami tidak mereka konsep 1Malaysia," katanya. Pada 18 Mac lepas, APCO Worldwide menafikan dakwaan itu. APCO berkata: "Kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam". "Kami bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia dapatkan nasihat mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Kami rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia," katanya

Kerajaan Kaji Penjelasan Anwar Tentang APCO

KUALA LUMPUR, 31 Mac [10.30 am] - Kerajaan akan meneliti penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai APCO Worldwide sebelum membuat keputusan sama ada akan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto). "Kerajaan akan teliti penjelasan Anwar dan akan beri jawapan paling awal minggu depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam. Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan mengenai desakan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) bagi merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan "One Israel" yang dikaitkan dengan APCO di Dewan Rakyat. Anwar turut menggesa kerajaan membatalkan kontrak APCO dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelantikan firma komunikasi antarabangsa itu yang didakwa menjejaskan keselamatan negara.

[Kerajaan nampaknya masih mahu berdolak dalih lagi dengan isu APCO, sedangkan mereka tahu banyak pihak yang telah membocorkan rahsia perjanjian dan peranan syarikat tersebut. Ternyata, apa sahaja yang diketengahkan oleh pemimpin pembangkang di parlimen pasti akan ditolak bulat-bulat oleh mereka. Walhal semua itu ternyata ada kebenaran dan bukti-bukti kukuh yang memperkuatkan lagi hujjah berkenaan].

Tuesday, March 30, 2010

Panas: Video Insiden Langgar Di Stesen Minyak !

Orang ramai disarankan berhati-hati ketika mengisi minyak kenderaan di mana-mana stesen minyak. Ini kerana, maut bukan sahaja menjemput ketika sedang memandu di jalanraya. Malah, ketika mengisi minyak pun ada yang mati dilanggar oleh kenderaan lain. Kejadian yang berlaku malam Ahad lalu di stesen minyak Taman Midah, Jalan Cheras Kuala Lumpur amat mengharukan kita sebenarnya. Dalam kejadian itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Yusri Abdul Wahab (foto), maut selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau maut akibat dilanggar oleh seorang wanita Cina yang memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian. Arwah dipercayai dilanggar selepas mengisi minyak keretanya (Proton Iswara). Mangsa yang merupakan seorang agent emas di bawah rangkaian Pokli Wealth Management (PWM) dikatakan telah dilanggar wanita terbabit yang menaiki kereta Hyundai Getz. Persoalannya sekarang, kenapa wanita terbabit memandu terlalu laju ketika memasuki kawasan stesen minyak. Nyawa manusia melayang begitu sahaja akibat kecuaian beliau. Biarpun wanita itu dikatakan turut tercedera, namun beliau harus menerima hukuman yang berat atas kesalahan tersebut. Ikhtibar yang harus diambil dalam kejadian ini, berhati-hati ketika memandu dimana jua sekali pun.

[Kejadian yang berlaku ini sungguh menyayatkan hati. Bayangkan jika ia terjadi kepada keluarga anda, apakah perasaan sekarang. Mahu disalahkan pemandu yang melanggar, beliau mungkin mempunyai alasan tersendiri atau mungkin benar-benar terbabas. Apapun, kami ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa terbabit. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan golongan beriman dan mendapat rahmat dariNya].

Eksklusif: Guna Syarikat Yahudi APCO Worldwide Sebagai Perunding Komunikasi, Anwar Menggesa Suruhanjaya DiRaja Ditubuh Bagi Siasat Kontrak


KUALA LUMPUR, 30 Mac [3.35 pm] - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa kerajaan membatalkan kontrak APCO Worldwide dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelantikan firma komunikasi antarabangsa itu yang didakwa menjejaskan keselamatan negara. Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata ini kerana latar belakang APCO dan modus operandi firma antarabangsa itu sebagai perunding komunikasi negara diragui dan didakwa mempunyai akses kepada maklumat strategik negara Beliau berkata demikian ketika memberikan penjelasan mengenai desakan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bagi merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan "One Israel" yang dikaitkan dengan APCO. Namun APCO pada 18 Mac lalu menafikan dakwaan berkenaan.Bagi menyokong dakwaannya, Anwar mengemukakan dua perjanjian iaitu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia bagi memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa dan perjanjian antara APCO dan kerajaan Israel ketika Ehud Barak menjadi Perdana Menteri Israel, juga bagi tujuan sama.


Bagi perjanjian pertama yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009, beliau mempersoalkan kenapa Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi perjanjian yang ditandatangani antara wakil kerajaan dan APCO. Dalam penjelasannya, Anwar juga menyebut mengenai peranan sebuah firma perunding tempatan, Ethos Consulting, yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan APCO kepada Perdana Menteri. Beliau turut mendakwa APCO mempunyai kaitan dengan pentadbiran Najib sebelum 1Malaysia diperkenalkan melalui syarikat Mind Team Sdn Bhd di mana pengarah syarikat terbabit adalah ketua pegawai eksekutif APCO di Kuala Lumpur. Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu dibuat melalui usul untuk dimuatkan sebagai peraturan mesyuarat.

[Apa yang berlaku ini menjelaskan kepada kita, siapakah pengkhianat negara sebenarnya. Puak-puak UMNO dan penyokong mereka perlu sedar akan semua ini. Ianya bukan satu fitnah atau provokasi tetapi itulah sebenarnya kenyataan yang hakiki. Apakah anda masih percaya dengan janji-janji pemimpin UMNO untuk membela Islam dan Melayu di negara ini. Jika syarikat perunding telekomunikasi pun mereka beri kontrak jutaan ringgit kepada firma Yahudi, apatah lagi bagi urusan yang lain. Persoalannya, kenapa syarikat yang sama memberi idea 1Israel kepada Perdana Menteri Ehud Barak itu turut mencadangkan perkara yang sama "1Malaysia" kepada Najib Razak?. Ini membuktikan kepada kita bahawa siapa sebenarnya yang mahu bersekongkol dengan Yahudi dan menjual negara. Jika dulu mereka tuduh Anwar jual negara dan bersekongkol dengan George Soros ketika krisis matawang, kini bukti jelas Najib Razak lebih teruk dari apa yang digambarkan kepada Anwar dulu].

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Berjalan Lancar Biar Pun Ia Masih Dipenuhi Kontroversi !


IPOH, 30 Mac [2.40 pm] - Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA). Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Speaker Datuk R. Ganesan serta semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional, Bebas dan parti pakatan Rakyat mula tiba pada pukul 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing. Kesemua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan terlebih dahulu, diikuti Ganesan pada pukul 9.15 pagi dan Dr Zambry 10 minit kemudian. Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan. Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lepas, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai. Istiadat selepas ini diteruskan dengan titah perasmian.

[Biarpun terdapat beberapa keraguan yang masih belum ada keputusannya, seperti siapakah Speaker DUN yang sah namun atas kebijaksanaan dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh ADUN Pakatan Rakyat Perak maka perjalanan sidang lancar. Namun, anehnya ketakutan puak-puak UMNO BN jelas kelihatan apabila mereka masih menggunakan jentera polis untuk mengawal kawasan persekitaran Dewan Undangan Negeri Perak. Senario ini menyebabkan orang ramai melihat seolah-olah akan berlaku lagi kekecohan seperti sebelumnya. Kemelut politik di Perak ini sudah pasti tidak akan ada penghujungnya selagi rampasan kuasa ala Zionis terus diikhtiraf oleh kerajaan pusat pimpinan PM Najib Razak].

