Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Friday, April 30, 2010

Gempar: Kemenangan "Penuh Misteri" Calon BN, Kamalanathan Di Hulu Selangor Dengan Majoriti 1,725 Undi Diilhamkan Oleh Pihak SPR Sendiri !!

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, nampaknya semakin panas dan menimbulkan kontroversi. Terkini, beratus orang pengundi berdaftar di Hulu Selangor dijangka akan membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu esok (1 Mei). berikutan kekecewaan mereka dengan perjalanan pilihanraya kecil itu baru-baru ini. Antara perkara utama yang akan didedahkan ialah perihal sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan banyak lagi. Belum cukup dengan itu, calon PKR yang tewas iaitu Datuk Zaid Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah. Anehnya, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff (foto) dengan selamba mengherdik tindakan tersebut dengan mengatakan jika SPR tidak telus kenapa Pakatan Rakyat menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang terdahulu, sedangkan BN hanya menang tiga kerusi sahaja setakat ini. Kenyataan Aziz SPR ini agak mengelirukan dan seolah-olah mengiyakan lagi yang beliau telah mencaturkan kemenangan BN di Hulu Selangor baru-baru ini. Tindakan beliau jelas melambangkan betapa dangkalnya mentaliti pengerusi SPR yang sepatutnya berkecuali dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Aziz seolah-olah menjadi jurucakap UMNO BN dalam usaha untuk mengesahkan sesuatu yang telah diketahui penuh dengan penyelewengan itu. Baginya SPR bersikap telus dan adil kerana Pakatan Rakyat menang tujuh pilihanraya kecil. Sedangkan, dalam kemenangan itu juga ia dipenuhi dengan berbagai tipu helah dan penipuan yang sudah diatur oleh SPR, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan UMNO BN itu sendiri. Sungguh malang kita mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang ditugaskan mengendalikan pilihanaraya di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sejak sekian lamanya.

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN


Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

[Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu. Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO].

Thursday, April 29, 2010

Edisi Pahang: Laporan Polis Pendedahan Rekod Perubatan Hospital Mangsa Liwat Saiful Bukhari Azlan Berjaya Dibuat Di IPD Kuantan Petang Tadi

KUANTAN, 29 April [3.20 pm] - Satu laporan polis terhadap isu pendedahan "Laporan Perubatan Saiful Bukhari Azlan" telah berjaya diadakan di IPD Kuantan, sebentar tadi. Laporan yang dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli (foto)(Blogger Cucumatkilau) itu antara lain mahu satu siasatan yang rapi oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan dan kebocoran laporan perubatan mangsa liwat itu. Dalam laporannya, beliau mendedahakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis antaranya berkaitan terdapat dua laporan perubatan yang telah disahkan oleh doktor yang dikatakan telah memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam laporan pertama bertarikh 28 Jun 2008, Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengatakan bahawa dalam pemeriksaannya mendapati tiada kesan atau tanda-tanda Saiful diliwat. Manakala baru-baru ini satu lagi laporan perubatan telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang juga membuat keputusan yang sama da mengesahkan Saiful tidak diliwat berdasarkan kepada tidak ada penetrasi ke atas tubuh badannya" kata Shukri.
"Dengan tersebarnya dua laporan perubatan ini, ia jelas sekali menganggu prosiding perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Saiful sekarang ini. Ini bermakna pihak terbabit telah dengan tidak bertanggungjawab sengaja ingin menjatuhkan maruah dan resputasi Saiful" tambahnya lagi. Akibat pendedahan laporan perubatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia seantero dunia kini semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya itu. Malah, berbagai andaian serta persepsi negatif kini dilontarkan terhadap mangsa akibat pendedahan tersebut. Malah, tindakan tersebut jelas sekali melanggar Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 1998 (Swasta) seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican selepas laporan Pusrawi didedahkan kepada umum dulu. Malah kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana hospital yang membocorkan rekod pesakit mereka. Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak polis melakukan satu siasatan yang rapi terhadap pihak yang telah menjadi dalang dalam pendedahan tersebut.
Malah dua senario yang berlaku perlu diselesaikan segera mengikut saluran undang-undang iaitu jika terbukti laporan tersebut palsu, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor dan hospital yang berkenaan kerana telah memalsukan dan mereka cipta “laporan palsu” untuk mengaibkan mangsa yang sedang menghadapi kes ini. Manakala senario kedua pula, jika terbukti laporan tersebut tulen, maka pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor dan hospital yang telah “pecah amanah” dengan membocorkan laporan tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini, malah mereka perlu dibawa ke muka keadilan. Jika tidak saya khuatir banyak lagi kebocoran laporan perubatan pesakit akan didedahkan kepada umum selepas ini. Malah, pendedahan laporan perubatan Saiful itu jelas sekali telah memalukan, mencemarkan, serta menjatuhkan imejnya dimata rakyat dan umat Islam di negara.

[Beliau juga turut mengesa supaya Saiful Bukhari turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman pihak-pihak terbabit iaitu doktor yang berkenaan, pihak yang mengedarkan laporan itu, Pegarah Hospital Pusrawi dan HKL, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia sendiri. Saman perlu dilakukan atas faktor kecuaian hingga menyebabkan rakyat Malaysia kebanyakkannya tidak yakin dan keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapi oleh beliau sekarang ini. Demi kerana imej dan maruah yang tercalar maka Saiful wajar mengambil tindakan saman fitnah atau sebagainya, supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi kepada pesakit yang lain pula selepas ini. Tambahan pula pendedahan yang dibuat oleh doktor terbabit jelas sekali menganggu prosiding perbicaraan yang sedang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang]

Eksklusif: Pendedahan Laporan Perubatan Saiful Oleh Pusrawi Serta HKL, Blogger Cucumatkilau Akan Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Hari Ini

KUANTAN, 29 April [7.00 am] - Satu laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang telah mengeluarkan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan yang kini mencetuskan kontroversi tentang kes liwatnya itu. Laporan dijangka akan dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (foto) di IPD Kuantan hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat (MTR), berkata "Laporan polis tersebut terpaksa dibuat sususalan dua laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful baru-baru ini. Rakyat semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya dan amat bersimpati dengan nasib yang menimpa anak muda itu. Oleh kerana kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka unsur-unsur yang boleh menjatuhkan serta mencemarkan imej mangsa haruslah diambil perhatian serius. Setahun yang lalu rakyat dikejutkan dengan pendedahan laporan perubatan oleh seorang doktor dari Hospital Pusrawi yang dikatakan memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis. Namun terbaru, satu lagi laporan perubatan "sulit" telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Maka dengan dua pendedahan ini, ia jelas sekali bertujuan tidak baik dan sengaja ingin mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung. Ini jelas satu pengkhianatan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak terbabit terhadap Saiful dalam kes liwat yang sedang dihadapinya" kata Cucumatkilau. Justeru itu beliau yang sebelum ini pernah disiasat polis berhubung dengan artikel panas yang dikeluarkan oleh Pahang Daily Online tentang "penyakit misteri" Saiful berhharap pihak polis dapat melakukan satu siasatan yang telus dan adil terhadap kes ini. Malah katanya, tindakan Saiful dan peguamnya berdiam diri dengan laporan perubatan yang didedahkan itu amatlah tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula ia menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan bertambah keliru dengan kes yang cukup sensasi ini.

[Kepada mereka yang ingin memberi sokongan terhadap laporan polis ini, bolehlah pergi ke IPD Kuantan untuk bersama beliau hari ini. Kami juga difahamkan, selepas laporan polis dibuat beliau akan membuat satu sidang media khas tentang perkara ini. Secara dasarnya, tindakan yang dibuat ini bukanlah untuk mengganggu kes yang sedang berjalan di mahkamah tetapi sebagai pembelaan terhadap Saiful Bukhari Azlan yang cuba dipermainkan oleh pihak yang berkenaan. Malah, laporan perubatan tersebut telah dinafikan oleh Saiful ketika perbicaraan beliau berlangsung baru-baru ini. Ini menunjukkan kesemua pihak yang berkenaan telah melakukan fitnah melampau terhadap Saiful dan beliau seharusnya menfailkan tindakan saman terhadap Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur serta semua yang terlibat membuat laporan perubatan palsu itu. Semoga dengan ini, akan terhurai sedikit kekeliruan awal tentang kes liwat yang penuh sensasi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim].

