PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 24, 2011

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau: Bekas Calon Pada Pilihan Raya Umum 2008 Lalu, Hasanuddin Salim Terpilih Sebagai Calon PAS Wakili Pakatan Rakyat

TEMERLOH, 24 Feb [10.30 pm] - Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim (foto) 43, dipilih mewakili parti PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau malam ini.. Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti. "Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS. "Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS. Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Temerloh pernah mewakili PAS pada pilihan raya umum ke-12 di DUN Kerdau. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu 26 Feb ini.

[Pemilihan Hasanuddin Salim merupakan sesuatu yang tidak dijangka sebenarnya. Malah populariti beliau dilihat berada dibelakang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Ustaz Kamal Ashaari. Namun, tuah menyebelahinya kerana terpilih mewakili PAS dan Pakatan Rakyat sekali lagi selepas gagal melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Harus diingat, pilihan raya umum senarionya berbeza daripada pilihan raya kecil sebenarnya. Jentera kedua-dua parti turun dari segenap pelusuk negara untuk berkampung di kawasan terbabit untuk memberi sokongan dan berkempen. Makanya, apakah Hasanuddin berjaya menafikan majoriti 1,615 yang dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu?. Atau mungkinkah majoritinya akan bertambah dan mungkin juga beliau boleh menang jika mood rakyat untuk menolak UMNO BN semakin membuak-buak itu dijadikan alasan. Apapun, syabas dan tahniah kepada Saudara Hasanuddin Salim!!].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

blacksheep...nasibla..kalu tak betanding lagi bagus

TARANTULA said...

MUDAH DIBACA STRATEGI PAS MEMILIH HASANUDIN JADI CALON PAS SEBAB SUDAH MENJANGKA AKAN KALAH DALAM PRK KERDAU

SECARA TAK LANGSUNG DAPAT MENYELAMATKAN AIR MUKA NASARUDIN DAN TUAN IBRAHIM SEKALI GUS MARUAH PAS DAPAT DITUTUP RAPAT2

CUBA KITA BAYANGKAN KALAU NASA ATAU TUAN IBRAHIM JADI CALON DAN KALAH, PAS AKAN MENDAPAT KEMALUAN YANG BESAR.

KALAU PAS YAKIN MENANG, TENTU BUKAN INI PILIHAN MEREKA...SIAN KAU HASANUDIN JADI KAMBING HIJAU...OOOPPPSSS KAMBING HITAM

Anonymous said...

SubhanAllah....

kuasa di tangan Allah.

Anonymous said...

Tarantula 12:16

Punyalah angkuh dan sombong lagaknya...siapa pun yg PAS pilih itu hak dia, dan siapa pun UMNO pilih itu hak dia juga...jd skrg calon dah terpilih, maka carilah sokongan utk menang..

PAS dan UMNO kan parti politik...tak heran jika apa2 keputusan itu ada tujuan dan nilai tertentu...itu namanya politik..

namun PAS bukan sja parti politik bahkan Gerakan Dakwah Islamiyah....itu yg penting yg tiada pd UMNO..

Anonymous said...

Oh ye ke? Ingatkan kuasa tu di tangan Karpal Singh... Atau di tangan pengundi....?

Anonymous said...

nak sangat "bakal YB" Syed Ibrahim membuat perubahan. mengadakan kempen tutup aurat dikalangan puteri umno kerdau @ temerloh. Paling baik nak denar suara Syed Ibrahim membuat kempen haramkan nombor ekor Sport Toto atau magnum di temerloh sekurang-kurang2nya. bosan dah tengok orang melayu "islam" beratur lebih ramai dari kaum lain. Tak tahula kalau tarantula tak setuju dengan cadangan ini atau dia pakat diam je..

Anonymous said...

kuasa pas dibawah karpal n lim guan eng....pas sudah lupa perjuangan asal....cakap pasal aurat...tp bersekongkol dgn yang buka aurat masuk masjid xsalah plak...be a good thinker not a free thinker...

Anonymous said...

anon;7;57 klau nk tahu,inilah orang kafir lahanat bercakap....

Anonymous said...

Kesian. Bila baca komen penyokong UMNO dalam ni dah cukup menggambarkan berapa rendahnya akhlak dan moral mereka. Kesian. Pergilah cari ustaz ke guru mana-mana belajar balik asas-asas akidah. Cakap pun macam org dah tak berakidah.

Anonymous said...

lebih kasihan melihat ahli pas yg terhegeh hegeh menjual maruah agamanya dengan bangsa lain...