
SEREMBAN 28 Jun - Pihak berkuasa diminta menyiasat pinjaman RM6 bilion dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto), berkata, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda diseluruh negara. "Jumlah pinjaman itu agak besar dan kita tidak tahu kemana ia akan disalurkan. Malah perkara ini tidak pernah dibentangkan di Parlimen."Kami tidak faham kenapa FELDA memerlukan pinjaman berkanaan kerana kerajaan sentiasa menguar- uarkan kedudukan kewangan agensi terbabit yang memiliki aset kira- kira RM19 bilion adalah kukuh," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Taufek Abd Ghani yang turut hadir berkata, KWSP bertanggungjawab tampil memberi penjelasan kepada semua pencarumnya berhubung pinjaman kepada FELDA itu. Dalam pada itu, Pengerusi FELDA, Isa Abdul Samad berkata, ANAK dilihat cuba mempolitikkan pinjaman berkenaan.












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
untung 1billion,tapi pinjam 6billion lagi dari KWSp
Apa barang suruh pihak berkuasa siasat. Dah tahu pun hasil siasatannya. Satu badan yg bebas dari cengkaman rejim UMNO yg patut buat siasatan.
Anak Felda undilah UMNGOK BN hidup kamu akan lebih mewah dan kaya raya....Jgn lupa UNDILAH UMNGOK
UMNGOK yg bagi kamu makan tpt tinggal kereta....Hanya umngok yg mampu bg pembangunan kemajuan dan korok kering haram jadah mung
UNDILAH UMNGOK
Saudara Presiden ANAK... saya nak cadangkan ANAK membeli mana2 tanah yang keluasannya sesuai dengan status ANAK... di mana2 dalam Malaysia, Indonesia pun takpa, dengan kemudahan pinjaman mana2 institusi kewangan/orang perseorangan/parti politik yang sesuai dengan saudara ataupun daripada dana ANAK sendiri.... tanam lah sawit ke getah ke.... pastu kita tengok sama2 result daripada urustadbir saudara kepada tanah tu.. pastu kita mai cita pasal FELDA... Insya'Allah dengan pengalaman luas saudara dalam perusahaan sawit ini, saudara akan berjaya. Sekian, terima kasih.
anon 3.25am,sebelum itu,apa kata anda cadangkan duit rakyat yg digunakan oleh FELDA diuruskan oleh ANAK dulu,jgn cadang yg bukan2 jika ANAK tiada peruntukan wang..
jangan digunakan duit rakyat untuk menipu rakyat kah kah kah.
rakyat bukan main susah hendak keluarkan simpanan KWSP untuk pendidikan,rumah..ini FELDA senag2 dpt 6billion tanpa pembentangan langsung di Parlimen akan tujuan pemimjaman tersebut dan terpaksa mengaku selepas dibogelkan oleh pihak pembangkang..kah kah kah
uuuuuuu... tadak duit....minta elok2 sama kerajaan... tak yah menyusah diri kehulu kehilir.... insya'allah kene ke gayanya kerajaan tolong...
jadi2lah kono baring tak ingat ni bro....
anon Wednesday, June 29, 2011 8:31:00 AM - cakap memang senang bro... buat belum tahu lagi... tunjuk jari telunjuk satu ke depan... empat jari ke belakang kena beringat juge... maaf ... kongsi pesanan orang tua... mekacihhh...
kalau felda untung pinjamlah duit bank. MAYBAN,RHB,BANK ISLAM BLA BLA BLA, BALA.Aku tak rela duit aku dipinjamkan kpd felda.
korekkk!! jangan tak korek,dedahkan kepada umum. nak harapkan karam, dah tak boleh.
pengurusan yang telus akan menjanjikan kesenangan kepada semua pihak..tetapi jika diselit dengan kekorupan,rasuah dan kepornoan dari umPORNO,camni la jadinya..kah kah kah
Post a Comment