Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Wednesday, June 30, 2010

Suku Akhir: Pasukan Paraguay & Sepanyol Layak

CAPE TOWN 30 Jun - Sepanyol mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Portugal 1-0 di Stadium Green Point awal pagi tadi. Gol Sepanyol dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-63. Dengan kemenangan itu, Sepanyol bakal bertemu Paraguay 4 Julai depan bagi meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir. Sementara itu di Pretoria, Paraguay mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan apabila tamat masa tambahan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld lewat malam tadi. Jepun gagal meraih gol pada penalti ketiga apabila sepakan Yuichi Komano terkena palang.

Tuesday, June 29, 2010

Iklaneka: Minyak Naik Harga?, Jom Ke Hotel Seri Malaysia Kuantan 8.00 Malam Ini Untuk Ketahui Rahsia Mendapat Rebat Atas Pembelian Minyak !!

KUANTAN, 29 Jun - Orang ramai, terutamanya yang ingin menjadi pengguna bijak adalah dipelawa hadir ke Hotel Seri Malaysia jam 8.00 malam ini. Ini berikutan, sebuah syarikat yang menawarkan kad previllage Shopping Voucher Reward (SVR) akan mengadakan satu taklimat khas berhubung keistimewaan menjadi pemegang kad mereka bila berbelanja di stesyen minyak terbabit. Anda bukan sahaja akan mendapat rebate atas pembelian minyak petrol dan diesel, malah juga berpeluang menjadi pengguna yang bijak untuk berbelanja di premis terbabit. Program ini dilancarkan semula di Kuantan selepas mendapat permintaan daripada orang ramai. Tambahan pula, pelancaran program ini dulu telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pertengahan tahun lepas di Padang MPK 2 dekat sini. Jika sebelum ini hanya Petronas yang menjalinkan usaha sama dengan SVR, kini sebuah lagi syarikat minyak gergasi antarabangsa bakal bersama iaitu Shell. Ini bermakna, semua pemegang kad eksklusif SVR nanti mempunyai dua pilihan untuk mendapat dua kuntungan yang berbeza. Disamping kad minyak, pengguna juga akan ditawarkan kad eksklusif Gold Card untuk bershopping dan menebus voucher bagi tujuan berbelanja. Merchant-merchant terpilih yang kini sudah bersama SVR ialah seperti pasaraya besar Giant, Tesco, Carrefour dan Kamdar. Manakala voucher restoran makanan segera pula ialah seperti KFC, Ayamas, Pizza, McDonald dan sebagainya. Apa yang paling menarik dalam program ini ialah disamping berbelanja dengan mendapat rebate anda juga berpeluang menjana pendapatan lumayan setiap hari sama seperti mereka yang terlibat dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Cuba bezanya di SVR, anda hanya perlu berbelanja minima sebulan sebanyak RM100 untuk mengisi minyak atau pun membeli belah di premis yang berkenaan. Sambutan kini amat menggalakkan bila SVR memperkenalkan pakej terbaru dengan harga yang lebih murah sekarang (harga lama RM188-RM198) untuk mendaftar (Info, klik Program Pengguna Bijak 2010).

[Susulan terdapat ura-ura akan berlaku kenaikan harga minyak dipasaran tidak lama lagi. Maka itu, semua rakyat Malaysia yang berminat digalakkan menjadi pengguna kad ini. Sekurang-kurangnya anda mengeluarkan wang untuk berbelanja dan anda juga akan mendapat keuntungan di kemudian hari. Ia lebih baik dari "belanja hangus" yang ada lakukan sejak sekian lama sebelum ini. Jadilah pengguna yang bijak mulai sekarang, demi masa depan hari esok. Bayangkan jika anda bijak memperkenalkan pelanggan baru kad ini, maka anda mempunyai peluang untuk berbelanja percuma setiap hari bahkan setiap bulan dengan kad ini. Maknanya, anda sudah menjimatkan sebahagian daripada bajet anda setiap bulan. Inilah dia target utama program hebat ini. Luangkan masa untuk hadir malam ini, sila SMS nama ke 012-385 4400 untuk tempahan tempat. Roadshow sedang diadakan di seluruh negara sekarang, nantikan SVR dilokasi anda atau daftar terus sekarang dengan menghubungi talian yang tertera ].

Piala Dunia: Brazil Tepati Ramalan Ke Suku Akhir

JOHANNESBURG 29 Jun - Brazil semakin hampir untuk memenangi Piala Dunia keenam selepas tewaskan musuh satu benua, Chile 3-0 dalam perlawanan pusingan kedua untuk menempah tempat ke suku akhir bertemu Belanda. Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh Juan, Luis Fabiano dan Robinho (foto)

Eksklusif: Gedung Ilmu Terus Dibiar Layu, Rakyat Kecewa Kerajaan Negeri Pahang Terus Pinggirkan Perpustakaan Awam Negeri Dari Arus Kemajuan !!

KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai di bandar ini kecewa dan hairan melihat sikap Kerajaan Negeri Pahang yang langsung tidak peka untuk membaik pulih bangunan perusatakaan awam negeri yang kini semakin uzur dan usang. Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang itu sudahlah terletak di kawasan tersorok, malah ia langsung tidak mengambarkan sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan yang wajar dikunjungi oleh rakyat Pahang. Menurut seorang pengunjung tetap ke perpustakaan awam yang menghubungi PDO berkata beliau agak hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah menutup sebelah mata untuk membiarkan bangunan yang menempatkan perpustakaan awam Pahang. "Sebelum ini memang saya ada dengar bangunan baru akan dibina di Tanah Putih, namun nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Malah saya juga hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu mengambil berat akan hal ini, sedangkan bangunan usang perpustakaan itu terletak di pintu masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini sendiri" katanya. Untuk makluman, bangunan perpusatakaan awam Pahang itu terletak diantara bangunan Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian Pahang (LKPP) dan Ibu Pejabat Polis kontijen Pahang di Jalan Gambut dekat sini. Malah bangunan tersebut juga terletak berhadapan dengan pintu masuk ke WismaPersekutuan dan Wisma Sri Pahang yang menempatkan Pejabat Menteri Besar itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa "gedung ilmu itu" dibiarkan terkulai layu sebegitu rupa di saat negeri-negeri lain sibuk membangunkan perpusatakaan awam negeri masing-masing untuk kemudahan rakyat.


Inilah rupa bentuk bangunan perpustakaan awam Pahang yang memang
sudah terlalu usang dan amat daif untuk dijadikan gedung ilmu itu


Pandangan dari luar pintu masuk, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang (kanan)
"Saya malu melihat kedaifan perpustakaan awam Pahang. Begitu jauh bezanya dengan tempat lain, seolah-olah kerajaan negeri ini langsung tidak peka untuk menjadikan rakyat bijak membaca. Kalau ditempat lain perpustakaan awam mereka sudah dibangunkan begitu canggih siap dengan kelengkapan ICT yang terkini serta kemudahan lain untuk menggalakkan rakyat membaca dan mendalami ilmu pengetahuan mereka. Tapi kenapa ia tidak berlaku di Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri" kata seorang pengunjung yang ditemui. Beliau juga hairan sikap MB Pahang yang tidak mengambil berat masalah tersebut sedangkan dia pernah menjadi Pengerusi perpustakaan awam itu sendiri. "Nampak benar MB tidak gemar rakyat membaca atau menambah ilmu pengetahuan" katanya. Keadaan yang daif itu memang amat mengejutkan bagi mereka yang pertama kali mengunjunginya. Malah ada sesetengah mereka yang tersesat akibat ketiadaan papan tanda ke perpustakaan yang diletakkan di jalan-jalan utama di bandar ini. Kedaifan perpustakaan awam Pahang ini juga selaras dengan laman web mereka sebenarnya. Kami cuba melayari laman web rasmi perpustakaan itu dan ternyata amat mengejut. Dengan sumber maklumat yang tida terkini dan maklumat yang "melepaskan batuk ditangga" menambahkan lagi bukti bahawa memang pihak berkenaan tidak berjiwa IT sebenarnya. Sebagai bukti sila klik sini. Kami cuba membeza laman web dari negeri lain terutamannya negeri jiran di Terengganu. Ternyata bezanya bagai "langit dengan bumi". Dengan bangunan yang canggih dan kemudahan yang terbaik ternyata Perpustakaan Awam Negeri Terengganu mengatasi Pahang. Malah laman web rasmi mereka juga jauh bezanya dengan Pahang. Klik bukti.