Wednesday, April 28, 2010

Pakar Perundangan Perancis, Mr.Joseph Breham Dijangka Tiba Di Malaysia Hari Ini Bagi Dapatkan Maklumat Kes Pembelian Kapal Selam Scorpene !!

Seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham (foto), telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini. Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan. Perjanjian yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Najib Razak yang kini PM Malaysia. Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutunya, Razak Baginda. Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (Dulunya dikenali Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta. Breham, seorang daripada tiga peguam yang failkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterusnya. Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan failkan dokumen tambahan Februari lalu.

[Perkembangan terbaru ini, bakal menyebabkan Najib Razak, Razak Baginda dan Rosmah Mansor tidur tak lena dan bagai cacing kepanasan. Dua "kambing hitam" yang entah betul atau tidak dikorbankan iaitu Sirul dan Azillah bakal menghantui mereka. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Mahkamah di Malaysia boleh mereka beli dengan wang ringgit, tapi kini mahkamah dari Perancis yang akan membongkarkan skandal ini. Ia membuktikan perjuangan Najib belum berakhir. Namun, apakah beliau akan menggunakan sepenuh kuasa untuk menghalang?. Sesuatu yang lebih mengejutkan pasti akan terjadi selepas ini. Apapun, misteri pembunuhan Altantunya akhirnya akan terjawab selepas sekian lama menjadi tanda tanya dan misteri seluruh rakyat Malaysia seantero dunia].

Calon PKR Di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim Bakal Failkan Petisyen Supaya Keputusan Kerusi Parlimen Itu Diisytihar Tidak Sah Dan Terbatal !!

Calon Parti Keadilan Rakyat di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) hari ini membuat kenyataan bahawa beliau akan menfailkan petisyen pilihanraya supaya keputusan kerusi parlimen itu diisytiharkan terbatal dan tidak sah. Zaid yang menyatakan demikian dalam satu sidang media dirumahnya pagi tadi. Beliau yang merupakan seorang peguam memberi alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujjah petisyennya itu. “Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” “Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.” katanya. Selain daripada itu Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik UMNO Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol. “Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin UMNO lain. Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu” katanya.
[Keputusan Datuk Zaid Ibrahim untuk menfailkan tindakan petisyen itu adalah satu tindakan yang amat tepat dan terbaik bagi mengajar puak-puak UMNO BN cara-cara demokrasi. Tindakan SPR yang jelas membelangkan prinsip keadilan itu amatlah mengecewakan rakyat dan bukan sahaja Zaid. Mereka harus ingat bahawa Zaid mempunyai firma guaman yang terbesar di Malaysia, maka UMNO BN telah tersilap membuat percaturan. Jika ditempat lain mereka boleh bergembira dengan segala tindakan yang akhirnya tidak memenangkan mereka. Namun kini, secara jelas ia telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Sehubungan dengan itu, tindakan Zaid ini adalah jalan terbaik untuk memperbetulkan imej dan integriti SPR yang sudah jauh terpesong].

Info Panas: Patutlah SPR Menangkan Calon BN Di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Rupanya Puak UMNO Buat Solat Hajat Dan Yassin Untuk Kamal!

Apa sudah jadi dengan puak-puak UMNO BN?. Gara-gara kemaruk inginkan kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, maka mereka telah mengadakan satu majlis "Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Untuk Calon Barisan Nasional" di semua masjid-masjid dalam kawasan Hulu Selangor. Majlis yang diadakan pada hari "mulia umat Islam" iaitu Jumaat tanggal 23 April 2010 yang lalu. Patutlah tiba-tiba BN dimenangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gara-gara perbuatan puak-puak Islam Hadhari dalam UMNO itu. Amat tidak masuk akal, pabila puak-puak mereka sanggup mengadakan majlis seperti itu untuk calon BN , P.Kamalanathan sedangkan beliau bukannya orang Islam. Agaknya, puak-puak UMNO fikir dengan mengubah nama calon BN itu kepada "Kamal" maka, Kamalanathan telah diIslamkan. Inilah bukti, kedangkalan dan betapa ceteknya agama puak-puak UMNO ini sebenarnya. Tidak mungkin perkara ini dilakukan oleh puak-puak India dalam MIC atau Cina dalam MCA. Tambahan pula majlis diadakan di masjid-masjid dan bukannya di kuil-kuil hindu atau tokong Cina. Maknanya memang sah majlis ini diadakan dan mendapat arahan daripada Imam Besar UMNO, PM Najib Razak. Tambahan pula gambar Najib diletakkan disemua "kain rentang" mengenai majlis tersebut. Ini bermakna beliaulah yang telah memberi arahan agar tindakan tersebut dilakukan oleh puak-puak UMNO.

[Persoalannya sekarang, mana perginya pemimpin Melayu yang sering melaungkan kononnya mereka membela bangsa dan agama seperti Ibrahim Ali Al-Kataki (Perkasa) dan lain-lain ulamak UMNO (Jamil Khir Baharom, Dr.Masyitah Ibrahim, Ustaz Pirdaus Ismail dan lain-lain). Kenapa mereka mendiamkan diri dengan isu panas ini. Tergamak, puak-puak UMNO membuat solat hajat dan bacaan yassin untuk memastikan kemenangan calon BN yang bukan beragama Islam itu. Bayangkan, apakah perasaan Imam-Iman Masjid yang terpaksa mengimami majlis berkenaan. Imej banner yang dipaparkan adalah diambil dari Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu. Kenapakan mereka tergamak melakukan perbuatan demikian yang jelas sekali menghina dan mempermainkan kesucian agama Islam itu agaknya. Oleh itu, sebarkan info ini supaya orang Melayu di Hulu Selangor sedar akan perkara ini. Maknanya mereka turut bersubahat dengan satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam yang dianuti oleh mereka sendiri. Anehnya ada puak UMNO yang bebal marahkan Tok Guru Nik Aziz yang berceramah di masjid, walhal ia ada dalam Islam itu sendiri. Malah, menyampaikan kebenaran itu adalah satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Mana agaknya nas dan dalil yang dipakai oleh UMNO itu untuk membenarkan puak Islam Hadhari solat hajat dan baca yassin kepada orang bukan Islam].

Tuesday, April 27, 2010

Kes Pelajar Sekolah Di Tembak Polis, Lebih Ramai Pemimpin Politik Perlu Tampil Memberi Sokongan Kepada Keluarga Mangsa Yang Masih Trauma Itu!

Syabas dan tahniah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Noh Omar (foto) yang nampaknya begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh pihak polis awal pagi semalam. Biarpun berbeza haluan, namun perkara yang baik seperti ini haruslah disokong oleh seluruh rakyat yang cintakan keadilan. Noh yang telah menyatakan perasaan simpati atas kejadian yang menimpa pelajar sekolah tersebut hari ini berharap agar kes tersebut disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran. Beliau, selaku Menteri Pertanian Dan Asas Tani akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok. Beliau juga bersedia untuk memberikan bantuan guaman supaya keluarga terbabit menyaman polis dan juga Kerajaan Malaysia yang diwakili. Bahkan beliau berharap pihak keluarga mangsa juga dapat mengadu hal tersebut kepada pihak Suhakam untuk tindakan selanjutnya. Sememangnya kes ini tidak wajar untuk disensasikan dan sepatutnya apa yang dilakukan oleh Noh omar ini dicontohi dan didahului oleh pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebenarnya. Oleh itu diharap lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan tanpil untuk membantu keluarga mangsa yang kini masih dalam trauma itu.

Sementara itu Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus. Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media. Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak. Beliau telah membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi. Menurut Khalid, beliau telah meminta ketua polis jamin keselamatan saksi ini dan tidak ada usaha untuk mengubah keterangannya. Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media. Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.


