Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Sunday, October 31, 2010

Pemilihan 2010: Azmin Ali Berjaya Mengatasi Zaid Untuk Jawatan 'Timbalan Presiden' Dalam Proses Pengundian Cabang-Cabang PKR Negeri Pahang !

KUANTAN, 31 Okt [10.45 pm] - Naib Presiden PKR, Azmin Ali ternyata berjaya mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli PKR di negeri Pahang untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 setakat ini. Undi keseluruhan yang diterima Azmin ialah sebanyak 622 undi atau 58%, manakala pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim hanya mendapat 368 undi atau 36% dan Mustafa Kamil Ayub 33 undi atau 14%. Manakala paratus keluar mengundi bagi seluruh negeri ini agak rendah iaitu sekitar 1023 orang atau 6.7% sahaja. Keadaan ini amat mengejutkan sebenarnya. Peratus keseluruhan keluar mengundi ternyata ditahap kritikal. Namun, segalanya tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin faktor lokasi menyebabkan keadaan ini berlaku. Pusat pengundian yang terlalu jauh dan bajet yang tidak mencukupi menyebabkan ramai ahli PKR gagal hadir. Azmin mendapat sokongan terbaru hari ini. Tujuh cabang yang telah diperolehi keputusannya menyaksikan Azmin mengatasi Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 106 undi. Azmin mendapat 261 undi, Zaid 155 dan Mustafa Kamil Ayub hanya berjaya mendapat 14 undi sahaja. Antara cabang-cabang yang melaksanakan proses pengundian hari ini ialah Temerloh, Kuala Krau, Maran, Paya Besar, Bentong, Rompin dan Bera. Keputusan terperinci yang diperolehi adalah seperti berikut iaitu Cabang Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0); Cabang Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1); Cabang Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7); Cabang Bentong: Azmin (60), Zaid (2), Mustaffa (0); Cabang Paya Besar: Azmin (3), Zaid (32), Mustaffa (11), Cabang Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2) dan Cabang Bera: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2). Sementara itu tiada maklumat yang diterima untuk keputusan pengundian bagi jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK setakat ini.

[Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan ialah undi terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub didapati agak merudum. Walhal, pemimpin itu jelas sekali mengamalkan politik bersih dan tidak terikut-ikut dengan rentak kedua-dua calon lain. Namun, melihat kepada keputusan ini ternyata ahli PKR masih belum matang untuk membuat keputusan siapakah calon yang lebih berwibawa untuk diangkat sebenarnya. Malah, lebih mengejutkan Mustafa Kamil langsung tidak mendapat undi di Cabang Temerloh. Dalam satu majlis di Paya Besar baru-baru ini Mustafa sekali lagi menjelaskan pendiriannya untuk tidak mengamalkan politik kotor termasuk memberi wang atau mengata calaon-calon lain. Beliau lebih selesa dengan caranya untuk bersikap telus dan jujur dalam perjuangan. Namun, apakah itu kehendak akar umbi?. Nyata akhirnya beliau ditolak oleh mereka. Kini persaingan jelas antara Zaid dan Azmin Ali. Apapun segalanya masih terlalu awal lagi].

Pemilihan 2010: Calon MPP (84) Nik Mahmood Nik Hassan Dari Kelantan, Bakal Menunaikan Ibadah Haji Ketika Pemimpin Lain Kini Sibuk Berkempen!

Biarpun namanya tersenarai sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan PKR 2010 ini, namun Nik Mahmood Nik Hassan (foto) tetap dengan perancangannya untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. Beliau yang dijangka bertolak dalam masa terdekat ini, bagaimana pun sempat berkempen untuk menarik sokongan ahli PKR seluruh negara supaya memberi sokongan kepadanya untuk dikekalkan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk penggal berikutnya. Beliau yang telah menjadi Ahli MPP bermula pada tahun 2004 itu, merupakan calon PKR bari kerusi Parlimen Kota Bharu pada tahun tersebut. Beliau yang mempunyai B.A (Hons) In Economics dari Universiti Malaya (1968), Diploma In Economics dari Economis Institute, University Of Colorado Amerika Syarikat pada tahun 1972 dan M.A in Public Polisy And Admistration dari Universiti Of Wisconsin Amerika pada tahun 1973 itu mula menyertai Keadilan sejak tahun 1999 lagi dan memegang berbagai tampuk utama kepimpinan parti di peringkat negeri. Antara jawatan lain yang pernah disandangnya ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kelantan (2004-2008), Ketua Bahagian PKR Kota Bharu (2004-2008), Penyelia Parlimen Kota Bharu (2004-2008), Pengerusi Penilaian ADUN dan Ahli Parlimen PKR, Ahli Jawatankuasa Displin Parti dan Penyelarasan Pengundi Baru. Nik Mahmod adalah seorang pemimpin yang cukup berkaliber dan layak untuk dipilih sebagai MPP kali ini. Tambahan pula, beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini. Malah, antara jawatan lain yang pernah disandangnya ialah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri SEDC Kelantan (1978-1984), Pengarah Ekskutif General Lumber Holdings Berhad (1985-1990), Pengarah Urusan Kumpulan Land & General Berhad (1990-1993) dan jawatan terakhir yang pernah disandangnya di bidang korporat ialah Pengarah Eksekutif General Lumber Fabricators & Builders Berhad (2000-2003).


Nik Mahmod, terima borang ahli PKR dari kaum Tionghua di Kota Bharu


[Kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Nik Mahmood serta lain-lain pemimpin PKR yang akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Apapun diharapkan ahli-ahli PKR dari seluruh negara dapat memberikan sokongan yang padu kepada beliau untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi tempoh 2010-2013 ini. Berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimiliki olehnya, ternyata beliau dilihat berupaya untuk meneruskan agenda perubahan besar kepada rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Hasil kegigihannya, PKR Kelantan telah berjaya menarik ramai ahli dikalangan kaum bukan Melayu. Malah, parti juga semakin diterima oleh rakyat Kelantan yang begitu sinonim dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak sekian lama. Pemilihan Nik Mahmood bakal membawa harapan baru kepada seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Jangan lupa untuk mengundi beliau, calon MPP yang bernombor 84 pada hari pemilihan ini nanti].

Nurul Izzah Akui Beliau Bertanding Atas Kapasiti Peribadi Sebagai Anak Reformasi Dan Bukan Dek Kerana Pengaruh Nama Bapanya Anwar Ibrahim

Biar pun nama "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar, muncul di saat-saat akhir selepas Wanita Keadilan mengumumkan bahawa mereka sebulat suara menyokong penuh pencalonan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk jawatan Naib Presiden PKR. Namun, rata-rata ahli peringkat akar umbi yakin yang anak Anwar Ibrahim itu bakal berjaya mencuri undi untuk menjadi salah seorang daripada empat orang Naib Presiden PKR nanti. Persaingan antara Nurul dan Fuziah juga dilihat semakin sengit sekarang ini. Ternyata dua pemimpin ini bakal berhadapan laluan mudah untuk menang sebenarnya. Biar pun kini kedudukan mereka diikuti rapat oleh Tian Chua, namun Ahli Parlimen Batu itu dilihat tidak berupaya menewaskan Nurul dan Fuziah. Jika senario ini berterusan, maka kemungkinan besar PKR akan menerima dua orang pemimpin wanita sebagai Naib Presiden kali ini. Melihat kepada kempen yang dijalankan oleh Nurul Izzah baru-baru ini, ternyata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempunyai alasannya yang tersendiri untuk menawarkan diri. Beliau agak terkilan kerana ada pihak yang menggunakan alasan "anak Anwar" untuk menghalang dan menggagalkan hasrat murni beliau itu. "Saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi dan keupayaan untuk membawa aspirasi wanita dalam parti. Amalan demokrasi perlu disubur serta tidak timbul soal anak sesiapa. Saya muncul selepas ayah saya dipecat pada tahun 1998. Saya anak reformasi dan punyai kekuatan tersendiri untuk meneruskan perjuangan ini. Orang boleh tuduh saya macam-macam, tapi bagi saya tawaran ini adalah ikhlas untuk meneruskan kesinambungan perjuangan serta agenda perubahan parti", kata Nurul Izzah. Beliau juga menafikan yang dia mempunyai "cai-cai" tertentu dalam kempennya. "Saya menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli. Memang benar ada banyak pihak yang menuduh saya berada dalam team tertentu. Tapi saya akui bahawa saya bertanding atas kapasiti peribadi dan menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk menentukannya. Saya tidak kisah ada yang kata saya dalam team mereka. Itu hak calon terbabit, namun secara dasarnya niat saya ikhlas untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya PRU13 nanti", katanya.

