Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Tuesday, August 31, 2010

Memalukan: Malam Kemerdekaan Tercemar Oleh Gelagat Anak Muda 1Malaysia Yang Langsung Tak Mahu Menghormati Kesucian Bulan Ramadhan !!

KUANTAN, 31 Ogos - Orang ramai disekitar bandar ini merasa terkilan dan kecewa melihat gelagat anak-anak muda Melayu yang tergamak mencemarkan kesucian agama Islam dek kerana hari kemerdekaan. Tinjauan krew kami mendapati ramai anak-anak muda menjadikan malam merdeka sebagai peluang untuk mereka membebaskan diri dari segalanya. Berbagai aksi-aksi yang jelas sekali tidak wajar kita saksikan telah disajikan oleh mereka. Bukan sahaja aksi lumba haram oleh "Mat Rempit", malahan juga ramai diantara yang mengambil peluang untuk berpeleseran dan melempiaskan rindu dendam. Tanpa menghiraukan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, jelas kelihatan aktiviti tidak bermoral berlaku sepanjang malam tadi. Krew kami sempat menyaksikan aktiviti mat rempit di sekitar Indera Mahkota 2 dan juga Bukit Setongkol. Anak muda terbabit seperti biasa merempit sambil menunjukkan aksi berbahaya kepada orang ramai. Mereka tidak takut dan menghiraukan langsung amaran pihak polis. Sementara itu di Jalan Besar hadapan Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) pula begitu ramai anak muda yang melepak di Taman Esplanade dekat situ. Satu sekatan jalan raya telah diadakan oleh pihak polis di situ dan juga hadapan Ibu Pejabat Pos, Jalan Mahkota. Kenderaan bersesak-sesak melalui jalan itu dan tidak kurang juga begitu ramai anak muda yang menyaksikan pihak polis menjalankan operasi berkenaan. Kelihatan anak muda lelaki dan perempuan tanpa segan silu berpelukan dalam kegelapan. Mereka masing-masing gembira untuk meraikan sambutan kemerdekaan negara yang ke-53 itu agaknya.

Tambah memeritkan hati kami apabila melihat gelagat anak-anak muda Melayu Islam yang agak ramai juga di sebuah pusat hiburan di kawasan hadapan Berjaya Megamall. Kami difahamkan pusat hiburan yang dulunya dikenali sebagai "swing" itu sudah pun disaman oleh pihak Majlis Pebandaran Kuantan (MPK) akibat operasi lebih masa. Malah, lesennya dipercayai telah dibatalkan. Anehnya mereka terus beroperasi dengan menggunakan nama baru bagi mengaburi mata masyarakat. Krew kami sempat menjengah masuk untuk melihat sendiri aksi-aksi lucah anak-anak muda 1Malaysia di pusat hiburan terbabit. Ternyata, sungguh menjengkelkan. Mereka sanggup minum arak dan bergaul bebas lelaki dan perempuan dalam keadaan yang menghairahkan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apalah malangnya nasib generasi kita hari ini. Tanpa rasa malu dan bersalah, apatah lagi ketika umat Islam sibuk mengerajakan ikhtikaf dan qiamulail di penghujung bulan puasa, mereka pula terus hanyut dengan kemaksiatan. Lalilatuqadar yang dicari, tetapi "botol arak" yang menjadi pengganti. Apakah ini anak muda 1Malaysia yang kononnya boleh "menjana transformasi" itu agaknya? Rosak akhlak dan akidah!


Rosak akhlak, anak Melayu 1Malaysia minum arak bulan Ramadhan
[Sebenarnya, senario yang berlaku di Kuantan ini hampir sama dengan apa yang berlaku ditempat lain. Malah, lebih dasyat lagi malam kemerdekaan juga dijadikan malam "berbulan madu" atau "membuat anak haram" oleh pasangan-pasangan kekasih. Hasilnya, banyak "anak luar nikah" dilahirkan dan dibuang begitu sahaja. Inilah yang telah merosakkan generasi kita hari ini. Mereka hilang jati diri dan hala tuju. Mereka sendiri "tidak tahu" apakah mereka seorang "Islam" atau sebaliknya. Mereka berpuasa macam orang lain, tetapi maksiat sudah sebati dalam diri mereka. Semuanya ini akibat penguatkuasaan undang-undang yang terlalu lemah oleh pihak kerajaan itu sendiri. Tambah menyediahkan, biarpun jam sudah dinihari ramai juga anak-anak yang berumur 15 tahun ke bawah masih berpeleseran di bandar. Mereka menaiki basikal sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Semua ini adalah bukti-bukti betapa rosaknya akhlak dan akidah anak muda 1Malaysia itu sebenarnya. Jika inilah ajaran yang mahu diterapkan dalam diri mereka, maka kita amat yakin akhirnya keimanan akan terus tercabut dalam hati mereka dan akhirnya mereka akan menolak Islam dan kebenaran. Hasilnya, mereka akan melihat UMNO BN adalah yang paling layak jadi pemerintah dan kerajaan. Inilah sebenarnya agenda yang mahu dilaksanakan oleh UMNO BN, sejak dulu, kini dan selama-lamanya].

Monday, August 30, 2010

Apalah Ertinya Sebuah Kemerdekaan, Jika Jiwa-Jiwa Rakyat Masih Terbelenggu Dengan Berbagai Undang-Undang Yang Kian Mencengkam Mereka


Esok, tanggal 31 Ogos 2010 negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Biar pun sambutan tidak sehebat tahun-tahun yang lalu berikutan sambutan kali ini bertembung dengan puasa di bulan Ramadhan. Namun kerajaan 1Malaysia tetap mengadakan raptai secara tertutup yang khabarnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan temanya kali ini "1Malaysia Menaja Transformasi", apakah sambutan kali ini dapat diterima oleh rakyat. Jika dulu, tatkala menjelangnya kemerdekaan maka dilancarkan bulan kemerdekaan bermula pertengahan bulan Ogos hingga bulan September. Maka, rata-rata rakyat pelbagai kaum mengadakan aktiviti masing-masing termasuk bersama-sama mengibarkan bendera "Jalur Gemilang". Semua ini dek kerana mahu menunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada negara tercinta. Malah, bendera bukan sahaja di pasangkan pada dinding-dinding bangunan atau rumah, malah turut dilekatkan bendera kecil pada kenderaan masing-masing. Rakyat seolah-olah bersemangat dan berbangga untuk merayakan hari kemerdekaan negara. Namun, kini suasana itu nampak jauh berbeza sama sekali di zaman Najib 1Malaysia. Rakyat seolah-olah tidak menerima corak kepimpinan beliau yang bertemakan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" itu. Buktinya, cuba lihat dibangunan-bangunan sekeliling kita! Atau di kenderaan-kenderaan yang lalu didepan mata kita! Berapa kerat sangat mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?. Daripada 100 kenderaan satu pun mungkin sukar untuk kita temui. Kenapakah ini berlaku?. Apakah rakyat tidak gembira hidup di zaman pentadbiran Najib Razak?. Mungkin juga ada kebenarannya, tambahan pula Najib dilihat gagal membawa perubahan besar terhadap kehidupan rakyat itu sendiri. Apa yang berlaku, ia tetap sama seperti zaman Mahathir dan Pak Lah dahulu. Tradisi mendera rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

Merdeka Apa Jika Amalan Demokrasi Itu Dicemari

Rakyat juga melihat kerajaan yang ada sekarang ini masih mengamalkan dasar-dasar "kuku besi" untuk menekan rakyat. Undang-undang dan pelbagai akta digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. Tambah parah lagi, amalan demokrasi yang diwar-warkan selama ini turut dicemari dengan berbagai insiden yang tidak diingini. Kebebasan bersuara sama ada menerusi media atau perhimpunan terus disekat. Rakyat ditekan, diperkotak-katikkan oleh pihak berkuasa yang kononnya menjaga keamanan. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hanya dek kerana mahu menuntuk satu keadilan dan kebebasan. Pemimpin dan golongan atasan terus berkuasa memunggah segala khazanah kekayaan negara. Beberapa kerat individu yang berwang, "mencucuk hidung" kerajaan agar menuruti kehendak mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan, kerajaan lebih berselera menaikkan harga barangan atas nama "subsidi" daripada terus membela rakyat itu sendiri. Rakyat dibiarkan berada dalam keadaan miskin dan tidak kaya, supaya mereka bebas menggunakan kuasa untuk "membeli maruah" mereka menjelangnya pilihanraya. Malah, agama dan perkauman terus dipermainkan dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting ialah kuasa itu terus dipertahankan oleh mereka. Maka itulah, kita tidak hairan kini kerajaan 1Malaysia lebih seronok memainkan isu agama dan perkauman itu untuk mengekalkan kuasa. Mereka lebih berminat untuk memburuk-burukkan parti lawan demi menyakinkan rakyat kononnya hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja pandai memerintah negara ini. Justeru itulah, rakyat yang bijak dan menggunakan akal fikiran yang waras melihat kerajaan 1Malaysia yang ada hari ini langsung tiada makna bagi mereka. Atas faktor itu juga, rakyat tidak merasa berbangga untuk mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap kemerdekaaan itu. Inilah hakikat yang telah berlaku itu sebenarnya.

Jalur Gemilang Kini Akhirnya Di Hina Indonesia

Apa yang lebih memalukan sekarang ini, di saat kerajaan 1Malaysia mahukan rakyat supaya mengibarkan bendera kebanggaan negara "Jalur Gemilang", tiba-tiba kita melihat pula jalur gemilang dihina di negara jiran Indonesia. Malah, bukan sahaja dihina mereka juga membakar dan memijak-mijak jalur gemilang. Bukankah ini boleh menjatuhkan maruah negara sebenarnya. Namun, anehnya PM Najib Razak berbangga mengatakan kerajaan tidak pernah berlembut dalam isu kedaulatan negara. Soalnya kenapa tatkala alur gemilang dihina sedemikian rupa kita masih mampu berdiam diri di saat kita mahu menyambung hari kemerdekaan esok. Tambah menyakitkan hati kita, bila ada pula rakyat Malaysia yang ditahan dan ditangkap oleh pihak polis gara-gara cuba melakukan perkara yang sama terhadap bendera Indonesia di kedutaan mereka. Inilah masalahnya, bila orang lain buat dibiarkan tetapi bila kita mahu bertindak mereka pula yang menghalang. Samalah dengan apa yang berlaku dalam politik negara, hanya kerajaan dan penyokong mereka sahaja yang menikmati kemerdekaan itu sebenarnya. Bagi penyokong pembangkang (Pakatan Rakyat), apalah erti kemerdekaan jika jiwa-jiwa mereka terus "dijajah" oleh bangsa sendiri?. Buktinya, hanya penyokong kerajaan sahaja bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk berhimpun secara haram. Sedangkan jika ia dilakukan oleh penyokong pembangkang sudah pasti mereka akan dikenakan berbagai tindakan. Ini semua tidak bermakna jika benar negara sudah merdeka. Negara hanya merdeka dimata kerajaan sahaja, sebaliknya bagi rakyat selagi diri mereka terbelenggu maka itulah mereka tidak akan menghargai erti sebuah kemerdekaan itu akhirnya.

Merdeka Apa Jika Jenayah Kini Terus Berleluasa

Apalah erti kemerdekaaan sebenarnya jika gejala maksiat dan jenayah terus meningkat di negara kita. Malah, paling membimbangka di ketika umat Islam sibuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan gejala "buang bayi" terus melanda. Itu belum lagi kes jenayah lain yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Apakah ini ertinya kemerdekaan, apabila akidah dan akhlak rakyat terutamanya golongan muda punah ranah dibuatnya. Dasar apakah ini, yang merelakan semua ini terus berlaku malah disokong pula oleh kerajaan itu sendiri. Misalnya, gejala penagihan dadah yang kian parah terus disuburkan lagi dengan pembinaan banyak pusat-pusat untuk menempatkan penagih terbabit. Walhal mereka sendiri tahu 80% penagih yang keluar itu akhirnya terlibat semula dengan gejala tersebut. Begitu juga kini, susulan kes buang bayi yang meningkat tiba-tiba pula ada kerajaan negeri yang beriya-iya mahu membina sekolah uintuk pelajar hamil. Kononnya untuk menyelamatkan mereka dari terus terjerumus ke kancah jenayah lain termasuk jenayah akibat membuang bayi tersebut. Semua ini jelas menunjukkan yang kerajaan 1Malaysia ternyata gagal membentuk akidah dan keimanan rakyat seperti yang terkandung dalam agenda konsep 1Malaysia yang diperkenalkan mereka itu sebenarnya. Maka, apakah ini maknanya kemerdekaan yang dibanggakan itu agaknya?

[Sebenarnya, banyak lagi faktor yang mendorong ke arah itu sebenarnya. Rakyat Malaysia sudah muak dan jelek dengan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang hanya "indah khabar dari rupa". Retorik politik "rakyat didahulukan" hanyalah satu usaha untuk mengalih pandangan rakyat itu sendiri. Sebaliknya, mereka terus dihenyak dengan virus "subdisi" yang kian membiak dijiwa-jiwa pemimpin kerajaan itu. Inilah yang menyebabkan mereka langsung tidak bersemangat waja untuk menyambut hari kemerdekaan, apatah lagi untuk mengibarkan bendera negara "jalur gemilang" itu sebenarnya. Rakyat yang bijak tidak mahu terus tertipu dengan semangat nasionalisme laungan puak-puak UMNO BN itu lagi. Penolakan ini membukti betapa sokongan rakyat terhadap kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak semakin terhakis dari sehari ke sehari. Soalnya sekarang, apakah Najib berani membubarkan parlimen dan membuat pilihanraya lebih awal atas senario yang berlaku ini. Ia jelas menunjukkan bahawa arus perubahan itu juga kini semakin hampir untuk dinikmati oleh kita semua].

Panas: Pencalonan Di Tolak Kerana Sabotaj, Saksi Mendakwa Calon Ketua Cabang Kuantan Terbabit Wajar Salahkan Diri Sendiri Akibat Kes Tersebut !!

KUANTAN, 30 Ogos - Kemelut Calon Ketua Cabang Kuantan nampaknya semakin panas apabila, Mohd Romagan Md Ron (Megat) yang dikatakan telah ditolak kertas pencalonannya kini telah dipanggil oleh pihak tertentu di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini. Dipercayai ia berikutan raa tidak puas hati dan laporan yang telah dibuat oleh beliau terhadap perkara ini. Krew kami cuba menyiasat kesahihan dakwaan Megat bahawa borang pencalonannya disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Menurut satu sumber dalaman PKR cabang Kuantan, tindakan Megat mengatakan dirinya disabotaj seperti yang dilaporkan dalam blog ini amatlah "melucukan". "Tiada siapa yang mahu mensabotaj Megat. Kertas pencalonannya ditolak akibat kealpaan beliau sendiri yang lewat untuk mendapatkan nama pencadang dan penyokong. Bayangkan, beliau antara calon yang terawal mengambil borang pencalonan tetapi yang paling lambat menghantarnya", kata sumber itu. Beliau juga menegaskan Megat dipercayai gagal mendapatkan calon kerana terlalu "asyik" berkempen mengatakan majoriti ahli Melayu PKR cabang itu menyokongnya. "Saya berusaha mendapatkan pihak yang mahu mencadang dan menyokong beliau, sesudah dihubungi melalui telefon mengatakan beliau bermasalah atas perkara itu. Akhirnya ada pihak yang setuju berkerjasama iaitu Rizal dan Cheong", tambah sumber itu. Masalahnya, ketika itu masa proses pencalonan hampir berakhir dan saya sudah bagi tahu dia supaya datang awal bagi mengelakkan masalah teknikal berlaku kata sumber itu.