Sensasi: Ramai Kecewa Najib Hina Bahasa Melayu Serta Nyata Gagal Mendahulukan Rakyat Semasa Membentangkan Model Ekonomi Baru Pagi Tadi !!

Mana laungan keramat "Rakyat Didahulukan" seperti yang diwar-warkan selama ini?. Sungguh mengecewakan dan amat mengejutkan bilamana Najib lebih mengutamakan golongan tertentu dalam membentangkan sesuatu yang penting untuk rakyat Malaysia. Langkah Perdana Menteri, Najib Razak yang mengumumkan kandungan kerangka Model Ekonomi Baru (MEB) di Persidangan Invest Malaysia 2010 amatlah menducitakan rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Apa tidaknya, Najib lebih mengutamakan pelabur, golongan korporat dan orang luar bila menggunakan Bahasa Inggeris ketika membentangkan MEB. Apa salahnya ia dilakukan dalam satu program khas buat semua rakyat. Apalah gunanya menyuruh rakyat menanti ucapannya semata-mata untuk melihat beliau berkata-kata, sedangkan mereka tidak memahaminya. Siarang langsung ucapan beliau yang disiarkan oleh TV3 pagi tadi sesungguhnya menyebabkan ramai rakyat yang mengeluh. Bukan kerana memikirkan apa yang ditawarkan oleh kerajaan Najib, tetapi mereka keliru tentang apa yang disampaikan oleh PM itu. Adalah lebih elok, pihak TV3 menyediakan sarikata di dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan semua rakyat memahaminya. Ternyata, pemimpin seperti Najib gagal mendahulukan rakyat dalam hal ekonomi seperti ini. Ia jelas menunjukkan bahawa memang Najib mengagung-agungkan Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda tercinta. Maka itu kita tidak hairan UMNO amat menyanjung tinggi Bahasa Inggeris dalam pendidikan daripada memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya.

[Jika seorang Perdana Menteri pun boleh menghina Bahasa Melayu ketika membuat ucapan sepenting itu, apatah lagi anak-anak buahnya. Senario yang berlaku ini menunjukkan bahawa kerajaan memang tidak mahu memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri sebenarnya. Bagaimana mereka mahu mendaulatkan Bahasa Melayu, sedangkan nama UMNO itu sendiri diambil dari perkataan Bahasa Inggeris Makanya, selagi parti terbesar orang Melayu itu masih mengagung-agungkan Bahasa Inggeris usahlah kita terlampau berharap mereka akan memartabatkan semula Bahasa Melayu. Tindakan Najib bercakap "United Malays National Organisation"."orang putih" pagi tadi jelas sekali mengecewakan mak cik, mak cik, pak cik pak cik serta orang-orang kampung yang amat berminat mengetahui Model Ekonomi Baru yang diperkatakan itu. Apakah ini Rakyat Didahulukan, sedangkan mereka tidak memahaminya !].

Edisi Pilihanraya: Hulu Selangor, BN Pasti Bakal Berhadapan Dengan Masalah Besar Jika PM Najib Razak Tersilap Membuat Percaturan Pada Kali Ini

UMNO Barisan Nasional bakal berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan menjelangnya pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Ini berikutan terdapat ura-ura yang kuat mengatakan UMNO mahu merampas kerusi parlimen itu daripada MIC. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang jelas menjurus ke arah itu. Antara lain, Najib mahu calon yang dipilih diterima oleh penduduk setempat atas gagasan "rakyat didahulukan". Makanya, memikirkan bahawa calon MIC terdahulu iaitu G.Palanivel (foto), telah tewas kepada bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka UMNO kononnya mempunyai hak untuk bertanding di situ. Tambahan pula majoriti pengundi melayu disitu ialah 51% sedangkan pengundi kaum India hanyalah 19% sahaja. Maknanya, kawasan parlimen itu dimonopoli oleh pengundi Melayu dan seharusnya UMNO diberikan peluang untuk bertanding pada kali ini. Soalnya sekarang, apakah Presiden MIC, Si Samy Vellu akan berdiam diri dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya. Malah, Samy punyai alasan tersendiri untuk mengekalkan calon MIC di situ, atas alasan G.Palanivel hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi sahaja. Ini bermakna, jika usaha diperhebatkan maka peluang untuk BN menang pasti amat cerah.

Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan. Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar. Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu. Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.

[Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor itu. Tambahan pula, rakyat terutamanya masyarakat di desa dan pendalaman telah mula menikmati berbagai faedah dan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Selama ini, tatkala pilihanraya kecil diadakan di negeri-negeri lain, segala maklumat itu hanya diwar-warkan sahaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari Selangor. Kini, pilihanraya kecil berada di negeri mereka, maka itu ianya lebih menarik untuk diperkatakan. Tambahan pula rakyat kini sudah mula percaya dan yakin kepada kewibawaan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka, itu BN dilihat agak sukar untuk memesongkan minda pengundi di situ biarpun media arus perdana sekali lagi bakal digunakan sewenangnya untuk menjadi senjata ampuh UMNO BN nanti].

Monday, March 29, 2010

Edisi Pahang: Seorang Remaja Maut, Dalam Nahas Melibatkan Enam Kenderaan Dekat KM38, Jalan Kuantan-Kemaman Sekitar Jam 11.30 Malam Tadi

KUANTAN, 29 Mac [1.30 pm] - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas jalan raya membabitkan enam kenderaan di Km38 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini, malam tadi. Mohd Ariff Rosli, 17, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Pegawai Penguatkuasa/Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku ketika lelaki itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kemaman. Beliau berkata Mohd Ariff dipercayai mengekori rapat sebuah kereta jenis Toyota Camry sebelum melanggar kenderaan itu menyebabkan dia terjatuh ke atas jalan. "Dua motosikal rakannya jenis Yamaha dan Honda yang berada di belakang Mohd Ariff turut terjatuh akibat mengelak daripada melanggarnya. "Sebuah kereta jenis Toyota pula terbabas ke bahu jalan ketika cuba mengelak dari melanggar mereka. "Sebuah bas ekspres yang datang dari arah belakang juga tidak sempat mengawal kenderaaan dan dipercayai telah melanggar mangsa," katanyahari ini. Mayat Mohd Ariff dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

[Orang ramai yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui tol Karak ke Kuala Lumpur juga diseru berhati-hati setiap kali musim hujan. Ini kerena difahamkan, ada workshop di sekitar Gombak yang mengambil kesempatan menggunakan strategi jahat untuk mencipta skrip kemalangan. Mereka meletakkan kereta tarik "On Tow" di sepanjang LPT terutamanya di selekoh-selekoh tajam. Modus Operandi mereka ialah dengan membuat lubang pada tempat letak kaki dalam beberapa buahh kereta "buruk" yang masih boleh bergerak, kemudian menggunakan krew mereka untuk menuang minyak hitam ketika hujan. Ini menyebabkan banyak kereta terbabas secara tiba-tiba akibat minyak hitam terbabit. Peristiwa ini berlaku di beberapa kawasan terutamanya dari Tol Karak ke Tol Gombak. Oleh itu, pengguna jalanraya dinasihatkan berhati-hati dengan kemalangan ciptaan workshop yang cukup licik dan jahat ini. Ramai pengguna jalanraya yang telah menjadi mangsa kejadian ini].

