pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ceramah Sulong 'Bob Lokman' Di Kuantan Malam Semalam Telah Berjaya Menarik Perhatian Ramai Peminat Beliau Terutamanya Bagi Generasi Muda
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok ...
KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok semalam telah berjaya menarik perhatian ramai peminatnya. Malah, sebahagian besar mereka yang hadir terdiri daripada generasi muda dari beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di bandar ini. Bob Lokman memulakan ceramah sekitar jam 11.10 malam selepas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memulakannya. Ceramah beliau yang julung kalinya di kawasan ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebahagian besar dari kalangan mereka, masih tidak percaya dengan tindakan artis tersebut tiba-tiba berjuang dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun, itulah takdirnya dan Bob berjaya mencuit hati orang ramai dengan celoteh bersahajanya yang dilihat agak tertib dan bersopan. Dalam ceramahnya semalam, Bob banyak menyentuh tentang soal iman dan takwa. Beliau juga menyeru hadirin yang hadir agar menyampaikan ilmu yang diperolehi pada malam itu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya orang UMNO. "Saya rasa antara tuan-tuan dengan saya tuan-tuan lebih banyak hadir ke ceramah. Mungkin lebih dari 200 kali. Tetapi, berapa banyak ilmukah yang telah tuan-tuan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain dikalangan UMNO?", tanya Bob kepada orang ramai. "Amatlah rugi bila ilmu yang bermanfaat itu tidak disebarkan, saya harap tuan-tuan akan memulakannya pada malam ini", kata beliau.


Bukti, sebahagian besar generasi muda telah berada di hadapan pentas
"Kerajaan yang ada pada hari ini ternyata gagal mendidik manusia ke arah keimanan dan ketakwaan. Unsur hiburan terus disogokkan kepada generasi muda dan inilah yang saya lalui selama ini. Buka Astro ada Akademi Fantasia, bukan TV3 ada Mentor, buka TV1 ada Bintang Klasik malah termasuk juga Bintang Kecil serta lain-lainnya. Inilah yang menyebabkan generasi muda akhirnya rosak akhlak dan akidah mereka. Media yang ada tidak digunakan untuk membawa manusia ke arah agama Islam yang sebenarnya", tambah Bob Lokman lagi.


Peminat Bob berpusu-pusu bergambar dan dapatkan tandatangannya

Ust. Suhami, Ust.Nasron (YDP PAS Indera Mahkota) dan YB Fuziah (PKR)

Sebahagian diantara ribuan rakyat yang hadir dalam ceramah umum itu
[Secara keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan oleh Bob Lokman itu jelas dapat diterima oleh orang ramai yang hadir. Malah, selepas ceramah, beliau telah dikerumuni oleh ramai anak muda yang mahu mendapatkan autograf dan bergambar dengannya. Dalam pada itu, difahamkan sebelah petangnya satu majlis jamuan Hi-Tea juga telah diadakan di lokasi berhampiran dan beliau juga dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah surau dekat Kempadang sebelum itu. Kehadiran Bob Lokman dilihat berjaya menarik perhatian ramai pihak, malah terdapat juga dikalangan mereka yang merupakan penyokong tegar UMNO turut hadir. Apapun syabas dan tahniah kita ucapakan kepada Bob, semoga beliau terus konsisten untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada seluruh umat Islam di negara ini. Tambahan pula, khabarnya beliau kini menerima begitu banyak undangan ceramah di seluruh negara. Jadualnya cukup ketat sehingga bilan Jun 2011 ini. Semoga masa depannya akan lebih bersinar lagi tatkala bersama perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 2:12:00 AM

Cik Puan Bob,
Kenapa tak berhabis buat ceramah masa kempen PRN Sarawak bebaru ni? Nak juga tengok PAS menang besar. Ini rumah dah siap baru pahat nak berbunyi.. Hari dah nak siang, si punggok pula masih leka meracau rindukan bulan..

Alahai cik puan Bob...

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 6:06:00 AM

rasa busuk hati memang segar dlm sanubari pecacai dan peminat video lucah.

jeleslah tu bila ceramah umno tak de yg sudi nak dengar. klu ada pun yg datang pegawai kerajaan yg dikerah utk hadir, klu tak datang akan dipindah kan ke Tg Pengelih.... kesian si luncai dengan labu nya..

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 9:20:00 AM

Biasalah PAS..Menang Sorak Agama Tergadai Kat DAP Lakhnatullah...Masa kat Sarawak boleh bangga DAP menang tp PAS tak menang..apa punye pemikiran la PAS nih...paham ke x paham natijah dari kekalahan PAS kat Sarawak????Kesimpulannya pengundi kat Sarawak takleh terima pemikiran BODOH SOMBONG PAS Tuh..RETII??!!Ceramah Bob LOkman yg dia nak banggakan??HEran tull..sejak bila PAS terdesak sangat hingga terpaksa guna artis Pelawak nih???ish..ish..