Cheong menyemak borang pencalonan Megat, di sebelahnya Rizal (berkupiah)
Apa yang menjadi problem katanya, sikap Megat yang tidak "serius" untuk menyuburkan amalan demokrasi itu sendiri. "Beliau sepatutnya bersedia lebih awal lagi dan bukannya pada masa kecederaan. Maka akhirnya berlaku masalah kepada borang yang sepatutnya dikemukakan sebanyak tiga salinan. Sedangkan Megat hanya ada satu borang sahaja. Inilah yang menimbulkan kekalutan apabila masalah seperti tandatangan asal, gambar calon dan perkara berkaitan dikenal pasti oleh pegawai penyelaras PKR terbabit. Akhirnya borang beliau dipercayai memang tidak lengkap dan tidak wajar diterima. Inila yang berlaku sebenarnya", tambah sumber berkenaan lagi.

[Kami difahamkan kemelut yang berlaku di Kuantan itu bukanlah agenda pihak-pihak tertentu, cuma masalah calon yang gagal mendapatkan nama pencadang dan penyokong hingga ke saat-saat terakhir. Malah dipercayai jumlah "Korum" yang tidak mencukupi untuk jawatan AJK juga disebabkan ramai ahli yang lebih gemar merebut jawatan utama di cabang itu. Apapun, diharapkan agar pihak atasan membuat siasatan yang menyeluruh termasuk memanggil beberapa orang saksi untuk mengetahui cerita sebenar kes yang berlaku terhadap "penolakkan borang calon Megat" tersebut. Cuma nasihat kami, kepada sesiapa yang mahu menjadi calon di masa akan datang diharap dapat bersedia lebih awal dan bukannya "last-last minute" yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Apapun, peluang masih ada dan semua pihak perlu duduk semeja untuk membincangkan hala tuju parti bukan sekadar berebut jawatan semata-mata. Inilah yang paling penting daripada kekuatan peribadi itu].

Memalukan: Zainuddin Maidin Semakin Nyanyuk Serta Gila Meroyan, Kutuk Pembangkang Secukup Rasa Seolah-Olah Bermimpi Dia Masih Ada Kuasa!

Apa sudah jadi kepada bekas Menteri Penerangan, si Zainuddin Maidin (foto) agaknya?. Tiba-tiba saja "gila meroyan" dan "meracau tidak tentu hala" ketika ditemubual oleh portal berita umnonline baru-baru ini. Beliau yang kini sudah tidak laku lagi dalam kancah politik tanahair tiba-tiba bersemangat waja untuk mengampu pemimpin UMNO BN dengan mengutuk parti pembangkang "secukup rasa". Zainuddin Maidin ini bercakap seolah-olah "bermimpi disiang hari" sebenarnya. Beliau langsung tidak mahu bermuhasabah atas segala kesilapan dirinya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kenyataan beliau kononya parti PAS kini dilihat mengambil pendekatan liberalisme dalam mencari sokongan politik. Malah, Zam dengan bangganya mengatakan PAS pernah meminta mantan PM Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969. Beliau juga berkata, parti berkenaan juga pernah menyokong Indonesia mengambil alih pemerintahan negara dan menangkap para pemimpin tempatan semasa era konfrontasi dengan negara jiran tersebut. Justeru, kata beliau, tindakan itu mencerminkan PAS merupakan sebuah pertubuhan politik bersifat perkauman berasaskan ekstremisme kepada Islam yang bertentangan dengan ajaran agama itu.

Dalam pada itu, zam juga menyelar PAS dengan menyifatkan kerjasama parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini penuh dengan kepura-puraan dalam mewujudkan kerjasama politik antara pakatan pembangkang. Kononnya, UMNO telah menentang keras pendirian ekstrem PAS itu dan mendedahkan ketaksuban parti itu dalam hal keagamaan seperti kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah 'mengkafirkan' ahli-ahli UMNO. Beliau juga menegaskan selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka (PAS) lebih beradab dan bersopan. Mengapa sekarang mereka nak menuduh kita (UMNO) perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian melalui perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum lain dengan lebih besar. Justeru, katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada konsep liberalisme tetapi bersifat liberal sejak awal penubuhan negara lagi. Mengenai DAP pula, katanya, parti itu yang kononnya mahu mencontohi PAP di Singapura tidak mampu berbuat demikian kerana PAP mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati terlibat dalam salah laku moral. Baginya, PKR pula adalah sebuah parti yang hanya mahukan kuasa dengan kegilaan tersebut berkisar perjuangan seorang individu sahaja.

[Malu rasanya melihat bekas Menteri UMNO seperti si Zam ini. Beliau masih terkinja-kinja untuk mengampu pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak bagi membolehkan nyawa politiknya dihidupkan semula. Meracau dan merepek tidak tentu pasal adalah satu strateginya untuk membolehkan pucuk pimpinan UMNO melihat dirinya masih ada keupayaan untuk terus berkuasa. Zam selayaknya dijadikan "tukun tiruan" untuk dihumbankan ke Laut Cina Selatan. Bercakap tanpa melihat "senario semasa" seolah-olah beliau seorang penganalisis yang cukup hebat. Jika beginilah mentaliti puak-puak pencen UMNO, maka selayaknyalah untuk Zam "meracau" agar rakyat dapat melihat tahap "kebodohan" pemimpin sepertinya itu. Cuba mengaitkan PAS ekstrem dan mengaitkan tragedi 13 Mei dengan parti Islam itu merupakan langkah bangang Zam. Beliau bercita-cita besar untuk memporak perandakan pemimpin berbagai kaum dalam Pakatan Rakyat. Namun, Zam lupa bahawa senario hari ini adalah jauh berbeza dengan zaman-zaman yang dinyatakan itu. Seharusnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak melayan kenyataan Zam yang sememangnya "merendahkan martabatnya" itu. Biarlah Zam terjun bersama labu-labunya nanti].

Panas: Seorang Lagi ADUN Wanita DAP Masuk Ke Dalam Masjid, Soalnya Apakah Puak-Puak UMNO Akan Terus Meracau Melihat Aksi Terbaru YB Ini


KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya. Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini. Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu. Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini. Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu. Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir
[Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri. Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam. Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya].

Panas: Calon Ketua PKR Cabang Kuantan Kecewa Kertas Pencalonannya Di Tolak, Sedangkan Parti Sepatutnya Menyuburkan Amalan Demokrasi Itu

KUANTAN, 30 Ogos - Calon Ketua Cabang Kuantan yang ditolak kertas pencalonannya iaitu Mohd Romagan Md Rom (foto) hari ini meluahkan rasa terkilan terhadap keputusan pegawai penyelaras PKR itu. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Megat" berkata, keputusan itu jelas sekali menghalang amalan demokrasi disuburkan dalam parti. "Saya hairan, diketika parti membuat perubahan baru terhadap proses pemilihan kali ini, tiba-tiba ada sikap sesetengah pegawai yang jelas menghalang pembaharuan itu dilakukan", katanya. "Tindakan menghalang saya bertanding atas faktor borang tidak lengkap, amatlah tidak adil sebenarnya. Tambahan pula saya sudah melengkapkan borang sebelum masa pencalonan berakhir jam 4.00 petang. Malah saya juga ada membawa pencadang dan penyokong saya ketika borang dihantar. Pegawai terbabit mengatakan borang saya ditolak atas alasan gagal mematuhi syarat. Mereka mahu saya menyertakan tiga keping gambar, sedangkan ketika itu saya hanya lampirkan sekeping dan saya meminta izin untuk membuat dua lagi salinan gambar di kedai yang berdekatan. Anehnya pegawai terbabit hanya memberikan saya masa seminit untuk tujuan tersebut. Jika tidak borang saya tetap akan ditolak. Kecewa dengan tindakan itu, maka akhirnya borang pencalonan saya ditolak oleh mereka", tambah Megat dengan nada kecewa dan terkilan. Beliau khabarnya telah membuat laporan tentang perkara itu kepada pihak atasan. "Saya dipanggil mengadap pihak terbabit di Kuala Lumpur esok", tambah Megat yang diarahkan memberi maklumat berkenaan insiden penolakkan kertas pencalonannya itu.


