KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax. "Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus. Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi. Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax
"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan."RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.
[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].














11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
~ harus dipantau..ini terangan me "manipulate"..~
Haha.....Brapa lamau perlu pantau..SAPA nak PANTAU....RM1700++ sure hangus....Sian kakak tuh....Org KAYO tipu RAKYAT....ha ha ha
Salam...
Gue pun gadoh dengan agen dia tempoh hari..capaian macam tikus, dapat bil macam gajah...gua pulangkan dia punya set, dia minta gua bayar RM299.00, gua sound dia, gua boleh bayar RM299.00, nanti gua tuntut kat mahkamah @ tribunal RM299,000.00!..Terus senyap agen tu, dia kata gua tak perlu bayar ape2 pung...moral : buat penilaian dengan bijak sebelum membuat pilihan, tanya sampai puas hati,jika perlu, rakamkan perbualan dengan agen tersebut.gua sound agen tu hari tu " wak lu!".sekarang gua berbahagia dengan dot dot brokbend.
Penipuan ada dimana-mana. Mereka menipu untuk mencari makan. Ambil kesempatan keatas orang yang mudah dipengaruhi.
Sama juga dengan janji orang politik. Cakap tak serupa bikin tapi masih ada orang percaya cakap mereka.
Akibatnya sendiri tanggonglah.
kalu aku....buat bodo je tak yah bayo & ugut macam pisangmalaysia...
Kalau saya, saya akan bayar lepas tu tutup perkhidmatan dan lapor pada polis.
aku try 2 kali, tak puas hati pastu pulangkan kat pc partner jalan tun ismail sebelah celcom.. ok je.. dapat balik deposit rm 100 tu..
Ada kalanya {selalunya} siap pasang ejen2 awek cun. Bakal 'mangsa' mungkin tak minat sangat dengan produk yang ditawarkan, tapi kadang boleh cair dan 'tewas' juga dengan minah2 cun tu. Dah terbeli baru mula nak sedar.
Salah siapa?
Pakai dan cuba dulu...kalau tak bagus boleh pulang wang balik.
Kita kena berani...mcm bro pisang tu...sekali-kali kita kena pijak kepala ejen tu. Kalau boleh bakar sekali kedai dia tu. Warning dan cakap "wak lu...!!!" Hahahahaha...
kesian kat akak dan suami. kalau masih cam dgn muka penjual tu kak bakar je dia idup2. org cam tu wajib bagi mampus je. saya thn lepas penah bagi penampor kat penjual kad gores dan menang kat kuantan prade. ada ke patut dia paksa kita gores kad dia dan dijanjikan hadiah. kita taknak dia paksa gak. hati dah panas bagi penampar sebijik. mujur ada org ramai kalau tak bergomol sakan kat situ. puas hati saya. sesekali kena ajar gak org camni
Post a Comment