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 9:28:00 AM

Besok2 jagan hairan kalau PAS import pula badut DAP untuk buat ceramah tentang 'islam terpilih PAS'

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 10:05:00 AM

Kau orang ni..tak habis2 sakitkan hati org nak buat baik...bagusla tu bob lokman ingin sampaikan dakwah islam..kalau harapkan kita..baca alif ba ta pun tersekat2...semoga bob lokman akan lebih berjaya bersama Parti yg perjuangkan Islam... Wahai puak2 UMNO, kalau korang tak mau sokong..jgn la dok melalak mengata org..rasanya DAP lebih baik dari MCA..sbb DAP ahlinya berbilang bangsa..tapi MCA semuanya cina tulen...mana lebih bahaya..????

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 10:05:00 AM

Kau orang ni..tak habis2 sakitkan hati org nak buat baik...bagusla tu bob lokman ingin sampaikan dakwah islam..kalau harapkan kita..baca alif ba ta pun tersekat2...semoga bob lokman akan lebih berjaya bersama Parti yg perjuangkan Islam... Wahai puak2 UMNO, kalau korang tak mau sokong..jgn la dok melalak mengata org..rasanya DAP lebih baik dari MCA..sbb DAP ahlinya berbilang bangsa..tapi MCA semuanya cina tulen...mana lebih bahaya..????

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 10:05:00 AM

Kau orang ni..tak habis2 sakitkan hati org nak buat baik...bagusla tu bob lokman ingin sampaikan dakwah islam..kalau harapkan kita..baca alif ba ta pun tersekat2...semoga bob lokman akan lebih berjaya bersama Parti yg perjuangkan Islam... Wahai puak2 UMNO, kalau korang tak mau sokong..jgn la dok melalak mengata org..rasanya DAP lebih baik dari MCA..sbb DAP ahlinya berbilang bangsa..tapi MCA semuanya cina tulen...mana lebih bahaya..????

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 10:14:00 AM

Berjuang dan berdakwah dalam islam..ianya sehingga hari kiamat..bukannya sekadar waktu2 pilihanraya je..kalah menang itu soal lain...berjuang tetap berjuang demi memartabatkan syiar islam...jgn jd mcm islam had hari dah la...la ni dah jd 1 Melayu 1 Cina 1 India...+Kadazan+murut+dayak ++++++...maka jadilah 1 Malaysia.. dalam 1 Malaysia tu mana ada 1Islam..yg nilah org2 melayu islam sudah terpedaya dgn simbol berkenaan...kalau cerita bab islam, puak2,juak2 UMNO/BN ni mana nak sbb mereka adalah dari ideologi Nasionalisme... ideologi ni hanyalah disukai oleh org2 kafir sahaja...maka diharapkan org2 melayu islam lebih berhati2..kerana dengan sedikit atau banyak pengaruhnya kearah ideologi tu..takut2lah plak tergolong didalam kalangan org2 yg RUGI dunia dan akhirat.

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 10:14:00 AM

Berjuang dan berdakwah dalam islam..ianya sehingga hari kiamat..bukannya sekadar waktu2 pilihanraya je..kalah menang itu soal lain...berjuang tetap berjuang demi memartabatkan syiar islam...jgn jd mcm islam had hari dah la...la ni dah jd 1 Melayu 1 Cina 1 India...+Kadazan+murut+dayak ++++++...maka jadilah 1 Malaysia.. dalam 1 Malaysia tu mana ada 1Islam..yg nilah org2 melayu islam sudah terpedaya dgn simbol berkenaan...kalau cerita bab islam, puak2,juak2 UMNO/BN ni mana nak sbb mereka adalah dari ideologi Nasionalisme... ideologi ni hanyalah disukai oleh org2 kafir sahaja...maka diharapkan org2 melayu islam lebih berhati2..kerana dengan sedikit atau banyak pengaruhnya kearah ideologi tu..takut2lah plak tergolong didalam kalangan org2 yg RUGI dunia dan akhirat.

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 3:44:00 PM

April 21, 2011 10:05:00 AM...konih xpernah sekolah belajar sejarah ek?ke konih xpernah sekolah dok monteng jek..last2 akhirnya jd 'Dungu'??Tahun 1969..parti mana yg 'Menganjing' orang-orang Melayu sbb konon menang Pilihanraya...MCA ke DAP??DAP la jawapannnya..la tolol..lalu kerana sikap mereka tuhla..menyebabkan berlaku peristiwa 13 mei tuh..kalu ko pun ade masa tahun...ko pun turut sama kena MAKI dan DIPIJAK2 KEPALA ko..

Ahmad Zulzaidi said... Thursday, April 21, 2011 4:24:00 PM
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 4:27:00 PM

Thursday, April 21, 2011 3:44:00 PM : ko tu yg x penah skolah...hallloooo bukan DAP ok, tapi parti Gerakan ok...aku nasihatkan ko skolah balik...tu la mase skolah dulu monteng je...tolol...UMNO vs GERAKAN...ko dulu ade amik subject sejarah ke...ke ko amik sejarah pakistan...???tu la, asik dok bawah ketiak UMporNO je...suke2 je ko komen ikut ketiak ko...LOL..