Cuba lihat bentuk perpustakaan awam Terengganu (kiri) dan Johor (kanan)
yang begitu canggih dan amat memuaskan rakyat untuk mendapatkan ilmu


Bukti, muka depan laman web rasmi perpustakaan awam Terengganu
(kiri) dibandingkan dengan laman web perpustakaan awam Pahang
Tambah mengejutkan lagi, kedaifan dan keusangan bangunan Perpustakaan Awam Negeri Pahang ini semakin tercemar bila dibandingkan dengan perpustakaan daerah di negeri ini. Apakah masalah yang berlaku sebenarnya, hingga pihak kerajaan gagal untuk membangunkan sebuah bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang sudah teralu tua ditelan dek usia itu?. Bukankan perpustakaan itu merupakan gedung ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan, makanya kenapa ia tidak dibaik pulih supaya dapat menarik perhatian rakyat untuk berkunjung dan minat membaca di situ. Jika inilah keadaannya, maka kami yakin rakyat Pahang akan ketandusan ilmu untuk masa yang akan datang.


Bangunan Perpustaakaan Awam Desa Bandar Tun Razak, Muadzam Shah
ini lebih selesa dan sempurna dari perpustakaan awam negeri di Kuantan


Bangunan Perpustaakaan Awam Cameron Highlands dan Rompin (kanan)
juga jauh bezanya dengan Perpustakaan Awam Negeri Pahang itu sendiri

[Teguran ini terpaksa dibuat selepas PDO menerima banyak rungutan daripada rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan. Ramai yang tidak percaya begitu rupanya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, lokasi yang tersorok, tersepit antara bangunan dan masih berdindingkan papan di saat pembangunan yang merimpah ruah tiba sekarang ini. Walhal, MB Pahang itu sendiri pernah menjadi dan masih lagi merupakan Pengerusi Perpustakaan terbabit. Sedar atau tidak, bangunan sedia ada perlu dirobohkan dan bangunan baru perlu didirikan segera selaras dengan perkembangan zaman. Semoga pihak terbabit dapat cari jalan penyelesaiannya demi memulihkan imej gedung ilmu di Pahang ini].

Piala Dunia: Belanda Tempah Tiket Ke Suku Akhir

DURBAN, 29 Jun - Arjen Robben (foto) dan Wesley Sneijder menjaringkan gol di setiap separuh masa bagi membantu Belanda mencatat kemenangan 2-1 ke atas Slovakia dan menempat tempat ke saingan suku akhir Piala Dunia 2010 malam tadi. Belanda berada di depan pada minit ke-19 apabila Robben mara dari ke bahagian dalam petak penalti dari bahagian kanan dan menjaringkan gol melalui rembatan rendah pada jarak 20 meter. Sneijder menggandakan jaringan pada minit ke-84, manakala gol saguhati Slovakia disumbang Robert Vittek melalui sepakan penalti pada masa kecederaan.

Monday, June 28, 2010

Anwar Merujuk Mahkamah Persekutuan Selepas Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan Beliau Untuk Mendapatkan Semua Kenyataan Si Saiful !!

PUTRAJAYA, 29 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas. Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya, Karpal Singh tengah hari semalam. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu. Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd. Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya. Katanya, Mohd. Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tanpa kerelaannya, tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

[Ramai yang sudah tidak yakin dengan perjalanan kes liwat II ini sebenarnya. Segala hak yang termaktub dalam undang-undang terhadap tertuduh dinafikan oleh pihak yang berkenaan. Mereka seolah-olah mahu menyiapkan skrip agar Anwar kembali ke penjara Sg.Buloh tanpa ada sebarang halangan. Malah, perbicaraan yang jelas bukan untuk mencari keadilan itu amat menjengkelkan kita. Mana mungkin tertuduh dihalang sebegitu rupa untuk mendapat perbicaraan yang adil bagi mencari kebenaran jika segala-galanya dihalang, hinggakan laporan polis yang boleh dibeli dengan harga RM2 itu pun tidak mahu diberikan kepada peguam Anwar. Ini bermakna, Anwar sekali lagi berhadapan dengan "manusia seperti Rahim Noor", dimana beliau akan dibelasah hidup-hidup dengan tangan bergari dan mata tertutup. Akhirnya beliau yang menjadi mangsa kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan itu sendiri. Inilah yang menakutkan kita apabila undang-undang diperlekehkan].

Piala Dunia: Argentina & Jerman Ke Suku Akhir !!

JOHANNESBURG, 28 Jun - Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan. Penyerang Manchester City, Carlos Tevez (foto) menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33. Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71. Jerman pula berjaya menewaskan pasukan England dengan jaringan 4-1 untuk melayakkan diri ke suku akhir lewat malam semalam.

Sunday, June 27, 2010

Sensasi: Kekal Pendakwah Bebas, UMNO Ternyata Kempunan Bila Dr.Asri Sahkan Tidak Akan Sertai Mana-Mana Parti Politik Tanahair Buat Masa Ini !

PETALING JAYA, 27 Jun - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto) yang diwar-war akan menyerahkan borang sebagai ahli UMNO malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini. katanya. Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik. "Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik. "Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,""Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain. "Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau. Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

[Dengan keputusan ini maka ianya membuatkan puak-puak UMNO "kempunan" untuk mendapatkan Dr.Asri yang telah digembar-gemburkan pada awalnya. Malah kenyataan awal mereka bahawa beliau dan 100 orang ulamak bakal sertai UMNO langsung tidak menjadi kenyataa. Hanya yang ada ialah "40 Ular Dalam Semak" yang telah dibelit ekornya untuk memperhambakan diri kepada UMNO. Ulamak inilah yang akan menyokong segala kebobrokan yang dilakukan oleh UMNO tidak lama lagi. Mereka dimasukkan kerana ketika isu "Judi Bola" dihebohkan sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun ulamak UMNO yang membantah keputusan kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi kepada Ascort Sport Sdn Bhd. Nyata, mana-mana ulamak yang menyertai UMNO bakal mendapat title "syaitan bisu" sebenarnya. Tahniahlah kepada Dr.Asri Zainul Abidin yang akhirnya berani keluar dari gelaran itu].

Edisi Sukan: Tahniah Buat Datuk Lee Chong Wei, Tewaskan Taufik Hidayat 21-19, 21-8 Untuk Pingat Emas Perseorangan Lelaki Terbuka Indonesia !!

Biar pun beliau dikatakan sudah "lembek dan tidak ada kelas" ketika tewas kepada Lin Dan dari China dalam perlawanan separuh akhir badminton Piala Thomas di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, namun jauh perseorangan negera Datuk Lee Chong Wei masih mempunyai kelas tersendiri sebenarnya. Beliau membuktikan sememangnya dia adalah pemain nombor satu dunia apabila menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat di Stadium Istora Senayan, Jakarta hari ini. Beliau memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki akhir bila membenamkan Taufik 21-19 dan 21-8. Dengan kemenangan itu juga, ia berjaya menutup mulut sesetengah pemerhati dan peminat badminton tanahair yang mempertikaikan kewibawaannya selepas tewas mudah kepada Lin Dan dulu. Malah, kemenangan Chong Wei ini adalah "hatrick" selepas memenanginya dalam dua kejohanan terdahulu. Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan kemenangan ini, tambahan pula amat sukar bagi mana-mana pemain luar untuk menakluki Istora Senayan selama ini. Kemenangan ini juga adalah merupakan hadiah khas buat seluruh rakyat Malaysia yang sudah sangsi dengan keupayaan beliau itu sebenarnya.

Saturday, June 26, 2010

Piala Dunia: Sepanyol, Chile Ke Pusingan Kedua !!

PRETORIA 26 Jun – Jaringan David Villa (foto) pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36 membawa Sepanyol menjuarai Kumpulan H apabila menumpaskan Chile 2-1 di Stadium Loftus Versfeld awal pagi ini. Chile yang bermain dengan 10 pemain bagi tempoh 53 minit pula mendapat gol sagu hati hasil jaringan pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46. Dengan kekalahan itu, Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan sementara Chile menempuh laluan berduri menentang Brazil sehari sebelum itu. Sementara itu di BLOEMFONTEIN, Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan itu terkeluar daripada saingan Piala Dunia kali ini.

Sensasi: Tahniah .. Akhirnya Kerajaan UMNO BN Pimpinan PM Najib Razak Akur Kehendak Rakyat Agar Membatalkan Kelulusan Lesen Judi Sukan !!

