TEMERLOH, 25 Feb [11.11 am] - Pemilihan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim sebagai calon parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah bertepatan dengan kehendak pengundi. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, Hassanuddin adalah calon terbaik yang mempunyai ketrampilan bagi memenangkan Pakatan Rakyat. "Walaupun beliau pernah bertanding di sini dahulu dan tewas, namun kita yakin kali ini beliau boleh menang," katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon di sini, malam tadi. Hassanuddin bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kawasan itu yang akan berlangsung 6 Mac depan. Pada pilihan raya umum 2008, Hassanuddin tewas dengan majoriti besar iaitu 1,615 undi dengan wakil BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi. Hassanuddin memperoleh 2,520 undi. Mengulas mengenai perkara tersebut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau berkata, beliau yakin Hassanuddin mampu meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kali ini. "Dengan ketrampilan yang ada padanya, saya yakin sasaran untuk dapatkan kembali majoriti berkenaan akan tercapai," katanya.
[Biarpun calon Pakatan Rakyat di DUN Kerdau telah diumumkan. Namun, masih ada suara-suara sumbang diluar sana menganggap PAS tidak wajar bertanding di situ, memandangkan mereka sudah bertanding di DUN Merlimau. Ada pihak yang mahukan kerusi tersebut diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerana calon mereka lebih diterima rakyat dan popular. Di Kerdau misalnya, nama Suhaimi Said dikaitkan boleh menambat hati masyarakat orang asli dan peneroka felda di kawasan itu. Justeru itu belaiu lebih sesuai menggempar kekuatan UMNO BN daripada calon PAS itu sendiri sebenarnya. Namun, benarkah Suhaimi popular sedangkan dia telah beberapa kali melompat dari UMNO ke PAS kemudian ke PKR. Makanya pendirian beliau tidak cukup besar untuk bergelar calon Pilihan Raya Kecil sebenarnya. Sudah pasti fail-fail lengkap tentang dirinya sejak dulu akan di bongkarkan jika dia menjadi calon. Mujurlah PAS cepat bertindak dengan mempertahankan kerusi DUN tersebut berdasarkan status quo yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat].












18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
elok la tu wahai PAS...dah duga keputusan yg sama bakal diperolehi Hasanuddin....jihad la kira tu, sanggup hadapi kekalahan kali ke 2 daripada memalukan tokoh Tuan Ibrahim....lebih kurang mcm scapegoat jugalah ni....mangsa...takpe lah, cuba lagi, perjuangan perlu diteruskan....terlebih dahulu diucapkan TAKZIAH atas kekalahan yg bakal ditempuhi...
Calon Kerdau seorang Ulama?? Ustaz??
>>> http://anakfelda09.blogspot.com/2011/02/calon-kerdau-seorang-ulama-ustaz.html
Yang penting bertanding...
--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!
http://Blog1Malaysia.blogspot.com/
Anon 12:00 macam tuhan pulak tahu benda yg belum berlaku.
Baru-baru ni saya terima maklumat yang ramai org JAIP sedang berada di masjid-masjid dalam DUN Kerdau utk pantau aktiviti masjid takut ada yang berunsur PAS / Pembangkang. Lawak betul Jabatan Agama ni.
Dah habis ke kerja tangkap org berzina / berkhalwat / minum arak / main nombor ekor?
Betul juga kalau PKR bertanding dan letak Suhaimi said jadi calun,memang ada umph.Suhaimi ni buat kerja sentisa bersungguh-sungguh,aku respek dia walau pun ada orang kata dia juga supa melompat.
Penjilat longkang UMNO silap kalau kata PAS malu bila kalah pilihanraya. Dah berulang kali dinyatakan sebelum ini, letak lah tokoh mana pun, tidak ada istilah malu jika kalah dalam kamus politik PAS.
Kalah dah jadi perkara biasa. PAS dan PKR hanyalah ibarat semut melawan seekor khinzir hutan yg gagah perkasa (UMNO) yg punyai segala kekuatan jentera dan kewangan yg banyak disokong pula sepupunya SPR.
PAS dah biasa kalah...sampai masa islam akan menang..insyaallah!!!
kalau bertanding tak mau kalah, itu bukan bertanding... UMNGOK ni org kampung dia boleh tipu... PAS kalau kalah pun duit tak banyak habis melobi mcm puok UMNGOKKKK...
Koi selaku pengundi kawasan ni merasakan tindakan PAS meletak Hasannudin untuk bertanding di kwsn ini, sngt2 tidak tepat. Hasannudin maybe terkenal dikalangan ahli PAS, tapi tidak kpd pengudi di kws koi. Cuba PAS gi buat servey kat kwsn peti undi Rumpun Makmur, brp org yg kenal siapa Hasannudin? Koi percaya hampir 70% x kenal siapa beliau. Sudahlah beliau bukan anak jati Kuala Krau... Untuk PR lepas pun, koi x kenal siapa dia. Bila baca web nie baru koi kenal siapa dia..
Sepatutnya PAS letak TITM, jgn sekadar mengharap peti undi di kwsn Kerdau aje... kwsn area belah Kuala Krau pun ramai pengundi...
apa susah.. Tak kenal takpe.. Yg penting logo bulan tu.. Kita kena berani berubah beb.. Sapa pun kita kena sokong.. Asalkan pembangkang.. Jgn kerana seratus dua kita berubah.. Mana maruah kita.. Murah beno harga kita..
Pilih lah yang terbaik sahaja kerana kita akan di prtanggungjawabkan nanti..
Kalau kita percaya pada dasar perjuangan dan keputusan pimpinan, takde masalah letak calon sapa pun. Letak Bob Lokman pun takpe asal dia tahu dasar perjuangan dia.
Nampak tak iklas senyuman calon PAS ni.
Nak memilih pemimpin ini ibarat memilih menantu... kalu calon menantu kita x kenal, x kan kita senang2 jer nak terima....
Yg koi tekanan kan kat sini adalah org2 atas pagar, camna deme nak pilih calon PAS kalu deme x kenal... Kita jgn dok pikir yg penyokong sedia ada aje... peranan kita nak pikat pengundi2 yg belum mengundi calon Pakata Rakyat.
Nak memilih pemimpin ini ibarat memilih menantu... kalu calon menantu kita x kenal, x kan kita senang2 jer nak terima....
Yg koi tekanan kan kat sini adalah org2 atas pagar, camna deme nak pilih calon PAS kalu deme x kenal... Kita jgn dok pikir yg penyokong sedia ada aje... peranan kita nak pikat pengundi2 yg belum mengundi calon Pakata Rakyat.
Nak memilih pemimpin ini ibarat memilih menantu... kalu calon menantu kita x kenal, x kan kita senang2 jer nak terima....
Yg koi tekanan kan kat sini adalah org2 atas pagar, camna deme nak pilih calon PAS kalu deme x kenal... Kita jgn dok pikir yg penyokong sedia ada aje... peranan kita nak pikat pengundi2 yg belum mengundi calon Pakata Rakyat.
Sebaiknya kita sesama berdoa agar Nik Aziz dibukakan pintu hatinya untuk menerima dan MASUK UMNO supaya dia berhenti daripada terus membuat AJARAN SESAT dan FATWA SONGSANG yang mengharuskan pengikutnya mendoakan kemusnahan dan kematian orang lain.
Saya pula mendoakan agar Nik Aziz panjang umur agar dia ada cukup masa untuk bertaubat.
Post a Comment