[Kempen Nurul Izzah di Pahang baru-baru ini banyak dibantu oleh Rossuziyana Ahmad (Ros) dan suaminya Aries Iznan Zainuddin (Aris). Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Nurul Izzah termasuk dalam programnya di Permatang Badak dan Felda Panching Selatan baru-baru ini. Menurut Ros, sokongan wanita terutamannya golongan muda pasti meningkat memandangkan Nurul dilihat lebih mudah mesra dengan semua pihak. Malah, beliau dilihat antara aspirasi anak muda yang bakal memberi kekuatan kepada parti secara keseluruhannya. Beliau menyokong penuh Nurul Izzah diangkat sebagai Naib Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Baginya, pengaruh Nurul Izzah dijaangka dapat menarik lebih ramai wanita muda menyertai PKR pada masa akan datang. Pada masa ini, jumlah wanita dalam PKR terutamanya di cabang-cabang amatlah mendukacitakan. Malah, ada sesetengah cabang yang tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk jawatankuasa mereka sendiri. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti sebenarnya].

Azmin Ali Akhirnya Berjaya Memintas Datuk Zaid Ibrahim Bagi Kedudukan 'Undi Terkini' Jawatan Timbalan Presiden Dalam Pemilihan Setakat Ini !!

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis. Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu hari ini. "Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai. b"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu. Sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memintas Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi. Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi. Bagaimanapun, calon Naib Presiden Jonson Chong yang dikatakan regu Zaid mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 42 cabang, ketua PKR Wilayah Persekutuan itu terus mendahului dengan mendapat sebanyak 1,552 undi. Menulis di laman Twitter, Jonson mendakwa Azmin mendapat 1,509 undi, sementara Mustaffa pula memperolehi 636 undi. Setakat jam 10.47 malam tadi, semakan daripada 11 daripada 32 cabang yang mengadakan pemilihannya semalam, Zaid mendapat 861 undi, Azmin mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi. Hari ini 27 lagi cabang akan mengadakan pemilihannya. Ia akan berlangsung di 6 cabang di Pulau Pinang, 8 di Perak, 7 di Pahang, 4 di Melaka dan 2 di Negeri Sembilan.

[Nampaknya persaingan sengit yang dijangka terus berlaku sekarang ini. Ternyata, pertembungan antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim menjadi pertaruhan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Biarpun Mustafa Kamil dilihat bakal memberi saingan, namun dek kerana beliau ingin bermain cara baik maka ramai ahli PKR tidak bersimpati kepadanya. Ini menyebabkan undi yang diperolehinya kini begitu jauh ditinggalkan oleh kedua-dua calon berkenaan. Ternyata, ahli-ahli PKR masih mahu amalan UMNO diteruskan dalam parti. Mereka mahu duit teh, duit kopi dan calon yang boleh menghulurkan sumbangan diangkat. Mereka tidak mahu calon yang kedekut menjadi pemimpin mereka. Faktor kewangan perlu diambil kira oleh calon-calon yang bertanding, memandangkan pusat pengundian hanya satu dan ahli berada di lokasi yang agak jauh untuk hadir mengundi. Lantaran itulah, calon-calon perlu sediakan duit minyak dan sebagainya untuk membantu mereka. Jika tidak ramai yang tidak akan datang untuk mengundi bagi cabang-cabang yang luas seperti di Pahang. Ia berbeza dengan cabang di Selangor, jarak mereka tidak terlalu ketara sebenarnya. Maka itu ramai yang akan turun untuk membuang undi. Parti wajar menyediakan kemudahan itu jika tidak mahu calon mengambil kesempatan. Inilah yang perlu difikirkan jika benar parti mahu kehadapan!]

Pemilihan 2010: Ramai Ahli Cabang PKR Terkilan Kerana Petugas JPP Biarkan Penyokong Azmin Ali Terus Jalankan Kempen Pada Hari Pengundian !!

KUANTAN, 31 Okt [1.04 pm] - Biar pun tempoh kempen sudah berakhir, namun di kebanyakkan pusat mengundi cabang-cabang di Pahang para penyokong calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto), masih terus memancing undi. Malah, terdapat dikalangan mereka secara terang-terangan merayu undi bagi pihak Azmin. Bukan setakat merayu, mereka juga mengulurkan lencana, stickers dan buku manifesto Azmin Ali kepada ahli PKR yang mahu mengundi. Soalnya sekarang, apakah ini dibenarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agaknya?. Sedangkan perkara itu tidak wajar berlaku sebenarnnya. Gelagat penyokong Azmin ini sedikit sebanyak menyebabkan ahli PKR yang mahu mengundi menjadi "meluat" dan kecewa sebenarnya. Wajarkah kumpulan Azmin Ali sahaja yang berada disitu bagi meraih undi, sedangkan ia tidak berlaku kepada kumpulan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil dan menyalahi undang-undang. Bahkan apa yang lebih mengejutkan ialah, kempen pemilihan calon-calon yang sepatutnya dibuat sendiri oleh ahli nampak agak tidak telus. Ia berikutan ada pihak yang mengekori pengundi hingga ke dalam pusat pembuangan undi. Mereka bukan sahaja memberi tunjuk ajar tetapi juga meminta ahli memilih calon pilihan mereka. Anehnya pegawai petugas JPP yang berada didalam bilik mengundi melihat dan membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Mereka seolah-olah menghalalkan apa yang dibuat oleh pihak berkenaan. Apakah ini namanya pemilihan yang telus. Apapun, perbezaan undi tidak begitu ketara antara Azmin dan Zaid di Kuantan dan Indera Mahkota. Difahamkan Azmin mendapat 107 undi dan Zaid hanya 87 undi dalam pengundian semalam. Mereka kini terus bersaing dan sesiapa sahaja boleh menang.

[Kata orang jika mahu telus biarlah benar-benar telus. Anehnya jika ada pihak yang boleh berkempen sehingga ke hari pengundian, ini sudah menjadi satu kesalahan dan wajar dipertikaikan sebenarnya. Malah, bagaimana mereka juga boleh membawa bersama berbagai dokumen dan barangan berkaitan Azmin untuk diberi dan dilekatkan pada baju-baju pengundi terbabit. Bukankah ia menjadi satu kesalahan dalam mana-mana pilihanraya sebenarnya. Kenapa dibiarkan, apakah hak-hak mereka untuk memaksa pengundi mengubah fikiran di saat-saat akhir?. Tindakan ini adalah tidak wajar sama sekali. Tambah mengejutkan ialah dari mana Azmin Ali boleh menyediakan buku manifesto, stickers, button yang begitu canggih?. Buku manifesto beliau mengalahkan pilihanraya umum. Walhal lain-lain calon hanya menyediakan flyers sahaja untuk berkempen. Di sini menunjukkan bahawa dana yang besar telah digunkan bagi tujuan itu. Anehnya dalam masa yang sama, penyokong Azmin menuduh Zaid Ibrahim yang menggunakan dana yang besa untuk berkempen. Hakikatnya, Mustafa Kamil Ayub juga yang lebih jujur dan mengulangi pendirian tidak mahu menggunakan cara dan taktik berkempen UMNO itu].

BN Semakin Tertekan, Sanggup Arah Polis Guna AUKU Untuk Menahan Mahasiswa Yang Edarkan RisalahTentang Dasar Kerajaan Kepada Rakyat !

GUA MUSANG, 31 Okt - Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini. Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan. Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan. "Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini. "Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya. Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU. "Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya. GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula semalam bagi terangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan.

[Bukti jelas bahawa UMNO BN semakin tertekan dan gusar dengan suara rakyat. Mahasiswa yang sudah mula sedar dan cuba untuk terangkan tentang beberapa dasark kerajaan itu pun mereka tahan kononnya pengacau. Sedangkan mahasiwa terbabit hanya mengedarkan risalah yang berkaitan. Anehnya, polis menggunakan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) untuk tujuan tersebut. Sedangkan ianya diluar bidang kuasa pihak polis sendiri. Tambahan [ula mahasiwa terbabit bukannya melakukan aktiviti jenayah yang membolehkan pihak polis mengambil tindakan sedemikian rupa sebenarnya. Mereka takut rakyat mendapat maklumat, sedangkan dalam masa yang sama mereka terus menggunakan media arus perdana untuk memomokkan berita yang berat sebelah kepada UMNO BN sahaja. Inilah dia bukti pencabulan amalan demokrasi oleh kerajaan Malaysia yang ketara sejak sekian lama itu].