Walau pun agak terlambat mengeluarkan keputusan, namun kami ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan PM Najib Razak kerana akhirnya akur akan kehendak rakyat agar tidak meluluskan lesen judi bola. Keputusan ini juga selaras dengan laungan keramat Najib bahawa "rakyat didahulukan". Mana yang baik kita perlu sokong, agar sekurang-kurangnya kerajaan yang ada peka dengan kehendak rakyat itu sendiri. Biarpun sebelum ini hanya pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) sahaja yang beriya-iya benar mahu tindakan tegas diambil oleh kerajaan. Kini nyatakan bantahan tersebut telah mendapat sokongan daripada banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga dari kalangan parti UMNO sendiri. Malah, terbaru Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan kenyataan yang sama terhadap isu ini. Sebelum itu UMNO Johor, Kedah dan Perak telah awal-awal lagi menyatakan bantahan mereka. Keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen judi bola kepada Ascort Sport Sdn Bhd itu telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Dalam satu kenyataan, Najib menegaskan bahawa memang terdapat perbezaan pendapat tentang isu ini sebenarnya namun akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Malah keraaan katanya bertindak membatalkan keputusan mengeluarkan lesen judi sukan tersebut berdasarkan kepada pertimbangan agama dan kesan politik jangka panjang parti itu. Dengan keputusan ini ia secara jelas mematikan suara mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang cuba untuk campur tangan supaya lesen judi bola itu diluluskan kepada proksinya Vincent Tan. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa isu ini bukanlah hanya untuk kepentingan politik semata-mata, malah ia menjangkau batasan agama dan peradaban sesuatu tamadun itu sebenarnya. Malah, memang tidak ada ajaran mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan dan menggalakkan penganutnya berjudi.

[Cuma, besarlah harapan kita agar keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini adalah ikhlas dan bukan sekadar retorik politik semata-mata. Kita tidak mahu nanti, ada keputusan lain "under table" yang diberikan kepada pihak yang berkenaan setelah mereka mengemukakan rayuan atau pun desakan oleh dalaman pemimpin karat UMNO seperti Mahathir, Rafidah dan lain-lainnya. Dengan pembatalan ini, maka adakah NGO Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diteruskan pada 3 Julai ini agaknya. Adalah lebih elok ia ditanggungkan dulu untuk melihat perkembangan seterusnya. Apapun, kini terbukti apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat supaya kerajaan batalkan hasrat tersebut akhirnya diterima jua. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan UMNO BN kini sudah mula sedar betapa hebatnya suara rakyat. Sewajarnya dalam apa jua perkara pun, rakyat amat perlu didahulukan].

Friday, June 25, 2010

Panas: Felda Saman Akhbar Suara Keadilan Serta Pemimpin Pembangkang, Nyata Si Ahmad Maslan Hanya Akan Membuka Pekong Didada Agensi Itu !

Seolah-olah mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan yang ada, maka hari ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan kononnya pihak terbabit menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi terbabit pada minggu lepas. Dalam satu kenyataannya, Menteri UMNO yang menjaga Felda iaitu Ahmad Maslan (foto) berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam handalan yang akan dilantik (jangan guna Karpal Singh sudahlah). Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang disaman ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan yang lainnya terdiri daripada Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda), Dr.Tan Kee Keong (Pengerusi Biro Antarabangsa PKR) dan Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu). Turut bakal disaman ialah pemilik permit dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan. Saman itu dikeluarkan berikutan satu artikel muka depan akhbar terbabit yang bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel keluaran sama. Malah, Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa kononnya pembangkan dengki dengan kejayaan Felda yang baginya merupakan projek pembangunan tanah bersepadu yang paling berjaya di dunia. beliau juga menegaskan Felda memilik ladang terbesar didunia dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas.

[Apa yang pasti tindakan saman ini sememangnya amat dinantikan oleh kesemua yang terbabit. Ini kerana, banyak pendedahan dan bukti-bukti kukuh tentang "lingkupnya Felda" bakal dapat didedahkan secara lebih teratur lagi di mahkamah nanti. Tindakan saman ini sudah pasti akan membuka "pekong Felda" sebenarnya. Justeru itu, Ahmad Maslan harus berhati-hati biarpun beliau kini terdesak untuk mempertahankan agensi tersebut. Malah, kerugian Felda sehingga mencecah RM3 bilion seperti yang didedahkan oleh kementerian terbabit di parlimen baru-baru ini juga amatlah mengejut serta mengecewakan kita sebenarnya. Banyak lagi rahsia besar pasti akan didedahkan selepas ini. Dalang yang terlibat disebalik masalah yang melanda agensi itu perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya].

Panas: Pengakuan Ikhlas Ezam, Tiada Yang Akan Menyertai UMNO Jika Tiada Habuan..Video Yang Wajib Ditonton Penyokong Senator Cap Ayam Ini!

Bagi tidak mengecewakan para peminat Senator Ezam Md Noor, tentang siapakah beliau yang sebenarnya dan apakah beliau layak menjadi seorang pejuang rakyat sekarang ini maka disini kami paparkan dua buah video eksklusif Ezam ketika bersama kita dulu. Paparan ini untuk membolehkan puak-puak UMNO terutama barisan pemudanya bersedia dengan kelibat Ezam selepas ini. Juga supaya bersedia dengan strategi untuk memerangkap Ezam, kerana manusia seperti ini dia akan lakukan apa saja asalkan untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini bukti jelas bahawa "kelentong Ezam" memang tidak boleh dipakai apatah lagi mahu dipercayai. Paparan ini juga bagi menjawab komen dari blogger UMNO Pahang iaitu warisan@pahang berkenaan kehadiran Ezam dalam ceramah umum "membongkar rahsia" yang dibuat di Kuantan pada 16 Jun yang lalu. Setidak-tidaknya mereka dapat membezakan Ezam ini siapa sebenarnya. Semoga video ini dapat disebarkan kepada semua ahli Pemuda UMNO supaya mereka berhati-hati dengan "jelmaan Ezam" kali ini. Beliau bercita-cita besar untuk merebut salah satu jawatan tertinggi dalam parti itu sebenarnya, dan amat berharap untuk menjadi "orang besar" dalam kabinet BN dalam pilihanraya umum akan datang (jika pakatan karat itu masih menang). Buat masa ini, Ezam khabarnya sedang memunggah seberapa ramai juaknya dalam PKR dulu untuk menjadi "khadam" yang akan digunakan bagi memenangkannya dalam pemilihan calon tertinggi parti itu pada masa akan datang. Selayaknya Ezam digelar "raja sesumpah" kerana telah banyak kali dia bersumpah tidak akan masuk UMNO, tapi akhirnya dia lakukan juga dek kerana tidak tahan dengan habuan yang dijanjikan. Tahniah dan syabas kita ucapkan atas keihklasan Ezam memperakui bahawa tidak ada mana-mana pemimpin PKR yang akan masuk UMNO jika tidak ada habuan itu sebenarnya.




[Semoga video ini menjadi panduan kepada penyokong Ezam Md Noor yang kononnya menyanjung tinggi dan percaya dengan kelentong Ezam dalam ceramah-ceramahnya di seluruh negara. Apakah manusia seperti ini layak dilantik sebagai senator agaknya?. Bukankah beliau merupakan manusia yang tidak boleh dipercayai... munafik dan merupakan "sesumpah" yang tidak mempunyai masa depan. Mungkin Ezam seronok sejak menjadi senator sekarang ini agaknya. Malah, bolehkah kita percaya dengan orang yang pernah kata tak mungkin masuk UMNO tiba-tiba sekarang ini cukup seronok pula bercakap bagi pihak mereka. Semoga pendedahan video ini memberi kesan kepada pemuda UMNO supaya berhati-hati dengan cakap-cakap Ezam ini. Apa yang pasti beliau tidak layak menjadi pejuang untuk membela rakyat kerana dia "sesumpah dua alam" yang menunggu masa untuk dipupuskan!!].

Ezam Senator Cap Ayam, Kasihan Benar Melihat Puak-Puak UMNO Serta Para Bloggernya Di Tipu Oleh Pengkhianat Rakyat Sepanjang Zaman Itu!

