PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, February 28, 2011

Perdana Menteri Umumkan Peruntukkan Hampir RM10 Juta Untuk Projek Pembangunan Rakyat Di Dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta. Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000). Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.


[Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat apa yang didakwanya sebagi keretakan yang dialami Pakatan Rakyat. Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai Pakatan Rakyat kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik. "Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik semata-mata. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh. "Dia tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini hanya nak jatuhkan BN," katanya lagi].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Mat Tempeeeee said...

Kalau ini macam punya cara...lebih baik banyak lagi Adun mati...dapat bajet air liur najib....habis undi...bajet entah kemana...auta saja lebih...melayu memang suka ditipu...itu lah melayu!!!!!

Anonymous said...

Mantan PM kata 'Melayu mudah lupa' snang ckp la,Melayu nyayuk.

Anonymous said...

najib ckp,bukan nk pncing undi..hahaha....lawaknya ayat ko najib.bangang punye ayat.macam ayat org yg bru lulus spm kali ke-3.tmpt aku tu,bn da perintah lame da,x de pun dpt projek macam ni..kalau nk dpt projek macam tu tnggu adun tempat aku mati la...adun jengka tu.

Anonymous said...

time cm ni lah nk bg peruntukkannye..pahang da bankrap.xde kemajuan lgsg nk2 dkt kg2.jd utk wrga kerdau ubahlah dr pilih bn

Anonymous said...

umno melahirkan melayu yang cemerlang dan terbilang, mereka terdiri drp profesional

pemandu lori melayu
pemandu teksi melayu..
alam flora melayu..
indah water melayu...
jaga bank melayu..
jaga kilang melayu..
tukang tarik kereta melayu..
tukang jaga kelab malam melayu..
pengerusi genting melayu..
pengerusi kilang arak melayu..

inilah perjungan umno kpd melayu, time kasih pemimpin melayu..

Anonymous said...

haha...ada satu lagi,pemimpin perompak harta melayu...hahahahahah...

Anonymous said...

Semakin lengkap kebebalan dan semakin tinggi nilai ketaksuban kat Nik Aziz, maka semakin besarlah saham seseorang itu dalam PAS.

Anonymous said...

haha...ada satu lagi bro,yg ni lagi cermerlang,dan terbilang,dia adalah pencacai angkat najis umno melayu,mcm anon;12;47 kat atas ni lah..hahahaha....

Anonymous said...

hentikanlan berckap perkara yang belum tentu benarnye....boleh rosak akidah tau.....nak jadi golongan yang Allah kata"AKAN MASUK NERAKA DAN KEKAL ABADI DIDALAMNYE" fikir2..mati itu pasti hidup insyaallah