PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, March 2, 2011

Calon PAS Tegaskan Betapa Pentingnya Pengundi Pilih Parti Pembangkang Kiranya Mahu Kerajaan Beri Perhatian Sewajarnya Kepada Nasib Mereka !

KERDAU, 2 Feb [5.16 pm] - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan. Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya. Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil", katanya. "Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".

Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi

"Tetapi saya minta kebaikan ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sahaja menyusun kuliah ini pada masa pilihan raya kecil. Kenapa tidak setahun, daripada awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat di dedahkan dengan ilmu. Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak", katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.

[Sememangnya amat wajar sekali rakyat dan pengundi di DUN Kerdau memilih calon PAS (pembangkang) menang dalam pilihan raya kecil ini. Ia kerana, limpahan projek pembangunan sudah pasti akan datang mencurah-curah ke kawasan Kerdau apabila senario ini berlaku. Lihat saja apa yang terjadi sekarang. Banyak projek-projek yang tidak dijangka kini dipunggahkan ke kawasan DUN Kerdau. Semuanya kerena mahu membuktikan konon "rakyat didahulukan". Padahal sudah sekian lama BN berkuasa di kawasan itu, Kerdau dilihat begitu "daif" jika dibandaingkan dengan kawasan-kawasan lain di negeri ini. Sedangkan Kerdau letakkan berhampiran dengan Temerloh dan mempunyai stesyen keretapinya sendiri. Tapi sungguh "teruja" sekali apabila melihat Pekan Kerdau umpama "pekan koboi" yang terasing dari arus pembangunan itu sendiri. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu agaknya. Sekadar berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Mujurlah ada pilihan raya kecil, jika tidak sudah pasti penduduk di kawasan DUN Kerdau akan terus ketinggalan].

19 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ha... mcm nie lah bagus... menyinggoh kat kg koi.....

Anonymous said...

Ha... mcm nie lah bagus... menyinggoh kat kg koi.....

Anonymous said...

UMNO NI KALAU DISOKONG SANGAT, DIA AKAN BODOHKAN KITA...SAMA MELAYU. KALAU CINA DIA JAGA SANGAT......TENGOKLAH BEKAS MENTERI CINA YANG BODOHKAN PERDANA MENTERI... LIM LIONG SIK, CHAN KONG CHOY.. TU SEMUA KEPALA BABI UMNO JAGA CINA MCA TU.... KENAPA CINA BOLEH KAYA DI TANAH MELAYU.... CUBA FIKIR... BUKANKAH UMNO KEPALA PEMERINTAH.....

AKU TAKUTKAN ALLAH said...

WAHAI PENYOKONG2 UMNO, AKU MENGAKU DENGAN SEBENOR-BENORNYA, BAHAWA AKU ADALAH AHLI PAS YG BERBUDI BAHASA DAN BERSOPAN SANTUN..AKU AKAN SOKONG UMNO SEKIRANYA KERAJAAN MALAYSIA TUTUP SEMUA PERMIS JUDI, DAN HARAM ORANG ISLAM KERJA DITEMPAT2 MENJUAL ARAK DAN DIKELAB2 MALAM.

BUKAN APA, AKU TAKUT NANTI ALLAH S.W.T MENYOAL AKU KENAPA SOKONG KERAJAAN YG TIDAK MENCEGAH KEMUNGKARAN, AKU NAK JAWAB APA, KLU AKU SOKONG BARISAN NASIONAL?

Anonymous said...

Entahlah, pemimpin2 UMNO/BN nie. Bila ada kematian ADUN dan adanya pilihanraya kecil. Barulah terhegeh2 nak buat kerja dan pembangunan. Kononnya mereka aje yang pandai memerintah. Nampak sangat tak ikhlas. Bila tak ikhlas maka kehidupan kita tak diberkati oleh Allah. Kesimpulannya, UMNO/BN hanya buat kerja bila ada kematian ADUN dan bila ada pilihanraya (umum atau kecil). Itu adalah realiti yang berlaku sekarang.

Anonymous said...