Saturday, October 30, 2010

Pemilihan 2010: Keputusan Terkini Pengundian Di Cabang Raub, Zaid Dan Nurul Terus Dahului !

RAUB, 30 Okt [10.57 am] - Keputusan terkini pengiraan jumlah undi pemilihan 2010 bagi cabang Raub yang berakhir sebentar tadi menyaksikan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (foto), terus mendahului secara keseluruhannya. Beliau mendapat 20 undi, diikuti oleh Mustafa Kamil Ayub 11 undi dan Azmin Ali sekadar mendapat 5 undi dari cabang itu. Manakala itu bagi jawatan Naib Presiden PKR pula, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ketinggalan 3 undi dibelakang Nurul Izzah Anwar. Nurul mendapat 30 undi sementara itu Fuziah hanya mendapat 27 undi. Dua lagi calon yang berada dikedudukan ketiga dan keempat ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (18 undi) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman (12 undi). Manakala itu, bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula, Chegubard dan Samsul Iskandar masing-masing mendapat 5 undi. Namun begitu, "line-up" Chegubard bagi jawatan Timbalan Ketua AMK iaitu Chang Lih Kang terpaksa akur kepada Khairul Anwar (Jonah). Jonah mendapat 10 undi tetapi Lih Kang tidak mendapat sebarang undi pun. Untuk jawatan Ketua Wanita PKR pula, Aminah Farrer mendahului dengan 7 undi, Zuraidah Kamaruddin 3 undi dan Dr.Suraya Sudin hanya mendapat 2 undi sahaja. Turut menjalankan proses pengundian di negeri Pahang hari ini ialah bagi cabang Kuantan, Indera Mahkota, Lipis, C.Hihglands, Jerantut dan juga di Pekan.

[Keputusan tidak rasmi ini diterima daripada petugas Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) di lokasi berkenaan. Kami masih menunggu keputusan di enam cabang yang lain sebenarnya. Apapun, akibat kurang perhatian daripada Biro Penerangan Parti (PKR) Pahang, semua maklumat itu gagal diperolehi secara online. Inilah yang berlaku ketika pemilihan peringkat cabang sebelum ini. Kami dikritik kononnya tidak melaporkan maklumat dengan tepat tentang keputusan yang diperolehi. Sedangkan, tidak ada seorang pun pihak bertanggungjawab daripada PKR Negeri Pahang yang melaporkan maklumat lengkap kepada kami. Oleh itu, kami tidak harus dipersalahkan sebaliknya mana pergi Biro Penerangan cabang-cabang PKR di seluruh negeri Pahang. Fungsi mereka sepatutnya lebih jelas, iaitu memaklumkan setiap keputusan kepada negeri untuk dihebahkan kepada media. Namun, ini tidak berlaku dan masing-masing tidak cakna kepada tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab itu].

Panas: Rasuah Pilihanraya Terus Diamalkan, 200 Ahli PKR Dan 50 Ahli SAPP Akhirnya Di Beli Untuk Keluar Mati Dan Menyertai UMNO BN Di Batu Sapi

SANDAKAN, 30 Okt [10.33 pm] - Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota ahli itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO. Turut menyertai Amir ialah Naib Ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa cabang berkenaan. Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini. Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO. Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

[Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ia adalah kerja-kerja biasa UMNO BN setiap kali pilihanraya. Malah, umum mengetahui semua ini mestilah berpaksikan "wang ringgit" dan bukanlah dengan hati yang tulus ikhlas sebenarnya. Taktik kotor ini memang sudah dapat dijangkan sejak dulu, kini dan selamanya. UMNO BN hari ini hanya berjaya mempertahankan kuasa dengan rasuah. Jika tidak, sudah pasti dalam PRU12 yang lalu mereka sudah "tenggelam bersama labu-labunya". Tidak usahlah kita percaya kesemua yang keluar parti itu mengatakan mereka tidak mendapat habuan. Anggaplah itu cerita lawak yang sengaja diada-adakan, walhal mereka kini mewah dengan apa yang ditawarkan. Begitulah hakikatnya, jika tidak masakan boleh keluar parti dan masuk UMNO BN di saat genting ketika kempen pilihanraya kecil ini].

Pemilihan 2010: Calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim, Nurul Izzah Dan Samsul Iskandar Berjaya Mendahului Pengundian Hari Pertama !

Selepas sembilan cabang selesai mengadakan pemilihan PKR semalam, penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua lagi pencabar iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden. Berdasarkan keputusan rasmi yang diterima ibu pejabat parti, Zaid mendapat 577 undi berbanding Azmin yang berada ditangga kedua dengan 372 undi, makala Mustaffa pula mendapat 61 undi. Bagi jawatan naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 494 undi. Beliau diekori rapat oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh (467), timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman (462) dan ahli parlimen Batu Tian Chua (430). Keputusan bagi calon-calon Naib Presiden yang lain seperti berikut: N Gabalakrishnan (304 undi), R Sivarasa (267), Suresh Kumar (207), Jonson Chong (145), Baru Bian (143), Xavier Jayakumar (84), Ansari Abdullah (84), Yusmadi Yusoff (79), Yahya Sari (58), Dominique Ng (51), S Manikavasagam (47), Saiman Marjuki (36), James Ghani (29). Sementara itu bagi jawatan Ketua AMK, Samsul Iskandar mendahlui dengan 136 Undi, sementara itu lawannya Chegubard mendapat 127 undi. Bagi jawatan Timbalan Ketua pula, Khairul Anuar (Jonah) jauh mendahului Chang Lih Kang. Beliau mendapat 193 undi sementara Chang hanya 54 undi setakat ini. Bagaimanapun, keputusan tersebut belum dapat menggambarkan kecenderungan ahli untuk memilih calon-calon pilihan mereka secara keseluruhannya. Ini kerana ia hanya melibatkan peratusan kecil daripada keseluruhan 400,000 anggota PKR yang layak memilih. Berbeza dengan proses pencalonan yang dikira berdasarkan sokongan cabang, pengundian berdasarkan sistem baru "satu ahli, satu undi" mengambil kira undi keseluruhan anggota PKR. Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata perjalanan pengundian hari pertama semalam telah dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah. Hari ini, sebanyak 32 lagi cabang di seluruh negara akan mengadakan pemilihan masing-masing pada hari ini. Negeri terbabit ialah Kedah (2 cabang), Kelantan (5), Pahang (7), Negeri Sembilan (6), Perak (9) dan Perlis (3).

[Nampaknya, Keputusan pemilihan PKR hari kedua setakat ini memperlihatkan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim terus mendahului dengan selesa di depan. Berdasarkan keputusan tiga cabang Indera Mahkota, Teluk Kemang dan Arau yang diperolehi setakat jam 7.00 petang, Zaid berjaya menambah 129 undi. Ini menjadikan keseluruhan undi yang diterimanya sejak semalam sebanyak 706 undi. Manakala pesaingnya, naib presiden Azmin Ali mendapat tambahan 105 (keseluruhan 477) dan Mustaffa Kamil Ayub (keseluruhan 67) mendapat 6 lagi undi. Namun harus diingat, Azmin mampu mengubah segalanya kerana negeri yang mempunyai majoriti pengundi tertinggi iaitu Selangor dan Sabah masih belum membuang undi lagi setakat ini. Apakah Zaid boleh terus dihadapan sekarang?. Jika ini berlaku sudah pastilah beliau berpeluang menang].

Friday, October 29, 2010

Generasi Muda Buta Sejarah, Tapi Sedarkah Kita Bahawa Kerajaan 'UMNO BN' Telah Banyak Ubah Semua Itu Sejak Dulu, Kini Dan Pasti Selamanya !