Anonymous said... Thursday, April 21, 2011 6:55:00 PM

ramai jugak ahli2 umno yang mendapat taufiq dan hidayah dari Allah, datang mendengar ceramah tersebut.

kalau bob bolih berubah kejalan yang baik, yang lain tidak mustahil berbuat demikian..

pillpuss yahoo.com said... Thursday, April 21, 2011 10:49:00 PM

bob, keep up with your good work, allah sentiasa bersama orang yg sabar.

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 2:02:00 PM

Tujuan Bob satu saja,mendekatkan diri dengan tuhan. Apakah itu salah? Dia mahu mengubahkan diri kapada yg lebih baik.
Dia menggunakan pentas Pas kerana ramai org mendengarnya.Dia selalu memesan kapada dirinya dan pendengar.
Kalau guna pentas UMNO untuk tujuan dakwah aku rasa, adalah ,tiga empat kerat. Itu pun kalau terpaksa.
Aku rasa pencacai2 UMNO ni perlu mendengar lebih banyak ceramah agama. Cuba dengar sekali sekala ceramah Bob. Kalau tak pergi dengar ceramah Bob pun tak apa. Perbanyakkan masa kat masjid moga2 hidayat tuhan akan sampai.
Soal Pas menang kalah dlm pilihanraya buakannya ukuran,asalkan mesejnya sampai.
Tiap kali sebelum salat Jumaat diwajibkan khutbah dan mendengar khutbah. Sebelum khutbah kita di minta diam,supaya kita dapat mendengar dan manghayati khutbah yg akan di baca.
Wahai pencacai! Pergilah sembahyang jumaat hari ni dan hayati khutbah itu.

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 2:51:00 PM

HOI! Berapa banyak kerusi yg UMNO menang kat Serawak. Kenapa duk sibuk sngat tentang kekalahan Pas. Sekurang2nya pas dpt bertanding. Sampai bila pun UMNO tak akan menang di Serawak. Kenapa Najib dok bangga dgn kemenangan Taib Mahmud?
Mesej Pas telah sampai disana. Ada faham tak.
Pas tak pernah menggadaikan agama kpd sesiapa pun. Begitu juga Bob. Dia telah menyeru dirinya utk kebaikan,dia minta org lain juga bersamanya.
kalau Anon20:00 pandai dlm bidang ugama pun kita akan panggil utk ceramah.
Kalau sudi tlg hubungi Bob. Janagn jadi pencacai tak berfaedah.
Bob sentiasa sedia menerima teguran.
Janagan menghina dan mencaci orang yg ingin menjadi baik. Ini ada lah sifat yg lebih hina dri binatang. Mana ada binatang membuat begitu?

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 9:52:00 PM

Siapa kata tak ada? Si 'musang berjanggut' tu pula binatang apa jenis? Yang dia cuba curi ambil kesempatan kat anak menantu tu baik sangat ka?

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 11:23:00 PM

Pas semakin tersasar sejak bersekutu dengan PKR , DAP



PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.
"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.
"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.
Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
"Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.
Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.
"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.
"Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 11:28:00 PM

Pas digesa nyata pendirian ‘ali baba’ DAP

SHAH ALAM 21 April – Pas didesak supaya menyatakan pendirian berhubung dakwaan amalan ‘ali baba’ yang dilakukan oleh sekutu mereka, DAP untuk mendapatkan kontrak di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu sekiranya benar adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan Pas seolah-olah menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam pentadbiran negeri ini.

Ini kerana, katanya, Pas ketika mula mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan akan membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di negeri ini.

“Namun, apa yang berlaku sekarang, DAP dikatakan telah mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera dengan tujuan mendapatkan kontrak projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

“Paling dikesali hasil keuntungan projek tidak diperoleh, syarikat kontraktor bumiputera, sebaliknya dikaut oleh seorang kontraktor bukan bumiputera yang kemudiannya disalurkan untuk kepentingan DAP.

“Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan Pas dalam hal ini? Bagaimana dengan agenda untuk membantu bumiputera? Jika dakwaan ini benar, kita andaikan Pas gagal membantu orang Melayu dan hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anonymous said... Friday, April 22, 2011 11:44:00 PM

kawe rase org yg kutuk bob lokman tu lebih baik... buang nama islam korang tu, takde guna sesen pun. Apasalahnya org tu beri ceraah agama, kalau korang tak nak dengar sudahlah... takkan org dah tinggalkan benda maksiat.. buat benda baik tu kita nak halang. BODOH BETULLAH... bertobatlah JUAK JUAK UMNO...

Anonymous said... Saturday, April 23, 2011 7:48:00 AM

Bertaubatlah wahai penganut taksub PAS. Ingat matlamat asal PAS.

 
Top