Wajah mangsa tembak, Allahyarham adik Aminulrasyid
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas. Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

[Kes yang cukup menyayatkan hati dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Anggota polis tidak harus sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk melepaskan tembakan rambang terhadap mangsa yang belum disahkan sebagai penjenayah itu. Malah, mereka boleh mengejar kereta mangsa dan menahannya jika perlu tanpa menggunakan kekerasan. Kini segalanya sudah berlaku dan tindakan tatatertib yang tegas perlu dikenakan terhadap anggota polis yang telah melakukan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, semua pemimpin politik harus bersatu hati untuk mendesak agar tindakan tegas yang telus dan adil diambil terhadap mereka yang terlibat. Usahlah dipolitikkan kes ini kerana ia berlaku dalam keadaan tidak dirancang sebenarnya. Jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna dan semua pemimpin boleh bersatu hati dalam mana-mana kes seperti ini di masa hadapan. Tindakan Noh Omar juga amat mengejutkan, kerana selama ini pemimpin UMNO banyak mempertahankan segala tindakan yang dilakukan oleh pihak polis. Apakah kini mereka sudah sedar?].

Monday, April 26, 2010

Satu Analisis Isu: Hulu Selangor, Parti Keadilan Rakyat Bukannya Kalah Kepada BN Tetapi Dek Kerana Strategi Terancang SPR Itu Sebenarnya !!

Ramai yang terkejut dengan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Ia berikutan laporan awal yang mengatakan PKR akan menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi terhadap Barisan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dikatakan takdir, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerana segala usaha dan gerak kerja yang dijalankan sepanjang kempen jelas sekali menjurus ke arah kemenangan sebenarnya. Kekalahan yang berlaku sememangnya sudah dirancang sejak dari awal lagi. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat begitu "double standard" telah mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Rakyat boleh menerima kekalahan sekiranya ia berlaku dengan adil dan telus. Namun rakyat tidak boleh menerima kekelahan sekirannya "Pengadil Wrestling" digunakan untuk memastikan pengkhianatan berlaku. Tindakan SPR sejak dari awal lagi dilihat lebih cenderung menyalahkan PKR dalam apa jua keadaan sekali pun termasuklah tindakan provokasi dan kekecohan yang berlaku sepanjang tempoh hari mengundi pada 25 April lalu. Pengerusi SPR, Aziz Yusof dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang "berat sebelah" dan seolah-olah beliau bercakap bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional pula. Dalam beberapa kes seperti barung panas, baling objek dan sebagainya begitu jelas Aziz Yusof menyalahkan pembangkang. Sedangkan beliau sendiri tahu yang BN terlebih dahulu mendapat restu melakukan perbuatan tersebut. Malah tindakan Aziz mengeluarkan perkataan bahawa semua kesalahan pilihanraya kecil Hulu Selangor terletak kepada penyokong pembangkang menampakkan betapa teruknya tahap pemikiran Pengerusi SPR itu, malah lebih teruk daripada Tan Sri Rashit Rahman yang telah lama merosakkan SPR dulu.

Tindakan Pihak SPR Yang Cukup Meragukan


Saat kemuncak pengkhianatan SPR ini bermula apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh (foto) mendedahkan ada 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan. Malah lebih teruk dari tu, ada juga pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain. Alasan yang diberikan pengundi terbabit memohon untuk bertukar tempat mengundi. Masalahnya, jika 13,000 pengundi dipindahkan sesuka hati bukankah ia akan menyusahkan mereka terutamanya pada hari mengundi. Bayangkan pengundi di peti undi Sek Ren JK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu tiba-tiba dipindahkan ke Peti Undi Sek Keb Felda Sg.Buaya. Bukankah ini menyusahkan mereka dan melambatkan pergerakan pengundi terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah mereka yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawab dan ada pula yang tidak dapat berbuat demikian apabila nama mereka dikatakan sudah mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas di pintu masuk pusat pengundian terbabit. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang amat munasabah dan kenapakah SPR sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sepatutnya mengadili pilihanraya ini dengan telus dan adil tanpa ada unsur lain. Tindakan inilah yang menyebabkan sejak awal-awal lagi, penyokong Pakatan Rakyat melihat satu keputusan yang tidak wajar akan berlaku. Maka akhirnya terbukti jua, apabila sekitar jam 5.30 petang selepas semua pusat pengundian ditutup nampak petanda awal bahawa PKR akan menang. Tetapi setelah keputusan tidak rasmi diterima sekitar jam 7.30 malam, terbukti tiba-tiba BN pula menang. Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ada teori konspirasi yang menyebabkan senario ini terjadi. Nampak benar seolah-olah ada arahan pihak atasan, agar dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga nama baik dan imej Perdana Menteri Najib Razak maka SPR perlu memastikan BN menang dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor itu. Lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja!

SPR Sekali Lagi Menjadi Penghalang Demokrasi


Terkadang kita hairan, sebagai rakyat di zaman moden dalam sebuah negara yang kononnya Islam seperti Malaysia ini masih ada tindakan bodoh dan biadap dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyatnya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas sekali membuat keputusan yang memihak kepada Kerajaan BN sejak dulu, kini dan selamanya. Malah, penangan membatalkan celup dakwat pada jari oleh SPR telah menyebabkan pilihanraya menjadi kotor dan menjijikkan. SPR sanggup menipu rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, bilamana dakwat yang telah dibeli dengan belanja jutaan ringgit untuk digunakan ketika iti telah dibatalkan di saat-saat akhir. Atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama dan mahu menggangu perjalanan pilihanraya. Tuduhan tidak berasas untuk menyelamatkan kerajaan BN itu sehingga kini gagal dibuktikan malah tiada siapa pun yang didakwa oleh mana-mana mahkamah di Malaysia. Bukankah ini satu "trick jahat" yang sengaja diada-adakan oleh mereka beberapa hari menjelang hari pengundian PRU-12 dulu. Bayangkan jika penggunaan dakwat itu terlaksana, sudah pasti kerajaan pusat yang ada sekarang ini sudah berkubur dan Pakatan Rakyat sudah berjaya menakluki Putrajaya sebenarnya. Inilah kerja jahat SPR atas desakan daripada puak-puak UMNO BN. Jika penggunaan dakwat dilaksanakan maka sudah pasti mereka akan menghadapi berbagai masalah untuk menggunakan pengundi hantu, pengundi berganda dan sebagainya. Jika kaedah ini tidak dilaksanakan, maka sampai bila-bila pun SPR akan tetap menyebelahi UMNO Barisan Nasional. Rakyat akhirnya tertipu dengan satu pilihanraya yang kononnya adil dan telus tetapi sudah dilacurkan oleh pihak mereka sendiri. Inilah dia yang telah berlaku sejak sekian lama selagi SPR tidak direformasikan.

Rakyat Perlu Bersabar Dan Teruskan Perjuangan


Segalanya sudah berakhir, Hulu Selangor ditinggal bersama kenangan pahit manis dan Pilihanraya Kecil Sibu pula akan menjelma. Persoalannya, apakah kita akan melihat ketelusan berlaku di Sibu nanti. Walhal umum mengetahui parlimen di Sabah dan Sarawak adalah "talian hayat terakhir" buat kerajaan UMNO BN untuk terus berkuasa. Makanya, satu tindakan yang lebih jahat dan drastik akan dilakukan oleh SPR di sana nanti sebenarnya. Harapan tetap tinggal harapan untuk melihat kejayaan. Samalah juga di Hulu Selangor, dalam keadaan penyokong PKR menanti untuk meraikan kemenangan tiba-tiba disajikan dengan kekalahan yang cukup memusykilkan mereka. Malahan, di Bilik Gerakan BN berhadapan Masjid Jamek Al-Rahimah pekan Kuala Kubu Bharu sendiri sudah kelihatan lengang. Tidak banyak kelibat penyokong BN dilihat di situ dan begitu juga di peti-peti undi yang lain. Ramai yang menjangkakan bahawa PKR akan menang besar ketika itu. Malah ada juga pemimpin PKR seperti YB Elizabeth Wong (foto) telah membuat pengumuman tentang berita kemenangan yang akan diraikan ketika beliau singgah di Pusat Pengundian Sek Keb JK (C) Khing Ming. Ucapan berapi YB Elizabeth itu disambut dengan laungan "takbir dan reformasi" oleh beberapa orang penyokong PKR yang berada di situ. Kini "Nasi sudah menjadi bubur" dan BN diumumkan menang dengan majoriti 1,725 undi, bairpun ramai pemimpin mereka sudah balik tidur. Bayangkan Presiden MIC iaitu Samy Vellu sendiri sudah menjangkan BN kalah dan awal-awal lagi sudah angkat kaki dari Hulu Selangor. Beliau hanya muncul dalam keadaan panik ketika keputusan rasmi diumumkan. Itu pun selepas dimakluman Najib dan Muhyiddin sudah berada di situ. Begitu juga dengan lain-lain pemimpin tertinggi BN yang lain. Mereka awal-awal lagi sudah tahu BN kalah sebenarnya. Namun, bagaikan "magic" tiba-tiba segalanya berubah. Bukankah ini satu senario yang amat mengejutkan kita sebenarnya. Namun kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku ini.