Laporan muka depan media arus perdana Utusan Malaysia adalah dipetik, kononnya ramai generasi muda hari ini "Buta Sejarah". Dibuat kaji selidik bagi membolehkan kerajaan mengesahkan perkara itu, malah bagi menyokong hajat Muhyiddin Yassin untuk menjadi matapelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya. Menteri Pelajaran itu mengeluarkan kenyataan demikian di Perhimpunan Agung UMNO dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Maka susulan kenyataan Muhyiddin itu, satu kajian telah dibuat oleh pihak berkenaan untuk menilai tahap penguasaan sejarah dikalangan orang muda. Ternyata sungguh mengejutkan apabila tahap mentaliti mereka terhadap sejarah itu begitu rendah sekali, hinggakan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama pun tidak diketahui oleh mereka. Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?. Kononnya soal selidik itu bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

UMNO Sebenarnya Yang Suka Ubah Fakta Sejarah

Hakikatnya begitu, tapi firasatnya juga harus difahami. Siapakah yang menyebabkan anak muda ini lupa sejarah sebenarnya?. Sudah pastilah kerajaan yang memerintah, yang mengawal seluruh media cetak itu. Jika dulu, kita dapat melihat rancangan berbentuk "kuiz sejarah" sering kali keluar di kaca TV. Namun kini, hanya yang ada rancangan hiburan demi hiburan yang jelas sekali meleka dan melalaikan anak muda itu sendiri. Jika ada pun rancangan kuiz, ia tetap berbentuk dan berorientasikan dunia hiburan semata-mata. Maka, akhirnya mereka mahu menyalahkan golongan muda kononnya tidak peka kepada sejarah. Bukankah kerajaan mempunyai segala kelengkapan untuk memastikan ilmu sejarah itu terus tertanam di hati anak-anak muda itu sendiri. Namun, mungkin dek kerana peluang membuat rancangan dan program seperti itu tidak komersial dan mempunyai rating yang tinggi di kalangan penonton, maka ia tidak diadakan. Sekarang, mereka mahu menyalahkan pihak lain pula. Malah, apa yang lebih menarik lagi, kerajaan juga sebenarnya yang telah mengalih pandangan rakyat tentang sejarah itu sendiri. Mereka seboleh-bolehnya mahu menutup dan memesongkan minda rakyat tentang erti sebuah sejarah. Misalnya, dalam isu menuntut kemerdekaan negara, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah melaungkan kononnya perjuangan menuntut kemerdekaan itu tidak diwarnai dengan pertumpahan darah. Kononnya hanya pemimpin UMNO yang menjadi juara untuk membawa kemerdekaan negara ini. Walhal, mereka lupa bahawa pejuang-pejuang terdahulu telah terlebih dahulu bermandikan darah untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi tercinta ini. Tapi, kenapa sejarah itu diubah?. Malah, ada sesetengah buku ilmiah yang secara jelas melabelkan pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Bahaman, Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh dan sebagainya sebagai "penderhaka". Kenapa sejarah ini diubah?. Apakah kerana takut keturunan pahlawan terbabit diagung-agungkan? Siapa yang ubah sejarah itu, sedangkan mereka tahu pejuang-pejuang berkenaan berjuang demi agama, bangsa dan negara?

Sejarah Anwar Bersama Pemuda UMNO Di Buang

Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah benarkan UMNO mahu memperjuangkan nilai Sejarah itu agaknya. Kenyataan Muhyiddin ketika berlangsungnya persidangan parti itu menjelaskan segalanya. Jika benar Muhyiddin mahu generasi muda tidak lupa sejarah, maka kenapa sejarah kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memimpin Pemuda UMNO telah dibuang?. Bukti jelas terdapat dalam laman web pemuda UMNO itu sendiri, sejarah perjuangan dan kepimpinan Anwar telah dibuang dan mereka menggantikan cerita lain pada ruangan yang berkenaan. Mujurlah ada pihak yang sempat "print" maklumat berkenaan sejarah Anwar itu untuk tatapan rakyat Malaysia. Soalnya sekarang kenapa mereka buang sejarah?. Bukankah ia sesuatu yang harus diketahui oleh generasi akan datang. Apa yang menakutkan mereka agaknya?. Sebelum ini ketika berlangsungnya Minggu Amanah Saham Malaysia di Kuantan juga sejarah CEO Perbadanan Nasional Berhad (PNB) telah dibuang. Tidak ada namanya pada skrin yang tertera. Malah, ada orang ramai yang tertanya-tanya tentang hal itu dulu. Inilah bukti yang UMNO sengaja mahu mengubah sejarah. Mereka hanya akan mengagungkan sejarah yang berpihak kepada mereka, tetapi akan membuang semua sejarah yang tidak berpihak kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Anwar Ibrahim yang telah membawa kegemilangan kepada Pemuda UMNO semasa dia menjadi ketua pergerakan itu dulu.


Klik untuk besarkan imej atau klik sini ke website artikel sebenarnya
Wajib Lulus Sejarah Untuk Kepentingan Politik UMNO?

[Justeru itu, usahlah Kerajaan UMNO BN merasa mereka terlalu hebat untuk mempertahankan sejarah sedangkan merekalah yang telah banyak mengubah fakta sejarah itu sebenarnya. Rakyat sudah bijak dan matang untuk melihat sejarah itu, maka tidak perlulah Muhyiddin menggunakan perhimpunan agung parti untuk melaksanakan agenda kerajaan. Jika sejarah Pemuda UMNO sendiri pun mereka belit-belit, maka bagaimanakah lagi dengan sejarah lain agaknya. Terkadang, lucu benar bila melihat mereka mahu menjadikan Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adalah lebih elok sebelum jadikan Sejarah wajib lulus, baiklah dijadikan Pengajian Agama Islam itu dulu sebagau syarat wajib lulus untuk pelajar-pelajar Melayu yang beragama Islam. Daripada melahirkan generasi muda yang ingat Sejarah lebih baik jadikan mereka ingat dan kembali kepada agama. Itulah yang dituntut dalam Islam sebenarnya. Apakah agenda mereka tentang isu ini agaknya].

Sensasi: Pemilihan 2010, "Kempen Zaid Ibrahim" Lumpuh Di Minggu Terakhir, Peluang Azmin Ali Mencuri Undi Ahli PKR Pahang Semakin Cerah !!

Pada awalnya, dilihat jentera kempen Azmin Ali cukup kuat untuk menakluki Pahang. Namun, selepas itu kedengaran pula gelombang kempen Zaid Ibrahim menyerang negeri itu. Ia menyebabkan suasana panas berlaku di sana sini hingga mewujudkan "perang dingin" dalam banyak laman sembang sosial facebook. Apa tidaknya, pengaruh Azmin Ali dan Zaid Ibrahim dilihat seimbang untuk mencuri undi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dari pengundi di Pahang. Kempen turun ke padang terus dilaksanakan secara sistematik oleh kedua-dua calon terbabit. Pengurus Kempen Zaid iaitu Zaidi Ahmad (Pengarah Sekretariat Negeri) dipercayai menjelajah ke seluruh pelusuk negeri untuk meyakinkan ahli-ahli PKR supaya membuat perubahan besar dengan memilih pemimpin yang berani menegur pucuk pimpinan parti. Manakala Pengurus Kempen Azmin Ali, iaitu Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis) terus menggandakan usaha untuk memastikan cabang-cabang memberi sepenuh kepercayaan agar Azmin yang begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diangkat sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan 2010 ini.

Calon Gagal Tunai Janji Punca Sokongan Bertukar

Team Azmin dilihat lebih efisyen cara kerjanya kerana mereka bersiap sedia dengan buku manifesto serta lain-lain kelengkapan. Sementara itu Team Zaid lebih kepada gerakan saraf untuk meyakinkan hati akar umbi bahawa Zaid adalah calon yang paling layak. Kehangatan kempen kedua-dua calon terbabit yang memasuki fasa terakhir nampak semakin hangat diperkatakan. Azmin, turun bertemu pemimpin dan penyokongnya dalam satu program di rumah Cikgu Zul di Permatang Badak Kuantan baru-baru ini. Sementara itu, kehadiran Zaid seperti yang diwar-warkan pada 26 Oktober lalu tidak menjadi kenyataan. Beliau khabarnya tidak singgah di lokasi yang dijanjikan susulan terpaksa bergegas ke pilihanraya kecil di Galas, Kelantan. Ramai penyokong Zaid kecewa dengan tindakan tersebut. Sebelum itu, line up Zaid untuk jawatan Ketua AMK iaitu Chegubard (foto) juga telah menghampakan pemimpin muda di Kuantan. Chegubard gagal hadir apabila terpaksa memenuhi undang ceramah di Lumut Perak. Kegagalan dua calon itu hadir menimbulkan reaksi berbeza dikalangan penyokong. Ada yang boleh menerima dan ada pula yang terus berputus asa untuk menyokong mereka. Biarpun perkara ini dianggap remeh temeh, namun ia mempunyai impak besar kepada pengundi. bagi mereka, calon-calon tidak perlu berjanji sekiranya mereka tiada masa untuk hadir ke sesuatu program tersebut. Apabila janji dan memungkiri maka ia akan mengecewakan ramai pihak termasuk urusetia yang sudah bertungkuh lumus menyiapkan agenda program berkenaan sebenarnya. Justeru itu, penyokong tidak boleh dipersalahkan jika mereka berpihak kepada calon lain nanti.

