PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, August 29, 2011

Mantan PM Mahathir Akui Pemimpin BN Bersalah Kerana Ubah Dasar Sedia Ada Dalam Pakatan Itu !

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto). Beliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan. Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti. Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. "Di bawah sistem kerajaan campuran, kita hidup makmur selama hampir 50 tahun," tambah Dr Mahathir. Menurutnya, "sistem BN" adalah baik, tetapi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, dasar-dasar yang dilaksanakan juga bertukar. Kadang-kadang, tegasnya, perubahan itu adalah untuk kebaikan dan ia memperbaiki keadaan, tetapi Kadang-kadang perubahan itu untuk sebab yang salah dan negara tidak akan makmur. Menurutnya, apabila beliau bersara, dasar-dasar negara mengalami perubahan 190 darjah, menyebabkan ekonomi, malah hubungan kaum, merosot. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, beliau terus membatalkan projek-projek mega pentadbiran sebelumnya seperti jambatan bengkok Malaysia-Singapura dan projek landasan berkembar. Abdullah juga cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan, seperti IPCMC, sebelum berdepan dengan tekanan dari dalam parti tersebut, yang memaksannya berundur dan digantikan oleh timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

[Terkadang kenyataan Mahathir ini ada benarnya, kerana beliau punyai pengalaman yang cukup luas dalam pentadbiran negara sejak sekian lama. Sememangnya, bila pemimpin baru mengambil alih tugas banyak perubahan yang dilakukan termasuk mengubah dasar sedia ada dalam parti. Ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akhirnya membuak-buak hingga menyebabkan undi protes meningkat dalam setiap kali pilihanraya. Dalam UMNO sendiri kini, meterealitik dan kemewahan lebih diutamakan daripada membela kebajikan rakyat itu sendiri. Ramai yang mengintai untuk menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan penting dalam parti itu, kerana melihat disitulah kemewahan bakal dikecapi. Akhirnya parti itu tunggang langgang bila diurus oleh individu yang penting diri dari rakyat].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Khairi said...

Dr M cuba alihkan masalah UMNO kpd BN, itu saja. Dia memang licik, nanti semua org bercakap pasal BN yg teruk, org Melayu cepat lupa yg UMNO adalah nakhoda dlm BN, BN teruk kerana ketidakcekapan dan penyelewengan yg dibenarkan UMNO. Masalah rasuah yg terlampau adalah kerana UMNO hidup dgnnya. Banyak pembangunan dan projek akan diambil kira berapa masuk poket, walhal mereka ini telah diberi gaji. Mereka gunakan kedudukan & jawatan utk merompak hasil bumi negara ini. Kita tak perlu pemimpin seperti ini.Sebab itu usah layang umpan Dr M ini. Teruskan agenda perubahan rakyat, kami mahu dilaksanakan semua tuntutan Bersih, kearah kuasa rakyat yg saksama dlm menentukan pimpinan masa depan kita, bukan ditentukan oleh UMNO dan bukan SPR!

Anonymous said...

Dan bukan juga itentukan oleh seorang peliwat dan penzina tegar. Tidak juga oleh manusia2 berserban besar tapi berotak tikus dan berhati lembu!

Anonymous said...

Dan bukan juga ditentukan oleh seorang peliwat dan penzina tegar. Tidak juga oleh manusia2 berserban besar tapi berotak tikus dan berhati lembu!

Anonymous said...

Mat Sabu dah jadi Mat Sabun

Anonymous said...

Adik Beradik MatCermin.....