Majlis Syura Kekalkan Nik Aziz Mursyidul Am PAS

KUALA LUMPUR 29 Mac [12.32 pm] - Majlis Syura Ulama PAS hari ini mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) sebagai Mursyidul Am parti untuk tempoh lima tahun lagi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura juga bersetuju mengekalkan pelantikan Datuk Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am. "Kami telah mengambil keputusan penting iaitu melantik Datuk Nik Aziz untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am dan menyambung jawatan Datuk Haron Din sebagai timbalan," katanya. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata tempoh perkhidmatan bagi kedua-dua jawatan itu adalah selama lima tahun. Mengulas mengenai hasrat Nik Abdul Aziz yang membayangkan agar tidak dilantik semula ke jawatan Mursyidul Am PAS, Abdul Hadi berkata, perlantikan tersebut bersesuaian kerana menurut beliau hanya Menteri Besar Kelantan itu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan. "Itu satu moral yang tinggi dan amat kami hargai, memang dalam Islam kita diajar supaya tidak meminta-meminta jawatan dan kita tak berebut jawatan. "Islam juga mengajar agar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak dilantik," katanya.

Ditanya sama ada PAS tidak tidak mempunyai calon yang layak untuk menggantikan kedudukan berkenaan, Abdul Hadi berkata: "Ramai yang layak dan kita anggap beliau yang lebih layak daripada orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tak ada persaraan dalam hidup." Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama hari ini. "Tuan guru Nik Aziz tak hadir, tapi kita akan menghantar surat kepadanya dan kita harap beliau akan terima," katanya. Abdul Hadi juga berkata parti itu masih memerlukan Nik Abdul Aziz untuk meneruskan perjuangan dalam PAS. "Kita mahu beliau meneruskan perjuangan, yang penting ialah keilmuan dan dan penghormatan daripada ahli PAS," katanya. Mengenai tahap kesihatan yang kurang memuaskan seperti yang dibangkitkan sendiri Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata beliau masih yakin pemimpin veteran itu berupaya menjalankan tugas dengan dibantu oleh ahli jawatankuasanya. "Tanggungjawab ini dipikul bersama secara kolektif dan bukan individu, sehingga hari ini beliau masih boleh jalankan tugas Menteri Besar, maka tugas Mursyidul Am juga boleh dilaksanakan," katanya.

[Satu keputusan yang cukup mengecewakan puak-puak UMNO terutamanya di negeri Kelantan itu sendiri. Ini kerana mereka tahu, selagi Tok Guru Nik Aziz masih disanjung dan dihormati oleh orang-orang PAS maka selagi itulah kesukaran untuk mereka merampas semula Kelantan daripada pimpinan ulamak. Justeru itulah, kita tidak hairan mereka seboleh-bolehnya mahu mencari jalan untuk melaga-lagakan kepimpinan tertinggi PAS demi survival politik itu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Majlis Syura kerana masih melihat kepimpinan Nik Aziz amat penting bagi umat Islam seluruhnya di Malaysia. Diharapkan dengan senario ini bakal menutup mulut puak-puak UMNO BN yang mahu cuba menjatuhkannya].

Sunday, March 28, 2010

Mantan Menteri Kesihatan Serta Pelakon Skandal Seks MCA, Chua Soi Lek Menang Jawatan Presiden Tewaskan Pencabarnya Dengan Majoriti 68 Undi !

KUALA LUMPUR, 28 Mac [9.45 pm] - Mantan Menteri Kesihatan yang satu ketika dulu menghampiri zaman kejatuhannya dalam politik akibat skandal seks, kini dipilih pula sebagai presiden baru parti tMCA. Dalam pemilihan baru parti itu hari ini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (foto) menang dengan majoriti tipis 68 undi bagi menewaskan dua pencabar terdekatnya iaitu Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Kiat dengan meraih 901 undi, Ong Ka Ting (833 undi) dan Tee Keat (578 undi). Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai menang jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi, mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (1106 undi). Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Seri Ng Yen Yen (1,528 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Datuk Chor Chee Heung (1,202 undi) dan Gan Ping Sieu (1,202 undi). Sementara itu bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang gagal mempertahankan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti hari ini, berkata beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan tetap menjalankan tugasnya sebagai anggota Parlimen Pandan. "Yang kalah tu memang kita akan buat post mortem dan sebagainya. Pada ketika ini tak perlu kita buat sebarang kesimpulan tetapi yang menang atau kalah itu tetap kita perlu menerima keputusan. "Bagi saya, saya masih lagi Ahli Parlimen Pandan dan saya akan terus menjalankan tugas saya. Itu komitmen saya kepada rakyat yang mengundi saya dan komitmen itu takkan berubah berikutan keputusan ini," katanya. Manakala itu Timbalan Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berjanji akan memainkan peranannya sebaik mungkin dan bekerjasama dengan presiden baru, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bagi mengukuhkan parti itu. Liow berkata, sekalipun sebelum ini beliau dilihat sering berselisih pendapat dengan Dr Chua, namun keadaan itu tidak akan menjejaskan komitmennya untuk menyatukan semula MCA. "Ini keputusan pemilihan, saya hormati dan akan bekerjasama pastikan parti kita mantap, kukuh dan bersatu padu," katanya.

[Barisan Nasional semakin rosak apabila ada pemimpin yang sudah terang-terangan dan terbukti terlibat dengan skandal seks boleh diangkat pula sebagai Presiden dalam sealah sebuah parti terbesarnya iaitu MCA. Atas apa jua alasan, ini membuktikan yang memang BN semakin kotor dan menjijikkan sebenarnya. Orang yang jelas melakukan kesalahan serta penyelewengan dijulang sebagai pemimpin, sebaliknya mereka yang bersih dan benar-benar ikhlas dalam perjuangan terus dipinggirkan. Inilah yang berlaku dalam UMNO sejak dulu, kini dan selamanya bila orang yang jujur berjuang untuk membela nasib rakyat akhirnya terbuang manakala mereka yang khianat kepada rakyat, sering melakukan perbuatan rasuah, korupsi, nepotisme serta berbagai penyelewengan diangkat sebagai pemimpin. Semua ini menandakan bahawa riwayat hidup UMNO BN sudah semakin dimamah usia dan bakal hancur bila-bila masa sahaja dari sekarang].

Saturday, March 27, 2010

Edisi Bicara: Mahkamah Rayuan Sekali Lagi Jadi Alat Kerajaan UMNO BN Bila Menolak Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Kes Malek Hussein !

KUALA LUMPUR, 27 Mac [11.20 am] - Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyuarakan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kerana menolak keputusan Mahkamah Tinggi menghadiahkan RM2.5 juta kepada bekas tahanan ISA Abdul Malek Hussein (foto). "Malek bukan sahaja dinafikan RM2.5 juta tetapi diarah oleh mahkamah untuk membayar RM50,000 pula sebagai kos," kata penyelaras SUARAM, E Nalini dalam satu kenyataan semalam. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi berikutan dari rayuan kerajaan Malaysia dan memutuskan penahanan Abdul Malek adalah sah di sisi undang-undang. Mahkamah juga menafikan beliau di dera ketika dalam tahanan. Beliau berkata, "penghakiman itu bersifat retrogresif dan secara terang-terang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang asas dan universal. Menurut beliau, SUARAM yang berkempen supaya ISA dihapuskan sejak 1989, melihat keputusan mahkamah ini sebagai satu hari yang gelap untuk hak asasi manusia di negara ini. "Keputusan mahkamah ini dilihat sebagai memihak kepada mereka yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan keadilan kepada mangsa-mangsa mereka," ujar beliau. Malek ditahan pada malam 25 September 1998 selepas berceramah dalam satu perhimpunan pada sebelah petang itu di Masjid Negara. Malek sebelum ini telah memfailkan saman terhadap pegawai cawangan khas, Borhan Daud; Abdul Rahim Noor, ketua polis negara pada ketika itu dan kerajaan sebagai responden. Pada 18 Oktober 2007, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada ketika itu, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam satu keputusan yang bersejarah memutuskan penahanan Malek dalam demonstrasi reformasi pada 1998 dibuat dengan niat jahat di bawah Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan. Beliau dihadiahkan RM2.5 juta sebagai bayaran ganti rugi atas segala musibah yang menimpanya.

[Sesungguhnya apa yang berlaku ini jelas sekali memeperlihatkan kepada kita bahawa Mahkamah Rayuan memang menjadi benteng terakhir untuk kerajaan UMNO BN melempiaskan segala nafsu jahat mereka terhadap mana-mana pihak yang didapati mengganggu gugat kuasa yang ada. Lantaran itulah kita tidak hairan, biarpun dengan seribu kebenaran sekali pun maka hakim-hakim yang arif dan bijaksana pasti akan memastikan keputusan yang cukup mengundang kontroversi. Apa yang jelas, hakim-hakim ini sudah menjadi seperti "Jin Bertuan" yang hanya akan menurut apa sahaja kehendak tuan-tuan mereka. Tanpa melihat kepada keadilan dan fakta yang dikemukakan pasti keputusannya jelas iaitu memastikan kerajaan UMNO BN dimenangkan demi masa depan mereka. Keadilan dan undang-undang yang menuntut kebenaran itu akhirnya dipersetankan!].
MEMO PDO: Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan semua terhadap blog ini, biarpun mutakhir ini mengalami sedikit kesulitan untuk dikemaskini. Sokongan semua dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kami masih terus membuka ruangan chatroom dan borak tanpa sebarang sekatan buat masa ini. Malah, ramai juga pengunjung yang mempromosikan produk bisnes masing-masing pada ruangan berkenaan biarpun telah ditegur sebelum ini. Apapun, kami tidak akan mengeluarkan iklan terbabit malah menawarkan kepada mereka supaya membeli ruangan iklan sebenar dengan kadar harga RM150 sebulan bagi mengisi dana tabung Pahang Daily Online. Kami juga agak hairan bila ada pihak yang mengatakan kami memadamkan tulisan komentar mereka pada ruangan berkenaan. Kami tidak pernah membuat tindakan tersebut, mungkin line internet pihak terbabit agak slow menyebabkan komentar tidak dapat dipublishkan maka mereka menuduh kami memadamkannya. Kami memberi kebebasan kepada semua pembaca untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Oleh itu, tiada halangan camour tangan untuk memadamkan komentar itu sebenarnya. Blog ini juga akan diperbaiki dari masa ke semasa bagi memberi kepuasan kepada semua pihak. Kami mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat tanpa mengambikira fahaman politik masing-masing sebenarnya. Untuk tempahan iklan sila hubungi krew pengiklanan kami ditalian 012-3854400 atau email pahangdaily@yahoo.com. Teruskan sokongan anda - Webmaster pdo

Friday, March 26, 2010

Edisi Pahang: Isu Keluar Parti PKR, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail Buat Laporan Polis Berhubung Artikel Fitnah Oleh Utusan Malaysia !!

KUANTAN, 26 Mac [10.56 pm] - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) hari ini membuat satu laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menfitnah dirinya dalam isu keluar parti (PKR). Akhbar itu pada 6 Mac lalu dikatakan telah mengeluarkan satu artikel berbaur fitnah terhadap beliau yang didakwa keluar PKR. Malah, gambar Azan turut dipaparkan bersama wajah-wajah ahli parlimen PKR yang keluar parti. Menurut Azan, tindakan Utusan Malaysia itu jelas sekali satu perbuatan fitnah yang melampau terhadapnya. Utusan katanya dengan sengaja memaparkan tajuk "Bahtera" Siapa Semakin Bocor untuk tujuan memburukkan namanya dan Parti Keadilan Rakyat. "Pada 8 Mac, Utusan dengan sengaja telah menegeluarkan satu kenyataan Ralat dengan mengatakan saya tidak keluar parti tetapi telah meletakkan semua jawatan dalam PKR termasuk Timbalan Pengerusu Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri", katanya. Menurut Azan kedua-dua cetakan akhbar terbabit ( 6 Mac & 8 Mac) adalah tidak benar dan dicetak serta diterbitkan untuk menunjukkan beliau sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan PKR malah tidak memperdulikan rakyat di kawasan parlimennya yang telah mengundi beliau dulu. "Perbuatan ini jelas sekali memberi implikasi yang besar kepada saya, seolah-olah merupakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya", kata Azan. Berikutan artikel terbabit beliau telah menerima berbagai panggilan cemuhan dan juga didatangi oleh rakyat kawsannya yang marah akibat percaya dengan laporan tersebut.

Senario ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan rakyat tempatan terhadap beliau selaku ahli parlimen di kawasan itu. "Akibat artikel tersebut, reputasi saya sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota telah terjejas dan dipandang rendah oleh orang ramai, maka itulah saya terpaksa membuat laporan polis berhubung dengan artikel palsu tersebut. Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dalam masa terdekat ini", tambah Azan lagi.

[Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dikatakan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kiran jam 11.00 pagi tadi. Turut menyertai beliau ialah beberapa orang pemimpin kanan PKR Cabang Indera Mahkota dan juga AMK Pahang. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, Mr.Ram Ponnusamy dan juga Ustaz Nasron (Yang Dipertua PAS Indera Mahkota). Sementara itu, Azan turut diwakili seorang peguamnya yang dibawa khas dari Kuala Lumpur oleh Saudara Khezrul. Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas melihat tiada tindakan susulan daripada pihak Utusan Malaysia untuk memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan oleh mereka sebelum ini. Tindakan saman perlu dilakukan terhadap Utusan Malaysia kerana kesilapan yang disengajakan dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat. Akhbar itu ternyata gagal melaksanakan agenda mereka yang sebenarnya dan hanya memesongkan fikiran rakyat sejak dulu, kini dan selamanya].