Kempen Zaid Lumpuh, Zaidi Tinggalkan Pahang


Terbaru, difahamkan kempen Zaid Ibrahim tenat di saat-saat akhir sebelum proses pengundian berjalan di Pahang esok dan lusa. Akibat masalah kewangan, ramai penyokong mula lari dan tidak mahu berpihak kepada Zaid lagi. Malah, kami difahamkan "Pengurus Kempen" Zaid sendiri iaitu Zaidi Ahmad (foto), telah meninggalkan Pahang untuk membantu kempen PKR di Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah. Beliau ke sana bersama Kamarul Hatta Md Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang). Kehilangan Zaidi amat mengejutkan, kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab membantu kemenangan Zaid di negeri ini. Namun, faktor kewangan dan kelemahan interaksi menyebabkan ia berlaku. Semua ini membuktikan bahawa telahan ramai pihak kononnya Zaid menggunakan wang yang besar untuk berkempen tidak menjadi kenyataan. Jika banyak wang kenapa Zaidi boleh lari?. Begitu juga dengan penyokong tegar Zaid selama ini. Pasti ada sesuatu yang tidak kena terhadap perkara itu sebenarnya. Anehnya ada pihak yang mengatakan ada sesetengah cabang telah menerima habuan tertentu untuk berkempen bagi pihak Zaid Ibrahim. Soalnya, apakah ianya berasas atau sekadar tohmanan dan serkap jarang semata-mata?. Ramai juga yang terkejut kenapa Zaidi boleh tinggalkan Pahang sedangkan kempen untuk Zaid masih belum berakhir.

[Andainya benar kempen Zaid Ibrahim lumpuh, maka sememangnya ruang yang terbuka luas untuk Azmin menguasai hati pengundi di Pahang yang bakal mengundi Sabtu dan Ahad ini sebenarnya. Apapun difahamkan, Mustafa Kamil Ayub seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR kini cuba mengintau peluang. Beliau dikatakan berada di Paya Besar hari ini bersama N.Gobalakrishnan. Tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya, namun kiranya Mustafa berupaya mengalih perhatian pengundi maka beliau juga punyai harapan cerah untuk menang. Tambahan pula, Mustafa dilihat calon yang agak bersih dari sebarang kontroversi. Pengurus Kempen beliau pula ialah Wan Jusoh Wan Kolok iaitu bekas Ketua Bahagian dan Calon Parlimen Paya Besar yang pernah menentang Siti Zaharah Sulaiman di kawasan itu satu ketika dulu. Difahamkan juga, esok seorang lagi calon akan turun ke Paya Besar iaitu Samsul Iskandar Md Akin. Beliau yang dikatakan berupaya menarik undi terhadap Chegubard, kini lebih selesa menjalankan kempen secara halus. Selamat mengundi buat semua ahli PKR di seluruh negeri Pahang. Buatlah keputusan yang bijak demi masa depan parti dalam meneruskan agenda perubahan buat rakyat Malaysia].

Panas: Kecewa Dengan "Tuduhan Liar" Terhadap Dirinya, Hj.Suhaimi Tuntut Pengarah Sekretariat PKR Pahang Si Zaidi Ahmad Meletakkan Jawatan !

Berita panas tentang peletakkan jawatan Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said daripada pentadbiran PKR Negeri Pahang semalam telah menyebabkan ramai yang terkejut. Malah, tidak kurang juga yang menghentam PDO, kononnya kami menyiarkan maklumat yang tidak benar serta berunsur fitnah semata-mata. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Itulah hakikatnya, jika tiada maklumat masakan berita itu boleh tersebar meluas sekarang ini. Difahamkan, berita berkenaan perletakan jawatan Hj.Suhaimi itu disebarkan menerusi SMS kepada ramai pemimpin PKR di Pahang. Malah, pihak kami juga turut menerima SMS yang difowardkan oleh pihak-pihak tertentu itu. SMS berkenaan dipercayai dihantar oleh Hj.Suhaimi kepada Dato' Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang. Antara lain, Hj.Suhaimi menyatakan beliau meletakkan semua jawatannya di peringkat PKR Pahang kerana katanya telah dijadikan isu didalam satu ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Sekretariat PKR Pahang, Zaidi Ahmad di Felda Kota Gelanggi 2 dekat Jerantut baru-baru ini. Menurut Hj.Suhaimi Zaidi telah membangkitkan isu seolah-olah dia "gila kuasa" susualan kini memegang lima jawatan penting dalam PKR iaitu Biro Orang Asal, Biro Felda, Zon Tengah, Ketua Cabang Kuala Krau dan Biro Felda Pusat. "Saya cukup kecewa dengan sikap Zaidi dan dia juga mengatakan saya menerima wang daripada Azmin Ali untuk membeli beras bagi diberikan kepada orang Asal dan kaum India, walhal semua itu adalah pungutan wanita Kuala Krau daripada wanita pusat seperti Animah Ferrar, Zuraida Kamaruddin, Felicia Ling, Elizabeth Wong dan yang lainnya. Saya tidak tahu kenapa saya menjadi target Zaidi semata-mata kerana saya sokong Azmin", kata Hj.Suhaimi dalam SMS tersebut. Malah, beliau juga turut menuntut supaya Zaidi meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Sekretariat PKR Pahang kerana menerima wang dan mengagihkan wang kepada ramai pihak di Pahang. "Ini adalah politik UMNO nombor satu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang", katanya lagi.

[Sementara itu, beberapa pemimpin PKR Pahang yang turut bersama Zaidi dalam ceramahnya di Felda Kota Gelanggi 2 itu menafikan kenyataan yang dibuat oleh Hj.Suhaimi. Mereka hairan kenapa Hj.Suhaimi sengaja mereka cerita untuk menarik simpati orang lain atas perletakkan jawatannya itu. Apapun, apakah perletakkan jawatan menerusi SMS boleh diterima dalam parti agaknya. Khidmat Hj.Suhaimi masih diperlukan oleh PKR Pahang dan tidak wajar beliau melatah dengan isu sekecil itu. Tambahan pula, beliau sudah cukup berpengalaman dengan asam garam dunia politik sebenarnya. Buat masa ini, tiada penjelasan lagi dibuat oleh Majlis Pimpinan Negeri tentang hasrat Hj.Suhaimi itu. Apa yang pasti, Cabang Kuala Krau juga akan menjadi seperti Cabang Indera Mahkota sekiranya beliau meneruskan hasrat tersebut. Ruang perundingan masing terbuka dan sewajarnya pihak berkenaan duduk semeja untuk membincangkan segala permasalahan yang berlaku. Pemilihan PKR 2010 ini sedikit sebanyak telah menyebabkan "perang dingin" terjadi sesama pemimpin dan penyokong calon di Pahang. Apapun, ianya diharap tidak menjejaskan persiapan parti itu dalam usaha untuk mengambilalih kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang daripada UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya].

Terkini Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur !!

KUALA LUMPUR, 29 Okt [12.30 pm] -Perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar diketuai Karpal Singh manakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan. Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim. Semalam, pakar bedah Am itu, yang memeriksa Saiful untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong.". Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal. Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu. Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan. Katanya, kredibeliti saksi pakar amat bergantung pada nota tersebut.

Karpal Dedah Bukti Testimoni Saksi Bercanggah

Sementara itu, Peguam Anwar Karpal Singh (foto), berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan. Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu. Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya. Yusof mempertahankan bahawa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya. Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan. Yusof berkata, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut. Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar). Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah. Beliau mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar. Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan berkenaan.

