Nampaknya trend menggunakan gelaran
"Datuk" bagi melakukan jenayah kini semakin menjadi-jadi di negara kita. Jika selama ini kita hanya mendengar trend itu digunakan untuk kes-kes jenayah
"kolar putih" sahaja, kini semuanya berbeza. Penjenayah
"tegas" juga sudah berani menggunakan
"title" itu untuk menggelakkan diri mereka
"diapa-apakan" oleh pihak berkuasa. Soalnya, apakah benar pihak berkuasa takut untuk menyiasat sesuatu kes apabila melihat pelaku didalangi atau didampingi oleh golongan
"Datuk" terbabit?. Mungkin juga benar kara ramai orang bahawa, banyak kes-kes jenayah yang dilakukan di negara kita mendapat
"lesen" dari golongan terbabit. Akibatnya pihak polis sendiri gagal untuk melakukan tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit. Jenayah seperti kes judi, pelacuran, pengedaran dadah hatta pembunuhan sekali pun dipercayai melibatkan pihak terbabit. Memang bukan semua yang terlibat, namun sesuatu perlu diberi perhatian khusus terhadap senario ini. Pendedahan tentang keterlibatan golongan terbabit dalam kes-kes jenayah memang tidak boleh disembunyikan lagi. Malah ada juga rakyat yang mengesyaki kerja jahat itu mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa sendiri.
"Datuk-Datuk" terbabit
"membeli" pihak berkuasa untuk kemudahan aktiviti jenayah mereka. Perkara ini pernah disahkan sendiri oleh pegawai tertinggi polis sebelum ini sebenarnya.
Gelaran "Datuk" Di Jual Beli Oleh Pihak Tertentu
Soalnya sekarang, bagaimana mereka yang mendapat gelaran terbabit sanggup bertindak sedemikian. Mereka menggunakan title
"Datuk" untuk melakukan aktiviti jenayah yang jelas bertentangan dengan kedudukan terpuji mereka itu. Ramai pihak yang mengatakan bahawa semua ini berlaku akibat ada sesetengah
"pihak istana" yang gemar
"menjual gelaran" tersebut kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapat keuntungan. Bayangkan jika gelaran itu dijual dengan raga tertentu sekitar
RM150 ribu hingga RM250 ribu satu, maka ramailah yang boleh membelinya termasuk penjenayah. Perkara ini sukar untuk dibendung kerana nama-nama mereka yang akan menjadi penerima gelaran tersebut dihantar oleh pihak
Kerajaan Negeri sendiri melalui pejabat
Setiausaha Kerajaan (SUK). Ada pegawai berkenaan yang gemar
"mencari makan" dengan memperdagangkan gekaran terbabit untuk mencari kemewahan. Bayangkan, satu gelaran terkadang akan dibayar
"komisyen" sehingga mencecah RM50 ribu. Bukankah ia satu angka yang cukup membanggakan bagi mereka yang terlibat. Hasilnya, mereka gagal untuk mengenalpasti latar belakang penerima. Hingga
"si pulan bin si pulan" yang sepatutnya tidak layak sekali pun akan menerima gelaran tersebut seandainya mereka cukup wang untuk membayar harga sebuah pingan
"gelaran Datuk" itu sebenarnya. Senario ini berlaku dimana-mana dan amat sukar untuk dibendung kerana mereka yang membuat kerja terkutuk ini pandai
"makan dan pandai simpan". Perkerjaan mereka ini licik dan sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa, tambahan pula bila mereka menjaja nama
"istana" untuk menakut-nakutkan pihak yang cuba menyiasat aktiviti mereka. Akhirnya penyakit ini menjadi bertambah parah dan merupakan barah yang sukar untuk dibendung.
Rasuah Berleluasa Kerana Ajaran Golongan Itu

Akibat kegagalan untuk menyiasat dan memantau dengan serius kegiatan ini, maka akhirnya aktiviti golongan ini berleluasa. Mereka bebas memohon projek sana sini dan menggertak pihak-pihak tertentu di jabatan-jabatan kerajaan untuk mempercepatkan permohonan projek mereka. Baik permohonan pembalakan, kontrak, perlombongan, tanah dan sebagainya. Oleh kerana takut dikenakan tindakan oleh pihak atasan makan pegawai kerajaan terpaksa mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan yang dibuat oleh pihak terbabit.
