PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, July 30, 2011

SPR Akhirnya Berjanji Menetapkan Tempoh Lebih Seminggu Sebagai Jangka Waktu Kempen PRU-13 !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke-13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. “Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto). Beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama. "Polis tidak dapat bekerjasama selama 24 jam (untuk 21 hari) kerana ianya tempoh yang lama," ujar beliau di forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di Petaling Jaya petang semalam (29 Julai). Jangka masa kempen pada PRU sebelum ini adalah antara seminggu hingga sembilan hari yang disifatkan parti pembangkang sebagai tidak memadai. Sebelum bersetuju menetapkan tempoh kempen yang lebih lama, Wan Ahmad mendakwa tidak ada keperluan mengadakan tempoh berkempen panjang kerana parti politik yang bertanding sudah pun dikenali pengundi. Gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat lantang mendesak SPR menetapkan tempoh berkempen 21 hari untuk membolehkan mesej parti-parti politik sampai ke akar umbi. Keperluan itu amat penting khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan lojistik serta berkepadatan penduduk tinggi di pendalaman.

[Sebenarnya dalam hal ini, SPR tidak perlu berdolak dalih kononnya rakyat sudah kenal parti bertanding maka mereka tidak perlu kempen yang panjang. Jika itu keadaannya, rakyat sudah kenal kerajaan BN maka mereka tidak perlulah turun berkempen. Masalahnya, kempen perlu bagi menghindari rakyat yang dirasuah oleh BN itu pada setiap kali pilihanraya. Walau pun mereka kenal parti yang bertanding, tetapi apabila dihulurkan wang ringgit dan berbagai imbuhan ketika berkempen maka akhirnya mereka terpaksa undi BN. Sebab itulah kempen diperlukan untuk memulihkan kembali jiwa dan minda mereka yang cuba dipesongkan oleh parti-parti tertentu. Soal pembangkang sudah selalu berkempen melalui ceramah sepanjang tahun seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Itu tidak mencerminkan informasi boleh sampai kepada rakyat secara keseluruhannya. Ia hanya sampai kepada kelompok terbabit sahaja. Jika SPR mahu adil dan kempen pendek maka mereka perlu beri ruang yang sewajarnya kepada pembangkang untuk berkempen di RTM sama seperti BN. Alasan RTM perlu mewar-warkan agenda BN sahaja adalah tidak tepat kerana peruntukan Kementerian Penerangan dibuat menerusi Bajet setiap tahun. Ini bermakna ia menggunakan duit rakyat. Maka itu, wajarlah rakyat diberi peluang sama rata untuk menerima maklumat dari parti yang disokong mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh SPR].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

## Pada yang belum faham tu:

Jangan Pangkah Dacing

Takde tapi-tapi.
Jangan tidak-tidak.

-MatCermin-

Anonymous said...

Pilihanraya di buat adalah utk memilih kerajaan. Apalah bodoh sangat. Soal kenal parti2 yg bertanding tidak timbul. Yg di pilih rakyat adalah dasar perjuangannya. Masa yg panjang adalah di perlukan untuk membentang dsar masing2. Melalui pengalaman, kita ketahui bahawa masa yg pendek ini tidak memberi ruang,dan masa mencukupi kapada pembangkang. Pihak pembangkang terpaksa meredah hutan,sungai,laut dan bukit bukau utk sampai kdestinasi bagi membentangkan dasarnya kpd rakyat. Apakah ini dikatakan keadilan.
Tapi yg anihnya pihak SPR pula menyalahkan polis kerana tak mempunyai tenaga dan masa. Melalui pengalaman kita,Polis tak pernah merungut dlm menjalankan tugas mereka. SPR tak perlu berbohong dan menyalahkan pihak lain dan sistem yg ada.
"Tidak pernah SPR ambil tindakan org yg rasuah dlm pilihanraya ke mahkamah. SPRM ada kuasa utk mendakwa"
Apakah ini menjadi panduan dan membuktikan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa? Kenapa tidak rujuk pd undang2.
Wan Ahmad mengaku bahawa SPR hanya lah badan yg mengendalikan pilihanraya sahaja,tapi kenapa SPR yg menjadi penentu kpd sebarang kekosongan DUN Perak. Ini lah sifat talam 2 muka.
"Ianya amat susah utk puaskan hati semua org bila anda berada ditengah2" Ini adalah kenyataan org yg 'mengalah'Memanglah susah kerana kamu dilaihat ramai sebagai manusia yg tak adil. Sifat berat sebelah di tunjukkan. Kenapa bila adanya kekosongan DUN atau parlimen kawasan pembangkang PRK selalunya di buat pada hari berkerja? Kamu ingat orang tak nampak akan tujuan tersirat itu?
Kamu mengatakan susah dan terpaksa membuat undang2 baru jika hendak menggunakan dakwat. Kamu tahu bahawa adalah lebih susah untuk menggunakan Bio-metrik,keran ianya memrlukan pengkajian yg lama dan juga memerlukan satu undang2 baru. Tapi kenapa SPR beriaia sangat untuk menggunakan biometrik ini. Kenapa SPR tidak mahu membuat perbandingan PROS N CON bagi kedua2 sistem ini.
Tembelang kamu kita sudah kenal. Terkilat ikan diair dah kita ketahui jantan betinanya. Kalau kamu menunjukkan satu sifat keadilan maka rakyat akan bersama kamu.