PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, July 29, 2011

Isu Lynas: BADAR Hantar Memo Bantahan Rasmi Ke Pejabat Menteri Besar Pahang Pada Rabu Lalu

KUANTAN, 29 Julai - Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) telah menghantar memorandum bantahan Lynas ke Pejabat Menteri Besar Pahang pada Rabu lalu. Penyerahan memo diketuai oleh Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (foto) dan Andansura Rabu (Pengerusi BADAR). Zulkifli dalam sidang medianya menyatakan walau pun ada pembangunan yang dikata boleh menguntungkan, tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu menilai kehendak rakyat juga. "Apa yang berlaku hari ini, rakyat khususnya di kawasan Indera Mahkota, Balok dan Gebeng serta sebahagian besar yang hampiran telah dipaksa terima projek ini. Projek yang dianggap berbahaya kepada rakyat. Projek ini difahamkan projek berbahaya yanga kan meninggalkan kesan radioaktif kepada masyarakat di kawasan ini", katanya. Beliau turut menegaskan, satu pertemuan dengan pihak MITI telah dibuat pada minggu lepas, dan telah menyatakan kebimbangan atas beberapa faktor akibat pembinaan kilang Lynas termasuk keterlibatan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan projek itu berjalan. "Kesilapan kerajaan persekutuan membenarkan Lynas dibawa masuk dengan perlepasan cukai selama 12 tahun sedangkan syarikat terbabit akan mengaut untung sehingga RM8 bilion setahun. Bagaimana kerajaan boleh beri perlepasan cukai tersebut. Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Jika ini situasinya, apakah keuntungan yang boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri?. Kalau dari segi ekonomi, apa faedahnya pada masa hadapan", tambah beliau lagi.


Sempat bergambar sebelumpenyerahan memorandum tersebut di buat

Mengecewakan, tiada seorang pun pegawai dari Pejabat MB Pahang yang
sanggup menerima memo itu, akhirnya ia diserahkan kepada pengawal

["Bila Kerajaan Persekutuan sudah jelas mengatakan projek itu tidak dikenakan cukai selama 12 tahun, apa tindakan Kerajaan Negeri?. Apakah mereka hanya tutup mata .. ada projek masuk" katanya lagi. Difahamkan pihak terbabit akan membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ini. "Kita akan buat laporan bagaimana kemasukan projek ini ke negeri Pahang dan bagaimana Kerajaan Pusat boleh memberi keistimewaan perlepasan cukai selama 12 tahun kepada syarikat terbabit", tambah Zulkifli lagi].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Cuba kita renung sejenak kilang Lynas di Gebeng Kuantan.

LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources adalah 100% milik Lynas Australia.

Lesen telah diberikan pada tahun 2008 oleh kerajaan tempatan (MB Pahang) dan beberapa pihak berkuasa lain. Dan peluang Pekerjaan hanya lebih kurang 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.

Kilang ini dijangka akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide setahun.

Nilai eksport kilang dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Dan anehnya kerajaan telah memberikan status bebas cukai selama 12 tahun kepada kilang ini berasaskan projek pioner.

Persoalannya ialah siapa yang mendapat keuntungan dari perlaksanaan kilang racun yang dirasuk kontrovesi ini... rakyat atau, kerajaan atau kroni ...?

Semuga rakyat negeri Pahang dapat mendesak MB pahang supaya menyenaraikan kebaikan dan keuntungan bakal rakyat setempat menikmati apabila projek lynas itu beroperasi.

Atau rakyat negeri Pahang diperbodohkan seperti yang dilakukan oleh Mohd. Najib terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0. "Cakap tak serupa bikin..."

Dan rakyat Pahang perlu mendapatkan jaminan dari MB pahang bahwa projek membuat racun itu adalah selamat dan kesihatan penduduk setempat tidak terjejas. Jika berlaku pencemaran... apa tanggongjawab kerajaan negeri pada penduduk setempat..?

Rakyat negeri Pahang khasnya perlu menyimpan perasaan curiga terhadap projek membuat racun itu adalah membahaya.

Jangan mudah percaya pada cakap-cakap pemimpin UMNO Baru kerana bercakap benar adalah satu kesalahan dan berdosa besar dalam pentadbiran mereka.

Oleh kerana itu majoriti pemimpin UMNO Baru adalah penipu dan pembohong.

Anonymous said...

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya isu pembelian cincin berlian berharga RM24 Juta seperti yang dihebohkan di laman-laman blog baru-baru ini sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. Beliau berkata demikian di Pokok Sena, Kedah semasa mengikuti lawatan kerja suaminya Najib Razak ke sana semalam. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). “Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). “Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan itu fitnah maka Rosmah sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkannya. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan dakwaan itu pada 16 Julai lalu. Malah, laporan itu turut disertakan sekali dengan dokumen berkenaan sebagai bukti. Malah berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara ini. Chegubard juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Anonymous said...

(Kerajaan negeri tidak mengabaikan setiap aduan yang disampaikan oleh rakyat bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata, pihaknya memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat)....tp pe ke jadah nye bila rakyat mau anta memo x dilayan...mana dia balaci2 MB..NAN-NAN mu tgkla nti PRU-13..MU mmg da bnyk wat taik kt rakyat...