
KUANTAN, 10 April - Taklimat penerangan tentang bahaya sisa radioaktif "rare earth" kilang Lynas di Gebeng telah berjaya diadakan di Perkarangan KAFA, Al-Makmur, Masjid Balok Makmur dekat sini malam tadi. Program anjuran Jawatankuasa Bertindak Bantah Radioaktif itu telah menampilkan penceramah yang terdiri daripada YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Syed Mohamad Syed Lonik (ADUN Beserah) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang). Majlis dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut hadir dalam program malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa pemimpin lain dari Pakatan Rakyat. Disamping taklimat penerangan menggunakan "slide projector" itu, borang memorandum bantahan Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Difahamkan setakat ini sudah lebih dari 21 ribu rakyat Kuantan telah menandatangani memorandum tersebut. Dalam ucapannya, Fuziah Salleh (foto) menyatakan kepada hadirin kenapa beliau telah membantah projek ini sejak tahun 2008 lagi, iaitu ketika Kilang Lynas belum pun di bina. "Kenapa saya gelisah sangat projek ini daripada awal, pertamanya kerana Lynas Corporation ini adalah milik syarikat Australia sepenuhnya (100%), maksudnya RM8 bilion setahun yang bakal diperolehi hasil keuntungan projek ini adalah milik rakyat Australia", katanya.


Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)

Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah


Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif
Fuziah juga menegaskan yang beliau hairan kenapa Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia. "Lynas mendapat status "Strategic Pioner Status" oleh MITI, Saya tanya menteri kenapa beri, kenapa beri ni tak payah bayar cukai? Dia kata faedah insentif kerana kita nak menarik pelabur asing, maka diberi imbuhan 12 tahun tak payah bayar cukai... RM8 bilion tu untung kat dia jer lah; kemudian, dia kata akan beri kita peluang pekerjaan. Maklumat terkini, Lynas loji ni akan mengambil 450 pekerja maksudnya mana peluang pekerjaan? Tak ada, apa yang kita dapat?, kita dapat bala .. kita dapat bala .. Australia dapat untung RM8 bilion setahun dan dikecualikan bayar cukai, 100% milik Australia. Kita mendapat penghormatan untuk menjadi tapak sisa buangan radioaktif seluruh dunia", katanya.
[Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" Lynas Corporation Ltd semakin memuncak sekarang ini. Susulan daripada itu, difahamkan pihak Kerajaan Negeri Pahang mula membuat kawalan ketat kepada orang ramai yang mahu hadir ke sesi taklimat awam di Komplek Dagangan Indera Mahkota pada 12 April ini. Soalnya, kenapa mereka takut berhadapan dengan kenyataan. Mereka mahu rakyat menerima takdir bahawa projek itu wajib dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Soalnya sekarang "rakyat mana yang penting?" sedangkan terbukti Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa hasil selama tempoh tersebut. Jika 11 tahun yang lalu Bajet Defisit sering dibentangkan oleh Kerajaan Negeri, maka apakah 12 tahun akan datang benda yang sama akan berlaku. Apa hasil yang akan diperolehi daripada Lynas melainkan "bala"].
Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)
Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah
Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif
[Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" Lynas Corporation Ltd semakin memuncak sekarang ini. Susulan daripada itu, difahamkan pihak Kerajaan Negeri Pahang mula membuat kawalan ketat kepada orang ramai yang mahu hadir ke sesi taklimat awam di Komplek Dagangan Indera Mahkota pada 12 April ini. Soalnya, kenapa mereka takut berhadapan dengan kenyataan. Mereka mahu rakyat menerima takdir bahawa projek itu wajib dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Soalnya sekarang "rakyat mana yang penting?" sedangkan terbukti Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa hasil selama tempoh tersebut. Jika 11 tahun yang lalu Bajet Defisit sering dibentangkan oleh Kerajaan Negeri, maka apakah 12 tahun akan datang benda yang sama akan berlaku. Apa hasil yang akan diperolehi daripada Lynas melainkan "bala"].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ini negeri PM kan?
Ayuh bangsaku.. kita mesti maju tp bukan ni caranya.
Msia bukan tempat buangan benda2 bahaya! nak jd mcm Jepun ke?
silap tu YB. Lynas tu kilang buat minyak wangi yang diproses dari radio aktif. untung org pahang tak payah beli minyak wangi lagi kerana ada brand lynas yang akan melekat pada badan rakyat pahang secara percuma.
HEBAT SUNGGUH ANALISIS TU
NAJIB KENA BELAJAR DARIPADA FAUZIAH PASAL EKONOMI
SEBAB TU SELANGOR MAJU DAN KAYA RAYA SEBAB PAKATAN HARAM PANDAI EKONOMI
TERSANGAT HEBAT
GABAI buat la rumah kat Gebeng..
pelawok belaka tuu...faham dulu bahan pe yg nk diproses..!!jnji 2021 ada loji nuklear kat mesia.bru leh keje kat situ plak.
YB tahu ker Lynas ada membuat program komuniti.. sponsor tuisyen untuk pelajar di SMK Pelabuhan, SMK Baging dan SMK Beserah....
mental blok belaka geng2 tuu!!ada maksud tersirat tu..!!mggu lpas nasarudin tantawi ckp pojet hampir siap!!!!npk sgt pelawok!!!gi gok tgk tapak brp % dh siap!!org PAS kan dia???kopiah dok tgal!!pelawok kalah mat rempit.!!tu la kalau dh cmpur dgn politik..snggup menipu.
oak ckp mende fuziah!!bala mende pulok oak ckp ni!!bahang rambang ckp!!
sian org area tuh....xdop sape ler nk bli umah kwsan tuh....radioaktif...sape sape xtau sejarah...sila rujuk http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/628-kilang-memproses-rare-earth-membimbangkan-penduduk-gebeng-pahang ......cuba kaji sket...suh skoloh maleh....
hidup lynas!!!bkn wat nuclear plant pun.org2 dok skoloh,tau ape!!
Post a Comment