PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, June 29, 2011

Ceramah Mat Sabu dan Tian Chua Di Putra Balok Malam Tadi Dapat Sambutan Yang Menggalakkan, Ribuan Rakyat Hadir Bersama Berikan Sokongan

KUANTAN, 29 Jun - UMNO BN Pahang bakal berhadapan dengan laluan sukar untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota daripada pembangkang pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Ini berikutan, sokongan rakyat kini semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. Isu-isu panas yang berlaku mutakhir ini jelas sekali menyebabkan rakyat terus hilang keyakinan kepada BN. Malah, penolakan rakyat itu dinatijahkan dalam ceramah umum yang diadakan. Terkini, ribuan rakyat telah hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu (foto) dan Naib Presiden PKR, Tian Chua di Putra Balok dekat sini malam tadi. Sesuatu yang sungguh luar biasa apabila melihat begitu ramai rakyat yang hadir. Malah, mereka juga bersesak-sesak mencari ruang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua pemimpin itu tadi. Senario ini, membuktikan omongan kosong pemimpin kerajaan menerusi media arus perdana yang dikawal oleh mereka tidak sedikit pun mengubar pendirian mereka. Malah, kini semangat untuk mereka melakukan perubahan semakin membuak-buak mutakhir ini. Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu seperti biasa menyelitkan unsur-unsur jenaka untuk menerangkan motif perhimpunan Bersih 2.0. Beliau juga berharap agar pihak polis dapat berkhidmat kepada rakyat dan bukan bersekongkol dengan UMNO BN. Perhimpunan Bersih 2.0 adalah perhimpunan aman buat rakyat Malaysia untuk tuntut perubahan dalam Pilihanraya umum akan datang.


Mat Sabu dan Tian Chua juga sempat melancarkan buku skandal Lynas
Sementara itu, Tian Chua banyak mendedahkan tentang kenapa rakyat perlu buat perubahan sekarang. UMNO BN katanya, sudah tidak layak lagi untuk mentadbir negara ini kerana mereka sudah ditolak oleh seluruh rakyat. Nyawa dan hayat BN hanya diselamatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat bersikap "double standard" dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Ceramah malam tadi dilihat berjaya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari kalangan rakyat. Malah ia dilihat yang terbesar setakat ini bagi Putra Balok. Sebelah petangnya, satu majlis High-Tea telah diadakan di Markaz PAS, Taman LKNP Bukit Setongkol. Biar pun cuaca hujan ketika itu, namun orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan dua pimpinan terbabit. Program selesai sekitar jam 6.00 petang selepas semua pemimpin menyampaikan ucapan ringkas masing-masing. Syabas buat Surau Al-Ikhwan yang telah menjadi tuan rumah semalam.



[Melihat kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap ceramah malam tadi, ia mungkin sebagai petanda awal bahawa rakyat mahukan perubahan. Mereka tidak mahu lagi terus diperkotak-katikan oleh pemerintah yang zalim dan tidak memikirkan hidup mereka. Pemerintah yang gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan haruslah diturunkan secara terhormat. Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang ini. Isu-isu panas seperti kes Lynas bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang. Apa saja alasan yang diberika, rakyat tetap sudah tidak yakin dan percaya lagi kepada kerajaan. Mereka harus benar-benar berubah jika mahu terus disokong oleh rakyat].

24 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

kat mne de jual buku 2 ..ambe nk bli 1

Anonymous said...

Orang Melayu elok lah sokong DAP PKR tu kuat-kuat,supaya Pakatan memerentah.Bila Pakatan memerentah, kita boleh amalkan mitrokrasi secara serious.Kita tak perlu timbangkan lagi faktor bangsa.Kemudian nanti, boleh lah jawatan utama dalam Kerajaan di pegang oleh siapa yg benar-benar berkeboleh,jawatan pelayan pejabat ,kerani,dan tukang sapu,itu tinggalkan pada kita yang memang hanya berkelayakan untuk itu.60 ke 70 % jawatan guru juga boleh di pegang oleh orang lain supaya pendidikan negara lebih maju,sebab cik gu Melayu ni ramai yg tak berkebolehan dan agak malas.Pakatan akan naikan gaji guru,dan yg akan mendapat menefaat nya nanti ialah gulungan 60 ke 70% tersebut.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Pakatan.Aku adalah Melayu yg sudah bersedia menghadapi cabaran tapi kebanyakan ahli Pakatan yg lain tak tahu lah.Walau bagaimana pun jawatan officboy tetap menunggu.