Bukti, borang pencalonan Megat yang telah lengkap tapi akhirnya ditolak

Kecoh, Megat bersama penyokongnya kecewa dengan kes penolakan itu

Menurut Megat, apa yang lebih mengecewakannya ialah kenapa hanya di Cabang Kuantan pegawai penyelaras terbabit mendesak beliau mengemukakan tiga keping gambar untuk dilampirkan pada borang pencalonan tersebut. Sedangkan di cabang-cabang lain, arahan tersebut tidak diwajibkan bahkan ada cabang yang tidak langsung meminta gambar untuk tujuan yang sama. "Soalnya sekarang, kenapa saya yang menjadi mangsa?. Sedangkan di cabang lain arahan agak longgar. Kenapa di cabang Kuantan ia dikuatkuasakan?. Apakah kerana saya menentang Ketua Cabang sedia ada sekarang ini. Mungkin jika saya sekadar bertanding jawatan AJK atau sebagainya perkara ini tidak dititik beratkan sangat", katanya. Beliau juga menyeru supaya pihak berkenaan menjalankan siasatan lanjut atas kes ini, agar ia tidak menganiaya orang lain pula selepas ini. Malah, dalam pencalonan pilihanraya umum sekali pun perkara seperti ini tidak terlalu tegas dan pegawai penyelaras akan meminta calon memperbetulkan mana-mana yang silap sebelum masa bantahan. Kenapa ini berlaku dalam proses pencalonan sebuah parti politik. Persoalan yang timbul, apakah Megat disabotaj?. Tambahan pula beliau dikhabar mendapat sokongan akar umbi untuk bertanding melawan Fuziah Salleh di cabang itu. Semua ini masih menjadi kemusykilan ramai, semoga jalan penyelesaian terbaik dapat dilakukan untuk memberi peluang dan keadilan kepada semua pihak.

[Kami amat terkejut dengan apa yang berlaku di cabang Kuantan ini. Sudahlah jawatan Ketua Cabang berlaku penolakkan kertas pencalonan, malahan difahamkan "Korum" untuk pencalonan bagi jawata AJK Angkatan Muda Keadilan juga dipercayai tidak mencukupi. Begitu juga dengan cabang itu sendiri. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Apakah memang benar terdapat penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Fuziah Salleh di cabang itu?. Kejutan "menghalang" sebuah amalan demokrasi di cabang ini jelas mencabuli hak-hak seorang ahli itu sendiri. Jika di cabang lain, kemenangan percuma berlaku akibat tiada lawan menawarkan diri untuk bertanding menentang calon sedia ada. Tetapi, apa yang berlaku di cabang Kuantan perlulah disiasat secara telus dan adil oleh pihak atasan. Kita tidak mahu ada unsur "sabotaj" berlaku, tambahan pula calon terbabit akan menentang Fuziah Salleh yang merupakan Pengarah Pilihanraya Pusat dan baru sahaja dipilih sebagai calon Naib Presiden PKR itu sebenarnya. Ketelusan dan keadilan perlulah disuburkan kepada semua ahli. Tewas sebagai "anak jantan" mungkin tiada siapa yang merasa terkilan. Tetapi tewas sebelum menghunus keris untuk turun ke gelanggang ini amatlah tidak adil sama sekali. Tambahan pula difahamkan pegawai penyelaras PKR yang diketuai oleh Ustaz Ghani hari itu dipercayai telah dijamu sebelum itu oleh beberapa orang pemimpin PKR bahagian Kuantan itu. Apakah makna semua ini?. Janganlah kita terpengaruh dengan satu sistem yang tidak adil dalam usaha untuk kita menegakkan keadilan!].

Sunday, August 29, 2010

Senarai Calon Terkini Pemilihan Negeri Pahang

KUANTAN, 29 Ogos - Hari ini beberapa lagi cabang PKR negeri Pahang mengadakan proses pencalonan untuk pemilihan parti. Proses berjalan lancar sehingga ditutup jam 4.00 petang tadi. Seperti yang dijangka keputusan menang tanpa bertanding turut disaksikan hari ini. Malah, ramai muka-muka baru juga telah ditampilkan pada kali ini. Proses pencalonan kali ini biar pun agak rumit bagi sesetengah calon, namun ia nyata berjaya menyuburkan amalan demokrasi dalam parti. Apapun, kami ucapakan syabas dan tahniah kepada semua calon yang menang dan terpilih untuk bertanding dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Paya Besar, Hj.Zahari Menang Tanpa Bertanding


PAYA BESAR - Ketua Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat telah berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan itu. Manakala itu jawatan lain yang turut dimenangi tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Cabang iaitu Arman Abd Rashid dan Mohd Mazland Nawawi bagi jawatan Naib Ketua Cabang. Manakala bagi jawatan Ketua AMK telah dimenangi oleh Saipul Bahari Abd Jalil, Timbalan Ketua pula Mohd Azmil Abd Latib manakala Naib Ketua ialah Zakry Azahari Othman. Bagi jawatan Ketua Wanita pula telah dimenangi oleh Lili Suriati Shamsuddin

Bentong, Md Noor Hassan Bertemu Cikgu Arshad


BENTONG - Pertembungan satu lawan satu dalam Pemilihan Pimpinan PKR Cabang Bentong menyaksikan Md.Noor Hassan berlawan dengan Cikgu Arshad untuk jawatan Ketua Cabang. Jefri dan Bala untuk Timbalan Ketua Cabang dan Abd Rahman bertemu Shanmugan bagi jawatan Naib Ketua Cabang. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, Pn.Dasimah Zainuddin menang tanpa bertanding. Sementara itu bagi jawatan dalam AMK , Ketua dimenangi tanpa bertanding oleh Mohd Khair. Sementara itu untuk jawatan Timbalan pertembungan satu lawan satu menyaksikan Zainuddin Musa bertemu dengan Fauzi. Bagi 15 jawatan AJK Cabang, terdapat 28 orang calon menawarkan diri. Manakala itu AJK AMK, 22 orang calon tawarkan diri bertanding dan AJK Wanita, 15 orang calon.

Raub, Kamaluddin Lawan Mohd Ibrahim Derani


RAUB, - Pemilihan Pimpinan PKR Cabang Raub bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Cabang. Dua pemimpin berkenaan ialah bekas calon PKR DUN Dong Kamaluddin Abd Rahman dan Mohd Ibrahim Derani. Manakala bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang pula tiada pertandingan berlaku. Begitu juga tiada pertandingan bagi Ketua Wanita dimana dimenangi tanpa bertanding oleh Normah dan Naib Ketua Khamsiah Shabuddin. Manakala untuk Jawatan Ketua AMK pula ialah Zurul Amri Mohd Ali dan Timbalan Ali Bagener. Sementara itu bekas Ketua Wanita, Kak Nun dan suaminya menarik diri atas faktor usia bagi memberi laluan kepada pemimpin baru.

[Sementara itu kami mendapat maklumat banyak lagi cabang-cabang yang menyaksikan pemimpin lama menang tanpa bertanding. Apapun rakyat amatlah mengharapkan agar pertandingan yang berlaku ini tidak akan mewujudkan perpecahan dalam parti secara keseluruhannya. Perubahan besar yang berlaku jelas menggambarkan amalan demokrasi masih tetap subur dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Cuma, ramai ahli peringkat akar umbi yang mengharapkan agar tiada tangan-tangan ghaib mencaturkan pimpinan kali ini. Biarlah ahli yang menentukan siapa pilihan mereka].

Eksklusif: Dato' Fauzi Tegaskan PKR Pahang Kini Semakin Diterima Rakyat Dan Bersedia Pada Bila-Bila Masa Untuk Menghadapi Pilihanraya Umum

KUANTAN, 29 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. Demikian menurut Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Beliau berkata, PKR negeri kini semakin matang dan lebih bersedia daripada tahun-tahun sebelumnya. "Jika dulu parti terpaksa bergantung sepenuh harapan kepada PAS atau DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat, kini tidak lagi. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan perubahan besar berlaku di negeri Pahang dalam PRU-13 nanti". katanya. Jika dulu partinya dilihat lebih kepada "penumpang" dalam Pakatan Rakyat, kini senario itu sudah berubah. Malah PKR Pahang semakin diterima oleh sebahagian besar rakyat negeri ini. "Jika dulu, kami gagal menembusi kubu kuat BN iaitu di kawasan perkampungan orang asli dan juga penempatan Felda. Kini PKR sudah mula diterima oleh masyarakat di sana. Malah, kita juga telah menubuhkan banyak ranting (cawangan) di kawasan terbabit. Apa yang lebih menarik, para peneroka Felda dan orang asli kini mula berani dan secara terang-terangan menyokong kita. Ia jauh sekali berbeza dengan masa lalu, dimana PKR sendiri tidak mempunyai sokongan dan tiada ranting di kawasan terbabit", tambah Dato' Fauzi lagi. Atas faktor itulah, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang bakal tercapai jua nanti.

