pahangdaily pahangdaily Author
Title: Memalukan, "Kerajaan Negeri Pahang" Pimpinan Orang 'Melayu Islam UMNO' Tergamak Memotong 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Temerloh tahun lalu, Pegawai Khas Agama Menteri B...

Ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Temerloh tahun lalu, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad mencadangkan Sekolah Agama Negeri (SAN) diserahkan kepada Kerajaan Pusat, dengan hujah, 18 SAN yang ada di Pahang ini daif, sempit dan ketinggalan termasuklah tidak ada padang permainan. Beliau ketika itu memberi bandingan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diserahkan kepada kerajaan BN melalui SABK, katanya, sudah pun jauh maju ke hadapan. Kenyataan beliau itu telah mendapat reaksi keras dan kecaman daripada ibu bapa pelajar yang hadir . Mereka berpendapat, sebagai pegawai yang berkhidmat di bawah negeri, Syed Ibrahim sepatutnya berikrar mengekalkan SAN yang ada di bawah kuasa Sultan dan bukannnya dengan mudah untuk menyerahkan sekolah terbabit kepada Kerajaan Pusat. Tindakan beliau jelas sekali menghina kemulian Sultan itu sendiri sebenarnya. Inilah bukti sikap biadap pemimpin UMNO BN terhadap rakyat terutamanya umat Islam di negeri Pahang ini sebenarnya. Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau jelas sekali tidak layak untuk menjadi Pembantu Khas Agama MB, jika inilah bahasa yang diucapkan ketika itu. Ternyata fenomena yang berlaku sekarang 18 buah Sekolah Agama Negeri di Pahang kini memang berada dalam keadaan daif dan cukup menghibakan sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto), nyata mengabaikan nasib sekolah-sekolah agama di negeri ini. Disaat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sibuk menambah peruntukan untuk sekolah agama malah mereka yang terbabit dengan agama di negeri masing-masing, tiba-tiba terdengar berita Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Melayu Islam UMNO memotong 10% peruntukan kepada sekolah agama di negeri ini. Jika benar dakwaan tersebut, ianya sungguh memalukan dan ternyata UMNO BN gagal membela nasib pendidikan Islam di negeri ini sebenarnya. Syed Ibrahim selaku Pegawai Khas Agama kepada MB harus bertanggungjawab atas perkara ini. Ternyata apa yang ditakuti rakyat kini menjadi kenyataan dan itulah realitinya sekarang ini.


Syed Ibrahim ketika menyampaikan hadiah di Hari Pemuafakatan
dan anugerah kecemerlangan Sek.Agama Al-Khairiah Temerloh
[Dalam keadaan kerajaan negeri sibuk meluluskan kawasan balak, lombong bijih besi dan lain-lain kepada proksi-proksi dengan mendapat untung besar jutaan ringgit. Tiba-tiba mereka tergamak pula menyiksa pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan syiar agama Islam di negeri ini. Malah, MB Pahang sendiri dipercayai adalah Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Sesungguhnya tindakan ini jelas amat memalukan dan wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat. Mereka sebenarnya tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini jika itulah keadaannya yang berlaku. Mereka sanggup memperkayakan proksi-proksi UMNO BN tetapi sanggup mendera rakyat dengan berbagai tindakan yang jelas sekali tidak boleh masuk dek akal. Apakah MB Pahang takut dan gusar rakyat "faham agama", lantaran akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang agaknya?. Justeru itu, fikirkanlah nasib agama jika inilah senario yang berlaku. Marilah sama-sama kita berubah dan lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. Difahamkan alasan yang diberikan atas tindakan ini adalah sebagai langkah penjimatan kononnya. Walhal, mereka sanggup menghabis duit untuk tujuan lain sebaliknya gagal membela nasib sekolah agama itu sendiri. Jika inilah keadaannya, maka jauh lebih elok Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng mentadbir dan meningkatkan martabat pendidikan agama Islam di negeri itu. Oleh itu, seluruh rakyat Pahang diminta membuka mata serta hati melihat apa yang berlaku ini].

Advertisement

Post a Comment

ali said... Thursday, January 13, 2011 7:12:00 PM

ADNAN YAAKOB DAH BOLEH LETAK JAWATAN SEBAB TAK LAYAK MENTADBIR PAHANG..BANYAK MASALAH...

1- Pelabur masuk ke pahang semakin
kurang.
2- Orang melayu di bandar kuantan
mundur, semua perniagaan bangsa
lain yang punya bukanya
melayu..memalukan, beliu hanya
bela dan berbakti kepada Tokey
tokey cina yang kaya sahaja..

seperti tokey bijih besi,tokey
kilang besi, tokey balak dan
lain lain...


Berilah peluang kepada orang
lain pula yang betul betul
memperjuangkan orang melayu..

ali said... Thursday, January 13, 2011 7:12:00 PM
This comment has been removed by the author.
ali said... Thursday, January 13, 2011 7:14:00 PM

ADNAN YAAKOB DAH BOLEH LETAK JAWATAN SEBAB TAK LAYAK MENTADBIR PAHANG..BANYAK MASALAH...

1- Pelabur masuk ke pahang semakin
kurang.

2- Orang melayu di bandar kuantan
mundur, semua perniagaan bangsa
lain yang punya bukanya
melayu..memalukan, beliau hanya
bela dan berbakti kepadaTokey
tokey cina yang kaya sahaja..

seperti tokey bijih besi,tokey
kilang besi, tokey balak dan
lain lain...


Berilah peluang kepada orang
lain pula yang betul betul
memperjuangkan orang melayu..

oRang kAmpong said... Thursday, January 13, 2011 9:08:00 PM

ali.awak ni mabok ke xsedar diri ke atau sawan.pandai2 suruh MB letak jawatan.alooo apik.sikalang aaaa sape pelintah ini negili aaaa. BN ka PR.Luu olang aaaa baluuu aleeer belapaa kelusi mau maaanyak ikseeen aaaa.apaaaa luuuu ingat ini nigili bapaaaaak haaaang yg punya.luuuu olang aaaa kluuuu mau minang ini nigili aaaa misti mau tambah lg itu apik2 tongkang mai dok sini maaaa.cibai punya olang.xtau kila.

Anonymous said... Thursday, January 13, 2011 9:49:00 PM

Wahai 'orang kampong' yang mengaku Melayu, mengaku orang UMNO. Bahasamu mencerminkan darjatmu..darjat orang pasar!!! Mengaku Melayu tetapi menggunakan bahasa seperti orang tidak bersekolah. Apa pun alasanmu, jelas anda bukan Melayu tetapi bangsat yang mengaku Melayu.

oRang kAmpong said... Thursday, January 13, 2011 10:19:00 PM

wa alee nama olang kampong maaa.mesti melayu maa.luuu......xxak nama ooooo.abih.....luu...olang apa maaaa.......bukan olang ooooo...itu macam ooooo... jd waa manyaak takuuut sama antu maaaa...

Anonymous said... Thursday, January 13, 2011 10:23:00 PM

sian tuk nan.buat baik kena,buat jahat pun kena.tuk nan balik kampung jela tuk nan.

Anonymous said... Sunday, January 16, 2011 1:35:00 AM

orang kampung tak nak kemajuan, kami nak kain pelikat, beras 10 kilo, tepung 10 kilo, gula dan rm20 bila pru..

 
Top