[Kepada semua penyokong dan petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, teruskan perjuangan dan yakinlah kemenangan besar akan dikecapi oleh kita dalam pilihanraya umum akan datang. Buktinya, biarpun BN menang di Parlimen tetapi mereka telah kehilangan dua kerusi DUN iaitu Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu. Hanya pengundi Melayu di kawasan Tanah Rancangan Felda sahaja yang masih terlena dibuai mimpi serta janji-janji manis pemimpin UMNO BN. Bagi mereka ditempat lain sebenarnya sudah secara total menolak BN!!. Malah, beza undi yang diperolehi oleh Zaid Ibrahim yang terkurang 95 sahaja daripada pilihanraya umum lalu. Maknanya PKR bukannya kalah sebenarnya, tetapi dikalahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini menjadi "orang suruhan" UMNO Barisan Nasional. Teruskan perjuangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu nanti. Takbirr...Hidup Rakyat.. Salam Reformasi !!]

Kontroversi: Blogger Cucumatkilau Cabar Si Saiful Bukhari Buat Laporan Polis Dan Menyaman Pihak Yang Fitnah Serta Dedah Laporan Perubatannya !

KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat, maka blogger Cucumatkilau (foto) yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit. Dua laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa. Kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang ini. Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan juga telah membatalkan permohonan Anwar untuk memohon Pendakwa Syarie mendakwa Saiful atas kesalahan qazaf. Kes tersebut kini sedang dirayu oleh Anwar. Menurut Cucumtakilau "Saya terpanggil untuk mencabar Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis dan juga menyaman pihak yang mendedahkan laporan perubatan beliau itu kepada umum. Tambahan laporan perubatan itu adalah sulit dan menjadi satu kesalahan jenayah kepada pihak yang mendedahkannya. Malah, Saiful sendiri mengakui dia diliwat sedangkan dalam dua laporan perubatan oleh empat doktor terbabit mengatakan dia tidak diliwat" katanya.


Laporan artikel akbar Sinar Harian 24 April tentang cabaran dibuat
"Ini bermakna pihak berkenaan menfitnah dan menjatuhkan maruah Saiful. Oleh itu beliau perlu menyaman doktor dan Pengarah hospital berkenaan, Kementerian Kesihatan dan seterusnya Kerajaan Malaysia sendiri. Bagi saya pendedahan itu jelas sekali mencemarkan nama baik Saiful. Malah sebelum ini saya dikaitkan dengan artikel panas di blog Pahang Daily Online tentang penyakit misteri beliau. Malah beliau dengan bangganya membuat laporan polis dan mahu menyaman blog ini sebanyak RM2 juta. Sedangkan isu tentang penyakit bukanlah isu pokok yang boleh mengganggu keputusan mahkamah nanti. Isu pokoknya ialah sama ada dia diliwat atau tidak, makanya pendedahan laporan perubatan hospital itu adalah yang paling layak untuk menganggu kesnya di mahkamah. Soalnya sekarang, apakah Saiful bersedia untuk menyaman pihak berkenaan" tambah Cucumatkilau lagi.

[Satu sidang media telah dilakukan oleh Cucumatkilau sebelum ini dan katanya beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan terhadap pihak hospital terbabit kerana menjatuhkan nama dan maruah Saiful dengan pengedaran laporan perubatan yang tidak bertanggungjawab itu. Malah, tidak ada sebarang respon oleh Saiful baik peguamnya atas dua pendedahan laporan perubatan yang dibuat sebelum ini. Oleh itu, demi maruahnya beliau sepatutnya membuat tindakan tegas supaya isu laporan perubatan tersebut dapat diperbetulkan bagi mengesahkan dia memang diliwat. Laporan penuh, sila ke blog Cucumatkilau]

Perdana Menteri Nafikan Dakwaan Kononnya BN Membeli Undi Bagi Menang Pilihanraya Semalam

PUTRAJAYA 26 April [2.15 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. "Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010.

[Najib boleh berkata apa sahaja selepas menang "misteri" dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Memang BN tidak membeli undi, sebab itulah menawarkan berbagai projek pembangunan, memberi pampasan kepada peneroka Sg.Buaya, memberi sumbangan kepada penduduk orang asli, memberi sumbangan pembinaan berbagai projek rakyat ketika berkempen. Apakah Najib fikir, semua projek itu boleh dibangunkan dengan "air liur" agaknya. Bukankah wang rakyat yang mengalir bersama-sama hasrat BN untuk menang. Apakah wang itu bukan bermakna "membeli undi" sebenarnya?].

Mahkamah: Kes Teoh Beng Hock, Pakar Patologi UK Dr.Peter Vanezis Sahkan Tiada Kesan Cekik !!

SHAH ALAM 26 April [2.10 pm] - Pakar patalogi dari United Kingdom (UK), Dr. Peter Vanezis (foto) hari ini mengesahkan bahawa tiada kesan cekik atau tekanan ditemui pada leher Teoh Beng Hock, yang dijumpai mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16 Julai tahun lalu. Beliau yang memberi keterangan dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini turut mengesahkan bahawa Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berada dalam keadaan sedar semasa jatuh dari bangunan berkenaan.

[Perjalanan kes ini sekarang nampak semakin samar-samar. Tidak munasabah langsung pakar patologi boleh membuat dua keputusan yang berbeza-beza, sedangkan kedua-duanya mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang berkenaan. Maka itu, usahlah kita berharap sangat yang kes ini akan memenangnkan pihak berkenaan, kerana segalanya sudah tersurat dan diskripkan untuk mengelakkan ada pihak tertentu dituduh membunuh dan nama kerajaan tidak tercemar. Maka itu, perbicaraan yang berlangsung sekadar membuktikan bahawa kerajaan telus dalam merungkai segala kontroversi dalam kes kematian Teoh Beng Hock ini].

Kes Saman Fitnah RM10 Juta, Permohonan Anwar Batalkan Pernyataan Pembelaan Hamzah Di Tolak

KUALA LUMPUR 26 April [12.23 pm] - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pernyataan pembelaan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin (foto) dalam kes saman fitnah RM10 juta, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham menolak permohonan tersebut dan memerintahkan supaya Hamzah selaku defendan membayar kos RM2,500 kerana kelewatannya memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaan yang di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah. Pada 22 Ogos 2008, Anwar telah memfailkan saman RM10 juta kerana mendakwa Hamzah telah mengucapkan kata-kata fitnah dan menyebabkan penerbitan artikel bertajuk 'Anwar Harrassed My Wife' (Anwar ganggu isteri saya) dalam akhbar Kwong Wah Jit Poh. Plaintif menyatakan, perkataan tersebut telah diucapkan oleh Hamzah selaku defendan pada 19 Ogos 2008 dalam satu ceramah di Permatang Pauh.