Cyberita: Parti Keadilan Rakyat Yakin Mampu Pertahankan Kerusi Parlimen Hulu Selangor !!

PETALING JAYA, 26 Mac [4.50 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang mereka menangi pada pilihan raya umum 2008 lalu. Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (foto) berkata, parti itu akan tetap mempertahankan penguasaan mereka di kawasan berkenaan pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. "Kekosongan ini berlaku dalam negeri Selangor yang sememangnya dikuasai oleh Pakatan Rakyat... insyaAllah kita tak ada masalah untuk pertahankan kerusi berkenaan," katanya. Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras semalam. Adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak. Selain itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PKR masih belum menetapkan tarikh khas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan. "Kita belum tentukan apa-apa lagi, Allahyarham baru sahaja meninggal dunia semalam, insyaAllah kita akan mengadakan perbincangan bila tiba masa yang sesuai nanti. "Tambahan pula bagi PKR dan Pakatan Rakyat, perkara berkaitan pilihan raya adalah isu berterusan dan bukannya mengikut musim, jadi perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian kita setiap masa," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, 22,979 undi.

[Dengan menangan majoriti tipis hanya 198 undi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka Pakatan Rakyat terutamanya PKR harus bekerja lebih keras lagi untuk kekal berkuasa di parlimen Hulu Selangor. Jika tidak sudah pasti BN bakal menggugat dengan apa jua cara sekali pun. Kemenangan mereka di Bagan Pinang dulu dengan penuh tipu helah undi tentera akan mereka buktikan di Hulu Selangor. Namun, harus diingat MIC yang beriya-iya mahu Palanivel dicalonkan semula mungkin akan berputih mata sekiranya UMNO merampas kerusi itu dari mereka. Memang ada ura-ura UMNO mahu kerusi itu bagi membuktikan kekuatan mereka di saat berbagai masalah yang dikatakan melanda PKR mutakhir ini. Apapun, harapan besar untuk kita melihat Pakatan Rakyat terus menang dengan majoriti yang lebih besar disitu, biarpun terpaksa berhadapan dengan bala tentera jentera dan wang ringgit puak-puak BN itu nanti].

Edisi Pahang: LKIM Kuantan Alami Kerugian Kira-Kira RM400 Ribu Bila Empat Buah Unit Stor Ikan Musnah Akibat Kebakaran Pada Jam 11 Pagi Tadi !

KUANTAN 26 Mac [12.32 pm] - Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila empat unit stor tong ikan musnah dalam kebakaran, di sini, hari ini. Pengurus Kompleks LKIM, Saodi Mahusin berkata, beliau menerima panggilan daripada pekerja di situ berhubung kebakaran yang berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan melihat empat unit stor yang berkenaan terbakar selain sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada bersebelahan dengan stor-stor tersebut turut terbakar. Salah seorang penyewa stor tersebut, Tan Guat Yian, 66, berkata, beliau kerugian RM2,400 selepas 150 buah tong ikan barunya yang berada dalam stor tersebut turut musnah. Beliau yang baru sahaja membeli tong ikan tersebut pada minggu lepas, kecewa dengan kejadian yang memusnahkan tong penyimpanan ikan dalam sekelip mata. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota Mohd Hamdani Madon berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

[Kebakaran di stor yang menempatkan tong ikan di LKIM Kuantan ini jelas sekali menimbulkan kemusykilan sebenarnya. Apatah lagi tong-tong yang diletakkan di situ adalah dari jenis yang tidak disukai oleh para nelayan semua. Tong jenis baru berinsulasi yang diperkenalkan oleh kerajaan menimbulkan kemarahan kepada majoriti nelayan. Apakah kebakaran yang berlaku itu ada kaitan dengan perbuatan khianat agaknya. Apapun, pihak berkenaan masih lagi membuat siasatan lanjut berhubung kes itu]

Thursday, March 25, 2010

Edisi Mahkamah: Bicara Kes Liwat 10-14 Mei 2010

KUALA LUMPUR 25 Mac [11.20 am] - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 hingga 14 Mei ini untuk perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perbicaraan kes tersebut kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun, 14 hingga 23 Julai dan dari 2 hingga 30 Ogos 2010 ini

Sensasi: Apa Sudah Jadi Dengan Zulkifli Nordin?, Nampak Benar Beliau Seolah-Olah Di Rasuk Oleh Hantu Jelmaan Altantunya Sharibuu Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 25 Mac [11.00 am] - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (foto) berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya. "Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik. "Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat.. saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya. Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini. Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004

[Sungguh mengejutkan dengan tindakan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini. Beliau yang kononnya mahu berlaku jujur kepada dirinya selepas dipecat daripada PKR baru-baru ini. Rupa-rupanya kejujuran beliau itu menyebabkan dirinya kini semakin dihina oleh rakyat. Malah, di sana sini rakyat menyumpah apabila namanya di sebut. Zulkifli sememangnya tidak layak untuk berada dalam PKR. Terbuktilah telahan semua pihak baru-baru ini bahawa beliau menang merupakan "musuh dalam selimut" atau "duri dalam daging" yang bakal melumpuhkan PKR serta Pakatan Rakyat sebenarnya. Justeru itu kita tidak hairan dengan tindakan beliau yang sanggup membuat laporan polis terhadap sesama pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu "khalimah Allah". Beliau kini mahu membuktikan dirinya amat sesuai untuk diterima menyertai parti UMNO. Lantaran itulah beliau rela menjilat semula ludahnya semata-mata mengharapkan simpati agar riwayat politiknya terus dipertahankan].

Wednesday, March 24, 2010

Eksklusif: Blogger UMNO BN Makin Hilang Arah Haluan, Keluar Artikel Tanpa Guna Akal Fikiran Waras Tentang Sokongan Rakyat Kepada Anwar

Lucu benar bila membaca satu artikel yang dikeluarkan dilaman blog blogger UMNO Pahang iaitu Bravehearts bertajuk "Anu-Arr: Apa Lagi Harapan Yang Tinggal". Laporan yang dipetik daripada blog The Unspinners itu jelas sekali menggambarkan betapa banggangnya tahap mentaliti puak-puak bloggers yang menyokong UMNO karat itu. Huraian mereka tentang kes Anwar nampak benar menunjuk mereka "dibutakan mata dan hati" untuk melihat "kebenaran yang tersurat" sebenarnya. Tambahan pula blogger Bravehearts yang merupakan salah seorang blogger UMNO dan Team Blogger Pembela Negara dari Pahang yang sebelum ini telah merintih mengharapkan simpati atas sikap puak-puak UMNO itu sendiri. Beliau yang amat kecewa akibat kelibatnya tidak dilayan oleh pimpinan UMNO negeri terutamanya dari segi kewangan dan janji-janji manis yang diabaikan sebelum ini, tiba-tiba begitu bersemangat sekali ingin mempertahankan sebuah kerajaan yang sudah hilang kredibilitinya dari kalangan majoriti rakyat. Hanya yang tinggal adalah sokongan beberapa kerat rakyat seperti Bravehearts dan puak-puak UMNO yang sudah hilang mentaliti untuk membuat penilaian secara kritis dalam setiap isu yang melanda. Namun, kini nampaknya Bravehearts begitu bersemangat membela, apakah kini sudah mendapat "Umpan" daripada pihak-pihak tertentu hingga gagal memikirkan apakah yang mahu diperkatakan.

