PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, August 29, 2011

PAS Mahu Agar Putrajaya, Buat Satu Referendum Untuk Mendapatkan Pandangan Rakyat Sebelum Benarkan Kilang Lynas Beroperasi September Ini

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - PAS mahu Putrajaya mengadakan satu referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat jelata mengenai operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebelum ia beroperasi, dijangka mulai bulan depan. Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata meskipun laporan badan penilai antarabangsa sebelum ini pernah memberi ‘lampu hijau’ tentang aspek keselamatan loji itu, tetapi wujud pandangan berbelah bahagi dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya. “Jadi, bagi menyelesaikan kemelut ini, saya meminta agar kerajaan mengadakan satu referendum di kalangan rakyat melibatkan kawasan sekitar 70 kilometer. “Jika rakyat bersetuju teruskan, dan jika tidak bersetuju batalkan operasi loji yang hendak dimulakan dalam waktu terdekat ini, saya difahamkan September ini” kata beliau. Beliau turut menegaskan meskipun ada laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diumumkan awal Julai lalu tetapi wujud pandangan berbeza, ada rakyat tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan terus melahirkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan loji tersebut dalam jangka panjang. “Bagi memastikan syarikat Lynas rasa selesa dan rakyat diberi peluang memberikan pandangan, kita mencadangkan agar diadakan satu referendum... jika majoriti rakyat mengatakan mereka terima loji itu, maka kerajaan bolehlah membenarkan operasi loji tersebut,” tambah beliau lagi.


Bantahan rakyat terhadap isu Lynas kini nampkanya semakin memuncak
“Tiada guna jika rakyat terus mengadakan tunjuk perasaan dan bantahan jika loji ini diteruskan. Lebih baik ia diselesaikan sekarang menerusi satu referendum,” kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Kata beliau, kerajaan perlu mengambil kira pandangan orang ramai kerana memang dilaporkan bahawa loji itu selamat buat masa sekarang tetapi “kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ia mula beroperasi. “Semua loji nuklear dan loji nadir bumi memang dikatakan selamat di peringkat awal termasuk di Jepun, tetapi apa yang terjadi selepas sesuatu yang bukan di luar kawalan terjadi?” katanya.

[Dalam laporannya diumumkan awal Julai lalu, IAEA mendapati projek Lynas untuk mengekstrak nadir bumi yang akan beroperasi di Gebeng, Pahang, mematuhi piawaian keselamatan radiasi antarabangsa. Laporan setebal 55 muka surat yang dibuat panel bebas sembilan pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan radiologi itu turut mengesahkan dua badan kawal selia iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memastikan semua aspek projek berkenaan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Bahkan, dalam sesetengah kes, peraturan di negara ini bukan saja lengkap dan mematuhi piawaian IAEA, malah lebih ketat berbanding piawaian keselamatan diterima di peringkat antarabangsa. Ia turut mengenal pasti 11 cadangan memperbaiki pengurusan kawal selia oleh AELB dan agensi lain yang perlu dilaksanakan sebelum projek Lynas boleh beroperasi untuk peringkat seterusnya. Kandungan laporan IAEA antaranya menjelaskan Lynas perlu mengemukakan rancangan pengurusan sisa jangka panjang yang lengkap kepada kerajaan serta mematuhinya sebelum boleh memulakan operasi].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kenapa tak buat benda yang sama sebelum menghalalkan 'persetubuhan haram' dengan kafir laknat?
Apa la hipokrit punya parti!

Anonymous said...

anon 1137 hey barua umno klau ko tak suka,ko DIAMLAH bodoh,baik ko jaga parti umno yahudi ko tu,yg mungkin entah ada lagi tak masa akan dtang,klau blh tak payah banyak bunyilah...

Anonymous said...

Ini lah kalau Tok Lebai berpolitik,habis modal nanti dia cari pulak 'fatwa' TG utk membenarkan belah mereka.Dr.Rosli yg bercakap tu org Umno ke ?.Tak ada kelayakan ke?.Bila dah keluar 'fatwa' siapa yg tak setuju akan di katakan tak Islamik oleh penyokong PR,Dr. Rosli ni nak kena agaknya.

Imam 4 pun berselisih pendapat antara meeka,tapi tak ada seorang pun yg kata yg satu lagi tak Islamik.

Ini putar belit parti Islamik (konon)nak menutup konflik antara Fauziah dan Dr.Rosli.Itu lah akau daha kata Pas ni main ikut belakang orng je.DAP dan PKR jadi pandaun mereka .Pas tak ada wibawa.Kesian parti yg suka tuduh orang lain tak Islamik ni.dia sendiri Islamik nya berdasarkan apa DAP dan PKR kata.

Anonymous said...

anon 1225....biarlah...pemimpin silih berganti. yg penting penyokong PR makin hari makin bertambah,itu kenyataannya....pencacai2umno harus terima kenyataan ni hahaha....

Anonymous said...

anon 1;20;00


Bertambah?.Jangan syok sendiri sudah lah.Kalau ye pun pertambahan ahli tidak menjamin kemenangan kerana yg menjadi ahli parti keseluruhannya tak sampai 50% pun dari bilangan pengundi.Sedangkan yg atas pagar kian menjauhi Pas dan PKR.Orang Melayu bimbang melihat perkebangan dalam Pas yg semakin intim dgn DAP,sedangkan mejoriti org Melayu memng curiga kepada parti tersebut.Manakala PKR pula kelihatan kelam kabut dek issu Ketua Umumnya sering terpalit dgn skandel,malahan pemimpin Pas pun sudah mula menjauhi individu tersebut.Aku sendiri penyokong PR selama ini malah mungkin lebih kuat dari sdr. ,tapi sekarang tidak lagi kerana 2 hal tersebut.

Anonymous said...

Saya bukan penyokong fanatik kepada mana2 parti politik. Namun melihat dengan saksama dan meneliti secara mendalam akan situasi terkini politik tanah air, maka saya tidak ragu untuk membuat satu kesimpulan berikut:
Sebagai seorang penganut Islam yang cintakan agamanya, maka saya lebih melihat UMNO sebagai pohon rendang tempat berteduh dan bernaung. Dan sebagai seorang warga Malaysia yang cintakan keharmonian dan kedamaian, saya lebih memilih BN sebagai perdu teguh tempat berpaut.

Anonymous said...

Mat Sabu dah jadi Mat Sabun

Anonymous said...

Adik Beradik MatCermin.....

Anonymous said...

anon 218,222 bertambah..mmg bertambah tak dinafikan,contohnya pru12 kerusi pr bertambah,5 negeri kita menang,umno tak blh terima kenyataan tu,lalu buat keje kotor rampas perak,ikut pintu belakang,dan tubuhkan kerajaan haram,ko lupa ke tu semua,dan yg tebaru pru sarawak kerusi pr bertambah,tulah umno mmg tak blh terima keyataan,setakat scandal,berpuluh permimpin umno buat scandal,klau nk tulis dlm blog ni sampai pagi besok pun tak abih...anon222 ni sorang lagi dahlah buta hati bodoh pulak tu,selama 50tahun umno memerintah ko tak nmpak ke apa jadi kat agama islam,mana peginya tanah orang melayu,siapa pegang ekonomi negara,taraf kedudukan orang melayu kat mana sekarang ni?barang naik,minyak naik,gaji tahap rendah,rasuah berluasan,menteri2kayaraya tak tahu dari mana dtgnya wang sebanyak tu,contohnya khirtoyo,datuk z,ko tak nmpak ke semua ni bodooooooh

Anonymous said...

Begitulah cangkatnya pemikiran orang PAS...