KUALA LUMPUR 27 April - Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz (foto). Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. “Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. “Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. “Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara itu.” jelas beliau.
Artikel Utusan Online yang nafikan kenyataan Haron Din hari ini
[Anehnya dalam Utusan Onlinen hari ini Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan. Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini. "Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram. "Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya. Soalnya, siapa yang menafikan sama ada Harun Din atau Utusan Malaysia sendiri yang bertindak bagi pihaknya?].













4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
PDO kena ambil inisiatif untuk mendapatkan pengesahan dari Dr. Haron Din sendiri. Jangan kita biarkan Utusan Malaysi terus menipu. PDO jangan pula megajak pengujung mencari jawapan sendiri. Untuk menegakkan keadilan kita kena bersungguh-sungguh. Jangan biarkan setiap masalah tergantung tanpa ada kepastian.
kalau Utusan Malaysia tu lah ... tak payah haram tak apa - jangankan nak baca/beli, kalau di bayar suruh baca pun tak sanggup aku. Simply because of the apertheid approach, unethical journalism, dust-bin contents & hypocrasy.
PDO!
ADA KE SURAT KHABAR NAMA UTUSAN MALAYSIA. TAK PERNAH DENGAR PUN.SURAT KHABAR BARU KOT.
utusan malaysia.
dulu aku suka jugak baca bhgian agama dr amran kasimin sekitar tahun 80an ke 90an. rasa-rasanya sekarang ni yg aku boleh percaya dlm utusan bahagian susunan rancangan TV dan time waktu solat je.. yg lain 2.. rasanye kalau kaki no ekor.. dia boleh percaya tak result toto atau magnum 4d kat belakang.. ( utusan menyokong orang judi ekor ) hehehe.
Post a Comment