Geli-geleman dibuatnya tatkala membaca tulisan blogger warisan@pahang tentang ceramah "petualang rakyat" si Ezam Md Noor di Balok Kuantan pada 16 Jun baru-baru ini. Beliau yang marah gara-gara "nama glamer" yang kami berikan kepada Ezam, mengatakan Ezam kini ‘diserang lumat’ oleh pembangkang, bukan lagi seperti 'menjolok sarang terbuan malah tebuannya dibakar hidup-hidup'. Tiada siapa yang mahu menyerang Ezam sebenarnya, namun "senator cap ayam" itu tidak layak untuk buat ceramah dan menjadi "tok dalang" dalam wayang kulit "membongkar rahsia" kepada rakyat. Apa yang mahu dibongkar oleh Ezam sebenarnya, sedangkan banyak rahsia-rahsia yang disimpan selama ini tidak pernah dibongkarkan pun. Mana perginya rahsia rasuah dan penyelewengan yang pernah dia mahu dedahkan dulu?. Sekarang bila sudah masuk UMNO dan jadi Senator maka cakapnya cukup hebat. Banyak rahsia Anwar mahu didedahkan. Bukankah itu sudah menjadi kelaziman orang yang jadi "pengkhianat", mereka sanggup lakukan apa saja untuk membuktikan ketaatannya kepada "imam baru" mereka. Inilah yang terjadi kepada Ezam. Anehnya warisan@pahang boleh percaya bulat-bulat cakap Ezam baru-baru ini. Dalam ceramahnya itu Ezam menceritakan pertemuan beliau dengan Saiful di Plaza Tol Rawang, kononnya Saiful kecewa Najib Razak tidak mahu membantunya selepas dia mengaku diliwat Anwar. Dalam pertemuan sulit itu Ezam mengatakaan bahawa Saiful mengakui diliwat Anwar dan mahu dia menolong budak itu. Kononnya Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya. Najib tidak mahu masuk campur bukan tidak mahu membantu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan isu ini kerana isu ini adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar walaupun Anwar adalah musuh politik Najib. Sedap bunyinya bila dengar ceramah Ezam itu. Namun nyata ianya hanya penglipur lara semata-mata.

Harap-harap moga puak-puak UMNO dan blogger warisan@pahang dapat
tatap video ni puas-puas dan mengerti siapakah Ezam yang sebenarnya

[Namun, tahukah warisan@pahang bahawa Ezam ini memang pandai bermain kata-kata sejak dulu lagi. Beliau umpama "burung kakak tua" yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apa yang diucapkannya. Rujuk klik video diatas, Ezam dengan lantangnya mengatakan dia tak akan masuk UMNO walau apa jua cara sekali pun. Dia berani bersumpah akan terus bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewangan yang berlaku. Namun, apa yang terjadi sekarang. Cakapnya dulu hanyalah omongan kosong dan retorik politik semata-mata. Maka, apakah pemuda UMNO termasuk warisan@pahang boleh percaya dengan kata-kata Ezam ini agaknya?. Harapan kita janganlah pemuda UMNO termakan dengan kata-kata Ezam ini lagi. Beliau tidak layak untuk berceramah dan mengeluarkan kenyataan, kerana beliau memang pengkhianat rakyat serta senator cap ayam sebenarnya].

Kes Liwat: Anwar Terus Jadi Mangsa, Mahkamah Rayuan Pula Tolak Rayuannya Bagi Mendapatkan Keterangan Bersumpah Si Saiful Bukhari Azlan !!

Seperti yang telah dijangka, maka Mahkamah Rayuan melengkap skrip terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah hari ini menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan keterangan bersumpah Saiful. Dengan keputusan ini bermakna sekali lagi hak Anwar untuk membela dirinya semakin "samar" sekarang ini. Bahkan, jelas dapat dilihat kelebihan kini berpihak kepada Saiful. Kemungkinan besar Saiful akan menang kes ini dengan pukulan TKO terhadap Anwar. Apa tidaknya, Anwar kni berhadapan dengan kesnya tanpa segala bahan serta dokumen penting untuk membela dirinya. Anwar tidak tahu, siapakah saksi-saksi yang bakal dikemukakan oleh pendakwaraya di Mahkamah Tinggi selepas ini. Sama ada saksi tersebut relevan atau saksi yang telah dibeli dan dipaksa untuk membuat keterangan palsu di mahkamah. Malah Anwar juga dinafikan hak untuk mendapatkan segala dokumen termasuk laporan polis terhadap dirnya, laporan perubatan oleh Hospital Kuala Lumpur serta lain-lain bahan bukti penting kes itu. Bermakna, kini pendakwaraya bebas mengemukan apa jua bahan bukti untuk menguatkan lagi hujjah mereka bahawa Anwar memang meliwat Saiful. Biarpun kes ini dilihat amat "pincang sama sekali", namun dek kerana kuasa dan dendam kesumat pihak-pihak tertentu terhadap Anwar makanya beliau pasti akan berhadapan dengan laluan sukar kali ini. Lebih sukar lagi apabila kesemua bahan-bahan bukti digunakan sepenuhnya. Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan besar Anwar pasti akan terpenjara sekali lagi atas kes ini. Namun, ada juga yang percaya Anwar akan menang besar selepas Najib sendiri "takut" berhadapan dengan risiko kiranya mantan TPM itu dipenjarakan sekali lagi. Gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bersemarak sekali lagi kiranya Anwar terpenjara. Malah, harapan besar untuk melihat kerajaan UMNO BN tumbang dalam Pilihanraya Umum akan datang pasti terlaksana kiranya ia benar-benar berlaku. Mahu atau tidak, mereka akan sedaya upaya memastikan rakyat percaya yang Anwar itu memang mempunyai akhlak terkeji dan perlu dinyahkan. Sama-sama kita nantikan adengan seterusnya "sandiwara liwat II" ini nanti.

[Apapun yang terjadi, sama-samalah kita berdoa agar akhirnya kebenaran itu akan tertegak jua. Semua orang meluat dan kecewa dengan kes liwat ini sebenarnya. Memang kita akui bahawa puak-puak UMNO mahu Anwar mengaku dia peliwat. Malah mereka masih lagi menjaja isu "sumpah mubahalah" itu sebagai bukti kononnya Anwar bersalah gara-gara takut untuk bersumpah. Mereka juga percaya Saiful dan yang lainnya memang menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim sejak dulu kini dan selamanya. Kita juga boleh percaya jika perjalanan kes ini ditangani dengan betul dan secara bijaksana. Misalnya kes liwat I dulu, "tilam diusung" ke sana ke mari, siap dengan tompokan air mani. Akhirnya dibuang kes begitu sahaja dan Anwar dipenjara kerana dikatakan merasuah polis supaya tidak menyiasat kes itu. Kemudian Anwar dipukul dipenjara, kerajaan kata Anwar pukul diri sendiri. Akhirnya bila Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan maka barulah kita tau dia dipukul oleh Rahim Noor. Kemudian, berbagai lagi adengan yang cukup memalukan dan memualkan terjadi satu demi satu. Bukankah ini membuktikan yang perjalanan kes ini agak kucar kacir dan bercelaru. Maka, bagaimana rakyat mahu percaya kepada kerajaan bahawa Anwar memang peliwat. Begitu juga dalam kes terbaru ini, tidak pernah terjadi dalam sejarah seseorang tertuduh dinafikan semua haknya untuk membela diri. Hinggakan laporan polis yang sepatutnya boleh dibeli dengan harga RM2 itu pun tidak dibenarkan berada ditangan Anwar. Maknanya perbicaraan yang bakal dijalankan itu sekadar "trick semata-mata" sedangkan skripnya sudah ditetapkan bahawa Anwar Ibrahim perlu dihantar kembali ke Penjara Sg.Buloh buat selama-lamanya].

Panas: Panggilan Misteri 012-3013454 Mengamuk Serta Marah Terhadap Cucumatkilau Dan Semua Rakyat Yang Sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim !!

Malam tadi, seorang bekas Editor Panas PDO iaitu Blogger Cucumatkilau mengatakan bahawa beliau telah dihubungi oleh satu panggilan misteri yang tidak diketahui dari mana. Panggilan yang pada mula berkisarkan soalan untuk menempah iklan di PDO berakhir dengan satu trick yang telah diketahui hakikatnya. Pemanggil antara lain mahukan nombor telefon PDO, kononnya untuk dihubungi bagi langganan iklan. Namun CMK menyuruh beliau hanya menghantar email ke pahangdaily@yahoo.com atas alasan beliau sendiri tidak tahu nombor telefon PDO. Mungkin kecewa dengan kenyataan tersebut maka pemanggil mula membebel dan menyerlahkan apakah tujuan sebenar beliau. Antara lain beliau mahu PDO menarik balik beberapa buah artikel yang dikatakan berunsur fitnah dalam blog ini. Malah beliau juga menegaskan bahawa semua orang yang percaya Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful adalah "orang bodoh" termasuk juga ulamak tesohor Yususf Qardawi. Menurutnya beliau yakin memang Anwar liwat kerana telah menghubungi ibu dan kakak kepada Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Malah katanya, beliau banyak mengetahui tentang sifat sebenar Anwar dan pernah menghubungi mantan TPM itu sendiri sebelum ini. Beliau mengesahkan bahawa memang Anwar kaki liwat dan sebagainya. Biar pun berbagai alasan yang diberikan namun beliau tetap dengan keputusannya bahawa kes yang berlaku terhadap Anwar adalah benar belaka dan tidak ada yang tidak benar. Menurut CMK lagi, pemanggil emosi dan mengatakan bahawa jika tidak percaya kenyataannya sila hubungi ibu dan kakak Azmin untuk mendapat kepastian cerita sebenar tentang kes yang melibatkan Anwar Ibrahim itu. Beliau juga tidak mahu PDO mengeluarkan kenyataan yang berbentuk spekulasi atau kontroversi.