Anonymous said...

Kesian orang C di anak tirikan,mereka ini susah-susah belaka,tak macam orang M kaya raya.Itu lah sebabnya sekarang orang Melayu berbondong-bondong menyokong Pakatan utk membantu orang C yg susah,anak-anak mereka tak belajar tinggi kerana tak ada biasiswa,orang Melayu boleh masuk U belajar dgn profesor kangkung dan mendapat PINJAMAN, ini semua tidak adil,keran orang M sudah sedia senang apa lagi perlu di beri pinjaman .

Dibandar-bandar besar yg mejoritinya didiami oleh orang C semuanya di anak tirikan tak ada pembangunan sedikit pun menyebabkan perniagaan mereka gulung tikar,rumah-rumah yg mereka beli di bandar dulunya pada harga RM 200,000 skarang jadi RM 1,000,000 saja,itu mana cukup kerana orang Melayu di kampung rumah mereka semuanya banglo besar yg beratapkan zing dan berdinding papan nilainya pun tinggi RM 10 ke 20,000,ini semua mana nak jumpa di bandar-bandar,kesian sungguh orang C.

Kita kena berkorban dan elok benar kalau berkongsi kuasa politik dgn lebih luas,jadi kita akan sama-sama buat keputusan nanti untuk membantu mereka yg susah begitu.

Saya tengok penyokong PKR semuanya kayaraya,bijak berpelajaran tinggi,kuat berkerja mencari kekayaan,jadi sesuai lah kalau mereka ini memberi simpati yg lebih kepada gulungan susah tersebut.Orang Umno mana tahu ini semua.Poraaah Umno.Hidup Pakatan.

Anonymous said...

Helo anon 2011 6:11:00 PM

Cuba cerita secara jelas, apa kebaikan dan untungnya orang melayu sokong UMNO Baru yang telah memerintah Malaysia selama 54 tahun...?

Senaraikan satu persatu kebaikannya agar kita tahu bahawa UMNO Baru itu lebih bagus dari PKR atau DAP atau pun PAS. Nanti kita boleh undi calon BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Didalam parti UMNO Baru itu berbangsa apa ? Siapa yang memerintah sekarang ? Bangsa mana yang paling merempat dalam negara sendiri ?

Sila tanyakan pada Perdana Menteri kenapa dari zaman Tun Mahathir sehingga sekarang, PM dengan TPM hanya menyewa rumah. Kenapa tidak ada rumah kerajaan khusus untuk ketua negara.

Rumah disewa macam hotel dan bil elektrik nya bernilai sehingga RM5,704 sehari. Bil air pula mencecah sehingga RM1,092 sehari sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat dalam penggunaan letrik dan air ? PM dan TPM itu bangsa apa dan dari parti mana ?

Perhimpunan Bersih tuntut pilihanraya adil dan telus, kenapa kerajaan takut pada tuntutan Bersih ? Sekarang rakyat tahu bahawa kerajaan BN yang memerintah hari ini adalah kerajaan haramjadah kerana menipu dalam semua pilihanraya.

Judi lumba kuda, magnum, toto tidak haram tapi pakai T-shirt warna kuning dihukum haram, boleh ditangkap dan didakwa dimahkamah. Memang sial sokong UMNO Baru.

Gaya ahli UMNO Baru memang kelas pertama tapi mentaliti kelas ketiga... khaak tuii

Anonymous said...

dah lama dah..dah lebih 50tahun dah..ape jadi kepada melayu dan islam di Malaysia ? contoh yg nyata :

arak,judi dan seks dihalalkan oleh umPORNO tetapi memakai baju kuning diharamkan..kah kah kah

Anonymous said...

