SIBU, 29 Mac - Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding. "Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini. Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing-masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang. "Hanya sekiranya di kalangan parti itu, mereka turut bertanding dan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun, sekiranya calon parti yang bertanding hendak letak gambar pemimpin mereka di samping poster calon, itu tidak menjadi masalah,” katanya. "Sebagai contoh, katakan calon DAP bertanding di kawasan itu, selain poster calon DAP, mereka hendak letak poster Lim Kit Siang (pemimpin DAP), itu dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh letak poster Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali PKR turut bertanding di kawasan yang sama,” katanya.
[Seperti biasa setiap kali musim pilihanraya maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula menunjukkan taringnya. Nampak sangat SPR sengaja mahu menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong pembangkang sebenarnya. Jika larangan ini diteruskan apa akan jadi jika kerusi parlimen ditandingi oleh PKR dan DUN oleh PAS dan DAP dalam sesuatu kawasan itu. Aakah PKR tidak boleh meletakkan kain rentang atau bendera mereka dikawasan yang ditandingi oleh PAS dan DAP?. Bukankah ini tidak adil sebenarnya. Nampak benar UMNO BN terlalu takut untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Sarawak pada kali ini. Lantaran itu mahu SPR menggunakan segala kuasanya untuk menghalang kemaraan lawan. Tambah memeritkan bila Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih gagal untuk meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat biar pun sudah dua tahun permohonan itu dibuat. Ini bermakna, memang ada pakatan antara mereka untuk sengaja mempermainkan pembangkang dengan kuasa yang ada. Apa yang pasti ROS pasti tidak akan meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat hingga Pilihan Raya Umum akan datang kerana mereka tahu ia akan memberi kelebihan kepada BN. Mereka boleh menggunakan satu lambang, sebaliknya parti pembangkang dibiarkan dengan tiga lambang yang membolehkan mereka mengetatkan peraturan tersebut seperti sekarang].












2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Pengarah SPR ini memang celaka. Mudah-mudahan semasa PR negeri Sarawak, pengarah ini dijempu oleh ALLAh sebagaimana Pengarah SPR Pahang.
apalah bodoh bebal komen komen pdo ni
Post a Comment