pahangdaily pahangdaily Author
Title: Blogger Cucumatkilau 'Secara Rasmi' Isytiharkan Keputusannya Keluar Dari Parti Keadilan Rakyat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN, 11 Feb [12.03 pm] - Akhirnya Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 39, hari ini mengesahkan yang dirinya secara ...
KUANTAN, 11 Feb [12.03 pm] - Akhirnya Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 39, hari ini mengesahkan yang dirinya secara rasmi mengundurkan diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sidang media telah berjaya diadakan di Restoran Sg.Kita, Jalan Tanah Putih dekat sini jam 10.00 pagi tadi. Dengan keputusan ini juga bermakna beliau kini tidak lagi terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan parti itu. Menurut Cucumatkilau keputusan yang diambil ini biar pun berat tetapi terpaksa ditelan jua memandangkan beliau mahu bergerak bebas dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya. "Saya mahu berehat dan lupakan seketika dunia politik. Banyak benda yang perlu saya uruskan terutamanya berkaitan dengan keluarga. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membela nasib keluarga dan masa depan anak-anak", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan yang diambil ini akan dicemuh dan dikutuk oleh ahli-ahli PKR terutamanya bagi mereka yang memang sejak sekian lama tidak bersetuju dengan pandangan saya. "Orang boleh kata apa saja, namun niat saya untuk keluar memang sudah lama saya maklumkan cuma ia tidak secara rasmi. Kini barulah saya rasa bebas dan boleh menentukan hala tuju masa depan saya sendiri. Memang saya akui banyak tuduhan akan dilemparkan oleh mereka selepas ini. Itu hak mereka, tetapi hak saya perlu dipertahankan. Ketika saya jatuh, susah dan mengharapkan simpati tiada siapa yang mahu datang membantu tetapi bila saya memilih jalan hidup sendiri ramai pula yang mempertikaikan. Biasalah, buat baik pun orang akan mengutuk apatah lagi dengan keputusan berat yang saya ambil ini", tambah beliau lagi.


Laporan blogger cucumatkilau keluar dari PKR oleh Berita Perdana TV1

[Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan kembali berpolitik suatu hari nanti jika ada kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan itu. Ikuti kenyataan beliau dalam blognya www.cucumatkilau.blogspot.com, terutamanya mengenai beberapa teguran dan nasihat buat mana-mana sahabat yang masih meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Kami dan seluruh warga kerja Pahang Daily Online mengucapkan selama berehat untuk Cucumatkilau, semoga perjuangannya akan diteruskan dalam apa jua cara sekali pun. Biar apa pun yang terjadi, kami yakin yang beliau telah memikirkan apa yang mahu dibuatnya. Keputusan yang dibuat itu adalah selepas beberapa lama membuka ruang perbincangan dengan sahabat terutamanya pemimpin PKR itu sendiri. Jika beliau seorang pengkhianat, lebih baik dia terus keluar dari PKR tanpa berbincang sebegitu lama. Namun, orang ramai yang mengenalinya saja yang boleh menilai apa yang dilakukannya ini. Bagi kami, hak peribadi beliau usahlah dipertikaikan kerana dia lebih mengetahui segala apa yang mahu dilakukannya sekarang].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, February 11, 2011 1:15:00 PM

Kalau nak keluar ke atau tak mahu aktif lagi ke,buat saja lah apa perlu di istiharkan.Kita ni buakan orang besar mana pun.Menarik balik artikel mengenai Saiful dan istihar keluar parti macam acara biasa di dengar je.

Anonymous said... Sunday, February 13, 2011 9:27:00 AM

Dunia sekarang...Wang adalah segalanya...manusia akan buat apa saja kerana wang...heheheheeeeee...

Anonymous said... Sunday, February 13, 2011 3:51:00 PM

aku caya cucumatkilau ,dia akan masuk pas ( darah mat kilau masih mengalir batang tubuhnya )

Anonymous said... Sunday, February 13, 2011 8:48:00 PM

darah apa pulak yang mengalir dibatang ......penyokong umno?

Anonymous said... Sunday, February 13, 2011 9:39:00 PM

Darah negarawan dan pejuang bangsa yang telah berjuang berterusan sehingga genarasi kini hidup dalam sebuah negara yang aman.

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 6:08:00 AM

kepala butoh kau la shukri!!!.. Menyesal aku jadi kawan kau.. Kerana tak dpt bertanding keluar parti.. Berapa kau dpt mangkuk??.. Cucu mat kilau kepala bana!!

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 8:41:00 AM

Anon 9:52:00 PM,
Cantiknya bahasa engko... Tapi no wonder la kalau dah pencacai PKR itulah tipikalnya.

Memang dah sah dan sahih bahawa PKR/PAKATAN ini cukup sinonim dengan MAKI HAMUN, SUMPAH SERENAH, UMPAT KEJI, HASAD DENGKI, KHIANAT dan DENDAM KESUMAT. Kalau nak cakap fasal akhlak NAUZUBILLAH! Nak bagi anjing makan tak nak, hanya BABI yang boleh dan sanggup melahap!

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 8:46:00 AM

Aku berdoa agar diriku, kawan2ku dan seluruh rakyat Malaysia dijauhkan daripada PKR pembawa bala dan kemusnahan ini...Amin.....Amin...Amin....

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 9:20:00 AM

Rileks bro...Kita bg ruang pada Shukri tentukan platform dia sendiri. Kalo dia rasakan yang PKR tak dapat nak beri platform spt yang dia kehendaki, apa salahnya dia mencuba ke platform lain. Yang penting perjuangan rakyat, perjuangan keadilan dan perjuangan membanteras kezaliman menjadi perkara pokok dalam platform yang dipilih beliau. Aku percaya bukan hanya PKR yang menjanjikan platform tersebut. Malah dia masih boleh bersama Pakatan Rakyat melalui PAS mahupun DAP.

Ingat, PKR itu hanya platform. Satu wadah perjuangan. Keluar dari PKR bukan bermakna beliau telah mengkhianati perjuangan beliau selama ini. Tambahan pula, beliau tidak pun mengumumkan untuk bersama UMNO ataupun BN.

Sabar. Kita bagi dia ruang untuk menyusun balik perjuangan beliau yang aku lihat dah semakin pudar sejak kebelakangan ini. Pernahkah kita terfikir adakah PKR tidak pernah bersalah dalam hal ni?

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 9:56:00 AM

Anon 9:20:00 AM,
betul bro, satu persoalan yang cukup cantik...

Pernahkah kita terfikir adakah PKR tidak pernah bersalah dalam hal ni?

Anonymous said... Monday, February 14, 2011 9:56:00 AM

Anon 9:20:00 AM,
betul bro, satu persoalan yang cukup cantik...

Pernahkah kita terfikir adakah PKR tidak pernah bersalah dalam hal ni?

 
Top