KUANTAN, 27 Jun - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan MB Adnan Yaakob bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dalam isu Lynas selepas ini. Ia berkaitan kenyatan NGO yang lantang memperjuangan hak rakyat dalam isu tersebut iaitu Save Malaysia. Pengerusinya Tan Bun Teat (foto) tidak menolak kemungkinan untuk mengusulkan isu Lynas ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, di Belanda untuk penyelesaian jika segala ikhtiar untuk menghentikan operasi syarikat itu di kawasan perindustrian Gebeng di sini menemui jalan buntu. Langkah drastik itu perlu diambil setelah melihat kerajaan seolah-olah tidak berminat untuk mendengar suara bantahan rakyat. Malah beliau juga mengharapkan rakyat Australia memahami situasi dan tindakan itu. Menurutnya, tindakan itu perlu memandangkan tindakan syarikat itu seperti tindakan sebuah negara maju dari Negara Dunia Pertama membuli negara dari Dunia Ke-3 dan bukan sekadar warga Kuantan menentang Lynas semata-mata. “Malah seramai 12 ahli dari Save Malaysia termasuk saya akan membentangkan isu ini di Parlimen Australia bermula 3 hingga 9 Julai depan. “Selain itu, kita akan melakukan demonstrasi jalanan di sini jika operasi Lynas diteruskan walaupun dihalang pihak berkuasa,” katanya.
(Gambar) Nih Baru Betul-Betul Pemimpin Wasatiyyah Tapi Bukan Najib Tau..
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir
lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu Tuan Guru
dudu...
9 minutes ago












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tak payah le sampai ke sana, nanti kalau kalah kata mahkamah antarabangsa pun kena bayar gak...Kat pakar IAEA pun dah tak percaya. Nak percaya kat sapa lagi...Nak cari pakar sendiri, tak ade pulak. Rujuk je kat YB Kuantan dan Ust. Suhaimi. Kan mereka tu pakar-pakar nuklear belaka.sapa-sapa yang sokong Lynas, semua kena beli, sapa-sapa yang menentang, semuanya ikhlas dan demi anak cucu?. saya dulu sokong gak YB Kuantan kut dapat buat perubahan dengan harapan menggunung, tapi takat cari dan kenalpasti masalah, kemudian lambak kat MPK contohnya minta selesai...Ustaz Suhaimi pun elok la tu...dah dapat mandat Ketua Penerangan..boleh berceramah berterusan tunjuk kejahilan..kalau tak orang tak tahu...bila bercakap pasal nuklear lebih dari pakar..baru le orang tahu..betapi jahilnya dia.Kita sama-sama sokong agar dia bertanding jadi wakil rakyat nanti...Kesian Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi berdakwah siang malam. Tapi tak apa, Allah redha dan berkati mereka.
MALAYSIA SAVE!!!START LYNAS!!!100% setuju dgn bro di ats!!!bwk la ke hague ke...hokkk ke...hekk ker..mende fact,gtu gok...
hebat tok wan fuziah ceramah dlm video kat ats!!pakar mane mung dgr tok wan wey...!!!bwk gok dr,che rosli skali gi ceramah2 mung tu..dr.che rosli ckp dok bahaya,tok wan ckp'dh bakpe...YB nk masuk UMNO plak ker??tu laa tok wan!!dia pakar nuclear,tok wan pakar fitnah!!!dh2 la tokwan!!PAS Pusat tau dh mainan mung tokwan.jgn wat buruk nama PAS!!
Selamatkan Malaysia...
E coli, Peranchis haramkan benih Britain
Get out Lynas !!!!
Jom kawan2 kita boikot produk australia... harry lee
Sikap bodoh sombong Dato' Nan dan konco-konconya akan membawa padah kpd UMNO. Kita tunggu dan lihat.
Aku kerja tampung tayar basikal bocor, satu tayar dapat 1 ringgit setengah . tapi sekarang hujung minggu , saya dah pakai baju hitam petak kuning ooo . lagi banyak dapat..
Tapi saya ingat, habis kempen ni ,kena kerja balik tampung tayar basikal. Tapi aku naik marah, kenapa nak pergi Australia tak ajak aku, padahal bajet banyak?
Bantahan Rakyat?
you all wakil siapa? siapa yang lantik? biarlah Lynas buka dulu, lepas tu baru tutup he..he
betul tu,
tak buka nak tutup macam mana/
IAEA declares Lynas project safe
The International Atomic Energy Agency (IAEA) has concluded that the Lynas Corporation Ltd's rare earth plant in Gebeng, Pahang, is safe but the Australian company must undertake improvements
in various technical areas before it can proceed to the next stage of operations.
A report issued by the nuclear watchdog today said it did not find any instance of "any non-compliance with international radiation safety standards" in the project.
Read more: IAEA declares Lynas project safe http://www.btimes.com.my/articles/20110630140541/Article/#ixzz1Qk5nR221
Post a Comment