[Anwar kini seperti ditertawa dan dipermainkan oleh undang-undang di Malaysia gara-gara keberanian beliau berlawan dan menentang kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa saja kes yang melibatkan dirinya pasti akan ditolak oleh mahkamah tanpa mengambil kira segala keterangan dan bukti-bukti yang telah dikemukakan. Oleh itulah kita tidak hairan, biarpun cukup bukti laporan perubatan hospital yang mengatakan Saiful tidak diliwat oleh sesiapa, namun dek kerana kes ini melibatkan nama Anwar Ibrahim maka sudah pastilah kita sudah boleh menjangka apakah keputusannya nanti].

Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor: Calon BN Kamalanathan Menang Menewaskan Datuk Zaid Ibrahim Dengan Majoriti Sebanyak 1,725 Undi !!

KUALA KUBU BARU, 26 April [10.20 am] - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. BN yang diwakili P. Kamalanathan (foto) memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.20 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel (MIC).

[Tahniah diucapakan kepada calon BN, P.Kamalanathan atas kemenangan yang cukup mengejutkan itu. Ini kerana, ramai penyokong dan petugas BN sudah meninggalkan Hulu Selangor sebenarnya, selepas mencongak calon mereka itu memang kalah. Malah, pemimpin MIC sendiri seperti Samy Vellu awal-awal lagi sudah cabut dan angkat kaki, Buktinya beliau tergesa-gesa hadir ketika pengumuman keputusan di buat malam tadi, setelah mendapat laporan PM dan TPM turut hadir secara tiba-tiba. Apapun, menang tetap menang dan keputusan bijak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan 13,000 nama pengundi berdaftar di Hulu Selangor telah memberi kekuatan buat BN. Apapun tahniah buat PKR kerana berjaya menarik kembali lebih 11,000 pengundi baru yang telah dipindahkan oleh SPR itu. Maknanya, PKR juga menang untuk menggagalkan strategi awal BN untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 6,000 undi itu. Salam perjuangan buat semua petugas!!].

Sunday, April 25, 2010

Terkini Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor


9.20 pm - Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan.

8.45 pm
- Kelihatan YB Tian Chua (MP Batu), YB Fuziah Salleh (Pengarah Pilihanraya PKR), YB Zuraida (MP Ampang) serta beberapa orang pemimpin PKR mengambil tempat masing-masing. Seketika kemudian calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim tiba diiringi oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga Lim Kit Siang (Pengerusi DAP). Tian Chua mengumumkan, PKR tewas kepada BN dalam keputusan terkini. Pemimpin lain turut berucap dan berharap penyokong bersabar. Mengejutkan, lain yang dijangka lain pula yang telah berlaku.

8.15 pm - Sesuatu yang diluar dugaan berlaku, mungkin dek kerana kehilangan 13,000 pengundi berdaftar parlimen Hulu Selangor maka tiba-tiba mendapat berita BN pula yang menang dengan majoriti melebihi 2, 000 undi. Ramai penyokong yang kecewa dengan senario terbaru itu. Pengumuman dibuat tentang ketibaan calon PKR dan pemimpin yang lain ke pentas utama di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu dibuat.

8.10 pm - Pengumuman keputusan dibuat dengan penuh sorakan daripada para penyokong PKR. Ramai yang menjangkakan PKR menang berdasarkan kepada banyak peti undi saluran 1 berjaya dimenanginya dan kawasan kubu kuat UMNO BN juga berjaya ditembusi. Maklumat awal mengatakan PKR menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

7.02 pm
- Penyokong Pakatan Rakyat kini sedang berhimpun di padang awam Stadium Mini Kuala Kubu Bharu bagi mendengar keputusan terkini Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang disiarkan secara langsung dari pusat penjumlahan undi.

5.10 pm - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong kelihatan memberi ucapan ringkas dan khabar tidak rasmi kepada penyokong 100 meter dari Pusat Pengundian Sek.Ren KJ (C) Khing Ming, bahawa PKR akan menang dengan majoriti melebihi 1,000 undi. Beliau mahu penyokong bertenang dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Malah beliau mahu penyokong bersedia meraikan kejayaan PKR yang akan diumumkan secara rasmi pada malam ini. Beliau juga sempat melaungkan "reformasi dan takbir" kepada penyokong. Apapun, keputusan rasmi ialah pada malam ini.

5.00 pm - Proses Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat dan sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini

4.40 pm
- Kelihatan ramai penyokong PKR yang berhimpun berhampiran Sek.Ren KJ (C) Khing Ming sebelum pengundian ditutup jam 5.00 petang. Anggota polis dilihat sedang berbincang sesuatu. Dipercayai mereka mahu kebenaran untuk melihat sama ada ada undi "hantu" di bawa masuk oleh pihak tertentu. Walau bagaimana pun pihak polis tidak membenarkan, ia menyebabkan timbul sedikit keekcohan. Kelihatan ramai anggota FRU sedang berkawal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

3.20 pm
- Seramai 43,333 orang atau 67.18 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga pukul 3 petang ini.

2.30 pm
- Berlaku pergaduhan di Pusat Pengundian Felda Sg.Buaya, dimana beberapa orang petugas BN telah menyerang penyokong PKR yang berada berhampiran pusat pengundian. Difahamkan kekecohan berlaku bila ada petugas BN yang turut menggunakan senjata tajam. Apapun pihak polis berjaya mengawal keadaan, biarpun ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

1.30 pm - Sejumlah 36,650 orang atau 56.82 peratus daripada 63,701 pengundi biasa telah pun keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

2.00 pm - Kekecohan berlaku di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Kelihatan beberapa orang anggota polis FRU mengawal keadaan. Dipercayai penyokong BN sengaja melontarkan objek ke arah penyokong PKR. Kekecohan dikatakan berpunca dari sikap tidak puas hati puak-puak BN selepas bertegang leher selama beberapa minit selepas itu.

9.30 pm - Kami meninjau di lokasi pertama dekat Pekan Kuala Kubu, suasana hari pengundian kelihatan agak lengang dan kekecohan tidak jelas berlaku di sini, mungkin kerana ramai petugas yang keletihan akibat tidur lewat malam tadi. Sejumlah 48 pusat mengundi di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi dibuka untuk pengundian hari ini.

9.30 pm - Kami meninjau di lokasi pertama dekat Pusat Pengundian Sek.Ren JK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Bharu, suasana hari pengundian kelihatan agak lengang dan kekecohan tidak jelas berlaku di sini, mungkin kerana ramai petugas yang keletihan akibat tidur lewat malam tadi.

4.00 am - Beberapa orang ahli Angkatan Muda Keadilan (PKR) termasuk Samsul Iskandar (Ketua) dan Faris Musa (Timbalan) telah berjaya menangkap beberapa buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu. Difahamkan, jumlah mereka mencecah 1,000 orang dan berpakaian baju 1Malaysia. Alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah kesemua mereka petugas BN yang baru tiba. Malah pihak polis telah menghalang tindakan mereka menahan bas-bas terbabit. Akhirnya pihak AMK terpaksa beralah kerana hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang berada di situ berbanding jumlah polis dan pengundi hantu yang agak ramai.

Saturday, April 24, 2010

Panas: Muhyiddin Dan Puak UMNO BN Makin Gila Meroyan, Janji-Janji Manis Kini Terus Ditaburkan Demi Meraih Undi Simpati Rakyat Hulu Selangor !

Nampaknya disaat-saat akhir tempoh berkempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, maka berbagai taktik yang mencurigakan terus dilihat berlaku di sini, terutamanya yang melibatkan puak-puak UMNO Barisan Nasional. Semua ini terpaksa dilakukan demiusaha untuk meraih simpati rakyat kononnya hanya BN yang layak memerintah negara ini, sedangkan rakyat telah tahu bahawa puak-puak BN telah banyak merompak wang rakyat untuk mengembongkan tembolok masing-masing. Kini pemimpin UMNO BN terutamanya "taiko" mereka iaitu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto) bertambah rakus dan semakin "gila meroyan" untuk menarik pengundi memangkah mereka dalam hari pembuangan undi pilihanraya kecil itu esok. Berdasarkan statistik terkini juga, masih menunjukkan PKR masih mendahului undi popular dengan 57% manakala BN hanya berjaya mendapat 43% setakat ini. Biarpun ada pihak yang meragui statistik ini, namun harus diingat ia disalurkan sendiri oleh SPY Pakatan Rakyat yang berada dalam kem UMNO BN sekarang ini. Paling menarik kini, limpahan projek pembangunan terus dijanjikan kepada pengundi Hulu Selangor dengan syarat mereka memangkah BN. Itu syaratnya, maknanya jika tidak memangkah BN projek akan ditarik balik. Inilah modal yang digunakan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Inilah yang berlaku kepada pengundi di Pilihanraya Kecil Manek Urai dulu.

