pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bantahan Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif Rare Earth Di Gebeng Kian Memuncak Selepas Kenyataan Panas MB Pahang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN, 1 April - Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di G...
KUANTAN, 1 April - Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu. Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai. Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau.


Rakyat sudah tidak tahan dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang


Bersemangat, generasi muda tidak mahu rakyat jadi tikus makmal
Visual kurang memuaskan kerana cuaca panas terik semasa rakaman

Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN


[Walau bagaimana pun program berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Pihak polis termasuk anggota trafik juga berjaya mengawal lalulintas dengan baik di sepanjang jalan hadapan masjid tersebut. Selepas ceramah, orang ramai memegang sepanduk bantahan dan berdiri disepanjang jalan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya yang lalu disitu. Sesungguhnya rakyat merasa bertanggungjawab untuk membantah projek yang jelas memperjudikan nasib rakyat ini sebenarnya. Difahamkan, banyak lagi himpunan bantahan akan dijalankan selepas ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu itu. Syabas diucapkan kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada anggota polis yang mengawal keadaan dengan baik. Selamatkan Rakyat Kuantan!].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 7:20:00 PM

kalau itu plojek talak jadi, itu lu punya komisen talak lapat laaa tok nan....

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 7:58:00 PM

aku risau juga sbb adik-beradik & sedra mara aku ramai kat kuantan tu..takut terkena radioaktif..

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 9:37:00 PM

sudah sudahlah berpolitik...yg berdemo bukannya rakyat, tetapi PAS, biasalah tuu...dulu buat putrajaya pun dia org demo...la ni kalut nak takluk putrajaya pulak...pigidah..

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 10:07:00 PM

ADALAH DISAHKAN KEHEBATAN PAS SEMEMANGNYA BERDEMO DAN BERCERAMAH SAHAJA MANAKALA PKR MELIWAT DAN MENZINA

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 10:54:00 PM

anon 9;37 jadi pas tu bukn rakyatlah,apa ke bangang kau bercakap ni...

Anonymous said... Friday, April 01, 2011 10:57:00 PM

anon 10;07 jadi BN pulak apa,rompak harta rakyat,hahaha....

al-Kuwantani said... Friday, April 01, 2011 11:16:00 PM

helo Anonymous umno, nanti awok buat rumoh kat gebeng tapak projek tu ye...bawok sekali lah mok ayoh awok..anok bini, adik beradik, aki, wan aweok..puok kabot awok. ajok juga mb nan tu...nok ke?

anti-nuklear said... Saturday, April 02, 2011 12:47:00 AM

ni bukan isu politik..ini isu keselamatan rakyat..allah dah tunjuk bahana kesan radioaktif pada penduduk jepun masa tsunami baru ni, takkan adnan yaakob tak nampak2 lagi...kalau kata tak bahaya buatlah kilang tu belakang rumah adnan yaakob, baru dia tahu..kami penduduk kuantan dan pahang tak kan redho sampai akhirat andainya anak cucu kami menjadi mangsa kesan radoaktif akibat perbuatan jahanam kerajaan BN!!

Anonymous said... Saturday, April 02, 2011 6:55:00 AM

memang penyokong umno ni ramai yg bangang.

bila ada bantahan je . itu pasti org pas.

he bahlol.. aku bukan org politik tp aku org pahang. aku tak nak kampung aku musnah dek kerakusan pemimpin umno ngok ni.

Najmi said... Saturday, April 02, 2011 10:20:00 AM

Ini bukan cerita putraja bodoooo. Ini cerita radio aktif.
1. Hanya china yg ada logi rare earth. Kenapa negara dunia tolak rare Earth. Mungkin kerana bantahan PAS kot... He.. He..
2. Kenapa sehingga hari ini kami minta DEAI (laporan detail kesan alam sekitar)laporan itu gagal dikemukakan.
3. Kita ada pengalaman ngeri rare earth bukit merah di perak. Mati, kecacatan bayi, keguguran bila kilang rare earth beroperasi.
4. Bahan itu dilombong di Australia. Diangkut ke Malaysia sejauh 1,500km. Kenapa Australia sendiri menolak bahan itu di proses di Australia. Mungkin PAS Australia bantah
5. Ini bukan isu politik. Ini soal keselamatan kami akan datang. Kalau terjadi perkara buruk, PAS, PKR, UMNO, DAP, BN semua akan kena
6. Pada anomymous, jangan kerana perbezaan politik kita bertindak seperti orang bodoh. Jangan biarkan pemikiran anda diliwat oleh kebodohan anda sendiri

Anonymous said... Saturday, April 02, 2011 2:29:00 PM

PAS itu bukan rakyat...tetapi hanya parti politik bertopengkan Islam yang memecahbelahkan rakyat, bersekongkol dengan peliwat dan penzina, demi meraih undi...itulah PAS

Anonymous said... Saturday, April 02, 2011 7:25:00 PM

jadi BN bkn rakyatlah...ttpi hanya parti politik,yg hanya ingin merompak harta rakyat,makan rasuah,fitnah,membunuh,menipu rakyat demi meraih undi..itulah BN[babi negara]

Anonymous said... Sunday, April 03, 2011 6:32:00 AM

Bagi BN, kalau pasal duit semuanya jadi. Rakyat? Pegi jahanam la korang.

Anonymous said... Sunday, April 03, 2011 12:40:00 PM

Sabar ....sabar.....bawa bertenang sedara2 semua...,kalau nak berdebat tolong lah JANGAN guna BAHASA KESAT......TQ

Anonymous said... Monday, April 04, 2011 1:33:00 PM

kilang ni dok kat rumoh aku bukang kat rumoh mu,meh mu duduk kat sini kalu nok rase...tapi mu memang tok berani punyer...kalu cacat anok org bukang anokmu...tu yang mu sokong sangat...kalu sakit bukang mu org lain mu peduli mende...

 
Top