Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


May 24, 2011

Terkini: Sah, Pesuruhjaya PAS Pahang Serta Naib Presiden PAS Pusat Akhirnya 'Setuju' Bertanding Timbalan Presiden Pada Pemilihan Parti Jun Ini !

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Pesuruhjaya PAS Pahang dan juga Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini mengesahkan bakal bertanding jawatan Timbala Presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini. Dato' Tuan dalam terdahulu berkata dia telah menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22 Mei 2011. Difahamkan dia telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan. Walaupun telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa dia lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerjanya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar. "Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan", kata satu kenyataan medianya hari ini.

[Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkannya. "Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama. Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam", tambah beliau lagi. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Tuan atas keputusan yang amat dinantikan oleh akar umbi PAS itu. Semoga beliau akan memenangi jawatan tersebut bagi menaikkan lagi imej negeri Pahang selepas ini].

20 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Macam ni punya gaya memang pemimpin 'Mesra UMNO' akan kekal sebagai orang no 2 PAS. Kalau ditakdirkan Allah TGHH dipanggil Allah, bermaharajalelalah Si Mesra UMNO seperti zaman Datuk Asri, walaupun jawatan Mursyidul Am dan Majlis Syura wujud.

Anonymous said...

Mesra UMNO apa salahnya. Tapi lebih baiklah bubarkan PAS dan semua ahlinya masuk UMNO. Saya BUKAN ORANG MELAYU, tapi secara jujurnya saya lebih suka dan 'selesa' melihat PAS berbaik dengan UMNO berbanding PAS 'bersebadan' atau menghalalkan 'persetubuhan' dengan DAP.

Anonymous said...

anon 3:44,

ko ni bangang ke ape..? UMNO ngan MCA tu ape benda lak..??

xpayah la nak ckp ko bukan org melayu...pada hakikatnya, ko malu nak ngaku kan sebab Melayu dah habis kena tipu ngan UMNO lebih 50 tahun...

insafla...cukup2la makan harta org...UMNO patot dikuburkan pada election akan dtg..aku akan kempen mati-matian utk hapuskan UMNO musibat...

Anonymous said...

hihhihi... Langau.. Oh! Langau... Buat apa PAS nak join Umno.. Umno kan parti lemah.. Dah la lemah duk asyik fitna org jer..
DAP di Malaysia asalnya pecahan parti gerakan.. Kumpulan yg keluar Gerakan kerana tak bersetuju dgn pemimpin parti yg memulakan provokasi yg mengakibatkan peristiwa 13 Mei..
Kalau kita bandingkan antara corak pemerintahan Gerakan dan DAP di penang.. Jauh lebih bagus DAP..
DAP tak disukai org Melayu kerana difitnah dan ditakut2kan oleh Umno selama ni..
Kalau kita lihat ramai pemimpin DAP dah membuktikan kewibawaan.. Contohnya guan eng dan lim lam tye.. Yg org Melayu sendiri mengakuinya..

Anonymous said...

Kalau nak sebut DAP dan GERAKAN, jangan 'ketepikan' PAP. DAP itu apa? Asalnya apa dan PAP itu pula apa? Orang yang tidak buta sejarah pasti tahu akan jawapannya. DAP dan PAP hampir tiada bezanya. Kalau orang kata DAP tidak disukai oleh orang Melayu kerana hasutan UMNO, bermakna orang itu adalah pengkhianat dan pembohong besar. Jangan lupa sejarah..suatu ketika Lee Kuan Yew (PAP) sampai berbaju Melayu dan bersongkok ketika berkempan untuk mendapatkan sokongan dan mengambil hati orang Melayu. Maka kerana sokongan orang Melayu juga, PAP hingga hari ini masih memerintah Singapura. Kemudian ketika PAP berasa sudah terlalu kuat maka berkatalah lagi Lee Kuan Yew...dia meminta orang Melayu agar MELONGGARKAN pegangan dan anutan terhadap agama (agama Islam tentunya). Kini Guan Eng pula sampai-sampai boleh 'berassalamualaiku' dan 'alhamdulillah' kepada orang Melayu (Islam). Apa semua ini??

Seperkara lagi, kalau nak persoalkan atau nak bandingkan ikatan UMNO/MCA dengan 'persetubuhan haram' PAS/DAP, rasanya budak2 sekolah rendahpun boleh jawab. Ada sesiapa yang pernah lihat/dengar ada pemimpin MCA yang secara terbuka mencabar untuk dilangkah mayatnya dalam usaha untuk mjenentang konsep negara dan pentadbiran Islam????