Yee la melayu sudah bangkit sebagai bangsa yang dah maju baik ekonomi, politik dan budaya porno...
Jutawan melayu bangsa yang teramai sekali di Malaysia dibawah payung AMNO BE END :
Berikut adalah senarai Jutawan Melayu yang top di Malaysia :
1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
8. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
9. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
10. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
11. Datuk Lee Yeow Chor*
12. Lee Yeow Seng*
13. Datuk Seri Lee Oi Hian*
14. Datuk Lee Hau Hian*
15. Tan Sri Yeoh Tiong Lay*
16. Tan Sri Lau Cho Kun*

Jutawan bukan Melayu tak ramai tak sampai pun 10 orang.
1. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
2. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
3. Datuk Mokhzani Bin Tun Mahathir – RM1.6 bilion.
AMNO BE END pembela bangsa... memakmurkan ekonomi bangsa Melayu dulu kini dan selama-lamanya.
Amno be End = Rakyat Mendahulukan Pencapaian Diutamakan.

Anonymous said...

anda terlupa nak tambah nama Taib KM Sarawak sekali..dier la yg paling kayaaaaaaaaa sekali di Malaysia..kah kah kah..menantu dier cerai bley tuntut rm400juta dari anak taib..tu baru anak..kannye taib tuuuuuuuuu..lagiiii masyyyukkkkkkk !

Anonymous said...

khir toyo pula tak tau list nombor berapa,tapi 2taun jadi MB selangor dah dapat beli umah harga juta2 cash ! kah kah kah mmg btul umPORNO membuncitkan perut kroni aja..kah kah kah

Anonymous said...

Wah sungguh cerdik para penyokong PKR dan Pas,mereka kenal Robert Kouak dsb rupanya.Tentu nanti PKR dan Pas mampu mengurang kan bilangan orang seperti Kuok yg tak pandai berniaga tapi menjadi kaya raya kerana subsidi Umno dan kemudiannya pula akan menambah bilangan kaya raya sepertiahli-ahli Melayu PKR dn Pas sekarang di kalangan orang Melayu dan orang cina .Tengok saja negeri Selangor sekarang bila pakatan memerentah,betapa ramainya org Melayu sudah menjadi kaya raya,manakala orang Cina pula sudah boleh mendapat bisiswa dan sebagainya.Agenda Ekonomi PKR yg di war-warkan oleh Anwar cukup berkesan,ahli-ahli PKR Selangor sudah berjaya berdikari,dan sudah pula mampu memberi sumbangan kepada rakan PKR di negeri lain.Syabas.

Bila Selangor jatuh ketangan Pakatan Rakyat ,sedikit pun tak ada ahli PKR yg cuba-cuba mendapatkan itu ini dari kerajaan negeri seperti orang Umno yg berlumba-lumba meminta subsidi.

Aku cukup percaya hati org PKR suci bersih tidak akan memohon itu dan ini bila Pakatan menang nanti.Aku cukup respek mereka ini, kerana biar susah macam mana pun mereka tidak akan meminta tolong dari sesiapa pun.

Baru-baru ni aku ada jumpa 2 orang jurutera 'bodoh'yg menjalankan perniagaan sendiri di KL,mereka ini mula merasa was-was untuk menyokong Pas kerana Pas terlalu rapat dgn DAP.Betapa lembabnya mereka kerana mereka tak tahu DAP akan memperjuangkan nasib mereka,dan akan memberi batuan yg cukup besar untuk perniagaan mereka nanti.LGE di PP sudah menjadikan kontrektor Melayu kelas F kaya raya mereka tak tahu.Apara punya jurutera.

Anonymous said...

16 org yg di senarikan di atas semuanya kroni Umno,mereka ni tak tahu berniaga pun tapi boleh menjadi kaya raya kerana Umno.Di luar negara di mana Umno tak ada, perniagaan mereka semuanya terlungkup,itu lah buktinya mereka berjaya kerana Umno.Kalau merekani bersaing dengan ahli PKR dan Pas,sure perniagaan mereka tak boleh berjaya dan kalau PR menang nanti perniagaan mereka ini tentu lungkup.SEpanjang 50 tahun lalu mana-mana yg jadi kaya tu baik Melayu mahu pun Cina semuanya kerana menjadi kroni Umno.Itu lah tak gunanya Umno ni,kronisma nya kuat sangat.