Faktor Pemilihan Calon Akan Di Buat Lebih Teliti

Menyentuh mengenai Pilihanraya Ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang, Dato' Fauzi menegaskan bahawa partinya amat berhati-hati dengan pemilihan calon yang akan bertanding kali ini. Hanya calon yang popular dan boleh diterima rakyat akan diberi keutamaan. "Tiada lagi calon bidan terjun atau pun last minute seperti yang berlaku di masa lalu. Kita akan pastikan calon yang berkualiti dan diterima oleh masyarakat setempat bertanding kali ini" katanya. Dato' Fauzi juga menegaskan beliau kini lebih menumpukan kepada pemantapan PKR peringkat negeri Pahang. Susulan daripada itu beliau terpaksa menolak banyak undangan ceramah di luar Pahang bagi memberi fokus kepada negeri ini. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat berpeluang untuk menakluki Pahang dalam PRU-13 nanti. Dato' Fauzi optimis menegaskan bahawa peluang cerah tetap ada berdasarkan kepada sokongan rakyat sekarang. Laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan UMNO BN dilihat bakal memerangkap diri mereka sendiri sebenarnya. Laungan itu hanyalah sekadar retorik politik semata-mata, hakikatnya semua itu dusta semata-mata. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan gula disaat umat Islam bakal menyambur bulan Ramadhan dan Aidil Fitri jelas sekali satu pengkhianatan sebenarnya. "Rakyat kini marah apa yang berlaku. Mereka melihat UMNO BN hanya pandai bermain kata-kata tetapi habuk pun tak ada. Akhirnya rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan lain yang cukup membebankan mereka", kata Dato' fauzi. Beliau juga amat yakin banyak kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat nanti. Lebih-lebih lagi bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN dibawah 1,000 undi dalam PRU-12 lalu.

Pemilihan Parti, Kempen Calon Perlu Berhemah

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan parti tidak lama lagi, beliau berharap agar semua calon-calon yang bertanding dapat berkempen secara berhemah. "Tidak perlu menggunakan serangan peribadi atau yang berbaur perkauman untuk menjatuhkan pihak lawan. Apa yang penting ialah nyatakan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh diri masing-masing agar ahli dapat membuat pilihan dengan tepat", katanya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding di seluruh negeri Pahang dalam pemilihan kali ini. PKR Pahang juga sebulat suara menyokong penuh pencalonan pemimpin negeri untuk bertanding di peringkat pusat iaitu Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Ahmad Nizam Abd Hamid dan Zakaria Hamid (Majlis Pimpinan Tertinggi). Tiga pemimpin ini dilihat amat berpotensi untuk menang dan mengharumkan nama PKR Pahang. Malah kekuatan yang ada pada mereka juga sukar untuk dinafikan memandangkan mereka antara pemimpin terawal yang mencorakkan perjuangan parti di negeri Pahang. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk menyokong pencalonan ketiga pemimpin terbabit. Sementara itu difahamkan beberapa cabang PKR di Pahang telah mengadakan Hari Pencalonan semalam dimana terdapat cabang yang menyaksikan pemimpinnya menang tanpa bertanding.

[PDO tidak lupa untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir Ke-64" buat Dato' Fauzi Abdul Rahman pada 27 Ogos 2010 yang lalu, Semoga kematangan ini akan memperkukuhkan lagi kekuatan diri untuk terus istiqamah berjuang bagi membawa perubahan buat rakyat. Apa yang pasti PKR Pahang semakin utuh dan kukuh sejak beliau mengambil alih kepimpinan parti dulu. Keutuhan inilah yang bakal meranapkan keegoaan UMNO BN yang masih melihat Pahang adalah kubu kuat mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Gerak kerja yang teratur dan agreasif yang dilakukan oleh PKR Pahang jelas sekali membolehkan rakyat mula berani untuk membuat perubahan. Oleh itu, rakyat amat mengharapkan agar perubahan itu dapat tercapai dalam Pilihanraya Umum akan datang, kerana mereka sudah tidak sanggup lagi terus ditipu oleh pemimpin UMNO BN yang semakin rakus merompak hasil mahsul dan khazanah rakyat negeri ini. Semoga PKR Pahang akan terus gah dibawah kepimpinan Dato' Fauzi].

Saturday, August 28, 2010

Isu Surau: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching Bakal Menghadap Sultan Selangor Untuk Pohon Ampun Dan Bagi Penjelasan Sebenar Insiden Itu

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (foto), akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakan beliau menyampaikan ucapan dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bila akan berbuat demikian. Dalam satu kenyataan hari ini, Nie Ching menjelaskan bahawa kehadirannya di surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau. Nie Ching turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid itu akhirnya dipersoalkan.

[Inilah bezanya pemimpin Pakatan Rakyat dengan pemimpin UMNO BN. Mereka rela untuk merendah diri, memohon ampun dan mengadap raja bagi menjelaskan segala kekeliruan. Berbeza sekali dengan kebanyakan pemimpin UMNO BN yang tidak sanggup berbuat demikian dan rela menegakkan benang yang basah demi harga diri masing-masing. Tindakan Ahli Parlimen Serdang ini harus dipuji dan ternyata beliau bersikap terbuka dan menerima pandangan dengan tenang. Semoga insiden yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada semua pemimpin politik yang bukan beragama Islam tidak kira dari DAP, MCA, MIC atau pun yang lainnya. Kesucian mana-mana institusi agama perlulah diberi perhatian dan diambil berat bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini satu hari nanti. Satu pesanan untk YB Nie Ching, bukan tidak boleh masuk ke surau atau masjid orang Islam tetapi ikutilah adab dan tatasusila yang telah ditetapkan].

Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Kedah Serta Perlis Pula Bakal Menerima Bonus Raya RM500

Kerajaan Ngeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto), berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta. Beliau berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya. "Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini. "Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu. Sementara itu, Kangar, difahamkan lebih 200 warga Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu. Beliau berkata bantuan itu akan diberi kepada semua penjawat awam negeri dari semua peringkat termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak. "Kita harap pembayaran ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung semua penjawat dalam menjalankan persiapan menjelang Aidilfitri," katanya. Md Isa juga berharap warga kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut untuk persediaan sambutan Aidilfitri dan bukan untuk pembaziran.

[Bersyukurlah kepada kakitangan kerajaan di kedua-dua negeri itu. Akhirnya mereka bersama rakan-rakan menikmati juga duit raya yang amat dinantikan. Dengan pengumuma ini juga bermakna tiga buah negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah telah memberikan kebajikan kepada rakyat masing-masing. Cuma yang tinggal ialah Kelantan sahaja. Namun anehnya banyak lagi negeri yang dikuasai UMNO BN belum berbuat demikian terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Apakah lebih 10 ribu kakitangan kerajaan negeri ini akan mendapat sumbangan tersebut agaknya?. Mereka masih terus menanti ..].

Razali Alias Cabar Azan Ismail Di Indera Mahkota

INDERA MAHKOTA, 28 Ogos - Seperti yang dijangka pertembungan sengit "Ketua Cabang" akhirnya berlaku di Cabang Indera Mahkota seperti yang diramalkan. Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail bakal dicabar oleh Setiausaha Perhubungan PKR Pahang iaitu Razali Alias. Proses penamaan calon bagi pemilihan pimpinan cabang itu dibuat di Pejabat PKR cabang itu di Jalan Air Putih Kuantan hari ini. Razali yang kini bekerja sebagai Pengurus Operasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga merupakan Setiausaha Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini memang sudah kami jangka sejak awal-awal lagi. Apapun, kedua-duanya pemimpin itu mempunyai peluang besar untuk menang.