Anonymous said...

aku tau puak2 MCA mmg tidak sebut begitu sebab pemimpin MCA dah cukup kenyang dgn kekayaan.. itu la dia jadi pak turut tu..
Tapi dlm sejarah kau jgn lupa langau.. peristiwa 13 Mei berlaku adalah disebabkan oleh Parti Gerakan.. Gerakan tu kawan sapa??? Pakatan ker??? lepas menang di Parliment BB mereka berarak di jln TAR sambil melaungkan pelbagai cercaan utk org Melayu.. kemudian diapi2kan oleh puak2 india dari brdfield yg berarak.. malah ada yg berbogel.. pergi ke arkib negara.. gambar2 ni masih ada di simpan di sana...
Soal PAP.. aku nak tanya kau.. salah sapa menyerahkan singapura ke Kuan Yew??? bukan kerja org Melayu yg berdarah Umno??
Kau dah pergi ke Singapura ker langau?? setahu aku keistemewaan org Melayu di Singapura tak pernah diabaikan pemerintah, antaranya Pencen untuk warga tua diberikan tanpa mengira bangsa.. Malah org Melayu masih digelar bumiputera di Singapura dan mendapat banyak faedah.. antaranya koata pembelian rumah dan diskaun 7% masih ada sampai hari ni.. di Malaysia yg dipimpin org Melayu mana pergi semua semua tu???.. di Singapura majoriti penduduknya org Cina.. tapi dr 80 Parliment PAP mempunyai lebih 20 wakil melayu.. walaupun kawasan tu majoriti cina..
Program 1Malaysia yg diperkenalkan Najib jelas dan nyata mengetepikan hak dan keistimewaan org Melayu.. yg paling dpt faedah sapa?? mana perginya ekuti 30% bumiputera tuhh... skrg sapa yg untung??? cina dan bangsa lain kan??? sapa yg buat??? UMNO kan???
Satu lagi org2 Melayu singapura semuanya mewah dan berpendapatan tinggi.. tak pernah bersunggut dalam hal tu.. aku nak tanya kau langau... pernah tak org Melayu di singapura merunggut dgn pemerintah?? yg merunggut cuma Media Malaysia je yg saja mencipta cerita utk menakut-nakutkan org Melayu Malaysia.. hakikatnya takde apa2 pun.. (Buat pengetahuan isteri aku org singapura.. dia selalu puji pemerintahnya)
satu lagi.. Malaysia mempunyai 222 kerusi parliment.. 145 kerusi di kuasai org Melayu/Islam (termasuk 78 wakil Umno).. selebihnya dikuasi Cina, Bumiputera Sabah/Sarawak dan India.. agak2nya la, ada can ker Cina nak memerintah Malaysia.. sebab dah menjadi amalan dlm pilihanraya di Malaysia.. melayu akan melawan melayu dan cina akan melawan cina..
tetapi ternyata Pakatan Rakyat telah berjaya menambah kerusi Melayu di beberapa kawasan yg dulu dikuasai Cina dan India dlm PRU12.. contoh kursi bandar Tun Razak.. dulu wakil MCA Tan Chai Ho.. skrg Tan Sri Khalid PKR.. Hulu Selangor dulu Palanival (MIC) kalah kpd Arwah datuk Zainal.. (Skrg Kamalnathan - MIC)..
Malah dalam perlembagaan kita.. hanya Islam sahaja yg boleh jadi PM.. cuma sekali jer undang2 itu dirogol Umno iaitu dgn melantik Lim Leong Sik jadi pemangku PM sewaktu Umno diharamkan.. dah lupa ker??.. nasib baik pelembagaan tu kebal.. kalau tak mungkin sampai skrg Lim Liong Sik masih jadi PM malaysia gara2 Umno.. masa tu dah takde Melayu ker dan kenapa madsa tu taknak ajak Pas join Umno dan melantik org Pas jadi PM.. nampak sangat Umno skrg dah nak tersungkur.. itu la sebabnya.. Pergi mampos la Umno..
dan aku nak ingatkan pada kau.. jgn cuba bodohkan org Melayu dgn fitnah dan tohmahan yg korang ciptakan.. takde sape yg percaya pun.. kalau la hari tu si Anwar tu memilih Umno selepas dia keluar penjara tu.. confirm ko jilat lubang bontot dia.. BETUL TAK??
hahahahahaha...

*ps... apa cerita menteri rogol amah.. apa cerita menteri kanan keluar dari hotel sambil berpelukan dgn penyayi lelaki terkenal.. siap kasi kereta Hummer lagi... apa cerita Altantuya.. apa cerita org kuat parliment Umno bersekedudukan dgn artis terkenal sebelum mereka bernikah..?? ko nak aku bongkar satu satu... aku ada bukti tau langau.. tapi menda ni bukan budaya kami di Pakatan.. ni kan budaya Umno.. betul tak??

Anonymous said...

PADA PANDANGAN SY, PILIHLAH MAT SABU . BIAR BARISAN DEPAN PAS DIANGGOTAI OLEH ULAMAK DAN PANGLIMA SEPERTI ZAMAN RASULALLAH SAW. BARU LA MANTAP.

Anonymous said...