Sekarang cuba kita lihat antara perkara yang diperjelaskan menerusi blog beliau itu. "Jika Anwar dipenjarakan, buat kali ini tiada siapa pun akan merinduinya. Tidak akan wujud sebarang Blog atau Website seperti Free Anwar Campaign dulu. Sebab RPK (Raja Petra) pun sudah menjadi banduan dalam larian yang bakal dipenjarakan juga jika dia balik ke tanahair".

Kenyataan di atas membuktikan betapa dangkalnya pemikiran puak-puak blogger upahan UMNO ini. Apakah mereka yakin bahawa apabila Anwar dipenjara maka tidak akan wujud sebarang blog yang mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri itu?. Apakah hanya Raja Petra sahaja yang layak untuk mempertahankan Anwar?. Apakah mereka lupa bahawa beribu-ribu blog yang turut berjuang untuk itu. Malah, blog-blog terbabit bukan hanya mempertahankan Anwar sebenarnya, tetapi kebenaran dan keadilan yang harus ditegakkan. Anwar hanyalah pencetus gelombang kebangkitan rakyat. Biarpun dia terpenjara maka pasti akan ada beribu-ribu lagi Anwar diluar sana yang akan terus memperjuangkan keadilan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka hanya berlandaskan kepada "akal yang dunggu" semata-mata tanpa melihat kepada fakta sebenar. Sia-sia sahaja mereka dianugerahkan akal dan fikiran oleh Allah SWT, bila gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Kenyataan kedua yang berbunyi "Kali ini tidak ada sesiapa pun akan percaya sebarang tuduhan bahawa Kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar. UMNO dan Kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Isu ini melibatkan hanya Anwar dan Saiful sahaja. Anwar peliwat dan Si Saiful kena liwat".

Ini lebih meloyakan tekak kita sebenarnya. Kenyataan kononnya tiada siapa yang aka percaya bahawa kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar malah katanya kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar-Saiful itu. Punya bangang pemikiran puak-puak ini, bukankah Saiful bertemu dengan Najib Razak dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Malah, dia memohon biasiswa dan mengadu dirinya diliwat Anwar dalam keadaan terketar-ketar serta kesejukan. Soalnya Najib itu sekarang siapa?. Malah dia juga ada membuat pertemuan sulit dengan seorang anggota polis yang terlibat dengan kes liwat 98 dulu, ketika di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Untuk tujuan apa mereka bertemu. Malah, Peguam Negara dengan tidak segan silu menandatangni surat perpindahan mahkamah kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Soalnya sekarang mereka semua itu siapa agaknya? Tunggul kayu atau batu? Bukankah itu adalah orang-orang kerajaan yang dilihat terlibat secara langsung dalam kes ini. Itu pun puak-puak blogger UMNO masih percaya kerajaan tidak terlibat dengan kes tersebut. Malah kononnya tidak ada siapa akan percaya terhadap tuduhan kerajaan terlibat. Masalahnya apa yang berlaku sekarang, semua orang tidak percaya tuduhan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Malah, masyarakat antarabangsa kini mula menunjukkan protes terhadap sistem kehakiman negara yang dilihat telah tersasar daripada matlamatnya. Keadilan yang mahu ditegakkan, tetapi kezaliman pula yang mahu dilakukan terhadap rakyat.

Kenyataan ketiga iaitu "Kemungkinannya juga paling besar penyokong Anwar yang hardcore pun sudah letih dan akan berkurangan. Kita boleh lihat bahawa kali ini tidak sampai 100 orang yang menghadiri bicara kes liwatnya. Dan yang hadir pun perlu dibayar upah dan dibawa khas menaiki bas".

Ini lagi satu kenyataan bangang yang dibuat mereka. Macam mana penyokong mahu datang beramai-ramai bagi mengikuti perbicaraan Anwar, jika pasukan polis dan FRU dicampakkan bertimbun-timbun di sekitar kawasan pintu masuk ke mahkamah. Malah, pihak polis juga mengenakan sekatan yang cukup untuk menakutkan rakyat hadir berbondong-bondong bagi mengikuti kes Anwar itu. Paling melucukan, kononnya mereka yang hadir menyokong Anwar itu pula dibayar upah dan dibawa dengan bas khas. Bangang punya blogger UMNO. Walhal semua orang tahu bahawa hanya puak-puak UMNO yang membuat kerja terkutuk seperti itu. Terkadang, rasa macam mahu termuntah sahaja apabila mendengar kenyataan puaj-puak blogger bangang UMNO ini sebenarnya.

Dan kenyataan terakhir iaitu "Bila Anwar masuk penjara, rakyat Malaysia akan melupakan Anwar buat selamanya. Dan jika Anwar masih hidup lagi selepas melalui hukuman penjara dan juga masih sihat apabila dibebaskan kelak, tiada siapa pun akan mengenalinya lagi. Riwayat politik dan juga riwayat hidup Anwar akan habis dalam penjara buat selamanya".

Kenyataan ini mengesahkan lagi bahawa puak-puak blogger UMNO ini memang sudah rosak akhlak dan otak mereka sebenarnya. Penilaian yang dibuat tanpa berlandaskan fakta jelas sekali bakal menyebabkan orang-orang seperti ini ke "Tampoi" akhirnya. Apakah rakyat marhaen boleh menerima kenyataan blogger-blogger upahan UMNO semudah itu. Sedangkan hakikat dan realitinya yang berlaku adalah jauh berbeza.

[Dengan beberapa kenyataan diatas, maka anda boleh melihat sendiri tahap mentaliti blogger umpahan UMNO ini sekarang. Apakah rakyat yang celik IT dan komputer boleh menerima kenyataan mereka itu. Dan paling penting mereka ini menulis tanpa menggunakan akal fikiran yang waras serta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apapun tahniah diucapkan kepada blogger Bravehearts, Syabas kerana anda terus menjadi pendekar untuk berjuang sendirian menentang blog-blog rakyat di negeri Pahang ini. Semoga kelibat anda akan diperhatikan oleh puak-puak UMNO agar anda akan diberikan wang ehsan untuk menjana kehidupan sebagai "penjilat UMNO" sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya].

Edisi Pahang: Portal Berita Pahangkini Milik PAS Pahang Yang Diceroboh Kini Beroperasi Semula !

