
KUANTAN, 12 April - Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) digesa mengambil tindakan tegas kepada Hotel Vistana dekat sini kerana dipercayai telah menganjurkan Aksi Lucah Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah yang diberi nama Miss Malaysia Pahang 2010 seperti yang didedahkan baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan paparan video yang telah berjaya kami jejaki dari laman web ohtidak.com ini. Setelah diamati ternyata gambaran hotel yang dipaparkan ialah Hotel Vistana di mana Kerajaan Negeri Pahang memegang 13.71% ekuitinya, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang dalam tidak sengaja perlu dipertanggungjawabkan kerana menaja program mungkar dan maksiat seperti ini. Acara ini biar pun bertujuan amal untuk mengutip derma tabung anak yatim dan rumah kebajikan, namun dek kerana ia melibatkan mak nyah dan ponda-pondan maka ternyata ia "haram" dan "ditegah oleh Agama Islam" itu sendiri. Soalnya, kenapa pemimpin UMNO BN yang mengatakan mereka beragama Islam dan berusaha mengamalkan cara pemerintahan "amal makruf nahi mungkar" tergamak membiarkan program ini diadakan. Malah, lebih mengejutkan tetamu yang hadir juga adalah terdiri daripada beberapa orang pemimpin termasuk yang bergelar "Dato" itu sendiri.
Inilah video panas mengenai program tersebut yang berjaya juga kami jejaki
Inilah video panas mengenai program tersebut yang berjaya juga kami jejaki
Agak menyedihkan bila Mufti Pahang gagal mengeluarkan kenyataan isu ini. Malah pihak jabatan agama di Pahang sendiri didapati membisu tanpa dapat memberikan apa-apa komen dari sudut pandangan Islam. Kini semua terkejut dengan pendedahan ini, malah dari sumber kami di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sendiri kini tidak sangka perkara ini berlaku di Pahang. Jika sebelum ini kami pernah mendedahkan tentang seorang Pegawai Kanan MUIP yang ditangkap khalwat di sebuah hotel di bandar ini. Kini kejadian "memalukan" seperti ini pula berlaku dikala umat Islam bercelaru dengan berbagai isu agama yang sengaja dimainkan media sebelum ini. Kini bagaikan "bala Allah" tiba-tiba acara mungkar seperti ini pula berlaku di Kuantan yang pernah digelar "Hattyai Pantai Timur" satu ketika dulu. Kami juga cuba mencari, siapakah Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam di Pahang. Rupa-rupanya seperti dijangka beliau ialah Menteri Besar Pahang sendiri iaitu Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob. Manakala seorang lagi exco yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal Dakwah Islamiah pula ialah Dato' Hj. Mohamad Safri Abd Aziz. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin UMNO BN ini agaknya?. Sudahlah negeri Pahang cukup terkenal dengan pusat hiburan maksiat seperti Genting Hihglands, Cameron Highlands, Pulau Tioman, Cherating dan lain-lain lagi. Kini acara mungkar seperti ini, sudah pasti menjatuhkan imej serta mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri Pahang yang kononnya dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Dato' Seri Adnan Yaakob ( Hal Ehwal Islam) dan Dato' Safri Aziz
(Dakwah Islamih) dua exco yang wajar dipertanggungjawabkan

Bukti, Hotel Vistana Kuantan adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang
Klik imej untuk ke laman web rasmi PKNP bagi mengesahkan bukti ini

Dato' Seri Adnan Yaakob ( Hal Ehwal Islam) dan Dato' Safri Aziz
(Dakwah Islamih) dua exco yang wajar dipertanggungjawabkan

Bukti, Hotel Vistana Kuantan adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang
Klik imej untuk ke laman web rasmi PKNP bagi mengesahkan bukti ini
[Apa yang berlaku ini jelas sekali mencemarkan kesucian agama Islam dan memalukan umat Islam dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang Islam. Justeru itu, seluruh rakyat Pahang digesa bijak menilai isu seperti ini. Apakah kita mahu membiarkan dan melihat semua ini terus berlaku di depan mata. Bukan sahaja Kerajaan Negeri Pahang gagal menerapkanm nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Malah kenyataan salah seorang peserta pertandingan itu “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan" jelas sekali membuktikan undang-undang Islam di Pahang ditahap yang sungguh memalukan. Apakah kita fikir Allah tidak murka melihat semua ini. Maka itu, lakukanlah perubahan dan pastikan pemimpin Islam yang sepatutnya diangkat untuk menjadi penguasa di negeri ini. Jika terus dibiarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin punah ranah agama, iman, akhlak dan akidah umat Islam terutamanya generasi muda. Pastikan kerajaan negeri berubah selepas Pilihanaya Umum ke-13 nanti. Masa yang dinanti sudah tiba. Selamatkan Islam dan generasi kita !].












12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
selepas kes kartika..negeri pahang dilihat sebagai sebuah negeri untuk melakukan maksiat..ini kerana jika membuat maksiat di negeri pahang tidak akan dikenakan apa2 tindakan...akibat nya ini lah yang terjadi...
???
oak ame tgk je la.kat bandar kuantan malam2 tu.macam2 ada..jalan pasar jalan itu jalan ini.jgn sampai bala turun mati semua berduyun duyun baru nak sedar.bangun la wahai ummat pahang sementara masih ada waktu.jangan ditakuti untuk menegak kebenaran
kobau kau denan....
Tukar jela Pahang Darul Makmur kepada Pahang Darul MakNyah
Tak payahlah tukar nama gelaran untuk negeri, kita tukar kan aje MB tu..... bodoh tapi sombong!
koi ingatkan mb ganu yg paling 'cerdik' ropenya ada lagi mb yg paling 'cerdik' kat pahang ni
koi ingatkan mb ganu yg paling 'cerdik' ropenya ada lagi mb yg paling 'cerdik' kat pahang ni
puok2 nih lah yg suke jalan blakang yg sebenor2nye..
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.
Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.
Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.
"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.
"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.
"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?
"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.
Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.
"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.
Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.
"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.
"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.
Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.
Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.
"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,''
Pahang Darul Kunyit
ha..ha..ha..
umat nabi Lot mcm ni la..lepas tu Allah tebalikkan negeri mereka jadi laut mati skrg ni...tahniah mb dan dato mufti kerana mengiktiraf golongan ni..terserlah siapa yg suka maksiat
Post a Comment