KUANTAN, 28 April - Susulan bantahan rakyat berhubung dengan isu Lynas yang semakin memuncak sekarang ini, maka satu sesi taklimat dan dialog dengan badan yang mewakili Peguam Pahang telah diadakan di Putra Balok, dekat sini malam tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup itu telah dihadiri hyga okeh orang awam dan beberapa orang peguam. Menurut Pengerusinya, Hon Kai Ping (foto), inilah kali pertama dalam sejarah Peguam Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu rakyat seperti ini. "Kami melihat, banyak persoalan yang masih belum dijawab oleh kerajaan dalam isu ini. Ia membuatkan rakyat marah dan tidak berpuas hati. Kami nampak jelas dalam sesi dialog yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang di Indera Mahkota dan Beserah baru-baru ini, rakyat tidak mahu kilang yang berisiko itu berada di kawasan ini", katanya. Malah, tindakan kerajaan mahu menubuhkan panel khas untuk mengkaji projek itu juga tidak kena pada waktunya. Sementara itu pihak Peguam Pahang juga katanya akan membantu rakyat untuk membawa perkara itu ke atas termasuklah dengan pihak istana sendiri.
"Kenapa baru sekarang mahu tubuh panel khas untuk mengkaji. Atas alasan apa yang menyebabkan kerajaan sebelum ini mengatakan projek itu selamat, jika pakar-pakar luar negara baru hendak dibawa untuk mengkaji?. Bukankah ini sesuatu yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, pakar-pakar itu bukannya menetap di kawasan yang terlibat. Apakah mereka akan bertanggungjawab jika sesuatu kes berlaku selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi?. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa","Kami akan melakukan sedaya upaya yang mungkin demi keselamatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang"katanya.
Peguam Pahang Mahu Masa Setahun Kaji Lynas
Sebelum ini peguam Pahang juga ada menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif. Gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat. Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia. Mereka juga mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara. Malah mereka meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan. Ia bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah selama 12 bulan (1 tahun).
[Selepas majlis dialog, pihak peguam terbabit telah mengedarkan borang untuk diisi oleh rakyat terutamanya di sekitar kawasan yang berisiko besar hadapi ancaman radioaktif yang bakal dikeluarkan oleh kilang tersebut. Borang yang diedarkan telah habis sekelip mata dan terpaksa dicetak semula oleh pihak berkenaan. Sesungguhnya, rakyat tetap mahu memastikan Lynas dinyah keluar dari bumi Kuantan buat selama-lamanya. Dalam pada itu, kita juga terkejut apabila pihak peguam terbabit melaporkan mereka kecewa dengan tindakan media arus perdana terutamanya yang berbahasa Melayu gara-gara tidak menyiarkan kenyataan media yang dibuat oleh pihaknya ketika mesyuarat khas baru-baru ini. Satu resolusi telah dibentuk untuk membantu rakyat dalam menangani isu tersebut. Difahamkan hanya akhbar Sinar Harian, akhbar berbahasa Cina dan Inggeris sahaja yang menyiarkan kenyataan media itu. Turut hadir ialah Ustaz Nasron (YDP PAS Indera Mahkota), Andansura (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota), Ustaz Suhaimi (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan beberapa lagi yang lain].
"Kenapa baru sekarang mahu tubuh panel khas untuk mengkaji. Atas alasan apa yang menyebabkan kerajaan sebelum ini mengatakan projek itu selamat, jika pakar-pakar luar negara baru hendak dibawa untuk mengkaji?. Bukankah ini sesuatu yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, pakar-pakar itu bukannya menetap di kawasan yang terlibat. Apakah mereka akan bertanggungjawab jika sesuatu kes berlaku selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi?. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa","Kami akan melakukan sedaya upaya yang mungkin demi keselamatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang"katanya.
Peguam Pahang Mahu Masa Setahun Kaji Lynas
[Selepas majlis dialog, pihak peguam terbabit telah mengedarkan borang untuk diisi oleh rakyat terutamanya di sekitar kawasan yang berisiko besar hadapi ancaman radioaktif yang bakal dikeluarkan oleh kilang tersebut. Borang yang diedarkan telah habis sekelip mata dan terpaksa dicetak semula oleh pihak berkenaan. Sesungguhnya, rakyat tetap mahu memastikan Lynas dinyah keluar dari bumi Kuantan buat selama-lamanya. Dalam pada itu, kita juga terkejut apabila pihak peguam terbabit melaporkan mereka kecewa dengan tindakan media arus perdana terutamanya yang berbahasa Melayu gara-gara tidak menyiarkan kenyataan media yang dibuat oleh pihaknya ketika mesyuarat khas baru-baru ini. Satu resolusi telah dibentuk untuk membantu rakyat dalam menangani isu tersebut. Difahamkan hanya akhbar Sinar Harian, akhbar berbahasa Cina dan Inggeris sahaja yang menyiarkan kenyataan media itu. Turut hadir ialah Ustaz Nasron (YDP PAS Indera Mahkota), Andansura (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota), Ustaz Suhaimi (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan beberapa lagi yang lain].












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kita tentang Lynas habis habisan sehingga Lynas keluar dari Malaysia.
Terima kasih Peguam Pahang yang sudi membantu dan celakalah Utusan Malaysia yang selalu buat fitnah dan menyembunyikan pula kebenaran.
Di harap rakyat Malaysia dari negeri lain menyokong kita juga.
Sony Play Station di ceroboh pengodam
Semua rakyat Malaysia kena bangun menentang projek gila ni. Tak kira apa pegangan politik anda, bangsa anda, agama anda keturunan anda...demi anak cucu cicit kita semua, demi kebaikan utk kita semua. Kita tidak menentang pembangunan namun jgn kita mengadai masa depan kita dengan projek segila ini. Ayuh rakyat Pahang, Perak dan semua warga Malaysia, tunjukkan kecintaan pada bumi Malaysia ini. Wonder...mana pegi seorang pakar dlm alam sekitar yg sekarang berada di saf kepimpinan PKR pusat?. Playsafe huh?
jom kita demontrasi ramai ramai depan pejabat MB Pahang, tunjukkan semnagat kita yang menentang projek ini, selamatkan Pahang,selamatkan Malaysia....
i memang setuju statement berikut:
"Difahamkan hanya akhbar Sinar Harian, akhbar berbahasa Cina dan Inggeris sahaja yang menyiarkan kenyataan media itu."
jom, demi selamatkan Malaysia, kita haruslah bangkit, sedarkan kawan kawan kita, Tanah Air kita harus kita sama sama menlindungi.
Sila baca kebanyakan headlines tentang bantahan Lynas kat album sy juga:
https://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.1836958837255.103353.1038990122&saved
Sekian
Post a Comment