[Bagi pencalonan untuk Cabang Indera Mahkota juga berlaku pertembungan antara Kamaruzaman Md Yunus dengan Ibrahim Sidek bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Cabang pula, pertembungan tiga penjuru antara Kasfian, Ravi dan Chin Cheong. Manakala itu difahamkan bagi perebutan jawatan Ketua AMK Cabang Indera Mahkota pula, Saudara Ahmad Sani Abd Ghani dijangka menang tanpa bertanding jawatan itu].

YB Fuziah Salleh Menang Ketua Cabang Kuantan !

KUANTAN, 28 Ogos - Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Fuziah Salleh (foto), diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi Ketua Cabang Kuantan hari ini. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, menang ke atas pencabarnya yang dikenali sebagai "Megat" apabila borang pencalonan lawannya itu ditolak. Tidak dapat dipastikan kenapakah borang pencalonan Megat ditolak. Apa yang dimaklumkan kepada kami ialah borang pencalonan beliau tidak lengkap. Jika keputusan ini muktamad maka, Fuziah adalah calon Ketua Cabang pertama yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini.

[Satu keputusan yang sungguh mengejutkan dan tidak diduga-duga. Ini kerana difahamkan lawan Fuziah bukanlah calang-calang pemimpin di Cabang Kuantan. Malah, beliau juga telah memulakan kerja sejak beberapa minggu yang lalu. Apakah keputusan ini boleh diterima oleh beliau. Semangat dan perjuangannya yang kental untuk membawa perubahan di Cabang Kuantan akhirnya berkubur begitu sahaja apabila kesilapan teknikal ini berlaku. Apapun, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada YB Fuziah Salleh. Teruskan perjuangan membela nasib rakyat dan membawa perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya].

Kontroversi: Bantahan Projek Empangan Kelau Di Raub, Orang Asli Gagal Bagi Semakan Kehakiman Membatalkan Keputusan Kelulusan EIA Oleh JAS!

PUTRAJAYA, 28 Ogos - Seramai 27 orang Asli semalam gagal dalam permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar yang meluluskan laporan kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang yang memindahkan air mentah dari Pahang ke Selangor. Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan menolak permohonan itu tanpa sebarang kos berikutan kes itu mempunyai kepentingan awam dan berkaitan peruntukan perundangan. Dalam penghakimannya, Mohd Zawawi berkata ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar telah mematuhi kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara orang Asli dan beliau mengikut prosedur yang ditetapkan. "Jika dilihat keseluruhan keterangan di dalam kes ini, pihak responden pertama (ketua pengarah) apabila membuat keputusan meluluskan EIA, beliau sebenarnya telah mematuhi fidusiari yang ditetapkan mengikut Seksyen 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. "Sebelum diluluskan satu laporan penilaian tentang alam sekitar dan langkah-langkah untuk mencegah dan mengawal projek ini telah disediakan mengikut Seksyen 34A(3). Bagi memenuhi kehendak akta, satu penilaian terperinci mengenai kesan alam sekitar tentang pembinaan projek ini telah disediakan oleh satu syarikat konsultan dan dikemukakan oleh agensi di bawah kementerian kerja raya pada 20 Ogos 2000. "Laporan akhir telah disebarkan secara meluas di akhbar tempatan dan dipamerkan di tempat strategik selama sebulan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan daripada orang ramai. Selepas diiklankan terdapat 25 maklum balas diterima termasuk dari kumpulan alam sekitar, badan bukan kerajaan seperti WWF Malaysia," katanya.

Kelulusan EIA Di Buat Atas Nasihat Oleh Pakar

Susulan maklum balas itu satu laporan telah dirujuk kepada beberapa pakar yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar bagi membuat penilaian dan lapan pakar profesional yang berkaitan alam sekitar telah dilantik, katanya. Katanya pada 22 Feb 2001, satu jawatankuasa telah mengadakan perbincangan dengan mengambil kira maklum balas dan maklumat daripada tenaga pakar sebelum dilulus pada 24 Feb 2001. "Ini bermakna laporan ini tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi ia berdasarkan input. Pemohon-pemohon telah dimaklumkan laporan ini pada April 2002 dan telah bermesyuarat. Dikatakan pada 1998 hingga 2002 terdapat 30 kali taklimat diadakan di antara orang Asli dan pihak yang mengendalikan projek," katanya. Selain itu mengenai dakwaan pemohon bahawa projek itu tidak mengambil kira kepentingan orang Asli, Mohd Zawawi berkata ia adalah tidak munasabah kerana orang Asli di kawasan itu telah ditawarkan pampasan yang bersesuaian. "Peguam kata sebilangan tanah yang didiami orang Asli akan ditenggelami air dan terdapat penghijrahan etnik ini bila projek dilaksanakan. Mereka akan dipindahkan ke Sungai Bilut yang seluas 800 ekar yang menelan belanja RM37 bilion. "Setiap orang Asli akan dapat satu banglo tiga bilik, enam ekar tanah dengan milik individu, lima ekar tanah yang akan ditanam dengan pokok kelapa sawit dan enam ekar tanah untuk buah-buahan serta elaun bulanan berjumlah RM638 diberi selama 48 bulan dan gantirugi RM1.5 juta untuk bangunan, tanah, sayur-sayuran dan lain-lain. "Pada pandangan saya jika dilihat pada skim yang dirancang, adalah tidak munasabah bahawa kebajikan dan kepentingan orang Asli telah diketepikan. Jika mengikut afidavit dalam kes ini sebanyak 85.4 peratus ketua isirumah orang Asli Kampung Temoi telah bersetuju berpindah ke Sungai Bilut," katanya. Mohd Zawawi berkata majoriti orang Asli di kawasan itu juga telah bersetuju untuk berpindah dan dalam kes ini hanya tiga orang sahaja yang tidak bersetuju dengan projek pembekalan air itu.

Kerana Pembangunan Tanah Orang Asli Tergadai


"Tidak syak lagi projek ini adalah projek nasional yang memberi manafaat pada orang ramai. Ini kerana ia akan menampung keperluan air. Dijangkakan dalam beberapa tahun lagi jika tiada projek ini akan ada (timbul) masalah. Kos projek ini RM8 bilion dan yang telah dibelanjakan RM372 juta sejak 31 Disember 2009, ini termasuklah bayaran pampasan pengambilan tanah kepada peneroka Felda. "Jika mahkamah beri perisytiharan seperti pemohon minta, projek ini akan tertangguh dan menyebabkan bekalan air di Lembah Klang terjejas," katanya. Permohonan semakan kehakiman ini difailkan pada 9 Okt 2007 oleh tiga orang Asli suku kaum Senoi dan 24 orang Asli suku kaum Temuan. Pemohon diwakili oleh Pendor bin Anger dan 26 yang lain menamakan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Mereka memohon satu perintah deklarasi bahawa kerajaan Pahang dan kerajaan Malaysia dalam memutuskan untuk membatalkan Warta No 10 bertarikh 29 Nov 1976, iaitu tanah yang mereka diami, telah mengingkari kewajipan fidusiari terhadap mereka. Mereka mendakwa tanah itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan mereka juga mencari rezeki di kawasan itu untuk menyara keluarga. Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara orang asli di negara ini. Orang Asli itu mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang laporan EIA yang diluluskan oleh pihak kerajaan pada 24 April 2001 mengikut Seksyen 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 sehingga diberitahu oleh pihak peguam mereka.