KUANTAN, 24 Mac [11.20 am] - Laman portal Pahangkini.net yang merupakan laman rasmi PAS Negeri Pahang kelolaan Jabatan Penerangan PAS Negeri (JAPEN) dipercayai telah diceroboh oleh anasir subversif semalam. Setiausaha JAPEN, Hashim Abdullah (foto) berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan portal itu membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan UMNO BN. "Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk tersebut supaya bertaubat dan tidak mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.Mari kita berpolitik secara matang dan professional. Hujah dan fakta yang dikemukakan oleh di dalam mana-mana media hendaklah ditangkis secara fakta dan hujah juga bukannya bertindak seperti penyangak merompak membunuh laman web orang lain yang tidak sehaluan dengan kita" katanya. Laman web Pahangkini.net adalah media maya rasmi PAS Pahang yang dikelolakan Japen telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Februari 2010 yang lalu. “Kejadian semalam merupakan pencerobohan kali kedua terhadap laman Pahangkini.net yang memfokuskan isu-isu negeri Pahang yang semakin popular walau pun belum sebulan beroperasi. Pada dua minggu lepas laman ini cuba diceroboh menyebabkan operasinya terganggu selama dua hari, penceroboh gagal menghilangkan datanya tetapi kejadian malam tadi memusnahkan segala-galanya. Kami percaya laman ini diganggu kerana persembahannya telah berjaya menarik pengunjung yang ramai dalam masa yang singkat. Kami juga percaya pihak tertentu tidak senang dengan paparan-paparan altenatif yang berani, telus, bebas dan berintergriti”, katanya. Beliau juga tidak menola kemungkinan perbuatan itu didalangi parti politik Umno yang merupakan musuh politik PAS, Hashim tidak menolak kemungkinan kejadian itu angkara sabotaj dilakukan tentera upahan Umno. ”Kita tidak menolak kemungkinan ia dilakukan parti lawan atau orang yang di upah Umno,” katanya. Sila layari portal Pahangkini di www.pahangkini.net

[Kami amat terkejut dengan apa yang menimpa portal rasmi PAS Pahang itu. Namun, kami juga musykil siapakah yang punya angkara kerana kami yakin UMNO Pahang memang tidak mempunyai kekuatan dan kepakaran sebenar dalam bidang ICT ini. Apakah mereka menggunakan tentera upahan untuk melumpuhkan "perang siber PAS" sekarang ini. Apa yang jelas, kejadian ini membuktikan kepada kita bahawa pihak kerajaan semakin tertekan dengan berbagai asakan yang dibuat oleh media alternatif. Tapi anehnya mereka masih memandang sepi gelombang kebangkitan media alternatif terutamanya laman-laman blog di negeri Pahang ini sendiri. Mereka alpa atas kekuatan yang ada, maka itu harapan besar untuk Pakatan Rakyat menakluki Pahang semakin hampir dalam pilihanraya umum akan datang jika senario ini terus berlarutan].

Tuesday, March 23, 2010

Panas: Kerajaan BN Sibuk Cuba Hentam Pakatan Rakyat, Tiba-Tiba ADUN MCA Pula Letak Jawatan

PETALING JAYA, 23 Mac [4.05 pm] - Belum sempat UMNO BN terjaga dari lamunan dan disaat parti komponen kedua terbesar BN iaitu MCA bergolak dengan perebutan jawatan Presidennya hujung minggu ini tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu berita panas yang cukup mengejutkan. Ia berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari Barisan Nasional (BN), Yip Sun Onn (foto) yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta hari ini. Difahamkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam. Akibat terkejut dan gusar dengan pilihanraya kecil yang bakal dihadapi maka khabarnya Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd. Isa Sabu akan memujuk ADUN terbabit untuk menarik balik perletakan jawatan beliau. Soalnya, kenapakah Wakil Rakyat MCA ini meletakkan jawatan disaat pihak kerajaan BN sibuk menghentam dan cuba menuduh Pakatan Rakyat kini sudah semakin ditolak rakyat akibat ramai pemimpin mereka yang lompat parti. Kini tamparan hebat terkena batang hidup puak-puak UMNO BN apabila ADUN BN sendiri pula yang meletakkan jawatan dan bakal memberi laluan kepada pilihanraya kecil di kawsan itu tidak lama lagi.

[Sungguh menarik melihat apa yang berlaku ini sebenarnya. Dalam pada sibuk-sibuk kerajaan UMNO BN menghentam Pakatan Rakyat terutamanya PKR, tiba-tiba pula ada pemimpin BN membuat satu keputusan yang cukup drastik seperti ini. Namun, apa yang berlaku mungkin tiada penghujungnya kerana pemimpin MCA terbabit kecewa kerana tidak mendapat tempat sebagai exco kerajaan negeri sahaja. Lantaran itu, harapan besar untuk beliau menarik balik keputusan itu amat nyata, tambahan pula bila dijanjikan habuan tertentu oleh pemimpin negeri dalam masa terdekat ini. Justeru itu kita tidak hairan surat perletakkan jawatan itu diperapkan oleh Speaker DUN dalam usaha memujuknya].

Tamparan Hebat Buat Si Zahrain Al-Kataki, Ahli Parlimen BN Ghapur Salleh Sendiri Pula Nafi Dia Terlibat Dengan Peristiwa 16 September Anwar !!

KUALA LUMPUR, 23 Mac [5.45 pm] - Ahli Parlimen Kalabakan dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (foto) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa beliau adalah salah seorang yang akan melompat keluar BN pada peristiwa 16 September 2008 lalu. Beliau turut menuntut Ahli Parlimen Bebas itu menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepadanya selain mencabar Zahrain mendedahkan kesemua 30 ahli parlimen dan bukannya setakat lapan nama yang didedahkan sebelum ini. “Setakat lapan orang mahu menubuhkan kerajaan pusat boleh masuk akal ke? Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan pusat. “Jadi perkara ini adalah tuduhan dan fitnah, bila beliau mahu luahkan, beliau patut luahkan semuanya, bukan setakat main tuduh-tuduh,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Selain itu, Ghapur turut mempersoalkan mengapa Zahrain boleh menerima semua percakapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertukaran kerajaan Pusat tidak mungkin terjadi jika hanya lapan Ahli Parlimen BN yang melompat keluar. “Beliau sepatutnya tidak menelan semua yang dikatakan Anwar secara bulat-bulat, beliau perlu siasat dahulu kebenarannya, yang menjadi tanda tanya kenapa baru sekarang beliau mendedahkan perkara ini?” katanya. Ditanya sama ada pernah orang-orang Pakatan Rakyat datang memujuknya, Ghapur menjelaskan beliau langsung tidak pernah didekati mahupun dihubungi untuk menyertai mereka. “Saya hanya akan melompat parti jika saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan, saya tidak akan melompat jika saya dibeli,” katanya. Terdahulu, pada sidang dewan hari ini, Ghapur mempertikaikan kenyataan Zahrain dengan menggunakan fakta yang salah selain beliau telah membohongi Dewan Rakyat.

[Satu berita yang amat mengecewakan Zahrain Al-Kataki sebenarnya. Beliau fikir semua wakil rakyat BN boleh diperbodohkan dengan kenyataannya yang penuh dengan keraguan itu. Soalnya sekarang, kenapa baru ini mahu mendedahkan selepas beliau keluar dari PKR. Kenapa ketika dalam parti beliau menyepikan diri dan menyembunyikan fakta sebenar kenyataannya itu. Ghapur Salleh jelas sekali memalukan Zahrain. Ini menunjukkan yang Zahrain hanya pandai mereka-reka cerita yang belum tentu ada kesahihannya. Apapun, yang pasti siasatan pihak polis kemungkinan besar akan gagal merungkaikan apa yang berlaku itu. Ini kerana, Zahrain mungkin akan gagal membuktikan kata-kata palsu beliau selagi dia tidak benar-benar berada dalam parti karat UMNO BN itu].

