PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, August 27, 2011

Datuk Nik Aziz Nik Mat: Hanyalah Doa Merupakan Senjata Terakhir Untuk Orang Islam Berhadapan Dengan UMNO Barisan Nasional Pada PRU-13 Ini !

KUALA LUMPUR 27 Ogos - PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa. Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990. “Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini. Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

[Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. “Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya,” kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Munajat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kota Bharu awal pagi tadi].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

whiteorange said...

Doa sudah,

Sembahyang hajat pun sudah

Makbulnya juga yang tidak

Atau ada yang tak kena dengan doa dan hajat itu kot?

Anonymous said...

Suruh MatCermin cermin diri dulu...

Anonymous said...

Mana nak makbul kalau doa tak ikhlas.resse

Anonymous said...

Mana nak makbul kalau doa tak ikhlas.
Di mana ikhlasnya kalau doa minta Allah hancurkan saudara sebangsa seagama?
Baik Nik Aziz belajar berdoa agar ditunjukkan cermin besar untuk cermin wajah sendiri.

Murid Tua Tok Ain Kelam Sg. Derhaka said...

"YA MOM ZILU AZILA MAN ZHOLAMANI" wirik untuk meleborkan kezaliman.
Kita tengok bagaimana manusia yang bernama bn hanchur apabila memakai pakaian ALLAH jenama ZHOLIM.
Wirik/zikir lah ayat ini sepajang masa tak kira bebaring,dudok,bejalan hingga ianya menjadi zikir qalbi. Kita akan dapat tengok mereka tungang tebalik.

Anonymous said...

x makbul yer...
kira bn ble menang beso la ni..
ye la sbb Allah akan makbulkan doa najib + rosmah... insan kamil lagi mutakamil...

Tun said...

kepada pejuang2 islam, kemenangan bukanlah matlamatnya, tetapi Allah ingin melihat kita sebagai khalifah membantu menegakkan agamaya.

Tidak hairanlah, Rasulullah sebagai kekasih Allah yg menyertai hampir 26 peperangan, Rasulullah sendiri cedera dimuka dan patah gigi, banyak sahabat yang mati Syahid, Adakah doa Rasulullah dan Sahabat jugak tidak diMAKBULKAN OLIH Allah s.w.t

Orang kafir yg tidak menyembah Allah diberi kehidupan mewah,. adalah Allah sayangkan mereka.

Umno dan BN dh memerintah Malaysia selama 54 tahun dgn menolak hukum hudud, menghalalkan arak, judi, maksiat dan isteri2 pemimpin mereka banyak yg tidak menutup aurat, ini tidak bermakna Allah redha kpd mereka, masa diberikan supaya mereka bertaubat dan kembali kpd islam sebenar.

jangan kamu kata, kamu beriman selagi kamu belum diuji.

Anonymous said...

anon 1:02;00,

Apa yg kau tulis tu betul,itulah pegangan PAS sebelum ini.Tapi sekarang tidak lagi,kerana Pas sekarang mementingkan kemenangan.Kalau tidak masakan Pas lebih rela menurut telunjuk DAP menggurkan Negara Islam,demi meraih undi kaum Cina.Pas juga sanggup meminggirkan orang seperti Dr.Hassan Ali kerana mementingkan orang seperti Khalid Samad yg boleh di terima oleh DAP.Begitu juga Mat Sabu berbanding YB Nasar dan Tuan Ibrahim TM.

Nik Aziz juga org yg sangat mementingkan kemenangan,kalau tidak masakan Ibrahim Ali sanggup di ambilnya sebagia sekutu dalam P.raya 2008 dulu.Ibrahim Ali sudah berkali-kali menjadi musuh Pas,malahan keadaan pendiriannya beliau yg tidak boleh di pakai,di ketahui umum.Tapi NIk Aziz sanggup bersangka baik terhadap beliau.Berbenza sekali dgn sikap Nik Aziz terhadap Umno,dimana beliau cukup mendedami Umno walaupun mereka yg mempermiankan Pas dulu ,tidak lagi menerjrajui Umno sekarang.Inilah sikap double standard Nik Aziz dalam mengejar kuasa,yg beselindung di sebalik kewarakan.Padan muka bila beliau di permainkan oleh Ibrahim Ali.

Anonymous said...

Anon 7:10:00 PM,
Lebih kronik dan ironi, PAS sanggup menghalalkan 'PERSETUBUHAN' dengan musuh Islam itu sendiri.

Anonymous said...

Masyaallah...apa nak jadi umat islam sekarang ni. Yang bertepuk tangannya musuh-musuh islam. Mungkin dah akhir zaman....?

Anonymous said...

Mat sabu dah jadi Mat Sabun

Anonymous said...

Adik Beradik MatCermin.....