[Sebenarnya projek bernilai RM8 bilion ini jelas telah melanggar prinsip asas kemanusiaan. Malah Kerajaan Negeri Selangor sendiri mengatakan yang masalah air tidak seteruk yang digambarkan pada masa yang diperkatakan. Soalnya kenapa mereka beriya-iya benar untuk meneruskan projek mega ini?. Kerana ramai pemimpin tertentu mempunyai bahagian masing-masing untuk dimakan tujuh generasi akan datang. Jika projek dibatalkan, maka ia akan menyebabkan pemimpin terbabit "gila meroyan". Sebab itulah kita tidak hairan di Pahang biarpun Laporan EIA perlu dilakukan terhadap mana-mana projek yang berkeluasan 50 hektar, namun pihak kerajaan negeri mempunyai taktik-taktik tertentu untuk mengelakkan itu semua. Antaranya termasuklah memecahkan kawasan-kawasan tersebut kepada blog-blog tertentu yang saiznya dibawa 50 hektar. Inilah yang berlaku kepada banyak kawasan balak yang dirompak mereka sejak dulu, kini dan pasti buat selama-lamanya. Akhirnya tanah milik nnek moyang orang asli tergadai akibat kerakusan puak mereka itu].

Friday, August 27, 2010

Kontroversi: Isu "Ahli Parlimen Serdang" Berucap Dalam Surau Al-Huda Kajang, Kenapalah Sengaja Mencari Insiden Ini Sedangkan Tahu Akibatnya !!



Nampaknya masih ada pihak-pihak berkenaan yang sengaja mencari isu panas untuk menimbulkan kontroversi. Akhirnya "insiden" ini dijadikan senjata untuk menyerang Pakatan Rakyat sekali lagi selepas isu "doa khutbah Jumaat" di Pulau Pinang baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa tidak sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku?. Kejadian YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang menyampaikan ucapan dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu kini menjadi berita panas yang bakal menjerat diri sebenarnya. Bukankah, diketahui orang bukan Islam yang masuk ke dalam "rumah Allah" sama ada masjid atau surau itu sensitif. Apatah lagi jika ia melibatkan seorang wanita dan ditambah lagi dengan tidak menutup aurat. Inilah yang terjadi sebenarnya. Memang kita tahu, kehadiran YB terbabit adalah untuk menyampaikan bantuan peruntukan kepada surau tersebut. Namun, apakah dek kerana bantuan yang dihulurkan maka jawatankuasa surau yang diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Azemi Ahmad boleh terlepas pandang atas isu yang berlaku ini. Bukankah elok, kiranya jawatankuasa surau bersedia dengan "kunjungan" Ahli Parlimen DAP itu. Misalnya, bersedia dengan jubah atau tudung yang berkaitan untuk dipakai oleh beliau. Bukankah ini berlaku dalam mana-mana masjid di negara kita. Orang bukan Islam terutamanya wanita dibenarkan masuk ke masjid tetapi mereka perlu menggunakan jubah dan tudung yang disediakan. Namun, kenapa ini tidak berlaku di Surau Al-Huda?.

Isu Panas, Tapi PAS Serdang Kata Tiada Masalah

Sementara itu, kami amat terkejut dengan kenyataan ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa. Antara lain beliau menegaskan akar umbi PAS kawasan terbabit tiada masalah dengan apa yang berlaku. Malah katanya Islam itu bukan untuk Melayu semata-mata. Kononnya bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor katanya. Persoalannya sekarang, bukan masalah Cina atau India tidak dibenarkan menghampiri surau dan masjid, cuma adab dan kesopanannya perlulah dijaga. Bayangkan jika perempuan Melayu datang dan tidak menutup aurat. Bukankah ia agak janggal dan akan menimbulkan kontroversi, apatah lagi dalam kes ini ia melibatkan wanita bukan Islam. Inilah isu sebenarnya yang perlu difahami oleh Adram Musa. Bukannya masalah menghalang orang bukan Islam itu.

Sultan Selangor Murka Insiden Yang Berlaku Itu

Dalam pada itu, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang berlaku seperti dilaporkan. Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor. "MAIS memandang serius berhubung isu ini kerana ia merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

[Memang kita tidak nafikan YB terbabit mengenakan baju kebaya ketika hadir ke situ, namun beliau masih tidak bertudung. Bukankah sepatutnya AJK surau bersedia dengan kejutan yang akan berlaku. Maka, jika beliau tidak bertudung buatlah program di luar surau dan jangan didalam surau berhampiran tempat solat imam. Inilah yang mencetuskan kontroversi biarpun akan ada pemimpin agama yang mengatakan itu tidak salah. Namun, dari segi adatnya ia tetap tidak manis untuk dipandang. Soalnya, kenapalah pemimpin wanita bukan Islam dari Pakatan Rakyat tidak mengikuti jejak langkah YB Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan sebelum ini. Bukankah manis gayanya, bertudung dan berbaju kurung ketika dijemput berceramah di Kelantan satu ketika dulu. Inilah masalahnya bila membuat satu tindakan tanpa melihat kesan yang akan berlaku di kemudian hari. Oleh itu, kini ia menjadi isu bila gambar terbabit disiarkan di akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini. Adalah lebih elok berhati-hati daripada terus mewujudnya kontroversi].

Edisi Pahang: Mangsa Ribut Di Bazar Ramadhan Mahkota Square Kuantan Diberikan Sumbangan Dan Penganjur Nafi Ada Kejadian Patah Tangan!

KUANTAN, 27 Ogos - Susulan ribut taufan yang merosakkan lebih 30 buah gerai jualan di Bazar Ramadhan dekat Mahkota Square berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I baru-baru ini, maka satu majlis penyerahan bantuan kemanusiaan telah dibuat petang semalam. Seramai 35 orang peniaga yang terlibat telah di berikan bantuan saguhati sebanyak RM100 hingga RM150 seorang. Majlis penyerahan bantuan tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kuantan, Tuan Hj. Syed Zubaidi Syed Hussin (foto). Menurut beliau, segala yang berlaku baru-baru ini adalah satu ketentuan Allah terhadap hambaNya."Ia adalah bala yang diturunkan oleh Allah untuk menyedarkan hambaNya. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dan sepatutnya berlaku tetapi tidak disedari oleh kita. Makanya, para peniaga haruslah berhati-hati dalam menjalankan operasi perniagaan mereka selepas ini", katanya. "Jangan terleka dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, biarpun kita sibuk dengan urusan perniagaan kita", tambahnya.


Antara mangsa ribut yang turut mendapat sumbangan pada petang itu
Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada semua peniaga agar tabah menghadapi segala dugaan tersebut. Malah katanya inilah kali pertama kawasan itu dilanda ribut yang cukup dasyat itu sebenarnya. Pihaknya amat bersimpati dengan mereka yang terlibat, lantaran itulah pihak persatuan bersedia menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban dan menampung kerugian mangsa pada hari kejadian.

Penganjur Nafi Ada Mangsa Yang Patah Tangan

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kuantan, Akhbar Mohamed pula menafikan laporan beberapa buah akhbar arus perdana bahawa terdapat seorang mangsa ribut yang patah tangan dalam kejadian baru-baru ini. "Saya tidak pasti, dari mana wartawan akhbar terbabit mendapat maklumat. Mereka sepatutnya mengkaji dan bertanya kepada pihak penganjur sebelum membuat kenyataan seperti itu", katanya. Walau bagaimana pun beliau berterima kasih atas laporan akhbar tersebut. Ini menyebabkan ramai pengunjung yang terus datang ke Bazar Ramadhan itu terutamanya bagi mereka yang ingin melihat sendiri kesan kejadian itu. "Sebagai penganjur, kejadian seperti itu adalah diluar dugaan kamu. Malah, ia berlaku sekelip mata. Tiada siapa dapat menghalangnya" kata beliau.


Sebahagian daripada gerai Bazar Ramadan yang ranap dipukul ribut

Orang ramai dan peniaga panik lihat kejadian yang berlaku tiba-tiba itu
Apapun, beliau bersyukur kerana tidak ada kecederaan serius atau kematian seperti yang berlaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka sebelum ini. Beliau juga menyeru orang ramai terutamanya warga Kuantan terus memberi sokongan untuk berbelanja bagi mendapatkan juadah berbuka puasa di situ. Apa yang lebih menarik di Bazar Ramadhan itu, penganjur turut menyediakan beberapa buah gerai jualan pelbagai. Pengunjung boleh mendapatkan berbagai jenis kuih muih hari raya, kerepek-kerepek, pakaian lelaki dan wanita, pakaian kanak-kanak, aksesori lelaki dan wanita serta berbagai lagi barangan jualan yang lain. Harga yang ditawarkan juga adalah jauh lebih murah daripada tempat-tempat lain. Ekspo jualan pelbagai itu juga akan berakhir menjelangnya 1 Syawal nanti, oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Bazar Ramadhan Mahkota Square nanti.


