Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: 'Kecoh' Di Himpunan Aman Bantah Lynas Hari Ini, Ramai Yang Kecewa Polis Gagal Tangani Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan !

KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit. Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu. Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan sahaja pemimpin Save Malaysia Stop Lynas yang dikasari mereka, malahan wartawan yang mengambil gambar insiden tersebut turut diugut serta dikasari mereka. Hingga ada terdapat seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina dikejar dan kameranya cuba dirampas oleh kumpulan terbabit. Ini sesuatu yang cukup memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.


Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas

Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini

Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit

Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan

Lelaki berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali
Namun, pihak polis hanya memandang dan cuba meleraikan keadaan tanpa mengadakan sekatan seperti apa yang dilakukan terhadap peserta demontrasi aman bantah Lynas di pejabat DAP , Jalan Beserah (foto bawah) baru-baru ini. Dalam kejadian itu, empat orang aktivis telah ditahan polis untuk siasatan dan diarahkan melapor diri ke IPD Kuantan pertengahan bulan Jun ini. Mereka bukan sahaja digari, malahan dimasukkan ke dalam trak polis yang sudah disediakan. Polis bukan sahaja memantau malahan turut mengadakan benteng untuk menghalang orang ramai. Tetapi anehnya apa yang berlaku di Teluk Chempedak semalam dan hari ini jauh berbeza. Pihak polis seolah-olah merelakan apa yang dilakukan oleh penyokong kerajaan tanpa sebarang tangkapan. Sedangkan ada diantara mereka yang begitu lantang mencabar dan mengherdik pihak polis itu sendiri. Malahan semalam, OCPD Kuantan sendiri telah diherdik oleh seorang pemimpin UMNO yang merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Soalnya, kenapa pihak polis tidak bertegas dalam mengawal keamanan dan keselamatan mereka yang telah diundang oleh kerajaan sendiri untuk bersama dalam mesyuarat Lynas itu di Hotel Hyatt.


Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang
ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini

Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan
untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari?


Kenyataan kekecewaan oleh ADUN Teras akibat kekecohan di Hotel Hyatt
Paling menyedihkan ialah apa yang berlaku seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pihak polis. Hinggakan salah seorang pemimpin pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk bersama dalam mesyuarat dengan IAEA itu sendiri pun telah dihalang dan diperlakukan sedemikian rupa. Beliau bukan sahaja dihalau oleh penyokong kerajaan, malahan pihak Hotel Hyatt sendiri begitu berani melakukan tindakan yang sama. Pemimpin terbabit ialah YB Chong Siew Onn (ADUN Teras), yang mewakili parti DAP. "Saya telah diundang secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, namun kenapa kami dilayan sedemikian rupa?. Saya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana jelas mereka telah gagal memainkan peranan untuk memastikan keselamatan kami yang diundang oleh kerajaan Malaysia itu sendiri", kata Chong. Tindakan melayan pihak berkenaan sedemikian rupa seolah-olah menunjukkan kerajaan kini begitu takut untuk menghadapi suara rakyat.

[Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu. Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan. Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?. Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras. Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya].

26 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

hehehe..bru tau..ingt geng2 korang jer leh demo sini demo sane....!!skrg dh ada lawan,awat lak nk repot2 nye.same2 lawan laa...!!!time org pdai sgt mgata.cermin dulu diri sndiri,bru tgk org laen!!!STOP FITNAH PKR!!START LYNASS!!!

Anonymous said...

bodoh betollah nko nih...nanti alat sulit nko tumbuh tanduk sebab radiasi kilang LYNAS br tau...time tuh nangis pon da xguna wahai penjilat...

Anonymous said...

DOUBLE STANDART.. DATUK KP TAK TAU NAK JAWAB APE

Anonymous said...

kena lg polis.... polis patut jadi betul-betul bebas...

Anti Orang Bodoh said...

