pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pilihanraya Negeri Sarawak, BN Menang Majoriti Dua PertigaTetapi Terpaksa Hilang Lapan Kerusi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menu...

Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). Manakala seramai 71 orang calon telah hilang wang deposit.

[Keputusan yang memang sudah dijangka tetapi tidak disangka berlaku juga akhirnya. Dalam keadaan pembangkang mahu mengambil alih Kerajaan Negeri Sarawak, atau setikda-tidaknya menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN akhirnya ia tidak berlaku. Namun harus diingat, pembangkang sebenarnya berjaya meninggatkan keupayaan hampir 100% apabila berjaya menang di 15 kerusi DUN berbanding 8 kerusi terdahulu. Ini bermakna mereka berjaya, malahan ibu negeri Sarawak iaitu Kuching sendiri kini berjaya ditawan oleh pembangkang apabila mereka menang di kelima-lima DUN dalam kawasan itu. Maknanya kini Kuching berada dalam genggaman pembangkang sepenuhnya termasuk parlimen itu sendiri. Biar pun tewas, tidak berana BN itu hebat. Mereka terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk memastikan pemabangkang dikecewakan. Tindakan PM menggempur Sarawak dengan berbagai janji manis akhirnya mengelirukan rakyat untuk terus memberi undi kepada Taib Mahmud. Apapun, syabas dan tahniah buat rakyat Sarawak. Kemenangan BN ini sekurang-kurangnya akan menyaksikan Pilihanraya Umum ke-13 dibuat lebih awal dari apa yang dijangka. Itulah hikmah disebaliknya. Oleh itu, usahlah bersedih hati atau kecewa, kerana masa untuk berubah kian tiba sebenarnya. Teruskan perjuangan!].

Advertisement

Post a Comment

orang pekan said... Sunday, April 17, 2011 11:47:00 AM

1. Walau pun tidak berjaya menafikan mejoriti 2/3 BN,PR nampaknya telah berjaya mengorak langkah kehadapan.Status Serawak sebagai FD Bn,akhirnya tergugat juga.

2.Nampaknya Malaysia tidak akan menjadi negara maju,selagi sistem pilihanraya sekarang tidak di ubah.Apa tidaknya,kalau barisan pimpinan negara di tentukan oleh rakyat di luar bandar.Penduduk bandar yg maju dari segala segi,menolak BN tapi penduduk luar bandar yg mudur dalam banyak hal memilih BN.(puak-puak yg rendah IQ di sini 2X5 lah dengan mereka tu).Siapa yg rugi?.Jawapannya mereka sendiri,sebab penduduk bandar yg tolak BN terus di sediakan dgn pelbagai kemudahn oleh kerajaan,manakala penduduk luar bandar hanya di beri kemudahan yg asas saja,api,air dan jalan raya sempit saja.Padan muka.

3.Pilihan raya umum jika di adakan dalam masa terdekat ini tidak menjamin kemenangan besar BN,kerana rakyat bandar terutamnya kaum Cina nampaknya masih berpusu-pusu terus menolak BN.Kalau dulu sokongan mereka kepada PR sekitar 60%,sekarang mungkin sudah meningkat jadi 75-80%,jadi hasilnya BN susah juga.Jadi hasrat Najib untuk mengadakan p.raya umum mungkin di tunda.

4.Pas dan PKR kena kerja kuat di kampung, bagi kesedaran kepada orang Melyu yg 2X5 dengan puak rendah IQ tu,betapa mereka yg memilih Umno,mendapat kurang dari mereka yg menolak Umno di bandar-bandar ni.

5.Kalau aku jadi pemimpin Umno/ BN aku rasa malu sebab orang cerdik tolak kita,orang tak cerdik je pilih kita.Jadi elok lah berubah jadi baik , jangan lagi makan rasuah,tidak lagi cakap ikut sedap mulut macam Nazri tu,jangan sapu balak dan tanah rakyat lagi.Selalulah cermin diri.

6.Puak yg IQ rendah tu,jangan seronok sangat BN menang di Serawak,hakikatnya kemenangan tersebut merosot dan kau orang sendiri dapat apa.Juga kena cermin diri sentiasa.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 11:57:00 AM

Dari analisisi BN - 372,379 undi hanya dapat sokongan 55.35% manakalah jumlah undi pembangkang (keseluruhan)-300,288 undi dan dapat sokongan 45.65% ini bermakna bn hanya 9.7% dapat sokongan rakyat sarawak keseluruhan. Macam analisis saya tolong berulasan..

