KUALA LUMPUR, 27 April - Dakwaan kononnya orang awam di Bukit Merah, Perak menghadapi masalah kesihatan iaitu penyakit kanser sehingga menyebabkan kematian ekoran projek pelupusan sisa Torium yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi di situ, adalah tidak tepat dan diperoleh daripada sumber yang tidak pasti kesahihannya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (foto) berkata, tahap kesihatan terkini di kawasan tersebut adalah selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang awam dan tidak mencemarkan alam sekitar. "Sepanjang projek pelupusan sisa torium dan bahan-bahan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi ini sejak 2003, didapati tiada sebarang pencemaran, kemalangan, atau insiden berlaku. "Setakat ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom belum pernah menerima laporan berkenaan pekerja yang menghidap kanser atau sebarang masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan sinaran radioaktif daripada aktiviti pelupusan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Negara semalam.
atau sila klik DI SINI kronologi kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment