
KUALA LUMPUR, 26 April - Peguam Karpal Singh hari ini menghujahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri semasa kejadian itu berlaku, tiga tahun lalu. Karpal berkata, walaupun keterangan pemuda itu di mahkamah menyatakan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan tetapi dia didakwa mematuhi segala yang diarahkan oleh Anwar semasa aksi seks itu dilakukan selain tidak memperlihatkan sikap yang dia telah menjadi mangsa liwat. Ini, katanya, dapat dilihat daripada tindakan pengadu yang turut sama makan karipap dan minum kopi di unit kondominium itu selepas kejadian, tidak terus mendapatkan pemeriksaan doktor malahan menghadiri majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keesokan harinya. Oleh itu, katanya, walaupun pihak pendakwaan dalam hujah pembukaannya tidak merujuk kepada kerelaan pada pihak Mohd. Saiful Bukhari tetapi pengadu dalam keterangannya di mahkamah serta laporan polisnya menyatakan ia berlaku tanpa kerelaan. ''Adalah dihujahkan bahawa dalam keadaan sedemikian, pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (dengan kerelaan) yang dihadapi oleh tertuduh tidak boleh disokong oleh keterangan saksi pendakwa (Saiful) yang menyatakan bahawa apa yang didakwa berlaku antaranya dan tertuduh adalah tanpa kerelaan,'' katan Karpal.
Saiful Memang Pembohong, Kreadibiliti Di Pertikai
Menurutnya, ekoran terdapat percanggahan tersebut, Mohd. Saiful Bukhari didakwa telah berbohong dalam keterangannya dan boleh dituduh di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan. Ujar Karpal lagi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan kredibiliti saksi itu sebelum menerima atau menolak keterangannya, sambil mengingatkan mahkamah agar tidak mengulangi kesilapan dalam kes liwat pertama Anwar melibatkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, hampir 10 tahun lalu. Dalam kes tersebut, katanya, hakim Mahkamah Tinggi telah menerima keterangan pengadu berkenaan tetapi akhirnya tetap ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh menghujahkan bahawa kedua-dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang menganalisis asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu, didakwa bersikap berat sebelah dan menggunakan pendekatan yang tidak objektif. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada penemuan kedua-dua pakar itu memandangkan keterangan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak dijelaskan. Selain itu, katanya, terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti yang diterima oleh kedua-dua saksi tersebut telah tercemar dan wujud elemen penurunan (degradation) dalam sampel-sampel DNA yang diperoleh. Turut berhujah ialah peguam Sankara Nair yang antara lain mendakwa bahawa tiada gel pelincir, KY Jelly digunakan dalam kejadian liwat itu atas alasan ia hanya ditimbulkan setelah doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa pengadu dalam laporan mereka nyatakan tiada penetrasi berlaku. Barisan peguam bela Anwar memohon agar anak guamannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri.
[Biar pun mahkamah putuskan bahawa DNA "lelaki Y" itu sepadan dengan Anwar. Namun, dek kerana banyak kepincangan dan kenyataan bercanggah-canggah oleh Saiful Bukhari semasa perbicaraan berjalan maka ia agak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kreadibiliti mahkamah dan badan kehakiman itu sendiri. Mereka boleh menghumbankan semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh bila-bila masa sekarang. Namun, sesuatu yang haris diingat bila Tsunami Politik melanda negara di era reformasi dulu adalah kerana kes Anwar. Maka, jika kali ini pemimpin pembangkang itu dihumbangkan sekali lagi ke penjara, ia merupakan petanda yang jelas untuk rakyat menyaksikan UMNO BN dengan mudah ditumbangkan dalam Pilihanraya Umum akan datang pastinya. Okeh itu, masa masih belum terlambat untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran hakiki dalam kes yang kontrovesi ini].
Saiful Memang Pembohong, Kreadibiliti Di Pertikai
Menurutnya, ekoran terdapat percanggahan tersebut, Mohd. Saiful Bukhari didakwa telah berbohong dalam keterangannya dan boleh dituduh di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan. Ujar Karpal lagi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan kredibiliti saksi itu sebelum menerima atau menolak keterangannya, sambil mengingatkan mahkamah agar tidak mengulangi kesilapan dalam kes liwat pertama Anwar melibatkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, hampir 10 tahun lalu. Dalam kes tersebut, katanya, hakim Mahkamah Tinggi telah menerima keterangan pengadu berkenaan tetapi akhirnya tetap ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh menghujahkan bahawa kedua-dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang menganalisis asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu, didakwa bersikap berat sebelah dan menggunakan pendekatan yang tidak objektif. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada penemuan kedua-dua pakar itu memandangkan keterangan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak dijelaskan. Selain itu, katanya, terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti yang diterima oleh kedua-dua saksi tersebut telah tercemar dan wujud elemen penurunan (degradation) dalam sampel-sampel DNA yang diperoleh. Turut berhujah ialah peguam Sankara Nair yang antara lain mendakwa bahawa tiada gel pelincir, KY Jelly digunakan dalam kejadian liwat itu atas alasan ia hanya ditimbulkan setelah doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa pengadu dalam laporan mereka nyatakan tiada penetrasi berlaku. Barisan peguam bela Anwar memohon agar anak guamannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri.[Biar pun mahkamah putuskan bahawa DNA "lelaki Y" itu sepadan dengan Anwar. Namun, dek kerana banyak kepincangan dan kenyataan bercanggah-canggah oleh Saiful Bukhari semasa perbicaraan berjalan maka ia agak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kreadibiliti mahkamah dan badan kehakiman itu sendiri. Mereka boleh menghumbankan semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh bila-bila masa sekarang. Namun, sesuatu yang haris diingat bila Tsunami Politik melanda negara di era reformasi dulu adalah kerana kes Anwar. Maka, jika kali ini pemimpin pembangkang itu dihumbangkan sekali lagi ke penjara, ia merupakan petanda yang jelas untuk rakyat menyaksikan UMNO BN dengan mudah ditumbangkan dalam Pilihanraya Umum akan datang pastinya. Okeh itu, masa masih belum terlambat untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran hakiki dalam kes yang kontrovesi ini].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment