MERLIMAU, 24 Feb [9.30 pm] - PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah (foto), sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS DUN Merlimau. Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat. Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau.[Difahamkan calon PAS ini juga pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. Maknanya beliau bukanlah calon biasa dan sudah semestinya ia menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan calon BN sebenarnya. Apapun, jentera parti perlu bekerja keras di Melaka kerana PAS tidak menang satu pun kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Teruskanlah usaha, selamat berjuang].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment