
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah. Dr Juanda berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng. "Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam. Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum. "Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya. Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen. "Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya berakhlak.
[Sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku. Tergamak seorang Presiden Peguam Muslim seperti Zainul Rijal (foto) bercakap mengikut nafsu dan mempermainkan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ternyata apa yang diucapkan itu adalah kerana ketaksuban beliau untuk mengampu dan mencari publisiti murahan sebenarnya. Oleh itu, kita ucapkan syabas kepada Mufti Perlis kerana berani memperbetulkan keadaan. Kini, hukum agama diperkotak-katikkan oleh manusia yang sudah tidak mahu mencari kebenaran sebaliknya ingin mengejar keduniaan semata-mata. Inilah akibatnya bila ilmu agama yang ada didada disalah gunakan. Maka akhirnya rakyat terkelitu dengan kenyataan yang jelas terpesong itu. Mujurlah masih ada golongan agama seperti Mufti Perlis ini yang berani untuk mengeluarkan kenyataan. Soalnya sekarang, apakah kenyataan beliau itu dapat diterima oleh pemimpin UMNO BN?. Jika begitu, sudah pastilah jangka hayatnya sebagai "Mufti" bakal menemui jalan berliku. Ini kerana kerajaan UMNO BN hanya mahu mereka yang pandai mengampu menjadi peguasa agama. Namun kebenaran itu perlulah ditegakkan]. mkini
[Sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku. Tergamak seorang Presiden Peguam Muslim seperti Zainul Rijal (foto) bercakap mengikut nafsu dan mempermainkan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ternyata apa yang diucapkan itu adalah kerana ketaksuban beliau untuk mengampu dan mencari publisiti murahan sebenarnya. Oleh itu, kita ucapkan syabas kepada Mufti Perlis kerana berani memperbetulkan keadaan. Kini, hukum agama diperkotak-katikkan oleh manusia yang sudah tidak mahu mencari kebenaran sebaliknya ingin mengejar keduniaan semata-mata. Inilah akibatnya bila ilmu agama yang ada didada disalah gunakan. Maka akhirnya rakyat terkelitu dengan kenyataan yang jelas terpesong itu. Mujurlah masih ada golongan agama seperti Mufti Perlis ini yang berani untuk mengeluarkan kenyataan. Soalnya sekarang, apakah kenyataan beliau itu dapat diterima oleh pemimpin UMNO BN?. Jika begitu, sudah pastilah jangka hayatnya sebagai "Mufti" bakal menemui jalan berliku. Ini kerana kerajaan UMNO BN hanya mahu mereka yang pandai mengampu menjadi peguasa agama. Namun kebenaran itu perlulah ditegakkan]. mkini












21 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
salam
sebab tak bodek umno, nasib mufti Perlis ni bagai telur dihujung tanduk.
pecacai umno yg lain, apa lagi gunakanlah kesempatan ni untuk melucutkan jawatan mufti Perlis yg bersungguh nak tegakkan Islam ni!
syabas mufti perlis,rezeki allah yg tentukan, andai jawatan tuan dilucutkan
nilah dinamakan mufti ahkirat,klau benar ttp benar,walaupun pahit untuk menerimanya,jgnlah jadi mcm sesetengah manusia,untk menjaga periuk nasi,ugama islam disi di telapak kaki...
Tubuhkan suruhanjaya diraja habis perkara.
Suruhanjaya draja pun tak de guna. Kembali pada Al-Quran dan Hadis baru boleh selesai.
kawang tertunggu-tunggu-tunggu komeng dari dato'2 di JPM (ulamak) perihal perkara nie dah lamer, doh tubik lagi..guane gamok...?
mung 11:40 ni dok gheti2 lagi. kalu dia wat tubik kabinet tak setuju dia kena pecat tapi ikut peghetah tuhang ada can masuk syurge. kalu dia wat tubik hak kabinet setuju lawan peghetah tuhang dia bolih jadi menteghi lagi tapi ada cang masuk neghake. susah weh nak jadi menteghi ni.Bior die pilih sedighi. kalu kena pecat tad dak kegheje. Ni jenis menteghi bukan rakyat pilih.
wat bende kita dok cakak hak lagu ni. mung dok mana weh? kalu dekat2 maghilah batu ghakit kite main dang. Kite pilih situ nak dang panjang kah nok dang pendek kita ttaghoh keghepok lekor sebatang due. Kalu kawang benang demo bayo kalu demo kalah demo beghi duit ke kawang,biar kawe bayor kawang dak amboh demo bayor seseng pun. Kite due ni nak jadi menterghi dak leh dah, dak ghok chetong.
guano gamok?