Ahli PKR dan Pas cukup cerdik dalam menilai mana yg baik dan mana yg buruk,hanya satu je yg mereka lemah,mata kelabu tak kenal Anwar dalam video sex yg popule itu.Kah-kah,kah.....

Anonymous said...

Kerajaan Pas Kelantan kaji tambah lesen arak - Takiyuddin
29/06/2011 9:34pm

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.

"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.

Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.

Anonymous said...

name pun cadangan..yg umPORNO terang2an jual arak,judi,pelacuran lebih daripada 50 tahun,ko sokong pula..xde pula bising kat mak ayah ko..memang dasar munafik py pencacai umPORNO

Anonymous said...

bila pas tolak loteri kebajikan judi kat kelantan,sapa yg dok bising ??? sape ?? umPORNO yg kaki judi dan arak la dok bising PAS xnak buat cam umPORNO taik judi! kah kah kah

Anonymous said...

Jangan lah bercakap pakai kepala lutut. Ko ni org kelate ke??? X tahu jgn nak cakap sedara. Pas kelantan ada gak kuarkan lesen arak dn offer lesen bela babi kononnya kerana fikirkan kepentingan org bukan islam.

Tanah rezab melayu dulu x dpt disentuh oleh kaum bukan melayu dn dizaman pemerintahan pas, telah berjaya dimiliki oleh cina Penang dn telah naik sebuah hotel yang tersergam indah.

Nik Jis menghadiri majlis membakar mayat sami yg meninggal, apa hukumnya??? kalau mengikut kitab adalah jadi ....... (malas aku nak sebut. Ko cari lah sendiri).

Nik jis kata mencarut dn memaki hamun boleh sbb Allah pun mencaci abu lahab dlm Qur'an. Itu penyelewengan agama. Aku nak tanya Nik Jis adakan dia sama level dgn Allah? Mampukah Nik Jis mencipta manusia dn alam semesta? X kot. Jadi jgn keluar statement yang bodoh disebabkan nak cover ko punya kesilapan. Org yg mempermainkan agama untuk kepentingan peribadi dan politik adalah 'SIALAN' dunia. Pada org yg bodoh tu jgn lah percaya bulat2 dgn permainan politik pembangkang. Ingat ye, Nik Jis bukan maksum seperti Rasul. Jadi dia semestinya akan melakukan kesilapan.

Bukak lah mata dan jgn berterusan menjadi buta dan bangang.

Nak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yg sihat. Ingat, isu bangsa adalah isu sensitif. PKR jgn mainkan atau bakar sensitiviti kaum kerana kelak kita sendiri yang akan merana.

Jangan terlalu gelojoh nak memerintah sehingga mengorbankan keharmonian negara.

DAP adalah kafir harbi yg x boleh berurusan walaupun hanya untuk perniagaan. Tapi, kenapa PAS yang arif pasal agama sanggup bersekongkol dgn mereka???? (Aku sendiri pun x faham dn kalau korang x tahu, g belajar dulu apakah definasi untuk kafir mu'ahad, musallim, zimmi dn harbi, lepas tu baru bercakap)

azzim said...

sebijak mana pun kita hanyalah manusia biasa di sisiNya... jadi jgnlah melampau mengata, membuat fitnah & membenci sesama manusia... esok di sana, mulut yg selalu melempar kata2 kesat di dunia, memfitnah juga membuat kebohongan bisu tak berkata... solat 5 waktu dengan baik adalah segala-galanya... tunaikanlah yang disuruhNya dengan sempurna ... jauhilah perkar2 yg dilarangNya... marilah kita insafkan diri kita sebelum kita menemuiNya...

Anonymous said...

Pencacai UMNO kalau tak tahu fakta jgn nak merapu. Pemimpin Pakatan pernah nyatakan sebelum ni, kalau PR memerintah Hak Istimewa Melayu tidak akan diubah / dirombak / dihapus. Jgn nak putarbelit wei pencacai UMNO Yahudi!

azzim said...

jgn jadikan politik bersarang di hati sehingga hati kita mati.... Islam bukan untuk dipolitikkan... Islam adalah kurniaan Yang Maha Esa untuk kita jadikan panduan dan cara hidup.. marilah kita insafkn diri

Anonymous said...