[Agak lama juga pemanggil mengamuk dan mengutuk pembangkang dengan berbagai alasan, kononnya Anwar kini sudah sendirian apabila semua orang kanan dan orang kuat PKR telah meninggalkan parti itu. Malah beberapa kali beliau mengatakan semua orang yang percaya cakap Anwar adalah orang yang bodoh dan tidak ada akal. Kami tidak mahu melayan komen pemanggil tersebut cuma berharap kiranya ada pembaca yang ingin memberi pandangan kepada beliau atau berbicara tentang kes ini dengan pemanggil misteri terbabit silalah hubungi talian berikut 012-3013454 (Namanya tidak diketahui). Harapan kami agar pemilik nombor terbabit tidak menutupkan taliannya untuk memudahkan beliau berhujjah dengan orang yang dikatakan bodoh kerana mempercayai Anwar Ibrahim].

Piala Dunia: Jepun Layak Ke Pusingan Kedua !!

RUSTENBURG: Jepun menjadi wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila mengejutkan Denmark 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, awal pagi tadi. Jepun mengiring Belanda selaku juara kumpulan yang mudah menewaskan Cameroon 2-1. Sebelum ini, Korea Selatan menjadi wakil Asia pertama layak ke pusingan kalan mati. Gol Jepun disumbangkan Keisuke Honda pada minit ke-17 dikuti Yasuhito Endo pada minit ke-30. Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan pasukan Negara Matahari Terbit itu dengan gol minit ke-87 manaka Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81. Pasukan Jepun akan berhadapan dengan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun ini

Thursday, June 24, 2010

Panas: Biar Pun Puak UMNO Buat Promosi Besar-Besaran Tapi Ceramah Bongkar Rahsia Si Ezam Di Kuantan Gagal Menarik Rakyat Mendengarnya !!

KUANTAN, 24 Jun - Baru-baru ini, satu Kuantan dihebohkan dengan berita kehadiran "Raja Sesumpah" iaitu "Petualang Rakyat" si Ezam Md Noor. Apa tidaknya, poster dan banner kehadiran "Yang Berhormat Senator" itu telah diletakkan di merata tempat, hingga orang ramai di sini terkejut dan teruja untuk menanti kehadiran beliau itu. Ezam dikatakan akan hadir ke satu Ceramah Umum di Dewan Serbaguna Balok dekat sini bersama "musuh ketatnya dulu iaitu Lokman Noor Adam" untuk "membongkar rahsia" jika dilihat kepada tulisan yang tertera di kain rentang itu. Maka, rakyat dari pelbagai kaum sibuk memperkatakan tentang kehadiran Mamat Ezam itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah rahsia yang ingin dibongkarkan oleh Ezam agaknya. Apakah beliau akan mendedahkan "kotak-kotak rahsia" yang disimpannya selama ini. Atau beliau mahu membeli kotak-kotak kosong daripada orang ramai untuk diisikan dengan fail-fail rasuah pemimpin UMNO BN. Maka, tarikh yang dinantikan pun tiba iaitu tanggal 16 Jun 2010. Krew kami telah pergi meninjau ke lokasi yang dinyatakan. Berdasarkan kepada promosi besar-besaran yang dilakukan, kami menjangkakan ceramah umum Ezam itu akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat. Tambahan pula beliau baru sahaja bergelar "Yang Berhormat" selepas mendapat anugera "Senator Cap Ayam" dengan izin yang dberikan oleh Najib Razak itu. Sangkaan kami jauh sekali meleset, sungguh menakjubkan apabila Ezam yang suatu ketika dulu dikatakan jelmaan Anwar yang berjaya menghimpun ribuan rakyat untuk mendengar ceramahnya kini sudah "tidak laku lagi". Hanya ada sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar "kelentong sesumpah" ini. Itu pun terdiri dari kalangan pemuda UMNO yang dikerahkan hadir selepas Ezam menjengok program mereka sebelah petang itu. Tidak langsung kelihatan peniaga gerai ditepi jalan seperti kebiasaannya.


Inilah dia antara kain rentang promosi ceramah umum Si Ezam itu
Malah, orang ramai juga disediakan dengan makanan secukupnya oleh pihak penganjur. Maka Ezam dan Lokman pun berkokoklah mendedahkan satu persatu "rahsia Anwar" yang mereka simpan sejak sekian lama. Anehnya, Lokman tidak pula mendedahkan "rahsia Ezam" ketika dia dipecat dari UMNO dulu. Nyata, Lokman sedikit pun tidak mendedahkan rahsia "pecah amanah Ezam terhadap duit AMK Keadilan" seperti yang dilakukan pada tahun 2004 di Masjid Negara dulu. Lokman juga tidak mencabar Ezam menjawab segala pendedahan yang dilakukan terhadapnya dulu. Umum masih ingat Lokman dengan bangganya membuat sidang media di Masjid Negara dengan mencabar Ezam supaya bersumpah dia tidak menyelewengkan duit AMK ketika itu. Lokman juga menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan tersebut. Namun kini mereka berdua menjadi "kamcing" semula selepas "menjual maruah dan harga diri" untuk kembali bersama UMNO. Segala bukti-bukti yang disimpan oleh Lokman tentang Ezam dirahsiakan pula. Apa yang didedahkan mereka ialah rahsia-rahsia lama yang dialunkan kembali untuk menyedapkan halwa telinga pendengar. Maka, terhiburlah juga orang ramai tatkala mendengar "lawak bodo" Ezam itu. Program berakhir lebih awal, kerana kedua-dua "mangkuk hayun" itu malu melihat kehadiran yang amat "mengerikan mata" mereka. Tahniah kepada Lokman dan Ezam kerana berjaya menjadi "badut sarkas" di Pentas Pemuda UMNO Indera Mahkota Kuantan baru-baru ini.

[Teringat zaman kegemilangan Ezam ketika bersama Keadilan dulu. Beliau dianggap hero yang akan mengantikan Anwar jika mantan TPM itu sudah tiada lagi didunia ini. Ceramahnya sering dihadiri oleh puluhan ribu rakyat, malah penampilan dan gayanya yang mirip Anwar itu menyebabkan beliau amat disenangi serta diterima oleh rakyat. Kelantangan dan ketegasannya mengeluarkan hujjah serta pandangan amat bernas sekali dan berjaya menakutkan kawan serta lawan. Ezam dianggap pemimpin era baru yang akan mewarnai iklim politik negara. Ramai yang masih ingat ketika beliau membuat sumpah keramat anak muda di Temerloh dulu. Ucapannya memukau anak muda dan menyemarakkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan. Namun, kini Ezam sudah tidak laku lagi. Ideanya sudah tidak bernas dan pandangannya jelas sekalu kabur. Rakyat sudah tidak dapat menerima Ezam lagi, kini beliau umpama "tin kosong" yang menanti hari untuk dibuang ke dalam lubang sampah. Apapun Ezam masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Namun, apakah beliau rela kembali selepas dilantik ke jawatan tinggi dengan habuan puluhan ribu ringgit sebulan itu agaknya?. Maka, berakhirlah riwayat "seekor sesumpah laknat"].

Sensasi: Kerajaan Tidak Pernah Janjikan Projek Kepada Rakyat Masa Pilihanraya Kecil, Terbukti Najib Sengaja Memperbodohkan Dirinya Sendiri