[Perbicaraan yang semakin hari semakin meragukan sebenarnya. Kenapa perlu takut untuk mendedahkan laporan perubatan yang asal selepas merawat Saiful?. Ramai yang khuatir laporan yang dibuat selepas itu telah diubah untuk menafikan kebenaran yang sebenar. Inilah yang paling ditakuti sebenarnya. Jika tidak kenapa pendakwaraya cuba menghalang laporan tersebut didedahkan?. Apakah ianya sudah hilang atau dihilangkan. Atau ada orang sengaja menghilangkannya bagi menghilangkan bukti bahawa tiada kes untuk membuktikan Saiful diliwat oleh sesiapa. Semua ini, nyata menimbulkan syak dikalangan rakyat sebenarnya. Perbicaraan yang tidak telus menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman itu sendiri. Oleh itu, mahkamah harus berlaku adil kepada semua pihak dan tidak meragukan fakta!!].

Pemilihan PKR 2010: Cabang-Cabang Dari Pahang Bakal Mengundi Hujung Minggu Ini, Semua Pihak Di Gesa Buat Pilihan Bijak Demi Masa Depan Parti!

Kempen Pemilihan PKR 2010 bagi negeri Pahang kian melabuhkan tirainya. Ini kerana hari pemilihan bagi semua cabang-cabang di negeri ini akan bermula pada hujung minggu ini. Masa semakin suntuk namun kempen semakin rancak dijalankan oleh kesemua penyokong calon-calon yang bertanding. Kerusi panas yang bakal menjadi pilihan sudah pastinya antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden, kemudian diikuti dengan Zuraida dan Dr.Suraya bagi jawatan Ketua Wanita. Manakala itu, bagi anak muda pula kerusi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) kini menjadi pertaruhan antara Chegubard dan Samsul Iskandar. Namun, dalam pada itu kerusi Naib Presiden juga dilihat agak panas di Pahang sekarang ini. Tambahan pula, calon popular dari Pahang iaitu Fuziah Salleh (Ketua Cabang Kuantan) bakal berentap dengan Nurul Izzah Anwar (Ketua Cabang Lembah Pantai) bagi mewakili suara wanita Keadilan dalam pemilihan ini. Soalnya sekarang, siapakah yang bakal menjadi pilihan ahli agaknya?. Bagi penyokong Fuziah Salleh, mereka agak kecewa atas keputusan Nurul untuk bertanding jawatan itu. Tambahan pula Nurul dipercayai tidak merujuk kepada suara wanita untuk mengumumkan keputusannya itu. Ini memberi tamparan hebat kepada Fuziah yang dikatakan mendapat sokongan sebulat suara daripada Wanita itu sendiri. Soalnya, siapakah yang paling diminati oleh ahli wanita peringkat akar umbi?. Antara Fuziah dan Nurul Izzah, sudah pasti yang terlebih popular akan terkehadapan. Sementara itu, turut menjadi perhatian juga ialah beberapa nama pimpinan PKR Pahang yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Mereka ialah Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis), Ahmad Nizam Hamid (Ketua Cabang Temerloh), Hj.Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau), Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) dan Hj.Abbas Awang (Ketua Cabang Bera). Kesemua mereka mendapat restu daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang. Disamping itu, dua lagi calon lain ialah Ram Ponnusamy (Timbalan Pengerusi Negeri III) dan Azan Ismail (Ketua Cabang Indera Mahkota). Bagi jawatan Exco AMK Pusat dari Pahang pula, antara nama calon yang terpilih ialah Nor Azwan Ramli (AMK Lipis), Ahmad Sani Abd Ghani (AMK Indera Mahkota), Bob Manolan (AMK Bera) dan Mohd Hafez Haron (AMK K.Krau).

[Semua calon yang dipilih adalah antara mereka yang cukup berkaliber untuk diketengahkan bagi membawa agenda perubahan besar kepada parti menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Justeru itu semua ahli PKR Pahang yang akan memilih hujung minggu ini digesa supaya dapat membuat keputusan yang bijak untuk mengundi calon pilihan mereka. Aspirasi perjuangan rakyat wajar diteruskan dalam merealisasikan hasrat untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Negeri Pahang berpontesi untuk diambilalih oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang biarpun UMNO masih menganggap ianya kubu kuat mereka berasaskan kepada jumlah perkampungan orang asal dan penempatan Felda yang banyak di negeri ini. Apapun, pejuang Pakatan Rakyat terutamanya PKR digesa menggandakan usaha untuk memastikan Kerajaan Negeri Pahang bertukar tangan selepas PRU Ke-13 nanti].

Thursday, October 28, 2010

Tindakan Ketua AMK Cabang Indera Mahkota, Si Sani Riot Persoal Pendirian Dato' Fauzi Berkecuali Dalam Pemilihan PKR 2010 Ini Amatlah Di Kesali !

Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya Ketua AMK Cabang Indera Mahkota, Ahmad Sani Abd Ghani @ Sani Riot (foto) akhirnya faham dari "game yang mahu dimainkan" dengan seseorang. Beliau yang dipercayai proksi rapat kepada pihak-pihak tertentu, cuba untuk menonjolkan diri seolah-olahnya dirinya begitu hebat. Walhal, ketika di panggil ke depan oleh Fariz Musa (AMK) di Permatang Badak Kuantan baru-baru ini pun beliau tidak berani untuk tampil. Kenyakinan diri berada ditahap yang paling mengelirukan bagi seorang pejuang muda seperti itu. Malah, beliau juga difahamkan sanggup membiarkan anak-anak buahnya bercakap dalam bahasa lucah untuk mengkritik atau memalukan pemimpin tertentu yang tidak sealiran dengannya. Kini Sani Riot (nama pada Facebook), semakin menjengkelkan. Dalam posting terbaru di laman sembang sosialnya itu beliau secara jelas mengkritik pula Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman yang kononnya tidak layak untuk menjadi pemimpin yang baik. Ia berikutan tindakan Dato' Fauzi yang lebih selesa mendiamkan diri serta bersikap "neutral" atas beberapa kemelut yang melanda PKR Pahang sekarang ini. Dalam laman facebooknya itu, beliau secara jelas menegur sikap berkecuali Dato' Fauzi dalam beberapa isu yang kononnya melanda "team mereka".


Sidang media isu ahli PKR keluar parti di Paya Besar yang diadakan
dirumahnya baru-baru ini,. Apakah ini namanya berdiam diri?

[Persoalannya sekarang, kenapa harus Sani Riot mempertikaikan Dato' Fauzi yang mahu bersikap neutral dalam kempen pemilihan 2010 ini agaknya?. Pemimpin terbabit lebih selesa untuk berdiam diri dalam isu-isu kontroversi yang melanda kerana mungkin mempunyai lebih banyak lagi agenda yang mahu dilaksanakan dalam membangunkan PKR di Pahang. Justeru itu, kenapa harus dipertikaikan. Jika benar Dato' Fauzi berdiam diri, kenapa beliau sanggup mengadakan sidang media di rumahnya ketika isu "125 ahli PKR Paya Besar keluar parti" baru-baru ini. Apakah Sani Riot tidak melihat perkara itu. Kenapa mahu beliau campurtangan dalam urusan yang tidak sepatutnya?. Kini berbagai tuduhan dilemparkan kepada pihak-pihak tertentu, kononnya kumpulan mereka terlalu hebat. Sani Riot tidak layak untuk dinobatkan sebagai Exco AMK Pusat dalam pemilihan ini kerana jelas beliau bukanlah seorang yang berterampilan apatah lagi mempunyai kekuatan diri. Imej serta penampilan yang cukup memualkan serta tidak langsung mempunyai kreadibiliti menjadi seorang pemimpin jelas terlihat kepada dirinya sekarang. Dalam menuju masa hadapan, PKR haruslah punyai "skuad pelapis muda" yang benar-benar relevan].