"Datuk-Datuk" ini pula sebenarnya bukan ada langsung jasa kepada rakyat, tetapi mereka membeli gelaran
"Datuk" hanya untuk tujuan
"mencari makan". Akhirnya kegiatan jenayah terus berleluasa, aktiviti rasuah merasuah juga akan berlaku. Daripada pegawai besar hinggalah yang sekecil-kecilnya semua mendapat habuan duniawi itu. Duit rasuah tersebut seolah-olah menjadi
"halal untuk dimakan" oleh pihak berkenaan. Rasuah atau duit
"under table" kini menjadi sebahagian daripada "rezeki" pihak terbabit. Mereka sudah tidak nampak lagi "halal haram" dek kerana "mata dan telinga" diikat oleh golongan
"Datuk" terbabit. Tanyalah mana-mana jabatan kerajaan terutamanya
Jabatan Kerja Raya (JKR),
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG),
Pejabat Jabatan Perhutanan,
Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD) serta lain-lain jabatan teknikal yang mempunyai kuasa pemutus untuk meluluskan sesuatu projek itu sebenarnya. Inilah realiti yang berlaku dalam jabatan kerajaan di Malaysia. Apakah ia harus dibiarkan untuk ditonton oleh kita semua? Sedangkan kegiatan itu jelas didalangi oleh golongan
"Datuk" yang menggunakan gelaran itu hanya untuk kepentingan peribadi?. Apakah kakitangan kerajaan boleh dipersalahkan sedangkan mereka ditekan dan dipaksa oleh pihak atasan?
Jenayah Libatkan Golongan "Datuk" Berleluasa

Mungkin dek kerana kealpaan pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan perkara ini, maka jenayah yang melibatkan golongan itu berleluasa di negara kita. Terbaru, kita digemparkan dengan berita seorang Peguam bergelar
"Datuk" yang terlibat dengan pembunuhan kejam jutawan kosmetik
Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini. Biarpun gelaran itu kemudian dipertikaikan kononnya
"palsu", namun hakikatnya kita amat yakin yang gelaran itu memang
"dibeli" sebenarnya. Ia dikatakan palsu, supaya pihak polis tidak menyiasat
"broker" yang menguruskan urusan terbabit. Malah, ia juga bagi menjaga nama baik pihak
"istana" yang menganugerahkan gelaran itu. Semua ini sudah boleh dibaca oleh rakyat yang bijaksana. Akhirnya perkara gelaran
"Datuk" itu ditutup rapat-rapat. Kononnya peguam terbabit menggunakan gelaran palsu. Jika palsu kenapa dia berana menggunakan gelaran tersebut dalam majlis-majlis tertentu yang disertainya sebelum ini?. Makanya bukankah menjadi satu keganjilan apabila kes
"Datuk" ini ditutup. Atau mungkin juga ada pihak istana yang tidak mahu ia dibongkarkan demi menjaga maruah dan nama baik istana. Jika ini berlaku pasti selepas ini ada yang akan lakukan lagi kerana mereka akan fikir kegiatan mereka itu selamat.
[Terbaru, semalam satu lagi kes membabitkan "Datuk" dilaporkan. Ia berkaitan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta. Dalam kejadian itu polis dipercayai telah menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin Pahang pada 2 Mei 2009. Paling menggemparkan polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang berusia dalam 30an. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata kegiatan jenayah tersebut didalangi oleh golongan terbabit. Bukankah ini bukti jelas bahawa gelaran dan pingat itu telah dijadikan "lesen besar" untuk mereka bebas daripada undang-undang. Kejadian ini membuktikan kepada kita bahawa memang jenayah besar yang berlaku di negara kita ini didalangi oleh golongan "Datuk Palsu" terbabit. Berita selanjutnya klik sini].