PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, March 29, 2011

Edisi Pahang: Datuk Solah Mat Hassan, JPJ Bakal Wujudkan "Mekanisme Baru" Tingkat Kecekapan Sistem Saman Dan Tindakan Senarai Hitam Trafik

KUANTAN, 29 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewujudkan mekanisma baru bagi meningkatkan kecekapan sistem saman dan senarai hitam pesalah trafik di negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan (foto) berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai JPJ, polis, pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan bagi tujuan itu. Solah juga berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu akan bermesyuarat pada 4 dan 5 April ini, dan laporannya akan diserah kepada Kementerian Pengangkutan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. Mengulas lanjut mengenai mekanisme yang bakal diwujudkan, beliau berkata antara lain ia akan menyelaraskan sistem saman antara pihak berkuasa terbabit. "Kita banyak dapat aduan orang ramai memberitahu ketika mereka periksa di talian mereka tidak punya saman atau tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bila datang kaunter JPJ mereka diberitahu bahawa mereka ada saman dan disenarai hitam. "Jadi kita kena cari jalan supaya mereka dapat maklumat awal yang tepat dan akses yang senang dicapai pengguna seperti melalui SMS, panggilan telefon dan laman sesawang, yang mana semua ini kita kena pertingkatkan sistemnya supaya maklumat itu kemas dan terkini,” katanya dalam satu sidang medianya di sini hari ini.

[Tindakan JPJ ini amat tepat sekali bagi mengelakkan masalah yang berterusan membelenggu pengguna jalanraya. Sistem yang canggih sepatutnya sudah digunakan di zaman ICT ini, namun kepakah JPJ masih gagal memanfaatkan penggunaan sistem tersebut?. Akibat tindakan itu, ramai pengguna jalanraya yang begitu kecewa apabila semakan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang saman trafik. Namun, keputusannya berbeza apabila mereka menyemak rekod di kaunter JPJ atau balai polis trafik yang berdekatan. Malah, paling mengecewakan saman-saman yang dibuat lebih tujuh atau lapan tahun sebelum ini tiba-tiba dikeluarkan. Sedangkan pemilik kenderaan terbabit sendiri tidak pasti bilakah kejadian itu berlaku. Ini bermakna pihak JPJ sengaja menyimpan saman-saman tersebut atau membuat saman untuk mengutip duit mengutip duit mudah daripada orang ramai. Tindakan ini amat zalim sebenarnya. Lantaran itu rakyat harus menyokong usaha pembangkang untuk memansuhkan saman ekor sekiranya mereka berjaya takluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

cemomoi said...

napa umno tanak tolong aku bila gomen amik tanah aku tanpa sesen pon ganti rugi aaaa

http://cemomoi.blogspot.com/2011/03/memang-tanah-kubur-je-kot-milik-kita.html

Anonymous said...

Kenapa Pengarah JPJ tak fikirkan makenisme saman ekor sebelum ini? Keputusan sudah dibuat, tetapi makenisme baru nak pikir! Kena dapatkan orang muda yang lebih cekap daya pemikiran dan kepimpinannya untuk menerajui jabatan kerajaan! Hanya orang yang lemah sahaja memilih orang yang lemah sebagai jentera melaksanakan polisi mereka...

Anonymous said...

tumpang berak jap kat sini...