Terkadang. lucu rasanya melihat kenyataan bangang seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Razak ini sebenarnya. Di Parlimen semalam, dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Wong Ho Leng (DAP-Sibu) beliau dengan bangganya mengatakan kerajaan UMNO BN tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihanraya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu baru-baru ini. Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh percaya dengan kenyataan Najib itu. Beliau bukan sahaja cuba memperbodohkan rakyat, malahan juga dirinya sendiri. Mana pernah ada dalam sejarah UMNO BN boleh dapat undi tanpa "projek mee segera" atau "wang rasuah"? sebenarnya. Malah, dalam setiap kali pilihanraya itulah saja cara mereka untuk membeli undi rakyat. Ketika pilihanraya kecil itulah maka jutaan wang ringgit dicurahkan supaya rakyat mengundi BN. Pendek kata, bila ada pilihanraya kecil di sesuatu kawasan maka rakyat di kawasan itu boleh mencongak pula apa yang mereka inginkan. Mahukan jalan, maka jalan tar akan sampai depan anak tangga. Mahukan dewan, maka esok projek dijalankan segera. Mahukan jambatan, mereka akan janji bina segera. Mahukan geran tanah, maka esok lusa geran akan diluluskan segera. Apa saja kemahuan rakyat pasti akan dituruti oleh mereka. Bukan sedikit wang dibelanjakan, malah jumlahnya cukup besar. Malah, apakah rasional kerajaan UMNO BN meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen Sibu ketika menjelangnya pilihanraya kecil di situ?. Kenapa Najib tidak umumkan projek-projek untuk kawasan Maran ke, Marang ke, Permatang Pauh ke? Rembau ke? Kuantan Ke atau di kawasan parlimen lain?. Kenapa difokuskan untuk Sibu semata-mata, sedangkan dia tahu ketika itu orang sedang sibuk berkempen meraih undi. Bukankah ini bermakna ia diluluskan bagi mengaburi mata rakyat supaya yakin bahawa UMNO BN sahajalah parti yang layak menjadi kerajaan dan membela mereka. Begitu juga ketika pilihanraya kecil di Hulu Selangor, bayangkan sudah lebih 15 tahun "jutawan peneroka" menunggu imbuhan mereka. Maka tiba-tiba Najib meluluskan bayaran deposit RM1,000 setiap seorang dan kemudiannya baki RM49,000 akan diberikan kemudian dalam bentuk bon di Felda Sg.Buaya tempohari. Kenapa baru ketika itu nasib bekas peneroka itu mahu dibela oleh mereka, sedangkan sebelum ini sudah puas mereka merintih, merayu dan mengharapkan simpati. Inilah bukti jelas bahawa mereka sebenarnya cuba untuk memancing undi pilihanraya, maka tidak hairanlah BN hanya menang besar di kerusi DUN Hulu Bernam tersebut. Benarkah juga kerajaan tidak janjikan projek kepada rakyat, sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dulu Najib awal-awal lagi mengatakan BN akan tukar strategi dengan tidak menjanjikan "projek mee segera" kepada rakyat ketika itu.

[Fakta ringkas Ini melengkapkan hujjah kita bahawa memang UMNO BN gunakan wang untuk membeli kuasa sebenarnya. Jika mereka jujur dan ikhlas berjuang tanpa "rasuah pilihanraya" seperti itu maka sudah pasti sudah lama mereka ditewaskan sebenarnya. Apapun, rakyat diminta bersabar dengan kenyataan PM Najib itu. Anggaplah yang mereka kini sudah "hilang akal untuk menipu rakyat lagi". Maka, apakah rakyat perlu percaya dengan cakap seorang penipu seperti itu. Agaknya sampai bila rakyat akan terus diperbodohkan oleh pemimpin yang bangang seperti ini. Mereka fikirkan rakyat ini macam lembu yang boleh dicucuk hidung semata-mata. Rakyat sekarang bukan seperti dulu lagi. Mereka sudah boleh mendapat maklumat global hanya dengan satu klik sahaja. Najib boleh menipu rakyat di Pekan, tapi tidak semua rakyat Malaysia akan terpengaruh lagi dengan "omongan kosong" anak Tun Razak itu sebenarnya, UMNO dulu, kini dan selamanya menipu rakyat Malaysia !].

Jerman Dan Ghana Layak Ke Pusingan Kedua

JOHANNESBURG, 24 Jun - Pasukan pilihan Jerman yang menewaskan Ghana 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D berjaya menempah tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dan akan bertemu England di peringkat kalah mati nanti. namun begitu, Ghana walaupun tewas turut mara mengiringi Jerman, berikutan Serbia gagal mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri selepas tewas kepada Australia 1-2 dalam perlawanan yang diadakan serentak

Wednesday, June 23, 2010

Kontroversi: Mahu Luluskan Lesen Judi Jika Dia Masih Jadi Kerajaan, Ternyata Mahathir Merapu Dan Meroyan Dek Kerana Kroninya Vincent Tan !

"Mamak Mahathir makin celupar dan makin kurang ajar", itulah istilah yang paling sesuai untuk kita berikan kepada mantan Perdana Menteri itu. Ini berikutan kenyataan terbaru beliau bahawa sekiranya dia berkuasa (masih pegang kerajaan) maka dia tetap akan meluluskan lesen judi. Kononnya, lesen judi itu khas untuk orang bukan Islam. Dengan menyamakan kes "babi" yang kononnya haram bagi orang Islam tapi tidak bagi orang Cina (bukan Islam). "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah", katanya kepada media di Putrajaya hari ini. Malah, beliau turut menegaskan bahawa lesen judi diberikan kepada orang Cina maka kenapa ramai yang melenting. "Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram Buat apa kita nak sekat dia. Apa pasal kita nak larang?" katanya lagi. Apa nak jadi dengan Mahathir ini agaknya?. Sesudah 22 tahun berkuasa dan mendapat segala-galanya, kini seolah-olah beliau kembali menajamkan taringnya. Seolah-olah benar telahan ramai pihak sebelum ini bahawa Mahathir memang bercita-cita besar untuk menjadi "Menteri Kanan" seperti Lee Kuan Yew di Singapura. Malah, kini saban hari media arus perdana mengeluarkan kenyataannya. Beliau juga sering diundang merasmikan berbagai program baik swasta mahu pun kerajaan di seluruh negara. Apakah dalam usianya yang sebegitu, maka Mahathir kini "mudah lupa" apa yang telah dilakukannya kepada rakyat selama berkuasa dulu?. Gara-gara dasar perswastaan yang diperkenalkannya menyebabkan rakyat hidup menderita dan sengsara sehingga ke hari ini. Apa tidaknya segalanya kita perlu bayar akibat penswastaan yang berlaku. Kerajaan pula kononnya memberi subsidi untuk mengurangkan bebanan tersebut. Walhal, rakyat terus dirundung masalah ekonomi yang semakin kritikal. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menolak kerajaan yang ada, sinambungan cengkaman "kuku besi Mahathir Mohamad" itu. Kini kerajaan yang ada adalah legasi kepimpinan Mahathir dulu. Seperti katanya ketika Pak Lah menjadi PM bahawa beliau bukanlah pilihan utamanya. Maka, kini yang menjadi PM adalah pilihan Mahathir dulu iaitu Najib Razak. Maka itulah kita tidak hairan, Mahathir lantang berkata-kata sekarang ini.

Mahathir Merapu Kerana Pertahan Vincent Tan

Mahathir sebenarnya sudah "merapu dan nyanyok" dalam isu pemberian lesen judi bola ini sebenarnya. Beliau "meroyan" kerana yang memohon lesen judi itu adalah kroninya iaitu Vincent Tan, (foto) Berjaya Group. Tokey Judi itu telah banyak berjasa kepada beliau sejak sekian lama, makanya beliau terasa ingin membalas segala jasa Vincent terhadapnya. Oleh itu kita tidak hairan beliau sanggup mengatakan akan meluluskan lesen judi jika beliau jadi kerajaan (PM). Malah, sungguh tergamak Mahathir mengatakan tindakan bantahan isu judi bola oleh pembangkang bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya. Kenyataan Mahathir ini jelas sekali menggambarkan betapa "sekularnya" beliau. Sanggup mengatakan bantahan judi itu bukannya kerana ajaran agama. Bukankah agama sudah menyatakan bahawa "judi itu haram", maka kenapa Mahathir tergamak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu?. Apakah hebatnya Mahathir ini agaknya?. Apakah beliau tahu bahawa orang Cina suka berjudi dan ia dihalalkan dalam agama mereka. Pernahkah beliau terfikir bahawa premis judi yang tumbuh bagaikan cendawan di negara kita ini, biarpun dimilik oleh orang bukan Islam namun pengunjung dan pelanggannya majoriti orang Melayu yang kononnya beragama Islam?. Makanya, bila lesen jdui bola itu diluluskan, yang paling ramai berjudi nanti adalah orang Melayu (Islam). Tidakkah Mahathir rasa bersalah jika ditanya oleh Allah diakhirat kelak, kenapa luluskan lesen judi?. Tidakkah beliau terfikir bahawa meluluskan lesen judi samalah dosanya seperti bermain judi, malah mungkin ia lebih besar dari itu. Betapa ceteknya tahap pemikiran Mahathir hingga sanggup meminggirkan agama untuk mengeluarkan kenyataan "membodek kroninya si Vincent Tan".

[Seperkara lagi, Mahathir lupa bahawa bantahan terhadap kelulusan lesen judi bola itu bukan sahaja disuarakan oleh pakatan pembangkang, malah ia turut melibatkan puak UMNO sendiri sebenarnya. Malah, sebelum ini kita mendengar Pemuda UMNO Maran, Pahang menentang perkara tersebut kemudian kita juga mendengar Badan Perhubungan UMNO Johor dan Kedah turut menolak pemberian lesen judi. Terkini Badan Perhubungan UMNO Perak pula mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang kelulusan lesen judi dalam sukan bola. Malah, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersama lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) turut menyuarakan bantahan yang sama dan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri hari ini. Makanya ini bermakna, judi bola turut ditolak oleh puak-puak UMNO dan NGO sendiri. Apakah ini bermakna ia dipolitikkan?. Dalam hal ini Mahathir harus bertanggungjawab kerana mengguriskan hati dan perasaan umat Islam dengan kenyataan beliau ingin meluluskan lesen judi jika masih memegang tampuk kerajaan. Kita gusar Mahathir akan mendesak PM sekarang Najib Razak supaya akur kepada perintahnya bagi menjaga hati sahabat karibnya Vincent Tan itu].

Isu Panas: Spekulasi Dr.Asri Yang Mungkin Tidak Menjadi, Di Dakwa Akan Sertai UMNO Tetapi Tiba-Tiba Namanya Dikaitkan Pula Dengan Pengganas


Apa sudah jadi agaknya?. Dalam sibuk-sibuk orang memperkatakan tentang kemungkinan besar Dr.Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis dijangka menyertai UMNO Jumaat ini, tiba-tiba isu lain pula timbul hari ini. Bekas Mufti Perlis itu semalam dikaitkan dengan kumpulan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) yang sedang diburu oleh kerajaan. Malah, tambah mengejutkan Mufti Perlis sekarang iaitu Dr.Juanda Jaya dan bekas Menteri Besar terdahulu Shahidan Kassim juga turut dilibatkan sama. Perkara ini dinyatakan dalam satu taklimat antara pihak JAKIM dengan pihak polis yang diadakan di sebuah hotel di Sepang Isnin lalu. Difahamkan, kenyataan tersebut telah dibuat oleh Penolong Pengarah Pusat Al-Quran Dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) iaitu Zamihan Mat Zin. Malah, turut dikaitkan juga ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang. Sama ada tuduhan tersebut berasas atau pun tidak, dijangkakan pihak kerajaan terutamanya polis akan mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat ini. Kemungkinan besar kesemua mereka termasuk Asri akan diburu. Soalnya sekarang, kenapa ia dilakukan disaat Asri diwar-warkan akan menyertai UMNO?. Apakah ini satu strategi baru untuk memerangkap beliau agar bersetuju bersama parti itu. Mungkin juga perisik UMNO mendapati yang Asri kemungkinan besar menolak pelawaan UMNO itu. Maka jalan terbaik ialah mengaitkan beliau dengan Jemaah Islam (JI) yang sedang diburu oleh pihak kerajaan selama ini. Tambah menarik, dalam isu Asri masuk UMNO itu sudah pastilah yang turut berperanan untuk melobi Asri ialah Shahidan Kassim (Ahli Majlis Tertinggi UMNO). Maka itulah, tiba-tiba namanya juga terpalit dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) tersebut. Ini bagi memberi tekanan kepada beliau agar berusaha memujuk Asri untuk bersama UMNO, atau kedua-duanya akan dihumbankan ke dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dasar terlibat dengan kumpulan pengganas yang boleh menggugat keselamatan negara. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini nanti.

[Dalam kes ini, apa yang amat mengejutkan kita ialah nama Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang juga dikaitkan dengan pengganas. Apakah motif sebenar tindakan ini agaknya?. Benarlah kenyataan beberapa orang pemimpin baru-baru ini, tindakan kerajaan menghebohkan isu pengganas Jemaah Islamiah (JI) adalah bertujuan untuk menangkap seberapa ramai pemimpin pembangkang bagi disumbat ke dalam penjara Kemunting sebagai tahanan (ISA). Ini terbukti dengan pendedahan terbaru yang mereka buat ini. Namun, dalam kes Dr.Asri pula maka ternyata beliu kini bakal berhadapan dengan onar dan duri. Maknanya, menolak masuk UMNO dia akan ke dalam atau bersetuju masuk UMNO maka namanya akan dibersihkan dari senarai pengganas. Inilah taktik kotor permainan UMNO BN yang sudah dapat dihidu oleh rakyat marhaen].

Edisi Pahang: Mazlan Aliman Buat Laporan Polis Terhadap Najib Serta Ahmad Maslan, SPRM Juga Di Gesa Menyiasat Insiden Penyelewengan Felda

TEMERLOH, 23 Jun - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), saudara Mazlan Aliman (foto) bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah selesai membuat laporan Polis terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan berhubung isu penyusutan nilai tunai Felda yang dipercayai berlaku akibat daripada penyelewengan. Laporan Polis telah dibuat secara bersama oleh lima individu diketuai Mazlan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Mazlan telah di iringi oleh 50 pengikutnya tiba di IPD Temerloh, kira-kira jam sepuloh pagi tadi. Beliau dilihat terus memasuki kaunter laporan. Sejurus selesai membuat laporan Mazlan membuat kenyataan media yang mengesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci terhadap perjalanan kewangan Felda sehingga menimbulkan keraguan tentang kemungkinan yang tinggi berlakunya penyelewengan sehingga menyebabkan nilai tunai Felda merosot. "Setelah meneliti pendedahan berbagai pihak termasuk kenyataan dari bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong dan jawapan oleh Dato' Ahmad Maslan maka timbul keraguan yang munasabah berlakunya penyelewengan sehingga nilai tunai Felda merosot. Saya amat meragui penjelasan Dato' Ahmad Maslan sebab itu kita mendesak pihak Polis dan SPRM segera membuat penyiasatan," katanya. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanudin Salim, Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said dan beberapa pimpinan yang lain. Artikel dipetik dari pahangkini

[Banyak sudah laporan yang dibuat oleh Saudara Mazlan Aliman terhadap kepincangan yang berlaku kepada agensi Felda. Namun, satu pun mungkin tidak disiasat oleh pihak polis. Apakah makna semua ini. Bukti dan segala dokumen berkaitan telah jelas malah kali ini ia dedahkan oleh Timbalan Menteri Kabinet Najib sendiri di Parlimen, namun segalanya mungkin sekadar "menyalak bukit" sahaja. Pihak polis bahkan SPRM dijangka tidak akan melakukan apa-apa atas laporan yang telah dibuat ini. Namun, ia sekurang-kurangnya menyelesaikan tanggungjawab ANAK untuk menyakinkan rakyat terutamanya golongan peneroka Felda agar tidak terus ditipu dan tindas oleh agensi itu buat selamanya. Tahniah ANAK!].

Edisi Sukan: Korea Selatan Layak Ke Pusingan II

DURBAN, Afrika Selatan 23 Jun– Korea Selatan menjadi pasukan Asia pertama mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 meskipun sekadar seri 2-2 dengan Nigeria pada perlawanan ketiga Kumpulan B awal pagi tadi. Gol-gol Korea Selatan dijaringkan oleh pemain pertahanan, Lee Jung-Soo (foto) pada minit ke-38 dan penyerang Park Chu-Young menerusi sepakan percuma cantik, 11 minit kemudian. Nigeria pula memperolehi jaringan menerusi Kalu Uche pada minit ke-12 dan sepakan penalti, Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-69. Kemenangan itu meletakkan Korea Selatan berada di tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul empat mata di belakang juara kumpulan, Argentina yang mengutip sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan. Dengan kemaraan itu, Korea Selatan bakal bertemu Uruguay yang menjuarai Kumpulan A pada pusingan kedua kejohanan tersebut 26 Jun depan

Tuesday, June 22, 2010

Kontroversi: Tindakan Meroboh Seluruh Tembok Penjara Pudu Buktikan Kerajaan UMNO BN Tidak Pandai Menilai Erti Pentingnya Sesebuah Sejarah



Ribuan wargakota Kuala Lumpur terkejut dan tergamam tatkala melihat tembok Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu menyembah bumi malam semalam. Biar pun atas nama pembangunan, ramai yang berpendapat bahawa sekurang-kurang pintu gerbang penjara itu dikekalkan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa penjara itu tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada kita adalah tidak wajar sama sekali. Penjara Pudu adalah lambang kemegahan dan keadilan buat rakyat sebenarnya. Di situ banduan yang terbabit dengan berbagai kesalahan jenayah ditempatkan sebelum adanya Penjara Sg.Buloh sekarang. Sejarah tercipta, malah penjara yang telah wujud sejak sekian lama itu telah meninggalkan banyak nostalgia buat rakyat Malaysia sebenarnya. Maka, apalah salahnya jika salah satu bahagian penjara tersebut dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang. Sekurang-kurangnya mereka boleh tahu bahawa disitulah tapak bersejarah untuk negara satu ketika dulu. Tindakan meroboh penjara tersebut semalam jelas sekali menunjukkan bahawa pihak terbabit buta sejarah sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat menilai nilai-nilau sejarah yang perlu dikekalkan untuk tatapan pada masa akan datang. Kini kawasan itu akan dibangunkan dengan pusat perdagangan komersial atas nama sebuah pembangunan.

[Ramai yang tertanya-tanya, jika Kerajaan Negeri Melaka boleh mengekalkan monumen sejarah Tembok Kota A'Famosa peninggalan Portugis dulu maka kenapa Tembok Pintu Gerbang Penjara Pudu tidak berupaya untuk dikekalkan?. Bukankah Portugis itu penjajah yang telah menyebabkan rakyat Melaka kini tidak beraja sehingga ke hari ini. Namun, atas nama sejarah untuk ditatap oleh generasi akan datang ia dipulihara sebagai destinasi pelancongan bersejarah yang cukup popular di negeri itu pada masa ini. Soalnya sekarang, kenapa kerajaan gagal melakukan terhadap Penjara Pudu. Sejarah dirobohkan begitu sahaja tanpa dan perasaan bersalah langsung. Memang kita tahu, kawasan terbabit telah dibeli dan akan dibangunkan. Namun apa salahnya ditinggalkan sedikit mana-mana bahagian penjara tersebut sebagai sejarah?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, apakah kerana wang yang dicari maka sejarah itu sanggup dikorbankan oleh pihak-pihak yang berkenaan].

Spekulasi: Rombakan Kepimpinan Tertinggi PKR Minggu Ini, Semoga Tempiasnya Tidak Menggugat Keharmonian Parti Di Negeri Pahang Hendaknya!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kabarnya akan membuat satu rombakan besar kepimpinannya minggu ini. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution beberapa orang Ketua Perhubungan Negeri dan Ketua Biro parti dijangka akan digantikan, manakala beberapa lantikan baru pula akan mengisi jawatan Majlis Tertinggi parti itu. Malah terdapat juga spekulasi bahawa dua orang bekas Menteri BN, iaitu Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng akan diberi peranan yang lebih besar untuk memperkukuhkan parti. Soalnya sekarang, apakah rombakan yang bakal berlaku ini dapat diterima oleh ahli parti peringkat akar umbi. Masih kita ingat hujung tahun 2008 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dikecam hebat kerana membuat rombakan pucuk pimpinan parti peringkat negeri. Malah, ada sesetengah negeri yang langsung tidak dapat menerima keputusan Anwar menukarkan Ketua Perhubungan Negeri ketika itu. Paling panas ialah di negeri Perak dan Pahang ini sendiri. Maka itu, apakah keputusan membuat rombakan terhadap pucuk pimpinan tertinggi peringkat negeri kali ini bakal diterima ahli?. Kita takut, akibat rombakan tersebut menyebabkan parti berpecah belah dan semakin berpuak-puak nanti. Tambahan pula, Pengerusi Perhubungan Negeri yang sedia ada sudah lebih setahun menjalankan tanggungjawab tersebut dengan cemerlang sekali. Di Pahang misalnya, kepimpinan baru Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) kini semakin diterima oleh seluruh ahli parti. Biarpun pada awalnya, terdapat beberapa tentangan yang mahukan pengerusi lama dikekalkan. Namun, ternyata percaturan Anwar agak bijak ketika itu dan Dato' Fauzi dilihat telah berjaya membina semula kekuatan parti dari segala peringkat. Malah, Parti Keadilan Rakyat di Pahang kini dilihat semakin utuh dan kuat. Dato' Fauzi bukan sahaja telah berjaya menerobos tembok besar BN di kawasan perkampungan orang asal (asli), malah hingga ke kawasan tanah rancangan Felda yang menjadi "talian hayat UMNO BN" di negeri ini. Beliau juga telah berjaya menarik ramai ahli-ahli UMNO untuk bersama Pakatan Rakyat dalam membela nasib mereka. Malah, ada di sesetengah kawasan cawangan UMNO dibubarkan terus gara-gara keyakinan mereka terhadap kepimpinan Dato' Fauzi Abd Rahman. Maka itulah kini beliau semakin digeruni oleh UMNO Pahang. Kekuatan beliau untuk menarik begitu ramai ahli UMNO peringkat akar umbi itu amat mengecewakan pemimpin UMNO Pahang. Malah, beliau juga pernah diumpan dengan berbagai ganjaran dan imbuhan jika sanggup tinggalkan PKR dan kembali kepada UMNO. Namun, atas sifat untuk bersama rakyat dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya Dato' Fauzi kini begitu konsisten dengan Parti Keadilan Rakyat. Banyak program-program dan agenda besar yang telah dirancang serta dilaksanakan sepanjang beliau mengemudikan parti setakat ini.

[Oleh itu, ramai yang gusar jika namanya juga termasuk dalam senarai rombakan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti nanti. Tambahan pula ada ura-ura yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu dalam parti yang begitu cemburu dengan corak kepimpinan beliau sekarang ini. Maka, mereka mencari jalan agar jawatan yang disandang oleh beliau diberikan kepada pemimpin lain. Apapun, rakyat di Pahang sebenarnya amatlah mengharapkan dan masih memerlukan kepimpinan beliau untuk membawa arus perubahan serta membela nasib mereka. Maka, besarlah harapan kita agar rombakan yang bakal berlaku tempiasnya tidak sampai ke negeri Pahang ini. Mungkin ada yang sedang mencongak agar spekulasi ini berlaku sebenarnya. Namun, mereka juga harus melihat segala gerak kerja dan tindakan yang dilakukan oleh beliau sejak meninggalkan UMNO dan menerajui PKR di negeri ini. Ternyata, kekuatan Pakatan Rakyat juga semakin bertambah dengan pengaruhnya].

Spekulasi: Isu Perletakkan Jawatan ADUN BN Seri Serdang Semakin Panas Bila Satim Tidak Hadir Ke Mesyuarat Mingguan UMNO Selangor Malam Tadi!

Desas-desus atau khabar angin Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman (foto) akan melepaskan semua jawatan politiknya kini semakin jelas kelihatan. Biarpun ia bukannya isu panas yang perlu diperbesarkan, namun UMNO BN di Selangor amat gusar jika benar Satim mengambil tindakan tersebut. Tambahan pula, jika Satim mengosongkan kerusi DUN Seri Serdang maka ini bermakna mereka terpaksa berhadapan dengan satu pilihanraya kecil bagi kawasan tersebut. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO di Selangor, yang kini bagai "cacing kepanasan" dengan isu Satim ini. Soalnya sekarang, apakah benar Satim mahu melepaskan semua jawatannya itu?. Inilah yang bermain difikiran mereka. Jika benar, maka pembangkang (BN) di Selangor berada dalam keadaan bahaya sebenarnya. Tambahan pula, populariti Khir Toyo kini semakin merudum selepas tewas bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Mac tahun lalu. Khir Toyo kini benar-benar telah menjadi "kadam", selepas sekian lama menghisap darah dan keringat rakyat Selangor sebelum ini. Kegusaran UMNO terhadap Satim semakin membuak-buak bila beliau tidak hadir dalam mesyuarat Pengurusan Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam. Namun, bagi meredakan keadaan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dengan bangganya menegaskan bahawa ketidak hadiran Satim itu adalah perkara biasa kerana beliau mempunyai urusan lain. Sama ada Satim benar-benar mahu melepaskan jawatannya, hanya beliau yang tahu. Malah, menurut satu sumber mengatakan tindakan Satim itu dek kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan UMNO Negeri.

[Ramai juga yang benci dengan perangai Noh Omar sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini. Apa tidaknya, menurut satu sumber Noh meminta komisyen sehingga 30% semata-mata menyokong permohonan tender kantin sekolah yang dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri (UMNO Kelang). Katanya, kontraktor tersebut berjumpa Noh untuk sokongan tender di lima buah kantin sekolah. Amat mengejutkan bilamana Noh mahukan 30% komisyen bagi setiap satu tender yang disokong itu. Akibat kecewa dengan sikap Noh, maka akhirnya kontraktor yang merupakan proksi UMNO itu akhirnya membatalkan hasratnya itu. Beliau amat kecewa dengan tindakan Noh Omar yang sanggup meminta komisyen sebanyak itu daripada ahli penyokongnya sendiri. Lantaran perkara itu kontraktor terbabit kabarnya bersemangat untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Akhirnya terbuka juga pekong Noh Omar sebenarnya. Patutlah, Satim Diman juga kecewa dengan kepimpinan UMNO Selangor. Mungkin mereka juga dinafikan projek atau dipaksa membayar komisyen yang tinggi kepada Noh Omar jika memohon projek dibawah Kementerian Pelajaran itu sendiri. Semoga rakyat di seluruh negara juga sedar akan perangai sikap sebenar pemimpin UMNO].