
Laporan
Sinar Harian edisi Pahang
29 Mac adalah dipetik. Sungguh mengejutkan dan cukup memeranjatkan apabila dilaporkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab terputus bekalan air sejak tiga hari yang lalu. Lebih mengundang kemarahan penduduk terhadap
Jabatan Bekalan Air (JBA) ialah ia turut melibatkan kawasan Seberang Temerloh yang menjadi lokasi
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Bukan itu sahaja, malah ada sesetengah tempat yang sudah hampir sebulan tidak berair seperti yang kami
dedahkan sebelum ini.
Sesungguhnya mereka kini hidup menderita akibat masalah yang cukup kritikal ini sebenarnya. Bayangkan ada penduduk yang terpaksa memandu kereta sejauh 30 kilometer menuju ke
Chenor untuk mengambil air
Sungai Pahang setiap hari bagi kegunaan ahli keluarga. Soalnya kenapa ini berlaku?. Malahan terdapat juga laporan pihak
Jabatan Bekalan Air (JBA) Temerloh mengambil
"acuh tidak acuh masalah" yang dialami oleh penduduk ini.
"Biasa tak pernah terjadi , JBA lambat dan lembab buat tindakan , memalukan la bandar utama terputus bekalan dah lah tak hantar air. Sedihnya tindakan perlaksanaan JBA sangat lemah , bayangkanlah call JBA dia org offkan fon ... kalau petang ni tak ada lagi nampak gayanya kena email ke SUK kali ke. Masalah JBA ni gaji Pengarah besar sangat tu la pasal bila jadi mcm ni tak pandai nak turun padang paling mudah angkat gangang dan offkan fon ..satu-satu perkhidmatan paling primetif yang saya pernah jumpa di abad ini", kata salah seorang daripada penduduk.
[Ramai penduduk kini mula mempersoalkan mana perginya Wakil Rakyat dan Ketua UMNO Temerloh iaitu Saifuddin Abdullah (foto) dan Sharkar Shamsuddin?, Apakah selepas hampir sebulan isu ini berlarutan mereka masih selesa berada di kerusi empuk masing-masing?. Mana pergi laungan 1Malaysia, rakyat didahulukan itu agaknya. Apakah masalah air yang menimpa Temerloh ini berlaku akibat kegagalan kerajaan UMNO BN menunaikan janji-janji untuk memulihkan bekalan air di beberapa kawasan dalam DUN Kerdau agaknya. Ketika berkempen dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, mereka begitu bersemangat berjanji itu ini termasuk memulihkan isu bekalan air kepada sebahagian penduduk di sana. Kini, masalah itu melanda Temerloh akibat kecuaian mereka menunaikan janji dan menarik balik segala kemudahan bekalan air tangki yang dihantar ke Kerdau baru-baru ini. Maknanya, jika penduduk Temerloh mahu bekalan air datang sepantas kilat ke kawasan mereka, perlulah menunggu pilihanraya kecil di situ. Kemungkinan besar segalanya akan beres belaka. Harapan kami agar pihak tertanggungjawab selesaikan segera masalah ini. JBA perlu lebih serius untuk memantau dan mengatasi masalah seperti ini. Jika sehari dua tidak mengapa, ini kalau sudah lebih tiga hari ia menjadi satu bala dan azab sengsara buat para penduduk di situ sebenarnya].
4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Nasib baik di Pahang bro..kalau di negeri PR..sah Umno Haprak buat Demo bodoh..siap keluar TV1,2,3,4,5,6,7,8,9,..100..Mempiuhh Umno
Ad, klur gak kt negeri PR, kt selangor ura2 xckup air n nk ambik air kt pahang bg selangor... pe salhnya bg kt rakyat pahang dlu air 2
sapa cakap 2 hari air takde.....?????hari ni masuk hari ke 7 kawasan bukit bendera dan hampir sebulan kawasan setia jasa !!!!!!!.....bukan setakat nak kencing ,berak,amik air sembahyang.....nak mandi wajib lagi lahhhhhhh
PAHANG nak jual air ke SELANGOR...........piraaahhhhh.....air di negeri sendiri tak dpt supply.!!!!!
Post a Comment