PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, August 27, 2011

Warta Pahang: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap YB Fuziah Salleh Berhubung Isu Lynas!

KUANTAN 27 Ogos - Mungkin dek kerana tersentak dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mahu pihak TV3, Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) dan Dato' Ti Lian Ker (Ketua MCA Kuantan) maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota telah membuat satu laporan polis terhadap Naib Presiden PKR itu. Laporan dibuat oleh Ketua Pemudanya, Suhaimi Sulong (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.00 petang semalam. Dalam laporannya Suhaimi mendakwa Fuziah membuat tohmahan berterusan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng. Suhaimi berkata, Fuziah dilihat masih membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang itu dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar bandar ini. "Tindakan beliau perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada penduduk Kuantan. Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasar fakta yang tidak benar,” katanya.

[laporan polis boleh dibuat oleh sesiapa sahaja tentang isu ini. Mungkin selepas ini banyak lagi laporan polis akan dibuat oleh UMNO Pahang berkaitan dengan tindakan Fuziah Salleh ini. Namun persoalannya, kenapa kini Fuziah yang diserang bertalu-talu oleh UMNO?. Sedangkan sebelum ini mereka mengataka isu itu hanyalah dijuarai oleh kaum Tionghua (Cina) semata-mata dan tidak mendapat sokongan orang Melayu. Kini sudah terbalik?. Kenapa NGO Save Malaysia Stop Lynas tidak diserang oleh mereka?. Kenapa DAP yang turut memperjuangkan isu ini tidak diserang oleh mereka. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Apapun, majoriti rakyat Kuantan tetap menolak Lynas dari terus beroperasi di sini].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

teruskan perjuangan fuziah...kami rakyat marhain di belakang anda...menentang bangsawan bangsawan dan pencacai upahan.....

pengundiataspagor said...

benang dah basah nak tegakkan lgi..tu zalim namenye bang..fauziah ke prof yg mahir dlm bidang radiasion ni?haha ni la wajah sebenar pkr..xleh terima kenyataan..

Anonymous said...

Sekarang ni ramai yang nak tunjuklah hero.... cakap apa saja untuk mengatakan bahawa projek Lynas itu selamat, menguntungkan dan boleh dibanggakan.

Cuba terangkan siapa yang dapat duit hasil dari kerja kilang tersebut... Rakyat atau kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan ?

Kita memang tidak boleh kesan radioaktif itu kerana kilang belum beroperasi lagi... kita tunggu bila kilang itu beroperasi dan kita lihat kesannya.

Jika kilang tersebut memang selamat pada kesihatan seluruh penduduk setempat.... kita sama-sama sokong mereka dan kita jadikan MB Pahang Adnan yakob sebagai manusia yang paling mulia di Pahang....

Tapi jika kilang tersebut sama bahayanya seperti berlaku di Perak... dan radioaktif itu memang saheh mengancam keselamatan kesihatan rakyat... maka orang yang bercakap tentang kebaikan dan keselamatan kilang racun itu mesti di bawa kemuka pengadilan khasnya MB Pahang dan pencacainya.

Sila beri penjelesan dengan tepat kenapa harga tanah dan rumah turun mendadak di kuantan dan club med
di cherating akan ditutup...?

Anonymous said...

jawapannya mudah, puak puak ni terpedaya dengan tomahan propaganda kaki liwat negara....berayalah sepuas puasnya wahai kaki liwat, ini raya terakhir buat kamu..

Anonymous said...

PDO kaki liwat!

Anonymous said...

Suruh MatCermin cermin diri dulu...

Anonymous said...

Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasar fakta yang tidak benar,( AKU TAK KISAH PUN, TERUSKAN PERJUANGAN FAUZIAH)

Anonymous said...

Mat sabu dah jadi Mat Sabun

Anonymous said...

Adik Beradik MatCermin.....

misnona said...

itu bukti umno bukan berjuang untuk rakyat melayu. mereka hanya cari publisiti murahan dengan repot-repot semua. maklumlah dia repot kepada orang yang menyukainya, macam mengadu hal kepada pak mak dia. inilah perangai umno, sikit-skit repot. apa benda yang nak direpot pun tak diteliti ada faedah atau tidak. jadilah pemimpin kecil yang rasional.