Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu. Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd. Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang "rare earth" di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka. Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu. Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit.
Soalnya sekarang, apakah semua ini selesai dengan tindakan kerajaan ini?. Siapakah pakar bebas yang dimaksudkan itu? Atau mungkin juga pakar itu ditawarkan oleh pihak Lynas sendiri. Jika ini berlaku, apakah panel bebas itu boleh telus dan adil untuk rakyat?. Bagaimana pula jika semua pakar itu telah "dibeli" oleh Lynas supaya mengeluarkan kenyataan yang menyokong projek syarikat berkenaan. Semua ini adalah satu "berita malang" buat rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru itu kami cuba menyiasat, kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat. Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut. Maka, akhirnya barulah ditemui "rahsia besar" kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan. Rakyat membantah kerana "Thorium" iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah "rare earth". Rupa-rupanya, mereka "makan dua kali", dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi berasaskan fakta dan kebenaran. Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia. Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga. Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan sebenarnya. Ikuti pendedahan eksklusif kami tentang isu ini.
Thorium Akan Jadi Mineral Penting Loji Nuklear

22 comments:
Sebuah program ETP yang memperjudikan keselamatan dan kesihatan rakyat. Untung dulu, rakyat dikemudiankan.
sebuah projek mega yg akan menjadikan Semenanjung Malaysia padang jarak padang terkukur
depa ada perancangan jauh ke depan
pelaburan bilion2 semuanya berangkai2
semuanya berkait2
sebab tulah tak mungkin politik malaysia depa nak bagi kat orang lain
duit untuk dapat kuasa, dan kuasa untuk buat duit,
falsafah yang membayangi semua konflik dalam dunia moden hari ini
nampok gayenye puok ni tak reti base orang doh maroh ke dia...buat tuli je..tak ape lepaih ni ajar kite kut peti undi pulok..jangan dok pangkah bn lagi..
boikot melancung ke Australia dan barangan import dari Australia.
Say No to Australia
Say No to Mamak
kita mesti faham kos arang batu akan meningkat dan akhirnya kerajaan terpaksa menaikan harga eletrik ini juga menimbulkan kemarahan kepada rakyat..kalau pengunaan bahan nuklear ini dapat membekalkan tenaga yang mencukupi pada harga berpatutan kenapa tidak..membina hydro juga melibat kawasan yg luas ini bole menbazir kawasan yg boleh dibangunkan...cuma yg terbaik kini ialah nagara kita kaya dengan gas sepatut nya memberi lebih manfaat kepada seluruh rakyat...apapun ketamakan kerajaan menswastakan LLN kini ditangung oleh kita semua.
tiada munafaat utk rakyat jelata..hari ini kita ada byk sumber asli tapi mahal jugak barang keperluan harian..nuklear? tak payah lah menyusahkan dan memudaratkan aje..sikap kita sama dengan mynmar,afrika..mundur 20 tahun kebelakang.habis harta benda deme sapu licin.
patutle beriyo benor duk tahan ke lynas..rupenye boye-boye duk nganga mulut nok bahang kedaroh habuan
Kawan saya beritahu bahawa raw material dari Australia sudah sampai kat Kuantan Port. Betul ke? Bukankah kerajaan dah kata raw material tidak boleh dibawa masuk sebelum review siap?
semakin sial uBN ni
nampaknya kami penduduk di sekitar kawasan balok,sungai ular,balok makmur,baluk perdana dan kuantan terpaksa berpindah dari daerah ini, demi masa depan anak generasi kita!!! inilah dia kerajaan UMNO BN BENGONG!!!
ni lah akibatnya bila suma yang telibat xda hati perut...hanya nak 'boroikan' perut masing2...huh! ini lah yang dikatakan 'rakyat yang kn dulu...pak2 menteri kemudian...'.
"rumah kata pegi..kubo kate mari..."
klu tengok gmbr kat atas Thorium die pegang mcm 2 je..xbahye ke..klu die punye radiation tinggi mmg on the spot collape..
mcm xbhaya jer??leh pgang dgn tgn siutttttttt!!!!org2 xdok ilmu psal ni mmg la gini..bodoh sombong org pgil!!kolam kat gmbr kat atas tu,editor amik dr mane?yeke thorium simpan dlm tu??bodoooooooooooo...dok tahu,wat cara dok tahu..org terang2 buih mulut xnk dgrrr!!!bodoooooooooooo
Terima kasih kepada Pahang Daily yang sudi mengambil fakta dan keterangan dari blog saya untuk dipaparkan kepada umum. Ssya akan cuba membongkar lebih banyak lagi perkara berkaitan Lynas. Satu lagi fakta tentang Lynas yang terbaru ialah mereka akan memproses nadir bumi yang dilombong diMalawi. Pemprosesan akan dilakukan di Gebeng juga.
http://tahirnisa.blogspot.com/2011/04/dokumen-dari-lynas-pembelian-aset-nadir.html
anon 10.37: awat la hang dungu sangat...tu gmbr tgah pembinaan...dlm kolam tu air je la ....sian kengkadang aku tgok pencacai punya mentaliti
orang bodoh selalunya ditipu olih orang cerdik.
begitu jugak orang miskin selalunya ditipu olih orang kaya.
terima kasih kepada rakyat yg perihati ttg keselamatan dan kehidupan masa depan.
terima kasih kepada yg hanya perlu dicucuk hidung untuk terus hidup.
I percaya bahawa bahan mental rare earth tu dimiliki Lynas Australia, ia bukan dijual kepada Msia. Ia hanya guna tempat Msia utk memprocess. Lepas process bahan2 siap & juga sisa thorium tu masih milik Lynas. Biar pun ia boleh dijual sebagai bahan api bagi logi nuclear pada harga tinggi, ia tak datang manfaat besar kpd Msia seperti yg dijangkakan oleh segolongan org.
boikot pasaraya,kedai henpon sbb diorang suma jual tv n henpon yg ade bahan nadir bumi..jgn setakat boikot lynas je..
Daripada wikipedia
" Natural thorium decays very slowly compared to many other radioactive materials, and the alpha radiation emitted cannot penetrate human skin meaning owning and handling small amounts of thorium, such as a gas mantle, is considered safe."
Tolong jangan buat ceriat songsang dan jangan cuba nak menakutkan rakyat!
dlu x nk sepang, x nk klcc xnk putrajaya, sekrang masing2 berebut.wakakak. harga letrik naik mrah, harga barang naik marah. harga air naik marah, harga tol naik marah. ape je korang x marah. ble de bnda baru ckt marah. x pelik ke negara maju kaya bina nuklear. sebab ape ye yg maju2 bina nuklear yg miskin2 x wat.
eh? thorium tu blh pgng an tngan cmtu je??? kata bahaya?? eleh...nelah owg yg bt2 pandai..kalo saudara nak tau..radiasi ada 3...alpha..beta..gamma..kalo yg blh pgng mcm tu kira slamat lh..tu nama dia alpha..tak tembus pun radiasi tu kat kertas A4..kalo yang bt owg cacat mcm 2 branak tu tak logik...rambut pmpuan tua tu msh ada..xda nya blh tutup hidung cmtu klo dah kena radiasi....negara maju semua guna tnga nuclear..klo kta nk capai w2020 msti lh dgn cara yg sama atau lbh baik..tp kalo pemikiran kt msh di takuk yg lama..pemikiran gnrasi babyboomer dan gnrasi x..baik lupakan..oit..ingat ckit..'jiran' kta bkan nya baik sngt...
Post a Comment