pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Rakyat Pahang: Kontroversi Radio Aktif "Rare Earth", Kenapa MCA Dan NGO Cina Lebih Prihatin Membela Nasib Rakyat Daripada Pemimpin UMNO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kep...

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut. Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut. Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak dapat maklumat yang jelas berhubung status loji.

[Nampaknya, pemimpin UMNO Pahang terus menikus dalam hal ini. Macam-macam alasan yang diberikan termasuk projek tersebut menawarkan lebih 500 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sebagainya. Namun, itu bukan persoalan yang mahu diterima rakyat. Mereka mahu projek itu dibatalkan kerana ia akan menakutkan mereka yang terpaksa menjalani kehidupan di situ untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi siapa yang akan tanggung segala penderitaan ini andai kejadian yang berlaku di Bukit Merah Perak berulang kembali disini. Nyawa rakyat perlu diutamakan daripada keuntungan semata-mata. Pemimpin politik dan NGO Cina lebih pritahin kepada nasib rakyat sekarang ini. Soalnya, mana pergi pemimpin UMNO dan NGO seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain yang selama ini menjadi juara dalam banyak isu. Sila tampil membela rakyat dan jangan menikus dibelakang politik murahan pihak yang ada kepentingan dalam projek ini. Mereka makan hasil tapi rakyat yang tanggung penderitaannya].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 11:03:00 AM

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/kronologi-kejadian-asian-rare-earth-di.html

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 11:28:00 AM

kt situ pun ade kem tldm, ada institut latihan perindustrian (ILP), insitut maritim pn baru nak bukak takkan la kerajaan negeri tak kaji dulu..

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 3:32:00 PM

mane pegi gpms???hahha..gpms skrg hnya pndai berpolitik dgn pelajar...bkn nya bntu pelajar melayu..

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 11:30:00 PM

apa kerabit gmps dgn isu ni.... ajok pulok persatuan belia lain...byk lg mayc, abim,4B...dan byk lg...asyik gpms jer..

Anonymous said... Wednesday, March 30, 2011 11:31:00 PM

cmk xanjur demo ke....???? sidang dun kan dh dekat..heheheh lgpun di bkn bwh kuasa negeri...

abang heri said... Thursday, March 31, 2011 12:44:00 AM

rasanya kalau isus ni tak diselesaikan oleh kerajaan negeri pahang pimpinan adnan yaacob, dlm pru akan dtg parlimen kuantan dan indera mahkota dan dun2 di dalamnya semuanya akan jadi milik PR..

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 9:58:00 PM

ada gak org bermimpi kat sini...mcm 16 september...

 
Top