Mereka dijanjikan jambatan oleh Muhyiddin Yassin kiranya memangkah calon BN. Maka, majoriti penduduk di kawasan terbabit terutamanya yang berdekatan dengan projek yang dicadangkan itu memangkah BN. Namun, takdir penetu segalanya apabila BN tetap kalah dengan majoriti tipis ketika itu. Soalnya, janji Muyiddin mahu membina jambatan jika pengundi memangkah calon BN tetapi bukan bermakna menangkan calon BN. Ini bezanya, maka akhirnya penduduk Manek Urai terus dinafikan hak yang telah dijanjikan. Begitulah juga janji-janji manis pemimpin BN di pilihanraya kecil yang lain. Mereka hanya pandai berjanji tetapi janji yang bersyarat. Kasihan kepada pengundi dan rakyat yang menyokong mereka. Tertipu akhirnya bersama labu-labunya. Kini perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor. Rakyat terus dijanjikan dengan berbagai habuan hatta yang tidak pernah mereka impikan langsung selama ini. Apakah ini caranya, BN mendahulukan rakyat agaknya. Bagaimana pula dengan rakyat di kawasan lain yang kini dinafikan hak untuk mendapat kemudahan yang sama. Ternyata, puak-puak UMNO BN hanya menghantar pembangunan ketika musim pilihanraya, selepas menang atau tewas maka kawasan terbabit akan menjadi sepi dan lengang. Malah, segala projek yang dijanjikan akan tinggal kenangan sehinggalah pilihanraya umum akan datang. Begitulah pusingan roda penipuan UMNO BN terhadap rakyat sejak sekian lamanya. Apakah rakyat Hulu Selangor juga akan tertipu pula pada kali ini?

Mundur, Apa Kerja Tiga ADUN BN Hulu Selangor ?

Sungguh melucukan apabila dalam keghairahan mereka berkempen mengatakan kawasan Hulu Selangor mundur dan tiada pembangunan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor , iaitu Allahyarhan Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad maka mereka sebenarnya menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN itu sendiri sebenarnya. Buktinya, ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN iaitu Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim), Hulu Bernam ( Mohamed Idris Abu Bakar) dan Kuala Kubu Bharu (Wong Koon Mun). Makanya, apa kerja yang dibuat oleh ketiga-tiga ADUN BN ini sebenarnya. Rakyat sendiri tahu bahawa mereka menikmati peruntukan yang sewajarnya untuk membangunkan kawasan masing-masing, kerana mereka mewakili Barisan Nasional. Berbeza dengan Ahli Parlimen PKR hany telah dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukkan oleh kerajaan UMNO BN itu sendiri. Bagaimana harus wakil rakyat terbabit ingin membawa projek pembangunan, sedangkan semua projek itu dikawal oleh Kerajaan Pusat?. Apakah terlalu bodoh rakyat ingin mempercayai cakap puak-puak UMNO BN bahawa wakil rakyat PKR itu tidak membawa projek pembangunan langsung ke Hulu Selangor?. Oleh itu, tindakan media arus perdana mendedahkan berbagai kemunduran yang berlaku di Hulu Selangor mutakhir ini jelas sekali telah "membuka pekong di dada" sebenarnya. Makanya, terbukti kini bahawa ADUN-ADUN terbabit "goyang kaki" dan tidak membuat apa-apa kerja sejak dua tahun yang lalu. Maka itulah, rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang. Kepincangan yang ditonjolkan di media arus perdana jelas sekali melambangkan sikap sebenar wakil rakyat mereka sebenarnya.

[Secara keseluruhannya sokongan rakyat dilihat begitu menakjubkan dalam setiap kali ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Ceramah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hj.Hadi Awang di malam terakhir dekat Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi (24 April) telah berjaya menarik lebih 30,000 orang pendengar. rakyat hadir berbondong-bondong dari seluruh negara untuk memberi sokongan kepada calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim malam tadi. Melihat kepada sokongan rakyat ini ternyata, peluang PKR untuk terus mengekalkan kerusi parlimen Hulu Selangor seolah-olah bakal menjadi kenyataan].

Friday, April 23, 2010

Terkini: Info Sulit, Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim Mendahului Sokongan Rakyat Untuk Memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor Ini

Maklumat terkini kedudukan sokongan rakyat dan pengundi berdaftar Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekarang ini masih lagi berpihak kepada Pakatan Rakyat 65% dan Barisan Nasional 35%. Jika senario ini terus berkekalan maka harapan untuk melihat Datuk Zaid Ibrahim menewaskan calon BN, P.Kamalanathan dengan majoriti yang lebih besar pasti akan tercapai. Apapun masih ada sehari lagi kempen pilihanraya itu. Seperti biasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat senantiasa dibanjiri dengan ribuan rakyat namun ceramah BN hanya beberapa kerat penduduk yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sumbangan kebajikan yang ditawarkan. Melihat kepada apa yang berlaku, ternyata rakyat amat menghargai segala jasa dan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka, biarpun baru dua tahun memerintah negeri ini. Mereka lebih tahu, siapakah sebenarnya yang benar-benar mahu membela nasib rakyat. Malahan, limpahan pembangunan dan projek-projek yang dijanjikan oleh puak-puak UMNO BN itu sebenarnya sengaja untuk memperbodohkan rakyat Hulu Selangor. Walhal, mereka semua masih ingat lagi penghinaan yang dibuat oleh bekas MB Selangor Khir Toyo dulu. Suasana kempen nampaknya semakin agreasif biarpun tidak ada kejadian keganasan dilaporkan berlaku seperti semasa hari pencalonan dulu. Apapun, maklumat terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa. Teruskan sokongan anda dan pastikan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan !

[Info terkini ini kami perolehi daripada pihak yang boleh dipercayai dan menyimpan banyak maklumat tentang pilihanraya ini. Oleh itu, senandainya maklumat ini sahih dan terus berkekalan maka sudah pasti ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat kerajaan UMNO BN yang telah menjanjikan jutaan ringgit kepada rakyat di Hulu Selangor. Apakah janji hanya sekadar tinggal janji atau akan dikotakan. Kerana Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu bakal menanti dalam masa terdekat ini. Jika janji BN itu sekadar permainan mulut semata-mata, maka sudah pasti rakyat di Sibu pula akan menolak mereka selepas ini. Inilah yang amat menghantui kepala otak pemimpin UMNO BN, hingga tergamak menghantar Mantan PM Mahathir untuk turun berkempen di Hulu Selangor semalam].

Sandiwara: Akhirnya Dua Bekas Exco Perak Yang Dikatakan Terlibat Rasuah Itu Dibebaskan Oleh Mahkamah Atas Skrip Dan Arahan Puak UMNO !!

IPOH, 22 April [3.22 pm] - Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54. Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas. Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32. Kesemua mereka telah menghadapi 16 tuduhan rasuah yang berkaitan dengan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta dekat Seri Iskandar.

[Ternyata pembebasan kedua-dua bekas Exco Perak ini adalah atas arahan dan "skrip UMNO" itu sebenarnya. Maka itulah mereka tidak takut dan hairan dengan hukuman yang bakal diterima. Apa yang penting kedudukan mereka selamat selepas "lompat parti" dan bertindak khianat menyokong BN sehingga mencetuskan rampasan kuasa di bumi Perak. Tindakan jahat kedua-dua "petualang rakyat" Perak ini tidak akan dimaafkan oleh seluruh rakyat, bahkan mereka akan terus dihina dulu, kini dan pasti buat selama-lamanya. Awal-awal lagi memang kita sudah tahu perancangan mereka ini adalah sandiwara politik sebenarnya].