Namanya saja kok udah MAT SABU...Apa nanti kerjanya kok ngedar syabu? Serampang dua mata...sambil ngedar syabu ya sambil terus tembangkan lagu songsang....

Anonymous said...

Cerita video seks doh nak layu, cerita lynas tengah top, cerita rege minyak R95 dirasionalkan 2 POSEN JEE..JEE! Guane Pokcik&Mokcik d felda kita pakat isi minyak sawit jee barulah "BARISANG NASIONAL"

Anonymous said...

Salam buat Anon 8:22:00 yang dirahmati Allah.
Sebagai warga Singapore, saya amat terkilan dan kesal dengan komen sdra. Saya langsung tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara anda, akan tetapi apabila ada komen yang bertentengan dengan fakta sebenar mengenai negara kami, itu adalah sesuatu yang sama sekali tidak dapat diterima.

Mengapa sdra seolah sengaja menafikan fakta bahawa kedudukan orang Melayu di Malaysia sebenarnya lebih baik malah amat bertuah berbanding kami orang Melayu di Singapore? Malah dalam menjalani hidup sebagai orang Melayu/Islam, kami berasa bahawa sentiasa ada tekanan walaupun tidak secara nyata. Sdra sepatutnya berasa bertuah dan bangga menjadi warga Melayu di Malaysia. Sekiranya diberikan pilihan, kami sebenarnya bersedia untuk menjadi warga malaysia! Saya berharap dan meminta agar sdra lebih berhati-hati pada masa-masa akan datang.

Anonymous said...

Choo chooo Anon 8:22:00 PM...
MCA tak bising sebab perut dah kenyang ka?
Memang betul pun.. 'Gendang gendut tali kecapi, perut kenyang senang hati'...
So yang ko ni sampai dok pungut script dari lobang tandas, then ko bawa melalak melolong sampai kacau orang nak tido ni kenapa...?
Fasal tak puas dan tak kenyang lagi melahap najis dan kahak pekat ka?

Bukan UMNO said...

Ya Melayu Singapura yang teringin nak jadi warga Malaysia, fikir dulu... Melayu di Malaysia lebih indah khabar dari rupa.

Kalau di Malaysia, kalau kena tahan dilokap ... silap-silap keluar dah jadi mayat,

Kalau disoal siasat terutama di SPRM... silap-silap tubuh terbujur kaku ada di tanah.

Betul ke kau Singapura, macam UMNO je.

Kau wajar menonton Filem Pendekar Bujang Lapok, kemudian pergi tanya S. Shamsudin kenapa dia kata UMNO = Sarkis. Kalau memuaskan kau boleh beratur di Konsulat Malaysia untuk mohon warganegara.

Anonymous said...

MAT SABUL......kekekek

Anonymous said...

UMNO ka PAS ka.......sama saja.....politkus..........lebih baik independent.....

Anonymous said...

aku tetap pilih tisu, sebab tisu saja yg boleh bantu mengelap....huhuhu!

Anonymous said...

Anon 8:22:00 PM...
Lantak ko la nak cakap apa.. Mu nak terjun dengan labu-labu mu pun siapa kesah? Kalau mu nak panjat pokok kelapa ke pokok taugeh ke nak tinjau puterajaya, mu buat la apa yang mu rasa patut. Cuma jangan terlalu berangan nanti anak bini mu meratap tak sudah.

Anonymous said...

aku setuju ngan ko.......ada ku kesah......umno ka pakatan....bukan bayar gaji aku....pegi mampus la.....bongkar je lerrrrrrrrrrrr........hahahaha....seronok tengok melayu ngan melayu....cina...tepuk tangan....

Anonymous said...

anon May 25 10:04.00 AM..
Jgn jadi org tak berpendirian..
Politik amat perlu dlm penghidupan kerana ia adalah peperangan aman untuk mengulingkan pemerintah zalim..
Utk warga singapura tu.. Awak jgn la nak tipu kat sini.. Aku baru balik singapore.. Masa pilihanraya aku kat sana.. Majoriti org melayu di sana adalah penyokong kuat PAP dan aku rak payah nak ulas kenyataan kau tu.. Mmg kau penipu..!!!
Sebenarnya warga Melayu di singapura hidup dgn segala kemewahan.. Kalau ada Melayu yg bersungut macam kamu tu... Saya pasti kamu bukan org singapore.. Melayu singapore dilayan dgn baik oleh pemerintah.. Dulu org ada cakap kat singapore tak boleh azan pakai speaker.. Sebenarnya bohong belaka.. Dari subuh sampai Isya mereka bebas gunakan speaker utk azan walaupun di kawasan Cina.. Betul tak???

Anonymous said...

ada ku kesah..........tak kesah pun....kekekekeke.........

Anonymous said...

Kalau anwar jadi 'dewa' dan dan dia lantik ko jadi timbalannya, pun ko tak nak ke?
Hehehehehe...


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter