TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Warta Pahang: 'ADUN Chenor' Di Gesa Selesaikan Masalah Banjir Lumpur Yang Melanda Jengka 7 !!

MARAN, 27 Ogos - Beberapa orang peneroka Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini merayu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) supaya mengambil perhatian serius terhadap masalah banjir lumpur yang sering melanda kawasan kediaman mereka. Mereka sering dirundung resah akibat kekerapan dilanda banjir lumpur setiap kali musim tengkujuh. Senario ini difahamkan berlaku akibat sistem perparian dan saliran yang tidak sempurna. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak media awal bulan lalu. Dipercayai masalah ini kerap berlaku akibat penempatan terbabit tidak mempunyai sistem perparitan menyebabkan air hujan akan mengalir ke kawasan renda. Segelintir peneroka mengambil inisiatif membuat perparitan sendiri tetapi tidak dapat menampung aliran air yang banyak terutama pada musim hujan lebat atau musim tengkujuh. Akibat ketiadaan sistem perparitan, perumahan peneroka di Blok E dan Blok B membabitkan lebih 30 keluarga sering mengalami banjir lumpur setiap kali hujan lebat. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan 398 peneroka tanah rancangan Felda berkenaan. Mereka mengharapkan sistem perparitan dibina segera. Kejadian banjir lumpur sering berlaku menimbulkan kegusaran peneroka terutama pada musim hujan. Ini kerana setiap kali hujan lebat, air dari atas bukit mengalir ke kawasan perumahan sekali gus sebabkan banjir lumpur.


Masalah perparitan menyebabkan banjir lumpur sering landa penduduk
[Adalah diharapkan agar pihak pengurusan Felda membina sistem perparitan di kawasan perumahan peneroka yang terdedah kepada banjir lumpur. Ini kerana apabila masalah itu berlaku, ramai peneroka berhadapan dengan masalah besar seperti kerosakan harta benda termasuk perabot, pakaian dan sebagainya. Masalah ini sudat berlarutan sejak sekian lama, namun hingga kini masih belum berjaya diatasi oleh pihak terbabit. Oleh itu, ADUN Chenur diminta melakukan tinjauan dan pemantaun terhadap permasalahan rakyat dikawasannya itu. Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan masalah yang bertimpa-timpa ini. Semoga isu ini dapat diatasi dengan segera bagi memberi keselesaan kepada peneroka terbabit hendaknya. Rakyat seharusnya didahulukan !].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

salam dato..umah beso..pitih belana..mai2 la jenguk rakyat neh

Anonymous said...

nak buat macammana.geng2 ni sibuk ngumpul bijih besi.mane ada masa.layan bijih besi lagi bagus.masyuk 7 keturunan

Anonymous said...

Suruh MatCermin PR cermin diri dulu...

Anonymous said...

apa klas banjir lumpur.. x de hasil..
bjih besi lg best.. untung manyak woo... smpai abis jln2 di kuantan jd warna merah...
tima kasih bn

Anonymous said...

inilah masaalah kebanyakan Pemimpin BN, kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat diKawasan mereka, bairlah rakyat yg menilai mereka.

Anonymous said...

Inilah masalahnya para pendewa Anwar, mereka sanggup menjadi pencacai dan penjilat apa jenis saja kotoran asalkan penzina dan peliwat tegar itu tidak 'disentuh'. Kataksuban mereka melebihi kewarasan akal dan logika. Malah kalau anwar kata tahi lembu segar itu berkhasiat dan sedap dimakan, mereka akan berlumba-lumba menyelongkar kandang lembu untuk mencari dan makan tahi lembu segar!

Anonymous said...

Mat sabu dah jadi Mat Sabun

Anonymous said...

Adik Beradik MatCermin.....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]