Gempar: Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang Di Temui Dekat Kuantan

KUANTAN, 25 April - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini. "Saya terkejut sesudah isteri saya mengupas sabut kelapa tersebut, tiba-tiba beliau mendapati tempurungnya berupa wajah binatang. Saya arahkan isteri agak tidak membelah kelapa itu kerana melihat ia agak misteri. Tambahan pula ia mempunya muka, mata, hidung, mulut malahan dua kelopak telinga di kiri dan kanannya", kata beliau. "Saya akan menyimpan kelapa ini dan sedia menjualnya jika ada yang menawarkan harga dan berminat untuk memilikinya. Buat masa ini kelapa itu masih dalam keadaan biasa dan kemungkinan saya terpaksa menebuknya untuk membuang air supaya ia tidak masam serta tahan lama", tambah beliau lagi.


Cuba amati bentuk buah kelapa yang dipercayai mirip muka binatang

Terbukti, bentuk buah kelapa terbabit menyerupai muka beruang panda

Bukti, lihat cuping telinga yang turut terdapat pada buah kelapa tersebut

[Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga terkejut kerana memang benar kelapa itu iras kepala binatang seperti beruang panda. Apapun, kepada mereka yang mencari barangan misteri seperti ini bolehlah menghubungi pahangdaily@yahoo.com untuk bertanya dan mendapatkan gambaran sebenar buah kelapa misteri ini. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah membuktikan keajaiban makhluk ciptaan Allah semata-mata. Buat masa ini kelapa itu masih disimpan dengan baik oleh pemilik terbabit biarpun ada pihak yang menawarkan harga untuk membelinya. Beliau juga bersedia untuk menjual kelapa tersebut jika ada yang menawarkan harga yang memuaskan hati katanya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Usah lah beria2 sangat tentang perkara2 tahyul. Deformed & defects happened everywhere, everytime. Be rationale. Kalau tak boleh nak fikir jauh sangat....fikirkanlah yang kejadian & kehendak tuhan itu tiada batasnya.

Miecyber said...

Uniq.....


2 kembar beradik kongsi tarikh lahir

Breakeven said...

~ yg penting pic panda tu comelnya..~

Anonymous said...

ini membuktikan, akan lahir manusia2 berkepala saperti kelapa ni dikawasan gebeng setelah kilang lynas beroperasi, kesan radioaktif.

pindah cepat sebelum terlambat..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]