PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 24, 2011

Spekulasi: Bekas Calon PAS Parlimen Kuala Krau Khabarnya Jadi Sebutan Untuk Terpilih Sebagai Calon Pakatan Rakyat Di PRK DUN Kerdau Nanti!

KERDAU, 24 Feb [5.20 pm] - Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau nampaknya kian panas biarpun Hari Pencalonan ialah Sabtu ini. Malam ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bakal umumkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat di Markas PAS Darul Hikmah Simpang Kerdau dekat sini. Turut dijangka hadir malam ini ialah Mat Sabu dan juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Ribuan penyokong pembangkang dijangka hadir untuk mendengar amanat dan melihat siapakah calon mereka. Angin bertiup kencang mengatakan nama bekas calon Parlimen Kuala Krau dari PAS dalam pilihanraya umum lalu Ustaz Kamal Ashaari (foto), bakal menjadi pilihan. Apapun, nama popular seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang, Naib Presiden PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kuala Krau), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) serta Hasanuddin Salim (Bekas Calon PAS PRU12 DUN Kerdau dan Ketua Penerangan PAS Pahang) tetap menjadi pilihan sebenarnya. Cuma, hanya seorang yang bakal bersaing untuk menentang Penasihat Agama MB Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang diumumkan sebagai calon BN itu. Apapun pertembungan sengit dijangka berlaku di DUN Kerdau kali ini. Majoriti undi BN pada pilihanraya lalu hanyalah sekitar 1,615 undi sahaja. Ini bermakna peluang PAS untuk membuat kejutan tetap ada, ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pengundi muda dalam pilihan raya kecil ini.


Tiga calon popular yang juga turut menjadi pilihan sebenarnya
Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Hasanuddin Salim
[Apapun, harapan PAS untuk menakluki DUN Kerdau mungkin akan terkubur jika mereka tidak berhati-hati dan menjaga tiga kawasan Felda dan satu kawasan Felcra di DUN itu. Difahamkan DUN Kerdau mempunyai tiga kawasan Felda iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Sementara itu satu kawasan Felcra ialah di Rumpun Makmur. Jumlah pengundi di kesemua kawasan terbabit dipercayai melebih 3,000 orang. Oleh itu, tumpuan yang lebih besar perlu diberikan kepada kawasan terbabit jika PAS ingin memenangi pilihanraya kecil kali ini. Jika tidak, senario yang sama pasti akan berlaku seperti di DUN Tenang baru-baru ini. Tingkatkan usaha dan gandakan kerja jika berhasrat untuk menang. Fokus utama harus diberikan kepada kawasan terbabit, kerana disitulah talian hayat BN sebenarnya. Jika tidak berhati-hati, cerita yang sama di Tenang bakal berulang di sini. Oleh itu, aturlah strategi yang berkesan mulai sekarang!].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Saya org kuala krau : bagi saya ke-3 calon ni.. siapapun yg pas letak utk bertanding ianya tetap saya sokong 100%... kita sama2 doa mudah-mudahan usaha kt ini mendapat tempat disisi-NYA

Anonymous said...

Tak usahlah kita canangkan kita orang mana. Yang penting kita sama WARGA MALAYSIA.

Pada saya semua 3 calon PAS ini pasti akan ditolak pengundi sepertimana yang telah berlaku di DUN Tenang. Mari sesama berdoa agar calon BN menang dengan majoriti yang leih besar!

Anonymous said...

Saya dulu ahli UMNO.
saya juga warga malaysia dan orang kuala krau. kalau dulu letak batang pisang sebagai calun DUN mana-mana pun UMNO boleh dikira akan menang. tapi hari ini, umno sebenarnya dan tak ujud, yang ada UMNO baru atau UMNGOK...USAH taksub sangat...yang penting perjuangan Islam.adakah dalam UMNGOK sebut nak perjuangkan Islam.Sama-sama fikirkan..

TARANTULA said...

AYAM SABUNG PAS NASARUDIN HARAP SERBAN JA BESAR TAPI TAKDA TELOR

BARU CANANG NAK TENTANG SAMBUTAN VALENTINE DAY, KENA SERGAH DENGAN DAP, TERUS SELOP MACAM AYAM BERAK KAPUR, CAKAP BERGEGAR2, BUAT MALU JA

PAS PARTI PEJUANG ISLAM KONON, DENGAN DAP PUN TAKUT AMENDE NASA

Anonymous said...

MINTA TOLONG DARIPADA PENULIS ATAU SESIAPA SAHAJA ,, JANGAN GUNAKAN PERKATAAN PENYOKONG PEMBANGKANG.. GUNAKAN PENYOKAONG PAKATAN RAKYAT.. SBB PERKATAAN PEMBANGKANG MENUNJKUKAN MAKSUD YG NEGATIF DISEBELAH PIHAK KITA.. APA PUN DOAKAN PAS BERJAYA

Anonymous said...

Inilah padah dan bahananya kalau dah terlalu taksub dengan ajaran sesat dan fatwa songsang. Hinggakan nak menyebut dan mengeja UMNO OK pun lidah sudah tak betul.

Anonymous said...

Tak kira lah siapa yang PAS postingkan untuk jd calon Kerdau...pastinya org terbaik punya..

jesteru itu kita sokong dan undilah calon PAS...

marilah kita memilih islam diakhir usia kita...bukan saja berpolitik tapi keseluruhannya..

saya doakan PAS akan menang..walaupun saya bukan ahli dan penyokong pas, sekadar pengndi PAS saja...insyaallah...

Anonymous said...

tak lama lagi santa claus akan datang tabur gula gula, Mat Meslan
akan datang berceramah dan tidur dirumah peneroka Felda dan pagi pagi akan pergi menoreh getah.
Muyidin Yasin akan datang menghentam PKR dalam TV3 suku sampai termuntah mendengarnya

abangkhairi said...

tak da salahnya kalau untuk prk kali ni kita undi pas..percayalah, kalau pas menang di kerdau lepas ni makin banyaklah projek pembangunan naik di sisni..tp kalau umno gak yg menang, mcm ni lah kerdau selama-lamanya,..silap2 projek yg dicanang sebelum prk ni pun akan ditarik balik..harap2 pengundi2 di kerdau dpt gunakanlah reverse saikologi utk kebaikan kita bersama..

Anonymous said...

aku setuju sangat. kita bagi PAS menang barulah UMNO akan bangunkan tempat kita ni sebab nak tarik perhatian untuk pilihanraya umum nanti. kalau PRK ni depa menang gak tahap tu le kita. bukan kita tak tau janji lidah bercabang puak UMNO ni.