PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, April 30, 2011

Panas: Kerajaan Negeri Perak Membatalkan MOU Syarikat Hong Kong Terokai Lombong Rare Earth Bukit Merah, Apa Cerita Kerajaan Negeri Pahang!

KUALA LUMPUR, 30 April - Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani dengan syarikat Hong Kong, CVM Minerals Limited bagi menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah dengan serta-merta. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sayap pelaburan negeri, mengumumkan keputusan tersebut dalam satu kenyataan semalam. Mengenai MOU antara PKNP dan CVM Minerals Ltd bagi projek nadir bumi yang disyorkan, dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah membatalkan dan mengakhiri MoU dengan serta-merta memandangkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau kelulusan tanah bagi sebarang projek nadir bumi di Perak,” kata ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Samsudin Hashim. Laporan terdahulu menyebut MB Datuk Zambry Kadir kesal dengan PKNP kerana menandatangani MOU dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Sehubungan itu dia beri amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani mereka.


Nampaknya si Adnan masih rela pertahankan lagi benang yang basah

“Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MOU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. “Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan,” kata beliau. Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan sebuah firma Hong Kong dan Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah iaitu kawasan yang terkenal dengan kontroversi nadir bumi dan radioaktif. Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu. Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu.

[Jika sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar seperti Zambry Kadir ini berbuat demikian, maka ternyata beliau lebih sayangkan rakyatnya daripada keuntungan yang bakal diperolehi. MB Perak itu yang tidak sampai pun lima tahun memegang jawatan (biarpun secara rampasan kuasa) lebih mendahulukan rakyat, kenapa MB Pahang Si Adnan Yaakob yang sudah lebih 10 tahun memerintah negeri ini masih tidak mahu berbuat demikian. Apakah terdapat dua persepsi yang berbeza tentang isu Lynas ini, sedangkan mereka berada di bawah kerajaan yang sama iaitu Barisan Nasional. Di sini sudah jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang rela memperjudikan nasib rakyat untuk satu projek berisiko seperti ini. Apakah kerajaan yang seperti ini wajar untuk dikekalkan].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

yes said...

Patutnya pehak yang menandatangani MOU itu patut di ambil tindakan tatatertib kerana membelakangkan pehak yang berkuasa.

Cuma nak tanya, terpaksa bayar ganti rugikah?

Miecyber said...

Tentang Lynas habis habisan....

Satu Komuniti Satu JPJ

Anonymous said...

aku akan tentang habis habisan project radiasi dekat kampung aku ni.Walaupun terpaksa lastic ngan batu pada org yg memberi kelulusan ini demi generasi anak anak aku..

Anonymous said...

heran, pentadbiran negeri macam kelam kabut takde sistem. tentu sekali keputusan penting seperti menandatangani mou dgn syarikat luar negara ada prosedur-prosedur khas. ajk kampung pun ada prosedur yg teratur inikan pulak pentadbiran negeri. katun betul la bn perak ni

Anonymous said...

dua-dua menteri katun

Pencinta Islam said...

memang la almost 'orang-orang' yg gelap hati & duit akan membelakangkan segala undang2 lagi la undang2 Islam.
Tak pikir ke dioarg ni bagi duit & tanggung anak isteri dgn duit haram/ jalan yang salah.
tak heranlah ramai anak2 sekarang berperangai tak senonoh atau ingkar perintah Allah. puncanya tengok family dahulu... semuanya bermula dari RUMAH...
ingatlah segla perbuatan 'KAMU' akan dituntut di akhirat kelak.

Anonymous said...

Orang Negeri Sembilan suka kilang Coca-cola dibina di Negeri Sembilan

Anonymous said...

Adnan Tak Kisah!!!

Anonymous said...

lain macam punya senyum zamry..

Anonymous said...

tu sonyum kambing namo eeh

cina perak said...

INI ZAMBELI KALAU BIKIN ITU PLOJEK DEKAT PERAK, NANTI ITU PRU 13, LU PIKIR LA... TP PAHANG PUNYA OLANG TAK PA SEBAB PAHANG PUNYA OLANG MANYAK BODOH.....

Anonymous said...

wa pun sebenarnya suka sama denan maa...tp apa buley buat dia punye cerdik itu sy ada ckit binci sama dia...