
KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II yang dihadapinya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ke-5 dipanggil membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald (foto) menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri. Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul. Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma). Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful. Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti. Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia. Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
[Pendedahan yang dibuat oleh pakar dari Australia ini terkadang cukup menggemparkan kita. Namun, sebaliknya itu adalah tugas saksi-saksi pembelaan dan sememangnya berbagai usaha dilakukan untuk memastikan kes itu tidak berlaku. Namun, harus diingat bahawa hakim mempunyai kuasa untuk menerima keterangan tersebut atau tetap berpegang teguh kepada keputusan yang akan dibuat nanti. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima kententuan itu seandainya Anwar Ibrahim itu dihantar kembali mendiami Penjara Sg.Buloh dalam kes beliau kali ini].
[Pendedahan yang dibuat oleh pakar dari Australia ini terkadang cukup menggemparkan kita. Namun, sebaliknya itu adalah tugas saksi-saksi pembelaan dan sememangnya berbagai usaha dilakukan untuk memastikan kes itu tidak berlaku. Namun, harus diingat bahawa hakim mempunyai kuasa untuk menerima keterangan tersebut atau tetap berpegang teguh kepada keputusan yang akan dibuat nanti. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima kententuan itu seandainya Anwar Ibrahim itu dihantar kembali mendiami Penjara Sg.Buloh dalam kes beliau kali ini].












8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Puak Songkok 3 Jengkal ni bukan boleh berfikir. Sebab Otak mereka ni sangat terbatas.Kalau mereka ni di Kampung Pisang masa Zombie menyerang,gerenti selamat. Sebab Zombie makan Otak yang geliga je. X pass SPM zombie X makan. X caye gi tanya Mamat Kalid.
Kalau kedai jual ayam yang korang selalu beli ayam, sijil halalnya belum diluluskan semula oleh Jakim, korang nak beli tak lagi ayam kat situ??????\
Puak songkok 3 jengkal mesti beli punya. Halal ke, haram ke, syubhah ke belakang kira.........
FUNNIEST COUNTRY IN THE WORLD, MALAYSIA
Bila balik ke Australia dia rasa malu dgn apa yg dia cakap.Tapi nak wat macam mana,nak tolong pakar sodome yg dah kehabisan mdal nak kelentong.
Kalau dah gagal tegakkan benang basah, guni kosongpun cuba ditegakkan. Dia kata guni tu penuh berisi apa-apa la and dia akan cuba sedaya upaya untuk buat orang bodoh biar percaya. Tapi guni apa isi dalam? Habuk pun tarak punya, yang ada cuma angin bau hapak busuk hasil kentutnya sendiri. Itu la Badut Anwar Bin Ibrahim!
aku pelik la puak umno ni dok kate anwar peliwat..depa ni tgk depan mata ke apa..bila cakap nama anwar semua puak amno meluat..apehal.depa ni tengok kat mane si anwar ni meliwat..pelik la aku..sape puak umno yang ade link bukti anwar meliwat meh tepek sini aku nak tgk..jgan sembang je lebih..
Yang seekor kat atas ni jenis apa punya bodoh la. Sikit2 cakap puak umno, apa ko ingat asal tak suka si peliwat dan penzina tegar tu mesti puak umno ka? Buka sikit la mata kepala dan mata hati tu...
Suruh MatCermin cermin diri dulu...
Saya pernah terlibat dgn gerakan rakyat utk membebaskan seorg manusia yg dizalimi...? kini manusia itu lupa asas perjuangan asal...! manusia durjana itu sanggup jual bangsa, gadai agama, asalkan mau jadi PM!
Post a Comment