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 12:18:00 PM

Dari analisa saya, kegagalan PR adalah kerana gagal mempengaruhi masyarakat melayu & Iban. Tanpa undi mereka PR hanya akantak lebih 20 kerusi saja. Perlu cari jalan dengan menubuhkan pakatan kuat samadadgn SNAP atau SPD. Itu saja penyelesaian nya.

orang pekan said... Sunday, April 17, 2011 12:35:00 PM

Sebenarnya bagi aku segalanya lebih kepada kebodohan rakyat bukan kegagalan PR.PR dah buat apa yg termampu nak sedarkan mereka ,aku pun dah naik kesian pada orang macam Anwar yg bersungguh mahu menyedarkan rakyat,tapi rakyat susah nak sedar atau dah sedar pun tapi dapat rm 200 ke 300,kepala mula pusing.Kalau rakyat cerdik mudah je,tengok orang Cina berbuh mulut Najib sebut pasal 1Malaysia,macam-macam janji nak beri,duit pun mereka tabur juga tapi tak jalan,tak caya tanay Gorge Tan yg tewas tu.Tapi walau apa pun boleh lah kerja kuat lagi,aku tetap sokong setakat termampu.

Hisyam_Ktn said... Sunday, April 17, 2011 12:54:00 PM

Kesimpulannya, rakyat di kampung2 dan kawsan pedalaman je yg byk menyokong bn. Ini adalahkerana maklumat tidak tepat yg sentisa diberikan oleh bn disamping gula2 semasa pilihanraya. Berbanding masyarkat bandar yg sentiasa terdedah kepada maklumat. Jadi PR perlu tumpukan kepada masyarat luar bandar selepas ini. Target Sabah pulak dalam PR umum nanti.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 1:13:00 PM

Rakyat luar bandar bodoh? Rakyat bandar cerdik? Kot ya pun rakyat luar bandar bodoh, x pyh la kutuk lebih2 oleh org yg cerdik....nampak sgt x cwediknya..

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 1:22:00 PM

Kalau tak kutuk lagi nyenyak depa tu tidor.Elok lah kutuk lebih-lebih sikit,biar yg dalam sini pun teras.Kah,kah..

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 1:26:00 PM

Yang bodoh bukan kira rakyat luar bandar atau bandar.Tapi rakyat yg masih termakan di tipu daya BN.Yg di bandar pun ada begitu tapi bukn mejority ,itu sebabnya BN dapat juga undi dari orang bandar,tapi kalah.,itu je.Faham?.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 1:27:00 PM

Dah agak dah, mesti kata orang kampung bodoh, tahukah anda kebanyakan sumber ekonomi di negara kita disumbangkan dari luar bandar, kami orang kampung yang bodoh ni yang bagi makan orang2 di bandar, orang bandar ni kerajaan dah bagi banyak kemudahan dan berhabis duit untuk mereka masih tak tau bersyukur.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 1:38:00 PM

orang pekan la yg bodoh.. anwar hero filem seks pun hangpa percaya.. hahaha!

dah kalah tu sudah la.. jangan pulak nak tambah kebodohan dengan mengata kat orang lain yg x undi kita tu bodoh.. cuba lagi lain kali.. jaga tingkah laku.. jangan main belakang.. jangan main amoi... hahaha

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 2:40:00 PM

Dasar pondan tak genap bulu ketiak. Dah kalah dek kebodohan dan kebebalan sendiri,nak mengata lagi konon pengundi bodoh.

orang pekan. said... Sunday, April 17, 2011 3:07:00 PM

Syukur kerana anon 1.27 dan anon 1.38,nampaknya kedepan membela orang kampung,walau pun tak ada pun ungkapan khusus mengatakan orang kampung bodoh dari saya.

Tapi,sepatutnya anon berkenaan perlu membela orang kampung dalam konteks yg lebih bermakna,iaitu sedarkan mereka,bahawa walau pun mereka lah yg banyak membantu kemenangan Umno/BN di mana-mana,tapi mereka agak di abaikan oleh mereka.Perhatikan pembangunan yg di curahkan oleh BN antara di bandar dengan luar bandar ,mana yg lebih banyak.SEtiap masalah yg menimpa penduduk bandar cuba di selesaikan oleh BN tapi,tidak begitu bagi penduduk luar bandar.

