
Apa Motif Benarkan Guru DG41-DG48 Berpolitik
Ramai yang melihat, kebenaran ini "ada makna" sebenarnya. Ini kerana, kebanyakkan guru kumpulan terbabit adalah mereka yang begitu rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran itu sendiri. Malah, mereka juga boleh dikatakan sebagai "mata dan telinga" kerajaan, kerana kedudukan tersebut. Kumpulan ini kebanyakkannya golongan yang sudah berumur dan menanti hari sama ada untuk bersara, atau mengambil alih jawatan-jawatan tertentu di jabatan pelajaran negeri atau kementerian suatu hari nanti. Mereka lebih senang juga diterima oleh masyarakat setempat dalam apa jua keadaan sekalipun. Pergilah mana-mana kawasan di seluruh ceruk negara sekali pun, memang para guru ini akan dipandang "mulia" oleh masyarakat. Tambahan pula bagi mereka yang berjawatan "besar" seperti Gred DG41 hingga DG48 itu sebenarnya. Pendek kata, bila mereka ini duduk di kedai-kedai kopi pasti semua mulut akan terdiam dan mereka akan percaya serta terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh guru terbabit. Maka itulah, kita mengesyaki kebenaran untuk guru kumpulan terbabit adalah bermotifkan politik sebenarnya. Tambahan pula disaat rakyat mula jelek dan menolak UMNO BN mutakhir ini. Mereka sudah menggunakan golongan agama, namun turut ditolak. Maka kini, strategi terbaru ialah menggunakan "golongan cendiakawan" seperti para guru terbabit. Sebab itulah mereka membenarkan guru terbabit terlibat. Kerana mereka tahu, guru-guru peringkat bawahan ramai yang menyokong pembangkang sebenarnya. Jadi jika kebenaran itu tidak diberikan, ia akan menyusahkan UMNO BN akhirnya. Malah, kita amat yakin yang guru-guru terbabit ini sudah pasti akan diberikan arahan untuk melaksanakan agenda kerajaan. Malah mereka akan dipunggah ke sana-sini untuk melakukan perubahan "minda rakyat" dengan kuasa dan pengaruh yang mereka ada. Inilah yang amat diharapkan sangat pada masa ini. Malah, guru-guru terbabit juga akan diajar untuk "melaksanakan dakwa" mereka dengan kaedah yang betul supaya rakyat kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional nanti. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada pihak yang berkenaan.Aktif Politik Adakah Hanya Parti UMNO BN Sahaja
Ramai yang tidak terfikir akan keputusan kerajaan itu adalah simbolik sebenarnya. Kebenaran yang diperkatakan itu nescaya bukan untuk semua "parti politik" tetapi khas untuk parti UMNO BN sahaja. Mana mungkin dalam keadaan sekarang, guru-guru terbabit dibenarkan berada dalam "saf kepimpinan pembangkang". Bayangkan jika seorang guru Gred DG41 dan DG42 itu menjadi pemimpin PAS, PKR atau DAP?. Apakah kerajaan UMNO BN boleh menerima hakikat itu?. Sedangkan sebelum ini masih kita ingat ramai dikalangan guru-guru terbabit telah ditukarkan sesuka hati mereka akibat perbezaan fahaman politik. Itu ketika, UMNO BN masih mendapat sokongan rakyat. Kini, mereka kian "nazak" dan mungkinkah mereka boleh menerima realiti ramai guru-guru terbabit bersama pembangkang?. Inilah yang amat meragui kita sebenarnya. Mungkin KSN Sidek Hassan tidak menghabiskan ayat yang ingin disampaikan kepada pihak media bahawa guru-guru berkenaan dibenarkan terbabit dalam parti polik "UMNO BN" sahaja. Justeru itulah, rakyat jangan terlalu taksub dengan apa yang telah diwar-warkan itu. Semuanya adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Mana mungkin dalam sesebuah sekolah Pengetua atau Guru Besarnya adalah dari parti PAS dan guru biasa adalah UMNO BN?. Bukankah ini akan menyebabkan guru terbabit dikenakan berbagai tindakan akhirnya oleh pihak kerajaan itu sendiri. Orang lain mungkin mereka boleh tipu, tetapi bagi rakyat yang bijak membuat penilaian maka semua helah ini dapat dihidu oleh rakyat.[Oleh itu, rakyat diseluruh negara diseru berhati-hati dengan kehadiran para guru Gred DG41 hingga DG48 dalam mana-mana program Pakatan Rakyat selepas ini. Kita yakin, mereka juga akan menjadi SPY untuk membuat laporan kepada kerajaan UMNO BN itu nanti. Kelibat mereka juga wajar dipantau didalam apa jua majlis keramaian bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari. Guru biasanya akan diterima oleh rakyat terutamanya masyarakat orang kampung. Maka, apa saja kata guru akan diterima bulat-bulat nanti termasuklah bila mereka mengutuk parti pembangkang. Eloklah kita berfikir negatif sebelum kita terus alpa dengan keputusan drastik kerajaan yang jelas mempunyai strategi politik itu].






