Perbuatan berzina di kalangan rakyat berugama Islam ni kenalah dibendung bersungguh2 tuan Mufti di negara Malaysia ni sebelum azab Allah datang. Start dari pemimpin sehingga ke rakyat jelata di peringkat atasan, sederhana dan bawahan.
bro..12.49..ape dia mu tulis boh..tak paham aku..bahasa tu bagi la faham sikit..ingat kita orang ni faham bahasa mu semua ke..formal la sikit bahasa tu..ada faham..sendiri faham
sikit lagi curi basikal pun kena tubuh suruhanjaya diraja...
Takbir... Allahu Akbar 3x
Lah wei. Bukannya puak zainol rijai ( peguam )yang mewakili penjenayah syariah setiap kali di Mahkamah Syariah.
Amat memalukan kenyataan seorang peguam syarie. Sebab itu ada pepatah bahasa inggeris, 'it's better to shut your mouth then to open and prove yourslef to be a fool'. Ini ler akibatnya terlampau nak bodek gerombalan. Kalau saya, saya akan letak jawatan dalam Persatuan yang saya wakili itu. Apa lagi Rizal....dah kantoi dah...letak ler...dimana kau nak letak muka.
Kesinambungan perjuangan almarhum Datuk Hj Ishak Baharom. Teruskan menegakkan Islam. Takutilah Allah dan bukannya manusia umngok. Manusia umngok adalah hamba2 yang hina dina disisi Allah.
Manusia Umnongok adalah hina disisi Allah...apa la lu merepek ni bro...lu mabok ker??...yg hang pi dok sokong peliwat wtper?..lu nak jadi kaum pompei ka??..lu nak jadi kaum nabi lut kar??..bodoh la lu mat.....
taula sokong PASial masuk syorga...tapi bukan syorga ALlah bro...tapi syorga pok nik jamban la....
peguam bodoh,, bodek umno je pandai.
Kapada Anon 1:20.
Awak 11:40 ni tak faham faham lagi. kalaulah ulamak ulamak di JPM mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan, mereka ini takut di ambil tindakan tetapi ganjarannya syurga. tapi kalau mereka mengeluarkan kenyataan yang selari dan sealiran dengan kerajaan mereka akan 'disanjung'(dan tidak di kenakan tindakan),ganjarannya ada lah neraka....bukan senang nakjadi menteri dan timbalan jenis tidak di pilih rakyat......dan dan
Saya cuba menjawab 11.40.
Maaf.
buat monyet2 umno kat atas ni semua,jgn la jd bodoh sgt pasal isu seks ni....dr sudut agama mufti dh jwb pun isu ni tmasuk Mufti Perak,so x payah la nk tunjuk lebih alim pulak,aku ahli umno bro tp dh resign bukan sbb anwar tp sbb kesilapan umno lantik pengarah rogol kanak2 bwh umur buat cerita anwar ni,kambing biri2 pun x pecaya cite bodoh ni kecuali zul kulim 110 % dgn lokman adam jer,plot cite lemah pelakon pun bodoh,cameraman lg bangang,tp paling bangang bekas Km dr melaka tu la,keian hisamudin dgn Nazri aziz,patut nye lepas isu seks ni keluar anwar yg x tido lena,tp dia org pulak yg mengelupur spin isu ni suruh org pecaya,haha kesian,hari ni pun kenyataan dr azalina bekas ketua puteri umno kata ,org melayu dh x percaya dan marah pd umno sbb isu video anwar ni,woi najib dan mahathir...ni Azalina ckp bukan org PKR atau pun Lokman Adam,apapun Zul Kulim kebodohan ko paling best...tahniah Rahim Tambi Chik,filem bodoh anda telah mendpt kutipan sebayak 30 juta rgt sbb hanya Umno je yg menonton...haha xpe Umno,sok kat akhirat kumpul ramai2 nak masuk neraka...
Saya rasa zulkifli nordin lebih pro dari penulis blog ni bila menghuraikan hujah2nya secara berfakta walaupun dia hanya berkelulusan bac. law dari luar negara.
Kutukan2 terhadapnya secara berterusan menyebabkan saya mencari blog dia, dan saya dapati tulisannya membina, bahasanya boleh diterima pakai dan hujahnya bertempat. tidaklah seteruk seperti hinaan pengunjung2 blog ni.
bakpe la pelik sgt..nk tubuh s/jaya blaka semer....masuk mahkamah syariah la...apa guna mahkamah syariah...xkkan kes nikah cerai je ..apadaaaaaaaaaa....wei...balik la ke pangkal jalan...dah la media duk jaja cite seks sna sini...mcm xdak cite lain!
Anon Monday, April 11, 2011 10:22:00 AM...hang pun dah kena auta dengan Zul Nordin ka....kah..kah..kah.....Blog dia boleh baca nak percaya tu kena timbangx dulu......
Panglima Nanyan...
Post a Comment