Nampaknya rakyat pahang perlu turun lebih ramai lagi membantantah Lynas. Kalau boleh 100ribu orang....Spesis yang menyokong pembinaan Lynas merupakan golongan bodoh. Jangan biarkan orang tolol dan bodoh ini menghalang kita. Kesihatan dan keselamatan genarasi kita lebih penting daripada kita melayan kerenah Pekida dan Perkasa. Mereka tidak ada apa-apa kecuali hanya bergantung kepada Umno BN dan bantuan polis. Spesis ini akan pupus jika Umno BN kalah dalam PRU 13 nanti.

Anonymous said...

anon 546 yaaa...betul....

Anonymous said...

Polis berat sebelah ? he...he..he..

Tunggu tawkey bawak duit dalam bag. Polis nak duit ke nak bergasak dengan orang anti-Lynas ?

Jangan risau polis-polis UMNO Baru...., duit akan sampai. jangan belasah orang kompong nanti duit masuk dalam mahkamah nak bayar saman pulak. Melepas....

Hdee...hee..he..polis Malaysia...duit malaysia...1 Malaysia....

Anonymous said...

baju oren tu POLIS menyamar

Anonymous said...

Ya Allah,andai tiada upaya kami menghalang pembinaan kilang Lynas ini,kami memohon keampunan dan rahmatMu memelihara keselamatan kami dan keluarga kami yang tidak bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut dan kami mohon dengan keagungan dan kebesaranMu ya Allah agar ditimpakan bala racun dari kilang tersebut hanya ke atas mereka dan keluarga mereka yang menyokong pembinaan kilang tersebut terutama yang telah bertindak kasar terhadap kami sewaktu perhimpunan bantahan ini.Amin.

Anonymous said...

balik rumah n study balik pasal rare earth...asik maki hamun org jer...bodoh la, bangang la...da pndi sngt ke nak kater kat org macam 2...kawe xpnh dgr Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal lynas dalam khutbah jumaat kat kota bharu...Fuziah ngan Wakil PAS sorang 2 je yg bising...pemimpin besar deorg xpenah ckp pun pasal ni..hmmmm..korang analyze data guna ilmu sendiri mane cukup...g amik master or PHD dalam material engineering...pas2 research...ini ckap mengalahkan orang laen..berlagak macam tau sume...cukup2 la menyumpah...xelok..kene kat diri balik nnt..klu islam , yg asas 2 paham la bro...bawak name islam kat sini, ayat mengalahkan kapir

Anonymous said...

Senyum! Anda di Youtube :)

http://www.youtube.com/watch?v=AfKm1kflzNo&feature=youtu.be

Anonymous said...

Puak2 Melayu bangang ni mana faham erti demokrasi,sebut je reti.asas kebebasan bersuara atau setidak2nya keluarkan pendapat pun puak2 ni tak reti.Org tak melawan bukan sebab takut tp hormat demokrasi.Kalau berani sgt,ngapa duduk bwh ketiak polis?Inilah jenis bangang yg bodoh tak boleh diajar,cerdik tak boleh diikut.Ini la didikan UMNO buat Melayu bodoh n senang nak kuda.

Anonymous said...

APA YG BERLAKU ADALAH SATU HIKMAH, KITA PERCAYA UMNO AKAN HILANG UNDI KAUM CINA DINEGERI PAHANG DLM PRU13, MCA PUN BERANI MEMBUAT BANTAHAN TERHADAP ISU KEMANUSIAAN.

Anonymous said...

SEDIH TENGOK DEMO ANTI LYNASS DIPELAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA,INILAH WAJAH2 1MALAYSIA YG DICANANGKAN..NEGARA DEMOKRASI TP BILA NK BERSUARA DITINDAS DAN DIBELASAH HABIS2AN..WAHAI RAKYAT YG PUNYAI MATA HATI LIHATLAH APA YG BERLAKU SEMASA DEMO ANTI LYNASS,ADAKAH INI YG RAKYAT MAHU???FIKIR2 LAH WAHAI RAKYAT PAHANG.........

Anonymous said...

rakyat pahang tunggu masa jer..meluat dan bosan dah tengok perangai depa tu..ade kuasa sikit dah eksen..haha..hebat sangat la tu..la ni korang belagak la tgk nanti dah miskin makan bijih besi la

Anonymous said...

hehe...Lu Langsi ya! Lu tau nanti.

Anonymous said...

Provokasi yang dilakukan oleh puak pro Lynas itu adalah tindakan untuk menghuru-harakan keadaan.

13 mei 1969 dulu siapa yang mulakan ? Puak ini sudah terdesak. Mereka ada hanya isu perkauman tapi tiada sambutan dari orang melayu. Orang melayu bertambah mesra dengan DAP. Orang india bertambah ramai menyokong PAS. Strategi mereka gagal.

Menteri Besar Pahang adalah ketua kerajaan negeri yang hampir muflis. Rasuah dan ketirisan membuatkan hutang lebih banyak dari pendapatan. Mereka tiada pilihan lain kecuali membenarkan kilang racun didirikan dalam negeri pahang bagi mendapatkan sumber pendapatan.

Itu sebabnya mereka berkeras mempertahankan kilang itu agar terus beroperasi. Jika dihentikan mereka terpaksa membayar ganti rugi duit yang telah mereka ambil terlebih dulu.

Mereka sengaja cari pasal agar ada yang luka parah... dan itu akan memberi kelebihan pada mereka untuk bertindak lebih ganas lagi dan mereka pula akan dilindungi oleh polis.

Perlu diingatkan bahawa polis yang ada disekeliling kita hari ini adalah baruah UMNO Baru. Jangan percaya pada kewibawaannya sebagai polis tapi kita kena melihat mereka sebagai samseng upahan. Bersedia untuk mempertahankan diri dari kezalimannya.

Anonymous said...

Aku penyokong PAS, demi masa depan rakyat, aku tetap bantah Lynas. Stop Lynas, tak kira radiasi tu banyak ke sikit. Radiasi bukan perkara main2.

Fuziah bukan sorang2 memperjuangkan perkara ini. Ada ribuan rakyat Pahang menyokong mu. Biarlah, blogger UMNO begitu celupar kata Fuziah gila lah meroyan lah cari glamour lah... mudah2han gila tu pergi balik pada mereka.

Anonymous said...

ribuan..?puluhan je bang....

Anonymous said...

kalau kita ni sayang kat UMNO/BN ibarat macam kita sayang pada isteri la.... "Sayangkan isteri tinggal tinggalkan"
Jadi kite tinggalkan "isteri" kite yang dah lame/tua nyanyuk tu.... bukan kita tak kenang jasa "isteri tua" tu, jasa dia tetap ada.
tapi skang dah tak relevan....
Tak salah cerai talak 3 pun, bukannya kite nak rujuk balik ngan isteri tua ni, dah usang/nyanyuk....
Merapu tak tentu pasal.....

Pikir-pikir laa......

Anonymous said...

GO AHEAD LYNAS!

Anonymous said...

Projek massyukk, itu sebab beria2 nak teruskan, semua orang faham

Anonymous said...

TERKINI
Arab Saudi rancang bina 16 reaktor nuklear
01/06/2011 3:27pm

DUBAI 1 Jun - Arab Saudi rancang bina 16 reaktor nuklear menjelang 2030 yang menelan belanja AS$100 billion, lapor akhbar tempatan yang memetik pegawai tinggi pentadbiran negara berkenaan.

Pengeksport minyak mentah utama dunia itu kini menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menimbangkan menggunakan reaktor nuklear sebagai penyelesaian.

"Selepas 10 tahun kami akan mempunyai dua reaktor yang pertama,” kata Abdul Ghani Melaibari, penyelaras kerjasama saintifik di Bandar Raja Abdullah bagi Atomik dan Tenaga Diperbaharui kepada Arab News.

"Selepas itu setiap tahun dua reaktor akan dibina dan menjelang 2030 sebanyak 16 buah akan siap,” katanya. - Reuters

Anonymous said...

akibat loji nuklear jepun telah menjadi salah sebuah negara yang boleh dijadikan contoh kepada semua.

Anonymous said...

korang tak tau ke polis-polis tu cari makan.nak tak nak terpaksa ikut je arahan bos diaorang...kesian polis.sampai bila dikudakan mcm tu pun aku tak tau..

Anonymous said...

Samseng tahik kucing!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]