Bersedia, stok kuih-muih untuk dijual sempena Hari Raya Raya Aidil Fitri

Pelbagai jenis kuih muih hari raya Aidil Fitri yang ditawarkan peniaga

Orang ramai terus berpusu-pusu bagi mendapatkan juadah berbuka puasa
[Maka elok sangatlah warga Kuantan yang berada di perantauan untuk singgah di Bazar Ramadhan ini bagi mendapatkan segala kelengkapan termasuk kuih-muih untuk perayaan Aidil Fitri ini. Promosi hebat masih terus diadakan di lokasi terbabit. Kami ucapkan syabas kepada Persatuan Peniaja Dan Peniaga Melayu Kecil Daerah Kuantan kerana prihatin dengan masalah yang menimpa para peniaga mereka. Semoga ia menjadi ikhtibar kepada semua agar lebih berhati bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Namun, ada sesuatu yang memusykilkan berlaku apabila terdapat juga individu yang merupakan peniaga di situ yang dipercayai "mengambil permit niaga mangsa" untuk urusan bantuan dengan pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa individu terbabit memandai-mandai sedangkan bazar berkenaan adalah anjuran persatuan berkenaan. Tindakan tersebut jelas sekali sengaja mencari "pasal" dan boleh memakan diri sendiri akhirnya. Salam Ramadhan buat semua].

Panas: Lebih Seribu Pegawai Banci Penduduk Di Pahang "Berputih Mata", Elaun Yang Di Janjikan Ternyata Kini Hanya "Indah Khabar Dari Rupa"!

KUANTAN, 27 Ogos - Lebih seribu orang Pegawai Banci Penduduk 2010 di negeri ini bakal berputih mata dan kemungkinan besar tidak dapat "duit raya" seperti yang dijanjikan. Ini berikutan elaun banci mereka bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos baru-baru ini masih "tergantung" dan tiada tanda-tanda untuk dibayar sebelum Aidil Fitri ini. Maklumat ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Pegawai banci yang hanya bekerja secara sambil dalam tempoh tertentu itu sepatutnya tidak dilayan sedemikian rupa. Kini ramai yang sangsi untuk menyambung tugas mereka, kerana segala hasil titik peluh mereka seolah-olah tidak dihargai. Kami cuba memantau perkara ini untuk mencari punca sebenar kenapa ini berlaku. Menurut seorang pembanci, mereka kini umpama "peminta sedekah" untuk menagih simpati agar dibayar elaun gaji tersebut. "Apalah gunanya penat lelah, jika kami diperlakukan sedemikian rupa. Memang bayarannya tidak tinggi, setiap orang hanya mendapat elaun sekitar RM1,000 lebih sahaja untuk tempoh tersebut. Tetapi kami amat memerlukan wang itu untuk perbelanjaan menjelang perayaan nanti", kata seorang pembanci yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau, dia sudah penat berkejar ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan untuk bertanyakan tentang elaun tersebut. "Di pejabat daerah dan tanah, kami diarahkan ke pejabat SUK Pahang. Di situ kami diberitahu bahawa elaun masih belum diproses dan mereka mahu kamu bertanya terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri", kata seorang pembanci lain. "Apa maknanya semua ini. Kami bukannya hamba abdi yang perlu dilayan begitu rupa. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami mahu menuntut hak kami, itu saja!", katanya. Apa yang berlaku ini amatlah malang sekali. tambahan pula kami difahamkan peruntukan oleh kerajaan pusat berjumlah hampir RM15 juta bagi tujuan tersebut telah diterima oleh kerajaan negeri. Soalnya. mana pergi kesemua wang tersebut dan kenapa ditahan elaun para pembanci itu?.

[Inilah masalahnya, apabila amanah yang dipertanggungjawabkan tiba-tiba dikhianati. Kasihan kami lihat para pembanci, mereka yang sanggup berhadapan dengan berbagai risiko tiba-tiba dilayan sedemikian rupa pula. Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak terbabit membuat bayaran tersebut dengan secepat mungkin sebelum hari raya ini. Kebanyakkan pegawai pembanci adalah mereka yang tidak bekerja tetap dan sudah pasti elaun itu amat diperlukan menjelang Syawal ini. Semoga perkara ini dapat diambil perhatian serius oleh pihak terbabit. Kudrat yang sudah dicurahkan perlulah dibayar seperti yang dijanjikan. Janganlah menipu rakyat, kerana akhirnya rakyat akan menjatuhkan kita jika tabiat ini diteruskan kelak. Semoga kes ini akan menjadi pengajaran kepada mereka yang berminat untuk menyumbangkan tenaga bagi menjalankan segala aktiviti dan program yang berkaitan dengan kerajaan itu sendiri].

Thursday, August 26, 2010

Berita Baik: Dua Buah Lagi Kerajaan Negeri Iaitu Selangor Serta Melaka Beri "Bonus Raya" RM500, Kakitangan Awam Pahang Masih Terus Menanti !

SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor semalam mengumumkan pembayaran khas sempena Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri. MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal. "Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas”, katanya. Khalid juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta. Semalam kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal. Ia kemudian diikuti dengan pengumuman oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam di negeri itu.

Kakitangan Awam Negeri Melaka Terima RM500

MELAKA, 26 Ogos - Sementara itu, lebih 4,500 kakitangan awam Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensinya, akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 seorang untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri ini. Ketua Menteri, Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (foto), berkata kerajaan Melaka mengikut langkah kerajaan pusat memberi bantuan tersebut. "Bantuan itu melibatkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM2,278,500 dan bantuan tersebut akan dibayar sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Taman Bahagia, malam tadi. Mohd Ali berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan bebanan kewangan untuk mereka menyambut hari raya dan mereka perlu menggunakan bantuan tersebut secara berhemah.

Kakitangan Awam Negeri Pahang Terus Menanti

Bagi negeri Pahang, nampaknya semua kakitangan kerajaan masih menanti akan pengumuman rasmi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto). Memandangkan setakat ini sudah dua negeri Pakatan Rakyat (P.Pinang & Selangor) dan dua negeri BN (Melaka & Perak) mengumumkan pemberian bonus raya itu, makanya sudah pasti kerajaan negeri Pahang juga perlu mengambil langkah yang sama. Masalahnya, apakah kerajaan negeri punyai bajet yang secukupnya untuk memberi penghargaan kepada kakitangan awam di negeri ini?. Sedangkan dalam masa yang sama bajet negeri sendiri masih bermasalah. Ditambah lagi dengan merundumnya anak-anak syarikat kerajaan negeri mutakhir ini. Itu belum termasuk lagi jumlah saman RM63 juta yang perlu dibayar kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Semuanya ini bakal memeningkan kepada MB sebenarnya. Apapun, kakitangan awam di negeri ini masih bersabar dan terus menanti "khabar gembira" dari Pejabat Menteri Besar Pahang itu. Semoga MB mendapat ilham untuk membuat tindakan yang "popular" seperti yang dilakukan oleh PM Najib Razak hendaknya.

[Selama ini rakyat mendengar kerajaan Pahang menafikan negeri ini bermasalah, biarpun sumber kewangan semakin merudum dan bajet defisit kerap kali dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Maka itulah, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam dalam membangunkan negeri ini Adnan sewajar perlu cepat buat tindakan. Kini hanya tinggal dua buah negeri Pakatan Rakyat yang masih belum mengumumkan berita gembira ini iaitu Kedah dan Kelantan. Sepatutnya, negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN perlu lebih pantas mendahului pembangkang dalam hal-hal sebegini. Soalnya sekarang, jika benar mereka prihatin dengan kakitangan awam meka kenapa perlu menunggu lama untuk mengumumkan bantuan tersebut. Berbeza sekali dengan negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, yang berjaya membuat pengumuman terlebih awal dalam hal ini biarpun Lim Guan Eng diserang habis-habisan oleh UMNO BN itu].