Jawatan Menteri Besar Pahang Kini Jadi Rebutan, Spekulasi Panas Tersebar MB Adnan Yaakob Akan Di Hantar Ke Pusat Semakin Kuat Kedengarannya

Dikala kemelut politik melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin menjadi-jadi di Pahang sekarang ini, berikutan tindakan Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said ingin meletakkan semua jawatannya di peringkat negeri kini UMNO Pahang juga mula terpalit dengan kegelisahan. Maklumat diterima, penyokong-penyokong Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto), khabarnya akan "ditamatkan" dari terus mentadbir kerajaan negeri BN itu sekiranya UMNO masih berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang. Terdapat sumber dalaman mengatakan, Adnan bakal digantikan dengan pemimpin baru selepas beliau gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan sejak lebih 10 tahun berkuasa di negeri ini. Malah, Adnan sendiri dilihat sudah berkira-kira untuk meninggalkan kediaman YAB Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek dekat sini, apabila sibuk mengubahsuai kediamannya di Tok Sira yang dikatakan mencecah jutaan ringgit sekarang ini. Difahamkan, perabot importnya sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Itu belum termasuk berbagai barangan lain yang bernilai. Semua ini menguatkan lagi hujjah bahawa Adnan bakal meninggalkan tampuk kuasanya tidak lama lagi. Malah, difahamkan Adnan berkira-kira untuk bertanding di kerusi parlimen sama ada Indera Mahkota atau pun Kuantan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Sebelum ini, memang ada spekulasi ini melanda namun ia tidak menjadi kenyataan. Ada usaha untuk membawa Adnan ke parlimen untuk diangkat sebagai Menteri Pusat sama seperti Khalil Yaakob dulu. Soalnya, siapakah calon yang dikatakan akan menggantikan tempat Adnan nanti. Terdapat angin yang mengatakan kemungkinan besar tempat Adnan bakal digantikan dengan Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang kini menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. JJ dilihat calon paling layak, berasaskan kepada pengalaman dan hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Memandangkan JJ mempunyai banyak kontroversi, calon lain yang dikatakan akan diangkat ialah terdiri daripada Sharkar Shamsuddin, Shafik Fauzan dan Ir.Soffi Razak. Mereka kini adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan Adnan.

[Paling menarik, terdapat juga sumber mengatakan kemungkinan calon bukan pilihan akan mengisi kekosongan itu. Soalnya siapakah beliau?. Beliau bukan exco dan juga wakil rakyat namun sekadar memegang beberapa jawatan penting dalam sayap kanan parti itu. Apakah beliau akan dipilih?, memandangkan rekodnya yang agak bersih dari calon-calon lain?. Semua ini menimbulkan kontroversi kepada pemimpin dan penyokong UMNO Pahang sebenarnya. Apakah pemimpin UMNO Pahang yang lebih senior dapat menerima hakikat ini kiranya ia berlaku?. Apapun semua ini bakal menyemarakkan lagi persaingan politik antara pemimpin UMNO itu. Mereka kini tertanya-tanya, siapakah yang bakal ditendang dan akan dikekalkan sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, kini masing-masing sibuk mengumpul harta kekayaan sama ada lombong bijih, tanah, pasir, balak dan lain-lain khazanah negeri. Mereka tidak mahu peluang dilepaskan begitu sahaja kerana menyedari banyak kerusi DUN bakal tumbang kepada pembangkang dalam PRU13 nanti].

Terkini Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur !!

KUALA LUMPUR 28 Okt [2.30 pm] - Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula semula hari ini. Prosiding hari ini ditangguhkan selepas bermula dua minit, apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memohon untuk berjumpa dengan pihak-pihak tertentu dalam kamar. Hakim tersebut berbuat demikian selepas peguam bela utama, Karpal Singh ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL). Semalam mahkamah menolak permohonan tersebut atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.

Kenyataan Doktor Berbeza Daripada Nota Klinikal

Mahkamah kemudia bersambung semula dan Dr.Razali dipanggil sekali lagi sebagai saksi. Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam iaitu nota klinikal perubatan. Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. "Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.” Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya. Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan. Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali. Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Tiga Laporan Kimia, Doktor Akui Satu Kesilapan

Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia. Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia. Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia. Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu. Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu. Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia. Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Doktor Akui Tiada Ujian Bagi Tentukan Pelincir

Selepas itu, seorang lagi peguam bela Anwar, Sankara Nair pula mengambilalih daripada Karpal dan menyoalbalas Dr Razali. Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan. Sankara kemudian menyoal Dr Razali berhubung tabiat membuang air besar Saiful dan sama ada penting atau tidak bagi doktor mendapatkan penjelasan daripada mangsa berhubung perkara itu. Dr Razali berkata ia bergantung kepada keadaan. Katanya, meskipun Saiful mengadu kesakitan di dubur, beliau tidak ingat sama ada kesakitan itu berterusan. Dr Razali berkata dubur Saiful diperiksa semasa mangsa berbaring secara lateral pada sebelah kirinya. "Kedua-dua lututnya diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian duburnya terdedah untuk diperiksa,” katanya. Menurut Dr Razali beliau mula-mula memeriksa bahagian perianal Saiful bagi mengambil beberapa calitan. Beliau kemudian memasukkan protoskop ke dubur Saiful untuk mengambil dua sampel daripada bahagian atas dan bawah rektum. Dr Razali mengakui bahawa dia tidak menyoal Saiful bahawa ada peralatan dimasukkan ke duburnya apabila dia diperiksa di hospital Pusrawi. Beliau bersetuju dengan peguam bela ia bukan satu amalan baik.

[Perbicaraan nampaknya semakin panas apabila banyak kekeliruan dan kesalahan fakta berhubung pemeriksaan liwat yang dilakukan oleh para doktor terhadap Saiful Bukhari Azlan sebenarnya. Apapun, Dr.Razali masih bertegas untuk tidak mengemukakan salinan asal laporan kimia (perubatan) yang telah dilakukan terhadap Saiful. Sedangkan sebelum ini dia mengakui ia ada. Soalnya sekarang, kenapa dia begitu takut untuk kemukakan laporan pertama itu apabila diminta oleh peguam Anwar, Karpal Singh?. Semua ini, menambahkan lagi kekeliruan rakyat terhadap kes yang hangat ini. Apapun, perbicaraan masih terus berjalan dan sama-sama kita berdoa agar kebenaran itu akan tertegak jua akhirnya. Mengikut perkiraan pemerhati politik, Anwar pasti akan ke penjara semula dengan kes ini. Tambahan pula, imej beliau yang semakin meningkat di dalam dan luar negara jelas menakutkan UMNO BN sebenarnya. Maka itulah mereka terpaksa menghantar Anwar berehat semua di Penjara Sg.Buloh sebelum Najib umumkan pembubaran parlimen untuk PRU13 selepas itu].

Panas: Pengerusi Biro Felda Dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, "Suhaimi Said" Mengumumkan Perletakkan Semua Jawatannya Daripada Negeri !

Berita paling panas yang diterima hari ini ialah berhubung dengan perletakkan jawatan Hj.Suhaimi Said (foto), daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang. Khabarnya, SMS berhubung perkara itu sudah dihantar dan disebarkan mulai semalam. Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan beliau melepaskan jawatannya. Sebelum ini, PKR Pahang pernah dikejutkan dengan perletakkan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Beliau bagaimana pun menang jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota baru-baru ini. Perletakkan jawatan beliau telah mendapat liputan meluas media massa, hingga ada yang menyangkan Azan akan meninggalkan PKR ketika itu. Namun, khabar angin itu tidak berlaku apabila Azan masih terus selesa menjadi Ketua Cabang berkenaan. Beliau menang mengalahkan Razali Alias (Setiausaha Kerja PKR Pahang) dengan majoriti tipis 35 undi dalam pemilihan 2010 itu. Kini, jika benar andainya Hj. Suhaimi Said juga melepaskan jawatannya maka sudah pastilah ia merupakan satu tamparan hebat buat PKR Pahang sebenarnya. Apa tidaknya, Hj.Suhaimi ialah Ketua Cabang Kuala Krau dan merupakan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR Pahang. Menurut sumber, beliau juga seperti Azan hanya melepaskan jawatan peringkat negeri sebaliknya masih meneruskan hubungan dengan pusat. Malah, beliau juga memegang jawatan yang sama di peringkat pusat sebenarnya. Jika Azan, membawa keluar Cabang Indera Mahkota untuk berada dibawah pusat maka apakah Hj.Suhaimi akan mengikut jejak langkah yang sama agaknya?. Inilah yang menjadi persoalan sekarang ini. Di fahamkan, Hj.Suhaimi mungkin berbuat demikian selepas beliau kecewa akibat dikritik hebat oleh pimpinan dan ahli PKR Pahang selepas dia begitu lantang menyatakan pendiriannya secara terbuka untuk menolak Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Hj.Suhaimi adalah merupakan penyokong tegas seorang lagi calon iaitu Azmin Ali. Beliau begitu berani menyatakan penolakannya terhadap Zaid di pentas ceramah dan menerusi laman sembang sosial di Facebooknnya. Mungkin itu yang menyebabkan beliau mengambil keputusan demikian agaknya?.