Jadi sedarkan orang kampung supaya bersikap lebih bijak dari pengundi Cina di bandar dalam pilihanraya.Jangan mudah di beli,sesekali kena tunjukan kuasa rakyat di dalam peti undi.

Saya rasa kalau saudara kita di kampung pandai mengorak strategi,mereka akan lebih makmur dan berjaya dalam keadaan BN yg agak tertekan sekarang.

Pada masa sekarang Umno/BN nampak lebih berusaha untuk menarik hati gulungan penghuni bandar dgn bermacam-macam tawaran pembangunan,tapi agak sepi mengenai pembangunan untuk orang kampung.

Di bandar berbilion-belion ringgit di curahkan tapi di kampung tak seberapa.Ini sebenarnya yg di muskilkan,ia itu seolah-olah orang kampung di perbodohkan dan dijadikan sebagai alat untuk mendapat kuasa saja.Selepas mana-mana pilihanraya orang kampung pasti dilupakan.

Salah satu punca mengapa orang Cina maju,ialah mereka berada di tempat yg banyak mendapat kemudahan dan kemudahan ini timbul adalah hasil dari pemeberian kerajaan.Soal membalas budi atau tidak itu tidak timbul,kerana adalh kewajipan kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

Walau apa pun saya ucapkan terima kasih kerana membalas apa yg saya tulis.Kalau ada terkasar saya minta maaf,saya ni memang suka provokasi untuk menimbulkan kehangatan dan percambahan fikiran.TK anon ye.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 3:53:00 PM

Bro orang pekan.....org cina terbela sbb MCA,Gerakan dan parti2 cina lain bijak berpolitik.tetapi Umno hanya membantu mereka2 yg ada lambang keris shj.kegagalan org melayu adalah kerana umno gagal membela sepenuhnya spt dasar DEB,tanah rezab melayu dan mendaulatkn islam.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 4:39:00 PM

xpa kalah PRN...janji PRU 13...PR sapu Putrajaya...Insyaallah.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 4:39:00 PM

xpa kalah PRN...janji PRU 13...PR sapu Putrajaya...Insyaallah.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 6:48:00 PM

anaom mne gila meroyan kat atas.jd2lah berangan.nak pee putra jaya konon nak pee bukit rok pon xlepas.hark ptuih....................

Hisyam_Ktn said... Sunday, April 17, 2011 7:15:00 PM

Kalaulah Najib tu anak jantan bertarung lah secara adil. Jangan habiskan duit rakyat dengan gunakan jentera kerajaan sepeuhnya. Keadilan akan tertegak juga akhirnya. Peralihan kuasa akan berlaku juga pada PRU 13. Rakyat semakin cerdik berpolitik. PUTRAJAYA akan di tawan. Biar Najib dan kuncu2 nya DEMAM....

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 9:08:00 PM

BN dh menang diserawak, Muhidien dan konco2 terbang ke Negara China, ha..ha..ha...

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 9:37:00 PM

Pada saya, orang kampung tidak bodoh. Cuma mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan adil. Pemikiran mereka hanya dicorak oleh media arus perdana. banyak kebenaran dan kebaikan pemerintahan kerajaan pakatan rakyat di semua negeri yang dikuasai tidak sampai kepada mereka.

Hari2 mereka disogok oleh media arus perdana bahawa pakatan rakyat huru hara dan semua yang buruk2 tentang pakatan rakyat. Rakyat di bandar mempunyai capaian internet yg baik dan banyak maklumat alternatif sampai kpd mereka. Mereka tidk mudah ditipu hidup2 oleh media arus perdana yg jelas dimonopoli oleh UMNO BN APCO YAHUDI.