JAIS Larang MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Berceramah Atau Kuliah Maghrib Dalam Masjid Dan Surau Di Sekitar Kawasan Hulu Selangor !!

SHAH ALAM 23 April [2.33 pm] - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor. Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan sebelum ini.

[Inilah dia bukti jelas betapa takutnya puak-puak UMNO BN kepada kelibat tokoh ulamak seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz ini. Maka lahirlah "syaitan-syaitan bisu" yang cuba untuk menghalang kebenaran dan Islam itu disampaikan kepada rakyat. Atas alasan ia adalah arahan pihak istana, walhal umum mengetahui bahawanya skrip yang dibacakan oleh Sultan itu adalah disediakan oleh mereka sendiri. Maka itulah mereka sewenang-wenang mahu menggunakan kuasa raja untuk menghalalkan segala cara jahat yang dilakukan oleh puak-puak mereka selama ini]

Kes Liwat: Anwar Failkan Notis Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Menolak Permohonan Dakwa Saiful Atas Kesalahan Qazaf

KUALA LUMPUR 23 April [12.32 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang menolak permohonannya untuk dapatkan perintah bagi mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawah kesalahan qazaf. Notis rayuan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

[Terkadang kita merasa malu dan hairan dengan undang-undang Islam di negara kita. Namanya undang-undang syariah yang bertujuan membicarakan kes jenayah syariah Islam. Bahkan undang-undang juga telah termaktub untuk dilaksanakan termasuk "Qazaf" itu sendiri. Namun, anehnya ada pula Menteri Agama, Pegarah Jabatan Agama dan Pendakwa Syarie yang kesemua merupakan orang Islam tiba-tiba cuba menghalang perlaksanaannya. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Sudahlah undang-undang sedia ada dipinda dan tidak diikut apa yang terkandung dalam "Hudud Islam" itu sendiri. Kini mereka pula mempersendakannya atas pengaruh politik yang cukup keterlaluan. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti bala Allah akhirnya akan diturunkan di bumi ini akibat sikap umat Islam itu sendiri sebenarnya. Justeru itu, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada penguasa agama yang kini sanggup diperalatkan serta rela menjadi "Syaitan Bisu" dan takut untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan di dalam kita Al-Quran itu]

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Failkan Saman Terhadap MB Khalid Ibrahim Serta Exco Yaakob Sapari Atas Tuduhan Kononnya Cuba Menfitnah

SHAH ALAM 23 April [11.58 am] - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim dan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut sejumlah gantirugi kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu. YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom (foto) sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Abd. Khalid dan Yaakob Sapari membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi. Saman ini merupakan tindakan mahkamah yang ketiga dilakukan oleh pihak YBK.

[Isu YBK di Selangor nampaknya begitu hangat hingga ada tindakan saman menyaman. Namun rakyat sebenarnya lebih sedar yang mana intan yang mana kaca. Amatlah tidak logik YBK menubuhkan sebuah syarikat atas namanya sendiri, bukankan mereka bercadang untuk membuat sesuatu projek dalam bentuk komersial sedangkan kewujudan YBK itu sendiri adalah lain dari matlamatnya. YBK Selangor dipercayai telah disalah gunakan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yang gila kuasa dan tamakkan harta. Di Pahang pun begitu, YBK langsung telah dibubarkan beberapa tahun yang lalu. Soalnya, mana perginya jutaan duit yang ada dalam kantung YBK Pahang itu agaknya. Tunggu pendedahannya].

Hulu Selangor: Label Datuk Zaid Ibrahim Katak, Terbukti Mahathir Kini Si Munafik Nyanyuk Yang Semakin Lupa Diri Serta Tersesat Jalan Pulang !!

Sungguh malang nasib mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad (foto), setelah sekian lama dihina oleh rakyat tiba-tiba kini beliau sengaja mahu menghina dirinya sendiri pula. Kelibat Mahathir yang dilihat mula menyelinap masuk ke Hulu Selangor, jelas sekali bakal menambahkan derita penyokong BN dan melengkapkan lagi tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat sebenarnya. Beliau yang telah menghancurkan masa depan rakyat dengan dasar penswastaan negara serta bangga dengan projek-projek mega yang menelan berbilion-bilion ringgit duit rakyat itu dilihat akan menjadi liabiliti baru kepada UMNO BN sebenarnya. Apa rasionalnya untuk orang tua "nyanyuk" seperti Mahathir ini turun berkempen?. Masihkan kita ingat tatkala beliau sebagai PM menghina janggut Nabi Muhammad SAW bahkan menolak cadangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukuk Allah iaitu Hudud tertegak dimuka bumi ini?. Bukankah nyata dan jelas Mahathir sebenarnya orang munafik yang perlu diperangi akibat keegoaan dan keangkuhannya sejak sekian lama. Kita sangkan, di akhir hayatnya Mahathir akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Tambahan pula selepas dirinya mendapat kehinaan tatkala Pak Lah memegang tampuk kuasa dulu. Beliau juga sesekali berceramah di pentas pembangkang selepas dilarang oleh kerajaan UMNO BN pimpinannya dulu. Pernah disembur dan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini. Sangkaan kita Mahathir ini akan mati dengan keinsafan dalam usia senja "rumah kata pergi, kubur kata mari".

Sekurang-kurangnya beliau bertaubat kepada Allah atas segala ketelanjuran, kezaliman dan penindasan yang dilakukan kepada rakyat selema 22 tahun berkuasa dalam negara ini. Beliaulah sebenarnya "bapa sekular Malaysia" sama seperti Kamal Altartuk di Turki dulu. Kini, Mahathir menjual kembali maruahnya dengan berceramah di pentas BN di Hulu Selangor. Malah kenyataan beliau bahawa hanya BN sahaja yang boleh melakukan proses kemajuan terhadap negara ini, jelas sekali menunjukkan dia sudah tidak percaya kepada Yang Maha Kuasa (Allah Yang Esa). Mahathir masih lagi dibuai keindahan dunia tanpa mahu membuat persediaan untuk pulang ke rahmatullah. Hinanya Mahathir jika inilah sikap yang ditunjukkan beliau sekarang. Paling melucukan apabila dia dengan bangga menyamakan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim seperti katak (Ibrahim Ali Al-Kataki), dan merayu supaya rakyat memangkah calon BN, P.Kamalanathan. Kenyataan Mahathir itu jelas sekali melambangkan kedangkalan dan kebodohan dirinya kini sudah ditahap bebal. Ini kerana belum ada pemimpin UMNO BN yang masih berada di tampuk kuasa sebagai menteri sanggup melepaskan jawatan tersebut dan kembali kepada rakyat. Maka, tindakan Zaid tidak sama dengan lain-lain pemimpin pembangkang yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali atau masuk UMNO. Zaid sebenarnya keluar dari "lubuk duit" dan kembali ke "lubuk air mata rakyat".

Apakah dia boleh dianggap "katak" seperti yang dikatakan oleh Mahathir. Zaid keluar dari dunia kehinaan kepada dunia yang lebih bermaruah. Beliau mengambil keputusan untuk tidak terus bersekongkol dengan kerajaan yang zalim, rasuah, korupsi serta tidak melaksanakan tuntutan Islam. Apakah ini salah disisi rakyat?. Memang benar ketika di dalam UMNO, beliau bergelumang dengan pelbagai maksiat termasuk apa yang diperkatakan oleh puak UMNO itu. Namun, kini beliau telah keluar dari "lubang maksiat" dan kembali memperhambakan diri kepada rakyat. Nilai Zaid tidak sama dengan nilai lain-lain pemimpin politik pembangkang yang masuk UMNO seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Ezam Md Noor, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim, Fairuz Khairuddin serta lain-lain lagi itu. Buktinya, kini Zaid dijulang sebagai pempimpin rakyat tetapi tidak semua pengkhianat yang melompat UMNO itu. Mereka kini terus terhina dek kesilapan diri sendiri. Malah, tidak ada lagi suara rakyat yang mahu mendengar kokokan pemimpin terbabit dalam setiap kali ceramah mereka. Berbeza dengan Zaid, selepas masuk PKR beliau kini bertambah popular di hati rakyat dan bukan didada media arus perdana. Maka itu Mahathir tidak layak untuk menghina penghijrahan Zaid ini, kerana beliau sebenarnya sudah kembali ke pangkal jalan dan berada di landasan yang benar (politik). Berbeza dengan Mahathir yang semakin tua semakin nyanyuk dan kini beliau memang suda tersesat jalan untuk pulang.

[Oleh itu rakyat terutamanya para pengundi di Parlimen Hulu Selangor diseru supaya berhati-hati bila mendengar ucapan Mahathir ini. Jika Zaid digelar katak maka Mahathitr itu adalah Firaun yang telah merosakkan rakyat Malaysia sejak sekian lama. Semoga kehadiran Mahathir ke Hulu Selangor ini akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap parti haprak "UMNO dan Barisan Nasional" itu hendaknya. Apa yang jelas, menghantar Mahathir turun berkempen adalah strategik terdesak UMNO BN untuk merampas kerusi parlimen tersebut selepas mereka gusar melihat sokongan rakyat semakin membuak-buak terhadap PKR sekarang ini. Bairpun SPR dipergunakan untuk memindahkan lebih 13,000 pengundi berdaftar, namun mereka juga risau dengan ribuan pengundi baru yang masuk senarai juga pengundi sedia ada yang termakan budi akibat kabijakan mereka yang terbela selama dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor itu sebenarnya. Inilah yang akhirnya membawa kepada turunya mantan PM Mahathir ke Hulu Selangor !!].

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor: Terbongkar Jua, Modus Operandi Perpindahan Beribu-Ribu Pengundi Berdaftar Di Rancang Rapi Oleh SPR Itu Sendiri Sebenarnya !!

Ramai yang meramalkan UMNO BN akan menang besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada "kehilangan misteri" lebih 13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu yang telah dipindahkan "secara paksa" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR bahawa ada 13,488 nama pengundi berdaftar yang dipindahkan rupanya bukan "fitnah semata-mata". Malah ia disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas itu. Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya perpindahan berlaku atas permohonan pengundi terbabit. Masalahnya, rata-rata pengundi yang ditemui tidak pernah memohon untuk membuat pertukaran tersebut. Soalnya kenapa ia berlaku, dan kenapa kerajaan takut isu tersebut dibahaskan di parlimen bahkan ditolak bulat-bulat atas alasan tidak ada kepentingan awam di situ. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan merancang untuk menjatuhkan maruah Anwar di Hulu Selangor. Ramai yang terkejut dengan kehilangan begitu besar nama pengundi itu.

Bayangkan, kiranya kesemua yang hilang itu adalah pengundi PKR dalam pilihanraya lalu. Makanya, sudah pasti BN berpeluang menang dengan majoriti lebih besar dari yang dimilik PKR iaitu 198 dulu. Harus diingat BN menewaskan calon PAS, Dato' Ismail Kamus sebelum itu dengan majoriti melebihi 14,000 undi. Ini bermakna, SPR diarahkan melaksanakan tanggungjawab agar memastikan nama-nama pengundi PKR itu dinafikan hak untuk mengundi. Soalnya, bagaimanakah modus operandi itu dilakukan? Sedangkan Wan Ahmad SPR secara jelas mengatakan bahawa perpindahan itu sudah berlaku agak lama juga dan tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor. Apakah kita boleh percaya ia tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil, sedangkan kita tau SPR adalah komponen BN yang tidak berdaftar secara sah. Makanya, kami cuba menyelidikan tektik dan strategi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) ini. Ternyata, SPR begitu licik mengatur strategi. Berdasarkan laporan perubatan hospital ternyata Ahli Parlimen PKR ketika itu iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (foto) tidak berpeluang untuk hidup lama berdasarkan kepada penyakit yang dialaminya. Samalah kepada penilaian doktor pakar terhadap mana-mana pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan sebagainya.

Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih atau tiada harapan untuk pulih. Lantaran itulah SPR diarahkan oleh UMNO untuk mendapatkan maklumat dari hospital tentang kesihatan Allahyarham Datuk Dr.Zainal. Hasil maklumat doktor terbabit, maka mudahlah untuk SPR membuat percaturan atas perkara memindahkan nama-nama pengundi berdaftar tersebut. Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari untuk memastikan projek ini berjalan lancar tanpa disedari. Hinggalah kematian Datuk Dr.Zainal diumumkan dan ramai rakyat terutamanya penduduk Hulu Selangor tersentak dengan perkara itu, tetapi tidak bagi SPR. Kakitangan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab lebih awal untuk memastikan projek menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor itu tercapai. Akhirnya ia berlaku dan mereka boleh mengatakan apa sahaja seolah-olah perpindahan pengundi itu tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil kerana ia telah dilakukan sejak dari awal lagi. Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan menang kerana mereka sudah menyediakan bukti-bukti kukuh tentang perkara ini. Sebaliknya bagi PKR dan Pakatan Rakyat, kita hanya mencongkak hari-hari terakhir Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tanpa memikirkan perpindahan pengundi itu berlaku.

[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak neyedari nama mereka telah ditukarkan diluar pengetahuan mereka. Apa yang boleh dilakukan kini?. Nasi sudah menjadi bubur dan SPR berjaya menipu rakyat sekali lagi dengan modus operandi yang cukup licik. Apapun, takdir yang akan menentukan. Mereka merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang paling utama. Pastikan perkara ini tidak berlaku di masa akan datang. Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan nama pengundi tidak berubah biarpun pilihanraya kecil belum tentu berlaku lagi. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang paling utama dari terus terkejut dengan apa yang terjadi. Apa pun, SPR tetap khianat kepada rakyat dan gagal laksanakan tanggungjawab sebagai hakim pilihanraya sejak sekian lamanya].

Panas: Promosi Durian Runtuh Pilihanraya, Dua Pemimpin Angkatan Muda PKR Negeri Kelantan Pula Bertindak Keluar Parti Serta Masuk UMNO !!

HULU SELANGOR, 22 April [3.00 pm] - Seperti yang diperjelaskan terdahulu bahawa, mana-mana pemimpin atau ahli PKR yang mahu "durian runtuh" ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung ini maka mereka boleh membuat sidang media keluar parti dan masuk UMNO. Inilah yang berlaku kepada dua lagi pengkhianat rakyat, apabila secara tiba-tiba masuk ke dalam team "katak lompat" hari ini, Mereka yang berkenaan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad (foto) dan Setiausahanya, Ezri Zainal Abidin masing-masing mengisyhtiharkan keluar parti serta merta dan menjadi ahli UMNO. Alasan dangkal yang diberikan ialah "Kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Pusat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu kami sebagai anak Kelantan juga telah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) serta barisan kepimpinannya di Kelantan," katanya pada sidang akhbar di sini. Mereka turut menyerahkan borang permohonan keanggotaan UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed. Selain mereka, dijangka empat orang lagi pemimpin dan ahli PKR Perlis akan mengumumkan pendirian yang sama petang ini. Apapun, kita ucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin terbabit itu atas tindakan berani menjadi "Petualang Rakyat" itu..

[Tahniah yang pertama kerana akhirnya mereka menjadi pengikut Ibrahim Ali Al-Kataki yang mereka kutuk-kutuk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu selama ini. Tahniah yang kedua kerana mereka bakal menjadi "kadam" yang akan menjadi hamba kepada UMNO BN buat selamanya. Tindakan yang cukup memalukan, bahkan lebih malu dari berita pemimpin AMK Kelantan terlibat dadah baru-baru ini. Apapun, pembersihan secara "glokal" terus berlaku dan kemenangan semakin terlintas di depan mata kita sekarang ini. Terkadang lucu juga bila melihat 2,3,4 dan paling ramai pun hanya 7 orang pemimpin dan ahli PKR yang lompat parti ketika musim pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Apakah ini petanda PKR ditolak rakyat agaknya?. Lainlah kalau 2,000, 3,000, 4,000 dan 7,000 ahli PKR yang lompat parti, barulah moral penyokong Pakatan Rakyat akan merudum. Oleh itu, teruskan perjuangan !!].