[Jika benar keputusan ini, maka ia pasti mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dan PKR di Pahang. Tambahan pula Hj.Suhaimi dilihat sebagai salah seorang pemimpin lama yang banyak berjasa kepada politik pembangkang di Pahang. Biarpun beliau pernah menjadi "katak lompat" sebelum bersama PKR, namun pengaruhnya tidak harus dinafikan. Namun, ramai pihak yang dihubungi menyatakan bahawa mereka amat menyokong perletakkan jawatan Hj.Suhaimi itu. Menurut mereka, Hj.Suhaimi terlalu bernafsu dan terlampau excited berkempen bagi pihak Azmin Ali hingga menimbulkan kebenciaan dikalangan yang lainnya. Sikap beliau yang gemar mencemuh dan mengutuk Zaid itu amatlah mengecewakan ramai pihak. Tambahan pula beliau mengaku bersahabat dengan Zaid sejak sekian lama. Beliau mahu Azmin dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR dan tidak mahu Zaid naik atas alasan pemimpin itu gemar mengkritik pucuk pimpinban parti terutamanta Anwar Ibrahim sendiri. Bagi Hj.Suhaimi dia lebih gemar Azmin Ali yang mungkin pandai "mengipas Anwar" agaknya. Hj.Suhaimi yang sebelum ini beriya-iya mahukan Dato' Fauzi bertanding jawatan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) akhirnya terpaksa akur apabila pemimpin terbabit tidak bersedia untuk itu. Team beliau yang disokong oleh Man Kadir (Temerloh) dan beberapa kerat pemimpin AMK Pahang itu kini sedang sibuk menghentam serta mengutuk mana-mana pihak yang menyokong Zaid Ibrahim. Malah, team mereka sanggup mengeluarkan perkataan berbaur lucah demi melempiaskan hawa nafsu politik mereka].

Wednesday, October 27, 2010

Mahkamah Tinggi Batalkan Saman RM5 Juta Yang Di Failkan Oleh ADUN Hulu Klang YB Saari Sungip Tentang Kebiadapan Pihak Polis Terhadap Beliau!

SHAH ALAM, 27 Okt [10.32 pm] - Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman RM5 juta anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib (foto), terhadap polis yang didakwa bertindak tidak profesional sehingga menjatuhkan maruah beliau di khalayak ramai pada satu perhimpunan di sebuah pusat membeli belah, Subang Jaya, dua tahun lepas. Saari, yang diwakili peguam Anwar Ezzad, menamakan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku defendan, dan mereka diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abas. Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan membatalkan saman itu dengan kos dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan pihak polis. Antara alasan pembatalan saman itu ialah writ saman dan penyataan tuntutan Adun berkenaan gagal menamakan pegawai yang bertanggungjawab atas kejadian yang didakwa dilakukan mengikut Seksyen 5 dan 6(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956. Pihak polis juga menyatakan jika pegawai berkenaan tidak dinamakan sebagai defendan, bagaimana beliau hendak membela diri bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Dalam pernyataan tuntutannya, Saari mendakwa pada 18 Mac 2007, kira-kira 10 anggota polis, tanpa tidak memberi amaran, telah memaut lehernya dengan kuat dari belakang ketika beliau sedang memberikan taklimat kepada kira-kira 50 orang awam di pusat membeli-belah itu, yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan kenaikan harga tol lebuh raya. Adun PAS itu mendakwa anggota polis terbabit telah memukul, mengheret, menggenggam atau meramas zakar beliau di khalayak ramai dengan kasar, yang bertujuan menghalangnya dari meneruskan taklimat tersebut kepada orang awam. Saari juga mendakwa anggota polis terbabit telah meniarapkan badannya dengan kasar, serta menekan beliau dengan kuat ke lantai untuk digari, sehingga mencederakan lututnya. Beliau mendakwa tindakan anggota polis itu terjumlah kepada suatu tindakan fitnah terhadapnya dalam bentuk lisan secara tindakan, dan melampaui batasan atau kuasa. Katanya, beliau telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama, dan laporan doktor mengesahkan beberapa kecederaan serta luka di kedua-dua pergelangan tangan, bahu kiri, tangan kanan, siku kanan dan tangan kiri. Saari mendakwa ditahan di Balai Polis Subang Jaya secara tidah sah selepas itu, dan walaupun satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu, sehingga kini beliau tidak mengetahui sebarang perkembangan kesnya.

[Apa yang berlaku dan terjadi kepada YB Saari Sungip adalah amalan biasa pihak polis ketika melakukan operasi menghalang sesebuah perhimpunan haram anjuran pembangkang. sebaliknya, mereka tidak pula bertindak sama terhadap puak-puak UMNO BN. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Terdapat dua undang-undang yang berbeza dalam negara berdaulat dan demokrasi seperti di Malaysia ini. Maka itu juga kita tidak hairan mahkamah akhirnya memenangkan pihak yang berkenaan bagi menutup kes sebaliknya. Samada kita mahu percaya atau tidak itu adalah terpulang kepada umat Islam terbabit. Namun, jika kita amati betul-betul maka sudah pasti kita akan menemui satu jalan yang menyaksikan Islam itu menang dan dijulang oleh rakyat. Insiden yang berlaku terhadap Saari Sungip ilihat pasti akan berlaku pula di negeri-negeri lain selepas ini].

Panas: Gara-Gara 'Taksub Berkempen', Ada Anak Muda AMK Pahang Tergamak Biarkan Puak-Puak Mereka Menuduh Cucumatkilau Itu Anak Haram!

Keghairahan kempen untuk memenangkan calon masing-masing dalam pemilihan 2010 ini menyaksikan berbagai adengan yang tidak sepatutnya berlaku kini mula terjadi. Jika dulu, semua amalan dan aksi ini hanya dapat disaksikan pada parti lawan UMNO BN, kini kelihatan ia semakin menular dikalangan ahli-ahli PKR terutamanya anak-anak muda. Ramai, muka-muka baru yang kononnya berjuang atas landasan kebenaran kini terlupa "agenda perubahan" yang mahu dibawa oleh parti. Mereka lupa, bahawa parti mempunyai etika berkempen dan pertandingan adalah antara adik beradik. Senario yang dapat dilihat sekarang ini, semakin jauh berbeza. Kesungguhan untuk menyaksikan calon mereka menang menyebabkan ada sebahagian anak muda ini yang tergamak mengeluarkan kenyataan dan ucapan yang berbauh hasutan, lucah dan boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak. Perkara ini wajar dipantau oleh pucuk pimpinan tertinggi parti, jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku. Ada anak-anak muda yang berada dalam saf kepimpinan AMK Cabang kini sudah mula lupa dimanakah diri merek berpijak sebenarnya. Gara-gara termakan hasutan dan tohmahan pihak tertentu, maka mereka sanggup melontarkan apa jua perkataan yang tidak sewajarnya. Ini berlaku sekarang, terutamanta di laman-laman sembang sosial facebook. Antara yang menjadi mangsa ialah Blogger Cucumatkilau (CMK) yang dituduh "ANAK HARAM" oleh pihak itu.


Bukti, perkataan Anak Haram yang dilemparkan kepada blogger CMK

[Ketika dihubungi, CMK memberitahu yang beliau tidak sangka anak-anak muda terbabit sanggup menuduhnya sedemikian rupa."Selama 11 tahun menjadi blogger dan mempertahankan PKR saya tidak pernah tergamak melontar perkataan sedemikian kepada mana-mana pemimpin UMNO biarpun saya benci dan meluat terhadap mereka. Kini, anak muda dalam parti sendiri melontarkan perkataan tersebut kepada saya hanya kerana menyangka saya berpihak kepada team tertentu. Saya tahu siapa yang melakukannya, dan amat berharap pihak terbabit memohon maaf secara terbuka atau saya akan dedahkan satu persatu siapakah mereka. Mereka bercita-cita untuk "main game" dan berpolitik dengan saya. Padahal mereka semua itu baru kenal erti reformasi sebenarnya. Saya akan dedahkan ..tunggu dan lihat", kata CMK]