Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya Mufti Perak, Harussani Zakaria (foto), terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kenyataan beliau itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes dari sudut agama Islam. Sementara itu beliau menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. “Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. “Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya. Beliau juga berkata rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. “Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya lagi.[Tahniah diucapkan kepada Harussani atas kenyataannya ini. Namun, apakah puak-puak UMNO BN boleh menerima apa yang diperkatakan itu?. Terutamanya bagi orang-orang seperti Zamry Kadir (Menteri Besar Perak) yang selama ini menyanjungi beliau. Difahamkan ada beberapa orang lagi Mufti yang akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini, cuma apakah mereka berani membuat kenyataan seperti Mufti Perak itu agaknya. Apa yang pasti dengan kenyataan orang-orang seperti Mufti yang selama ini diikuti oleh pemimpin UMNO maka diharapkan kes "video seks" ini dapat selesai dengan baik. Cuma, kemungkinan besar juga mereka tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh tokoh agama seperti Mufti ini kerana ia tidak termasuk dalam "Skrip Datuk T". Lantaran itu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mensabitkan Anwar dengan adengan tersebut. Soalnya apakah rakyat boleh percaya semua ini. Hanya puak-puak UMNO dan sekutunya sahaja yang boleh percaya cerita "katun" ini sebenarnya. Maka itu renungkanlah segalanya].












13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tanya sikit..Negeri Pahang ni ada Mufti ke x?
Ada. Tapi dok nyanyi Ya Kulus Ya Kulus Ya Kulus Ya Kulus Ya Kulus.
pdo ni bodo ke hape? nape la mufti kalau x sokong pas @ pr disyaitankan? pas tu agama ke parti? dalam sembahyang, bacaan ayat2 al-quran xde pulak sebut pas. adake? boleh buktikan? sudah2 la, politik2 jugak. dalam hal2 agama biarlah bersatu. org umno yg x suka bersatupun bongok jugak. tengok cina, soal parti, masing2. soal hak cina, dorang bersatu. knp melayu islam masih bodoh??
inilah politik jalanan... politik yg busuk lagi membusukkan... menyamai politik ngan agama... bodoh betul org yg mempersoal dan mempersendakan mufti ni...
Kenapa asyik tekan mufti Perak je. Jangan heret mufti Perak masuk politik dan mencampuri urusan polis. Dia cuma pekerja kerajaan yang perlu mematuhi bnayak peraturan. Tugas mufti Perak ialah menjaga hal ehwal agama Islam negeri Perak di bawah lindungan Sultan Perak bukan di bawah PAS.
Apa yang kalut sangat PAS ni dengan isu video tu, berani kerana benar, takut kerana salah.
pas memang mcm tu...nik najis boleh ampunkan dosa penyokong mereka..nak wat cam ner
kalau umnogok, umnogok juga, apa yg untungkan dia, semua jilat
tumpang tanya...macamana nik najis boleh backing peliwat tegar dan penzina...tak masuk akal lah..
SENANG JER JAWAPANNYA BRO : demi undi bukan demi Allah
Demi undi? Undi politik la...
Hahahahaha
Buatlah lagi solat hajat 16 (enam belas) kali biar cepat tuhan tunjukkan bukti 'kebenaran' dan 'kejujuran' Anwar.
Jangan jadi mcam kisah 16 September dah la..
Jangan jadi mcam kisah 16 September dah la..
Jangan jadi mcam kisah 16 September dah la..
Go to hell la Anwar!
KPN sudah mengesahkan KETULENAN rakaman video lucah yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang'
Kini giliran Wab Azizah dan Nurul Izzah untuk membuat sumpah laknat bahawa Anwar TIDAK TERLIBAT dalam rakaman video itu. Atau dalam kata lain, pelaku dalam rakaman video itu BUKAN ANWAR.
Ini penting bagi membuktikan bahawa Wan Zizah dan Nurul Izzah adalah pemimpin yang berintegriti seperti yang dicanangkan.
Ada berani?
Post a Comment