Dia kata Tok Guru Dato' Nik Aziz berdusta. Sape pangkah PAS masuk syurga. Sebetolnya Nabi Muhammad saw pun dah bagi tahu sape yang berjuang atas agamaku Insya-allah, allah swt akan memberi balasan syurga. Barang sape yang berjuang kerana kebangsaan Insya-allah, allah swt akan memberi balasan juga. Nerakalah. Sebab mana yang penting Islam ke Melayu? Islam tu agama. Melayu tu bangsa. Kenapalah banggang sangat. Tu lah sorang papa tarik papan. Buah keranji dalam perahu. Suruh makan aku makan. Bila mengaji aku tak tahu. Dah tahu malu bertanya. Inilah masalahnya....

sebelum...noreh getah,bawak motor kapcai,goreng burger,angkat keranda org mati,cium anak2 kecil,melawat org tua sakit....selepas mengundi(setelah menang) apa jadi tuan2?..hipokrit...puiiii

Anonymous said...

Kita boleh cakap apa saja..
Boleh cap/label/tuduh UMNO itu dengan apa saja...
Akan tetapi sejarah itu ada 'tawarikh'nya tersendiri
Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau akan bakal membuktikan bahawa:
UMNO/BN itu masih pilihan utama rakyat.
Gagasan 1 malaysia TIDAK BOLEH dipandang remeh apa lagi diperlekehkan.
BUKU JINGGA tidak akan ke mana2.
UMNO masih sinonim dengan aspirasi orang Mlayu.
PAS bakal kalah untuk ke sekian kalinya.
Sejarah Tenang bakal berulang lagi.
Baik PAS mula bersedia sekarang dengan alasan dan ulasan untuk kekalahan itu

Anonymous said...

Anon 2:26 penyokong tegar UMNO dah ketandusan hujah. Copy paste benda yg sama dekat ruang komen sana sini. Buat malu je.

Anonymous said...

penyokong tegar umnok cuma org2 tua yg x boleh nak di ejas lg,org berkepentingan juga org2 yg boleh dibeli serendah rm200

Anonymous said...

Takpe. Org muda dan orang bijak dah tak sokong UMNO. Tengok saja pilihanraya kampus, pro-mahasiswa dah tawan semula UKM dari tangan pro-aspirasi walaupun berlaku tekanan yg tak masuk akal dari pihak pentadbiran universiti.

Kalau pun UMNO masih berkuasa dalam pilihanraya akan datang, koi rasa tak lama dah.... Skrg ni anak orang UMNO pun dah tak sokong UMNO.

Anonymous said...

namanya dun kerdau, org pekan kerdau x dapat apa pun...yg dpt lebih org rumpun makmur dan jengka.....

Anonymous said...

aah betui sgt kata aok te..
koi sokong...kesian org kerdau di gula2 kan...

Anonymous said...

Kita boleh cakap apa saja..
Boleh cap/label/tuduh UMNO itu dengan apa saja...
Akan tetapi sejarah itu ada 'tawarikh'nya tersendiri
Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau akan bakal membuktikan bahawa:
UMNO/BN itu masih pilihan utama rakyat.
Gagasan 1 malaysia TIDAK BOLEH dipandang remeh apa lagi diperlekehkan.
BUKU JINGGA tidak akan ke mana2.
UMNO masih sinonim dengan aspirasi orang Mlayu.
PAS bakal kalah untuk ke sekian kalinya.
Sejarah Tenang bakal berulang lagi.
Baik PAS mula bersedia sekarang dengan alasan dan ulasan untuk kekalahan itu

Anonymous said...

Bagus tak Kalau setiap hari atau bulan ada aje ADUN atau MP dari BN
yang mampus?

Sebab apa, sudah tentu rakyat macam kita ini di dahulukan. Saman ekor pun dihapuskan, harga barang akan turun, Tol juga akan dikurangkan betul tak?

Oleh yang demikian, sama-samalah kita semua mengharapkannya.

M said...

Anonymous said...
Kita boleh cakap apa saja..
Boleh cap/label/tuduh UMNO itu dengan apa saja...
Akan tetapi sejarah itu ada 'tawarikh'nya tersendiri
Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau akan bakal membuktikan bahawa:
UMNO/BN itu masih pilihan utama rakyat.
Gagasan 1 malaysia TIDAK BOLEH dipandang remeh apa lagi diperlekehkan.
BUKU JINGGA tidak akan ke mana2.
UMNO masih sinonim dengan aspirasi orang Mlayu.
PAS bakal kalah untuk ke sekian kalinya.
Sejarah Tenang bakal berulang lagi.
Baik PAS mula bersedia sekarang dengan alasan dan ulasan untuk kekalahan itu

Friday, March 04, 2011 10:42:00 PM

BANGANGNYA MAMAT NI!!!

Kutu2 PAS lagi bangang main 'lempar batu sembunyi tangan'. Tu la gian sangat nak menyorok dlm seluar kecil karpal singh.