Bangangnya Ibrahim Ali Al-Kataki, Bila Sanggup Cadangkan Agar Saiful Jumpa Dan Bersumpah Di Liwat Anwar Di Hadapan Dr.Yusoff Al-Qardawi !!

KUALA LUMPUR, 23 Mac [1.40 am] - Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali (foto), semalam telah mencadangkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertemu dengan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat tersebut. Menurutnya, perjumpaan itu perlu diadakan segera kerana pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu. “Pembangkang sengaja mencipta satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata tindakan tersebut perlu segera dilakukan kerana tindak tanduk Anwar benar-benar mengancam keselamatan negara kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedarkan risalah yang mendakwa Ketua Pembangkang tidak meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. “Saya terima laporan, ada risalah yang diedarkan oleh PKR di masjid-masjid di kawasan luar bandar. “Dalam risalah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyebut tidak berlakunya kes liwat berdasarkan laporan perubatan yang diperoleh daripada tiga doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. Bagi mengatasi masalah tersebut, Ibrahim berkata beliau akan menyerahkan kandungan ucapan tokoh Maal Hijrah tersebut agar ia tidak disalahtafsir dan digunakan oleh pihak pembangkang untuk tujuan peribadi. “Saya juga minta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak. ”Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar,” katanya.

[Malu rasanya melihat kerenah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali Al-Kataki ini sebenarnya. Tergamak beliau menyuruh Saiful Bukhari Azlan (foto) bertemu dengan Dr.Yusof Al-Qardawi untuk melakukan sumpah laknat dihadapan ulamak terulung dunia itu. Beliau langsung tidak boleh menilai kes yang berlaku secara ilmiah berdasarkan kepada fakta dan kebenaran itu sendiri. Sedangkan beliau tahu, di Malaysia sendiri tidak ada ulamak hatta dari UMNO sendiri yang berani mengeluarkan fatwa bahawa Saiful memang diliwat, inikan pula menyuruh anak muda itu bertemu Dr.Yusof Qardawi. Buta mata dan buta hati agaknya Ibrahim Al Al-Kataki ini. Beliau masih mahu mempertahankan kekaburan kes ini sedangkan beliau tahu laporan perubatan terbaru yang dikeluarkan itu adalah laporan "sulit" dari Hospital Kuala Lumpur. Ini bermakna, secara logiknya kini sudah ada empat laporan yang dkeluarkan mengatakan Saiful tidak ada kesan klinikal diliwat oleh sesiapa pun. Malah, Ibrahim lupa dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat Anwar, Saiful telah mengadap Najib Razak kononnya mahu memohon biasiswa. Rasanya, jika anak Ibrahim Ali sendiri mahu minta biasiswa maka dia sendiri pun tidak akan berani ke rumah Najib "malam-malam buta". Maka, apakah istimewanya Saiful disisi Najib dan Ibrahim Ali ini agaknya. Orang macam Ibrahim elok dihumbankan saja ke Laut Cina Selatan biar dimakan dek jerung-jerung yang amat suka makan "Al-Kataki" itu. Sudahlah bangang, tapi bodoh pula !! Manusia macam beliau ini tidak layak jadi wakil rakyat sebenarnya. Kasihan benar orang Pasir Mas kerana terpaksa terus melihat "si katak ini terus memanggil hujan" ini terus dipelihara oleh puak-puak UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya].

Monday, March 22, 2010

Edisi Pahang: Senario MP Keluar Parti Dan Fitnah Liwat Anwar Menjadikan PKR Semakin Mendapat Sokongan Padu Daripada Semua Rakyat Malaysia

KUANTAN, 22 Mac [11.02 am] - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (foto) menegaskan bahawa parti itu tidak gusar dengan senario "lompat parti" yang berlaku mutakhir ini. Ia berikutan, semakin ramai pemimpin PKR keluar, maka semakin ramai juga ahli baru yang menyertai parti itu. "Dulu hanya sekitar 10 ribu sahaja ahli baru menyertai PKR, kini angka mencecah 40 hingga 45 ribu orang memohon untuk menyertai parti", katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum PAS dekat Taman Tas, disini malam tadi. Saifuddin turut menegaskan, begitu juga dengan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Semakin pemimpin itu ditekan dengan berbagai-baga dakwaan maka semakin kuat sokongan yang diterima daripada rakyat. Malah, masyarakat antarabangsa turut melihat Anwar bukanlah seperti yang digambarkan oleh Saiful. "Kita juga sedang mengedarkan risalah khas mengenai bukti terbaru tentang laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful Bukhari Azlan. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun kini diedarkan ke seluruh negara", katanya lagi.

Kerajaan Najib Gusar Dengan Sokongan Rakyat

Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini semakin gusar melihat gelombang kebangkitan rakyat. Maka, bagi menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi ceramah yang diadakan di seluruh negara maka berbagai sekatan mahu diadakan. "Mereka tidak mahu kita berceramah politik, sebaliknya hanya membicarakan soal kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sedangkan mereka tahu bahawa kita adalah parti berdaftar yang sah menurut perlembagaan dan kita ada hak untuk menarik sokongan rakyat. Mereka melarang kita berbicara soal Altantunya, kapal selam tak boleh menyelam, enjin jet dan termasuk juga kes fitnah liwat. Mereka takut rakyat tahu cerita sebenar. Mereka halang kita menyampai maklumat dalam masa yang sama mereka hentam kita dari pelbagai arah termasuk menggunakan sepenuhnya media arus perdana yang ada", kata Saifuddin. Beliau turut menegaskan, Anwar sendiri dipanggil polis dan disiasat atas ucapan politiknya di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan kerana menghasut dan sebagainya. "Sudahlah Anwar disiasat dan dihalang menyatakan pandangan beliau di ceramah-ceramah, kini di parlimen pula mereka mahu mengambil tindakan menggantung Anwar gara-gara mempertikaikan penglibatan syarikat Yahudi dalam hal ehwal negara. Apakah rakyat mahu berdiam diri melihat semua ini?", tambah beliau lagi.

[Turut berceramah dalam malam penutup program "Orang Muda Geng Kita" anjuran PAS itu ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri). Berbagai program telah diadakan sepanjang program itu dan ceramah umum malam tadi adalah aktiviti malam penutupnya. Kenyataan Saifuddin semalam jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN kini semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat yang kian hilang. Mereka melakukan berbagai taktik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat termasuk membawa pengkhianat rakyat iaitu bekas pemimpin PKR sendiri untuk memburukkan parti itu. Apapun, jelas dapat dilihat sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat semakin meningkat mutakhir ini. BN bakal dibenamkan dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang amat ditakuti dan menjadi igauan buruk buat mereka sekarang ini].