Anonymous said... Sunday, April 17, 2011 9:44:00 PM

org bandar tolak BN. org luar bandar tolak PR...ni kes Srwak....org Semenanjung pula mcm mana PRU 13 nanti? ada formula tak nak tolak UMNO/BN atau nak tolak PR? TPM Mahyuddin kata org luar bandar tolak PR sbb isu jam Omega..

nama aku din said... Sunday, April 17, 2011 10:17:00 PM

lepas ni untung ler org sarawak, dpt wifi percuma seluruh sarawak!!

kah kah kah....
kui kui kui......

nama aku din said... Sunday, April 17, 2011 10:18:00 PM
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Monday, April 18, 2011 1:20:00 AM

Pada saya bukan soal orang kampung atau bandar. Yang penting ialah ilmu. Pada saya kalau kat Pahang ni contohnya, bagi orang muda yang mendapat pendidikan tinggi, mereka kebanyakannya memang penyokong PR. Ilmu bukan hanya boleh dapat melalui pendidikan tinggi sahaja tetapi juga melalui pengalaman hidup dan pergaulan. Sebab itu golongan muda yang berasal dari kampung yang tahap pendidikan 'biasa2' aje tapi diorang lebih terbuka dan berilmu jugak. Mereka ni tak boleh ditipu, digula2kan dan diugut.

Disebabkan itu dikalangan orang kampung dan juga kebanyakan orang Melayu (termasuk juga yang diatas ni) menganggap Umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah Umno.

Saya rasa kalau kita nak PR menang, golongan muda perlu agresif memberi penerangan (ilmu) kepada orang2 ini. Ini pun ibadah sebab "barangsiapa yang berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah akan dibalas baik oleh Allah dan begitulah jika sebaliknya"

Kalah atau menang adat perjuangan. Yang penting adalah jalankan amanah "hablum minan nas"

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 10:12:00 AM

kalau nak pr menang senang ja.. pimpinan pkr jangan main betina mahu pun jantan.. pas kena jadi pemimpin dalam pr bukannya di pimpin terutamanya oleh dap.. orang pun dah muak dengan umno.. tapi pr pun x lebih baik gak dari bn..huhuhu

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 10:26:00 AM

koi dok perati orang yang dok sokong bn ni orang kurang maklumat..dan golongan saluran 1

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 10:37:00 AM

kamek nak tabik spring sama itu PAS , walaupun sik menang dia tak hilang duit deposit bukan macam itu supp,,,kamek caya sama itu PAS

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 12:20:00 PM

Walaupin pkr kalah teruk,selepas berhempas pulas berkempen tapi tetap menang dihati penyokong2nya. Pada penyokong2 pkr, bn tetap kalah walaupun hakikatnya menang 2/3.

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 12:23:00 PM

Pakatan Rakyat sepatutnya menang, tapi kegagalan memahami sensitiviti rakyat khususnya Orang Melayu dan Islam serta Orang Iban sebagai golongan peribumi terbesar, menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa ditolak dengan hati yang pedih. Pengumuman Datuk Seri Anwar terhadap bakal Ketua Menteri Sarawak, Baru Bian dari golongan Orang Ulu telah memakan diri. Baru Bian mewakili golongan minoriti tetapi mengapa dia yang harus dinobatkan sebagai ketua Menteri? Bukan Orang Melayu atau Iban? Inilah silapnya DSAI. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat harus lebih memahami sensitiviti rakyat jika mahu memenangi PRU akan datang.

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 12:28:00 PM

BN menang kerana sentimen agama mengatasi kebencian terhadap Taib Mahmud. Taib Mahmub bila-bila masa boleh dipencenkan sama ada oleh Allah atau rakyat. Tetapi jika Orang Melayu dan Islam kehilangan kuasa, bukan mudah untuk mengembalikannya. Demikian pandan beberapa orang rakyat Sarawak. layari http://monatenom.blogspot.com/

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 2:42:00 PM

yang aku heran tu cam ne PAS bulah kalah kat area melayu...

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 4:26:00 PM

hack je spr tu biar system dia rosak...padam kan semua nama2 pemilih yg mereka atur tu biar semua org daftar semua la hahahaha...undi pos tk boleh caya...sepatutnya org dlm kerajaan tk perlu undi...kalau nk undi g ambik cuti, g undi kat kawasan dilahir kan hahahaha..

Anonymous said... Monday, April 18, 2011 8:11:00 PM

PKR menang?
Menang apa?
Menang TAHI PALAT laaa!

abu idris said... Tuesday, April 19, 2011 8:55:00 AM

Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular Warisan Penjajah Kafir Laknatullah Lord Reid ke Jalan Perubahan Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah.

Ar Rayah World News http://ibnuyassir.blogspot.com/

Anonymous said... Tuesday, April 19, 2011 11:25:00 AM

bermula =0 pas tu =8 pas tu 15 pas tu pasti 23. ==081523 untuk 6D minggu ini.hidup PKR

 
Top