Ya betul,org Umno tak tahu fakta,Umno sebenar nya tak ada jasa pada orang Melayu,terutama nya pada ahli PAS dan PKR.Mereka tu semuanya berjaya kerana keupayaan mereka sendiri,mereka masuk U pun kerana keputusan pepereksaan mereka cemrlang.Nanti bila Pakatan memerentah,yg berjaya masuk U misti ahli Pas atau Pkr,kerana mereka bijak-bijak,tak caya tengoklah keputusan mana-mana pepereksaan mereka.Walau pakai sistem mitrokrasi pun mereka akan tetap berjaya masuk U,itu asebabnya mereka tak takut dengan perubahan dasar yg akan di bawa oleh Pakatan bila Pakatan memerentah,mereka sudah bersedia,Melayu Umno saja yg belum bersedia.

Hidup orang Pakatan.

Itu semua khayalan orang Pakatan saja,tapi kedudukan sebenarnya ahli PKR lah yg ramai poket kosong kerja malas,hanya rajin gantung poster pelakun porno.Mentaliti subsidi masih menebal. Macam mana boleh bersaing dengan orang Cina nanti?.Ahli Pas tahan juga,di mana ada cerama di situ mereka cari wang melalui berniaga.

Anonymous said...

save lynas......

Blis Jantan said...

Aku pun dah naik bingung nak bagi score . Ini bukan unsur Fitnah tapi banyak perbezaan idea...
Score: Pass

IAEA Panel said...

IAEA declares Lynas project safe

The International Atomic Energy Agency (IAEA) has concluded that the Lynas Corporation Ltd's rare earth plant in Gebeng, Pahang, is safe but the Australian company must undertake improvements
in various technical areas before it can proceed to the next stage of operations.

A report issued by the nuclear watchdog today said it did not find any instance of "any non-compliance with international radiation safety standards" in the project.

Read more: IAEA declares Lynas project safe http://www.btimes.com.my/articles/20110630140541/Article/#ixzz1Qk5nR221

Anonymous said...

yeke bro??bagusla gtu..biar org2 ktn faham.selama ni fuziah byk putar belitkan kenyataan.IAEA mmg pakar..fuziah pakar sakit mental..xkn nk caya dia lak kn.dh2 la tokwan fuziah..hentikan sebar fitnah.tahniah Lynas.anda dipihak benar.selamat beroperasi dgn selamat.malaysia safe..start lynas

Anonymous said...

Anon Thursday, June 30, 2011 7:57:00 AM


jangan jadi bodoh sht,MAHAfiraun yg ko sembah tuh terang2 menghina sunnah nabi,ko tau tak hukumnya hina nabi da sunnah nabi ? MURTAD ! ko pun nak ikut murtad skali ke sokong org murtad ?


Lihatlah Mahathir tidak permainkan Islam!…fooyoo! hebat gamaknya! : "…Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut Nabi (ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke?, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak di padang pasir. Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai NAFSU yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain…” (Mahathir 1997)


ni la MAHAFIRAUN korang yg duk sembah tuh menghina agama islam dan sunnah nabi,tau tak ape hukumnya menghina sunnah nabi ?? MURTAD !! korang pencacai pun duk menyokong je,same2 la menjadi MURTAD..hahahah


yg parti MCA ko duk jilat bontot dorg tuh terang2 mengutuk agama islam yg tidak membernarkan bukan muhrim bersalam,mane umPORNO berani nak melawan cakap MCA,angguk2,geleng2 je la..same je ngn pencacai umPORNO,senyap je agama sendiri dikutuk..sekafir2 DAP,dorg berpakat ngn PAS takde pun hina agama islam,MCA bersetubuh ngn umPORNO dah lebih 50tahun,apa umPORNO ajar MCA ? cer cer citer skit

Anonymous said...

ape beza bini obama,bini clinton ngan bini Najis ?

jawapannya takde beza lgsung tiga2 tak reti tutup aurat,bersalaman ngn bukan muhrim..bini obama ngn clinton takpe la terang2 dah kapir,kah kah kah